Nuffnang

Jumaat, 22 Mac 2013

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


<b>Jamal Abdillah</b> Guna Modal Sendiri Terbit Konsert Lagu P.Ramlee

Posted: 22 Mar 2013 12:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Jamal Abdillah sanggup mengeluarkan modal sendiri semata-mata menjayakan 'Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan' yang bakal berlangsung dari 30 Mei hingga 2 Jun depan.
Konsert yang akan diadakan di Istana Budaya (IB) itu bagi mengenang karya agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi lagu-lagu popularnya.
Jamal berkata, walaupun kos menerbitkan persembahan itu agak tinggi tanpa sebarang penaja namun beliau tetap melaksanakan hasrat itu demi meneruskan legasi P.Ramlee kepada masyarakat.
"Saya buat konsert ini bukan kerana keuntungan tetapi apa yang lebih penting karya beliau terus dihayati oleh peminat menerusi konsert besar sebegini.
"Selain itu juga saya memilih untuk mendendangkan lagu-lagu beliau kerana amat mengagumi karyanya selain saya juga peminat setianya," ujar Jamal selepas sidang media konsert itu di Istana Budaya di sini, Khamis.
Jamal merancang untuk menyampaikan 30 buah lagu popular P. Ramlee dalam persembahan itu.
Tambah Jamal, beliau berjanji akan memberikan kelainan pada persembahan tersebut dengan pemilihan lagu dan visual yang akan menyentuh hati penonton.
Dalam pada itu, dia turut bercadang untuk berduet sebanyak empat buah lagu dengan cucu P. Ramlee iaitu Najua.
Selain Najua, Jamal turut menjemput beberapa artis lain seperti Isma Aliff, Musly Ramly, Azlina Aziz dan Nas Adila.
"Pemilihan Najua adalah hasil cadangan Ketua Pengarah IB sendiri iaitu Datuk Mohamed Juhari Shaarani selain Najua juga sebagai wakil keluarga P.Ramlee," katanya.
Mengenai konsert itu kata Jamal, Leornard Yeap akan diberi kepercayaan sebagai pengarah muzik dan pihaknya juga sudah bersetuju untuk memperkenalkan lapan buah segmen antaranya pop yeh yeh, pancasitara, lagu-lagu duet dan lagu-lagu jenaka.
Tambah Jamal, persembahan itu nanti turut diiringi oleh 55 pemuzik orkestra terdiri daripada penuntut dalam bidang muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan dijual pada harga RM65, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM325 dan RM455.
Tempahan boleh dibuat dengan melayari www.ticket2u.biz atau menghubungi 03-4147 8600 atau Istana Budaya Box Office di talian 03-2161 8134.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan