Nuffnang

Sabtu, 17 Ogos 2013

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


SEROJA - <b>Alyah</b> Teruja Sambut Raya Dengan Imej Baru

Posted: 12 Aug 2013 02:36 AM PDT

Semakin ramai artis dan selebriti wanita yang berhijrah dengan mengenakan tudung. Batas fesyen tidak menjadi masalah kerana kini terdapat pelbagai fesyen semasa yang bersesuaian dengan wanita berhijab.

Penyanyi popular Alyah yang mula mengenakan hijab semenjak bulan Mac yang lalu kelihatan semakin anggun penampilannya.

Bersempena dengan kedatangan Syawal, GUA berpeluang menemubual pelantun lagu "Kau Yang Terindah" ini mengenai sambutan lebaran pertamanya setelah tampil bergaya dengan imej baru.

  

"Alhamdulillah, tahun ini saya berhari raya dengan imej baru. Sebenarnya setiap tahun di pagi raya, saya akan mengenakan tudung. Selalunya pakai sekejap sahaja. Tetapi tahun ini saya dah betul-betul mengenakan hijab, jadi saya rasa sangat menarik untuk menyambut Syawal dengan penampilan baru. Saya rasa tak sabar dan sangat teruja," tutur Alyah memulakan perbualan.

"Hijab ini merupakan benda baru bagi saya. Jika tahun-tahun sebelum ini saya hanya memikirkan baju sahaja, sekarang saya turut memikirkan mengenai tudung yang bakal saya gayakan. Tudung yang saya pilih tahun ni sedondon dengan baju saya. Tahun ini pun nampaknya baju raya saya lebih sikit. Saya beli lima pasang dan semuanya sedondon dengan tudung yang bakal saya kenakan," cerita Alyah lagi.

Mengimbas tentang Ramadan kali ini, Alyah memberitahu tahun ini ibu dan anaknya datang ke Kuala Lumpur menemaninya menjalani ibadah puasa.

  

"Tahun ini ibu dan anak perempuan saya datang ke Kuala Lumpur menemani saya. Jadi, saya rasa sungguh teruja membeli-belah kelengkapan hari raya bersama mereka. Jika sebelum ini mereka hanya akan menunggu saya pulang ke Johor tetapi tahun ini saya membawa mereka berjalan-jalan dan membeli barangan keperluan Aidilfitri di ibu kota," jelas Alyah.

Bercerita tentang juadah kegemarannya di pagi Raya,  Alyah mengakui dia amat gemarkan kek oren resipi ibunya.

Setiap tahun kami sekeluarga pasti akan makan kek oren yang mak buat. Apa yang istimewanya mengenai kek ini ialah ia dimasak secara tradisional menggunakan dapur arang. Kek ini juga tidak mempunyai acuan dan hanya di masak di dalam periuk sahaja.

"Kek ini ada persamaan dengan bahulu tetapi pati oren yang mak saya gunakan sangat sedap dan ditunggu-tunggu setiap kali tibanya bulan Syawal. Pasal kuih pula, saya tak berapa gemar sangat makan kuih, namun begitu jika ada kuih suji, kuih itu akan saya makan dahulu," dedah Alyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan