Nuffnang

Jumaat, 24 Februari 2012

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


<b>Awi Rafael</b> Bukan Rasuah Peminat untuk ABBPH 2012 | Malaysia <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 03:22 AM PST

Tak sangka pulak, gara-gara Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 ini, artis sanggup memberi rasuah kepada peminat. Inilah yang terjadi kepada Awi Rafael yang terkenal melalui lagu Pulanglah. Whoopss! Semua tu tak betul, jangan cepat melatah sebab niat Awi Rafael bukanlah untuk merasuah atau menyogok peminat supaya mengundi beliau dalam Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 yang akan berlangsung pada 8 April 2012 nanti.

"Ini satu penghargaan kepada peminat, bukan rasuah. Saya menganjurkan satu peraduan di Facebook di mana siapa yang undi saya paling banyak akan berpeluang untuk makan bersama saya. Mana tahu, kemungkinan mereka juga berpeluang berjalan di karpet merah dengan saya,"

Tak salahkan jika seseorang artis menggunakan inisiatif tersendiri untuk memancing undi daripada peminatkan? Awi Rafael membuat peraduan untuk peminat di laman sosial Facebook beliau dan sesiapa yang paling banyak undi, akan menerima hadiah istimewa daripada Awi Rafael.

Awi Rafael yang tercalon dalam kategori Artis Lelaki Baru Popular tidak menafikan Hazama adalah saingan hebat di antara calon-calon yang lain. Awi Rafael juga telah menulis menulis sebuah lagu balada untuk Hazama bertajuk, 'Hanya Lelaki Ini' yang dimuatan dalam album Hazama yang bakal dilacarkan pada bulan hadapan.

"Saya ada menulis sebuah lagu balada untuk Hazama bertajuk, 'Hanya Lelaki Ini'. Lagu ini memang ada garapan identiti saya sendiri, tapi saya dah berikan nafas baru supaya sesuai dengan Hazama. Lagu ini sudah siap dirakam dan InsyaAllah akan dilancarkan pada bulan depan."

MEOW! Siapa pulak yang bakal menyandang Anugerah Artis Paling Popular 2011 nie kan? Neelofa? OMG!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan