Nuffnang

Jumaat, 22 Mac 2013

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


<b>Neelofa</b> Mahu Baiki Mutu Lakonan | MyNewsHub

Posted: 16 Mar 2013 08:52 PM PDT


Sejak di awal kemunculannya, pelakon filem Azura ini pernah menerima kritikan hebat penonton apabila dirinya dilihat kaku dalam menjayakan wataknya dalam filem arahan Aziz M. Osman itu.

Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 24, menyatakan bahawa azamnya adalah untuk terus memperbaiki mutu lakonannya supaya penonton dapat menilai sendiri bakat lakonan yang dimilikinya.

Berkata kepada Harian Metro, Neelofa menyatakan, "sebelum ini kita lihat ramai pelakon macam kayu sewaktu saat kemunculannya tetapi membuktikan mereka bagus sehingga boleh menang anugerah pelakon terbaik. Bagaimanapun, kejayaan diraih bukan dengan sekelip mata.

"Saya melihat laluan saya dalam bidang lakonan juga begitu. Peningkatan ditunjukkan pelakon sebegini sebenarnya mengajar penonton kita untuk menilai bakat seseorang.

"Saya bukan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang mempunyai pengetahuan kukuh membabitkan dunia lakonan mahupun Komunikasi Massa. Sudah tentu banyak perkara yang saya perlu pelajari sebelum benar-benar boleh menyatakan saya bagus," katanya.

Pelakon cantik ini turut mencatat sejarah peribadinya yang tersendiri apabila tercalon dalam tiga kategori dalam Anugerah Bintang Popular 2012 yang bakal diadakan April depan.

Neelofa tercalon menerusi kategori Pengacara TV Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Oleh: JULIANA JOHAR

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan