Nuffnang

Isnin, 1 April 2013

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> Ramal Fasha Sandha Dapat Baby Boy

Posted: 22 Nov 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 22 NOV 2012: Biarpun bakal bergelar seorang ibu tidak lama lagi, namun aktres Fasha Sandha tetap anggun mengenakan busana trendy ala peplum dan skirt hitam serba ringkas sewaktu hadir majlis sidang akhbar pertama untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 yang diadakan di Holiday Villa Subang petang semalam.

Namun, dia tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkannya jantina anaknya. Namun dalam pada pihak media sibuk mengorek persiapan Fasha Sandha menanti hari istimewa kelahiran anaknya itu nanti, kemunculan Didie Alias secara tiba-tiba telah berjaya memecahkan suasana pada sesi temubual tersebut.

Dengan gelagatnya yang lucu tetapi bersahaja, Didie Alias telah diminta untuk menjadi 'mak bidan' dan meneka jantina kandungan aktres berkenaan. Didie kemudian bertindak memegang dan merasa kandungan Fasha yang berusia lebih kurang 5 bulan tersebut. Ramalan ibu beranak lima ini mungkin ada benarnya.

"Aku rasa Fasha mengandung anak lelaki. Pasal perutnya lepas aku pegang-pegang membulat kedepan. Sebab berdasarkan pengalaman mengandung banyak anak perempuan, semua melebar ke tepi.

"Tetapi itu cuma agakan aku sahaja, berdasarkan pengalaman. Yang tentukan bukannya kita, tetapi Allah Maha Esa. Apa-apa pun diharapkan Fasha mendapat cahaya mata yang sempurna dan sihat,"ujarnya ketika menjadi 'bidan terjun' pada petang tersebut.

Sehingga saat ini Fasha dan suami belum lagi membuat sebarang persiapan rapi bagi menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga mereka itu. Ini merupakan antara pesanan daripada ibunya. Dia juga tidak ketinggalan bertanyakan rakan selebriti mengenai tip dan juga membaca buku mengenai motherhood.

"Persiapan buat masa ini hanyalah saya dan Jejai sudah pun menempah lokasi untuk saya bersalin. Jujurnya persiapan untuk bayi yang saya kandungkan ini belum ada lagi. Pesan ibu saya, jangan beli apa-apa barang dahulu selagi kandungan tidak mencecah usia tujuh bulan.

"Setelah dinasihatkan untuk menjauhkan diri dengan kucing kesayangan, saya juga banyak menghabiskan masa membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan motherhood. Rakan selebriti seperti Dynas merupakan individu yang saya jadikan rujukan untuk mendapatkan tip-tip dan petua selepas bersalin.

"Insya Allah saya akan menjaga dan akan menyusukan dia sendiri (breastfeed). Dynas juga ada mencadangkan pelbagai perkara dan tidak lokek berkongsi pengalamannya. Saya akan menjalani tempoh pantang selama 100 hari,"ceritanya yang dijadualkan bersalin pada penghujung Mac depan.

Anak-Anak Tak Malu Saya Tampil Dengan Gaya Pelik – <b>Didie Alias</b> <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2013 09:28 PM PST

Didie Alias

Didie Alias merupakan seorang pelakon, pelawak serta pengacara yang gemar tampil dengan pakain pelik sehingga dirinya dilabelkan sebagai Lady Gaga Malaysia.

Namun begitu, menurut Didia Alias, dia tidak kisah sekiranya orang ramai mengkritik pakaiannya asalkan anak-anak suka dan sering menyokong kerjayanya dalam industri hiburan tempatan.

Keempat-empat anak saya memakai tudung. Saya tak paksa anak-anak saya memakai tudung. Tapi itulah didikan yang saya berikan pada mereka. Mereka pun tak pernah larang saya nak tampil dengan imej yang bagaimana. Sebab mereka tahu itu adalah kerja mummy mereka.

Malah mereka sering memberi idea dari segi pemakaian saya. Mereka tak pernah marah atau berasa malu bila saya tampil dengan gaya yang pelik-pelik. Mereka sokong saya. Cukup anak-anak saya bersama saya ketika senang dah susah. Saya tak perlu peduli apa kata orang lain.

Bercerita lebih lanjut mengenai cara pemakainnya yang sering mendapat perhatian umum dan dikatakan agak seksi, Didie Alia menyifatkan ia sebagai perkara biasa serta tidak kisah dengan pandangan masyarakat sekeliling.

Mana seksinya? Saya ni, kalau pakai apa pun nampak seksi. Lantak lah orang nak kata apa pun.

InsyaAllah bila Tuhan kata sudah tiba masanya untuk saya, saya akan perlahankan aktiviti seni saya. Saya tak akan terus bersara tetapi saya akan jadi penerbit – ulas Didie menerusi laporan MD

Tags: , ,

<b>Didie Alias</b> Dituduh Tipu Peminat? | MyNewsHub

Posted: 28 Feb 2013 08:53 PM PST


Pelakon dan pelawak, Didie Alias dituduh telah menipu peminatnya berikutan dia tidak muncul ketika syarikat pelancongan Arlief Event & Management menganjurkan percutian ke Beijing, China pada hujung Januari lalu.

Pada Oktober lalu, Arlief Event & Management telah mengadakan satu sidang media bagi memperkenalkan Didie sebagai Ikon Pelancongan agensi mereka dengan menawarkan pakej 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng'.

Namun, apabila tarikh yang ditetapkan telah tiba, kelibat Didie pula kelihatan.

Walau bagaimanapun, pakej percutian selama enam hari lima malam itu tetap diteruskan juga di mana tempat Didie telah digantikan dengan pelakon Fizo Omar.

Menerusi Ohbulan, hari ini, Didie menjelaskan terdapat beberapa perkara yang tidak jelas mengenai pelawaan syarikat berkenaan.

"Sebenarnya, saya tak tandatangan kontrak dengan mereka dan hanya berbincang secara verbal dan melalui emel saja mengenai projek ini. Saya mengenali rapat tuan punya agensi kerana kami kawan dan saya sendiri yang mengutarakan kepadanya mengenai projek ini.

"Namun, selepas mendapat persetujuan, projek ini beralih dari satu tangan ke tangan yang lain sekaligus perbincangan mengenai harga jadi tidak masuk akal sama sekali. Akhirnya, mereka sendiri yang membatalkan projek ini juga secara verbal serta emel," katanya.

Tambah Didie, dia akan mengadakan satu sidang akhbar bagi menerangkan keadaan dengan lebih jelas.

"InsyaAllah, pada 12 Mac ini saya akan melancarkan kelab peminat saya dan saya akan menjelaskan kesemuanya pada waktu itu.

"Jika ada masa, saya juga mahu bersemuka dengan pihak agensi tersebut," katanya.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan