Nuffnang

Jumaat, 24 Februari 2012

kumpulan Estranged - Google Blog Search

kumpulan Estranged - Google Blog Search


Penglibatan Ahmad Dhani Dalam &#39;Mania&#39; Tiada Kaitan &#39;Pujuk <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2012 09:48 PM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani berkata pembabitannya dalam program realiti terbaru Astro, Mania adalah berteraskan jalinan perniagaan dan persefahaman dengan stesen televisyen berbayar itu.

Dia turut menolak dakwaan kononnya penyertaan tersebut adalah sebagai cara Astro memujuk selepas stesen itu terpaksa mengetepikannya daripada tugasan pengetuaAkademi Fantasia) musim kesembilan (AF9) ekoran kontroversi kenegaraan, pada tahun lalu.

"Ia tiada kaitan dengan isu memujuk. Saya seorang penggiat muzik yang profesional. Saya tidak pernah memikirkan perkara yang lepas.

"Saya dan Astro sememangnya sudah menjalin hubungan perniagaan sejak beberapa tahun lalu. Apabila ditawarkan peluang ini, saya tidak mampu untuk menolak," katanya ketika ditemui mStar Online, di sini.

Ahmad Dhani atau nama sebenarnya Dhani Ahmad Prasetyo, 39, ditemui selepas pelancaran program berkenaan di Publika, Solaris Dutamas, baru-baru ini.

Mengulas mengenai penglibatan sebagai penerbit muzik bagi peserta Mania, Ahmad Dhani berkata dia yakin tidak berdepan kesulitan untuk membimbing peserta yang terdiri daripada penyanyi popular tanah air itu.

"Saya percaya tidak akan timbul masalah atau kesulitan besar kerana mereka (peserta) adalah penyanyi profesional yang sudah mempunyai pengalaman dan asas nyanyian, bukannya orang baru," katanya.

Selain penyanyi kumpulan Dewa 19 itu, para peserta Mania turut dibimbing dua penerbit muzik tanah air iaitu Datuk M. Nasir dan Aubrey Suwito.

Mania bakal membariskan 12 penyanyi iaitu Adira (AF8), Akim (AF7), Atilia, Awi Rafael, Alyah, Hafiz Suip (AF7), Hazama (AF9), Jaclyn Victor, Shila Amzah, Stacy (AF6), kumpulan Estranged dan Kristal.

Sementara itu, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata pemilihan komposer Indonesia itu adalah berdasarkan bakat dan potensi untuk meluaskan jaringan pemasaran penyanyi-penyanyi berkenaan ke republik itu.

"Ia mungkin kelihatan seperti itu (memujuk) tetapi sebenarnya tidak. Pemilihan Dhani tiada kaitan dengan kes AF, kerana ketika program itu berlangsung saya masih belum menyertai saluran Ria.

"Kami memilih Dhani untuk meluaskan pasaran artis-artis yang bertanding ini ke Indonesia. Dia adalah peluang dan jambatan yang baik kita untuk ke sana," katanya.

Selain 12 peserta itu, Mania turut membuka tiga lagi tempat daripada 20 calon yang akan dipilih secara undian dalam talian (online) dinamakan Hot Seat.

20 calon Hot Seat yang bakal merebut tiga tempat itu adalah Idayu (AF2), Akma (AF3), Noni (AF5), Ebi (AF5), Shawal (AF5), Riz (AF6), Toi (AF6), Nadia (AF6), Aishah (AF7), Aril Pilus (AF7), Daus (AF8), Maulana (AF8), Azri (AF9), Kay (AF9), Lena (AF9), Chaq (Mentor), Fiq (Mentor) dan Mohd (Mentor).

Pemilihan tiga lagi peserta itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peserta yang bakal bertanding sebanyak 15 orang.

Kesemua peserta akan dibahagikan kepada tiga kumpulan, di mana setiap kumpulan itu akan dibimbing oleh seorang komposer setiap satu.

Program yang menggunakan format pemarkahan 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton ini menawarkan RM500,000 untuk juara, RM300,000 bagi naib juara dan RM100,000 kepada tempat ketiga.

Penerbit muzik yang berjaya membimbing penyanyi di bawah kelolaannya sehingga bergelar juara juga akan membawa pulang RM300,000.

Talian undian Hot Seat akan dibuka bermula 20 Februari sehingga 16 Mac depan, pukul 12 tengah hari.

Bakal diacarakan oleh Aznil Haji Nawawi, Mania akan bersiaran pada 17 Mac depan selama 10 minggu pada setiap Sabtu pukul 9 malam secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Untuk undian Hot Seat dan maklumat lanjut mengenai program ini, layari www.mania.com.my.

Program realiti Mania bermula 17 Mac 2012

Posted: 22 Feb 2012 07:46 AM PST

Program realiti Mania, Astro

Mania bakal membariskan 12 penyanyi iaitu Adira (AF8), Akim (AF7), Atilia, Awi Rafael, Alyah, Hafiz Suip (AF7), Hazama (AF9), Jaclyn Victor, Shila Amzah, Stacy (AF6), kumpulan Estranged dan Kristal.

Para peserta Mania dibimbing penerbit muzik seperti Akhmad Dhani, Datuk M. Nasir dan Aubrey Suwito.

Selain 12 peserta itu, Mania turut membuka tiga lagi tempat daripada 20 calon yang akan dipilih secara undian dalam talian (online) dinamakan Hot Seat.

20 calon Hot Seat yang bakal merebut tiga tempat itu adalah Idayu (AF2), Akma (AF3), Noni (AF5), Ebi (AF5), Shawal (AF5), Riz (AF6), Toi (AF6), Nadia (AF6), Aishah (AF7), Aril Pilus (AF7), Daus (AF8), Maulana (AF8), Azri (AF9), Kay (AF9), Lena (AF9), Chaq (Mentor), Fiq (Mentor) dan Mohd (Mentor).

Pemilihan tiga lagi peserta itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peserta yang bakal bertanding sebanyak 15 orang.

Kesemua peserta akan dibahagikan kepada tiga kumpulan, di mana setiap kumpulan itu akan dibimbing oleh seorang komposer setiap satu.

Program yang menggunakan format pemarkahan 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton ini menawarkan RM500,000 untuk juara, RM300,000 bagi naib juara dan RM100,000 kepada tempat ketiga.

Penerbit muzik yang berjaya membimbing penyanyi di bawah kelolaannya sehingga bergelar juara juga akan membawa pulang RM300,000.

Talian undian Hot Seat akan dibuka bermula 20 Februari sehingga 16 Mac depan, pukul 12 tengah hari.

Untuk undian Hot Seat dan maklumat lanjut mengenai program ini, layari www.mania.com.my.

Program Mania akan diacarakan oleh Aznil Haji Nawawi, Mania dan bersiaran pada 17 Mac depan selama 10 minggu pada setiap Sabtu pukul 9 malam secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan