Nuffnang

Jumaat, 24 Februari 2012

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


.. cik epal ..: Adnan Sempit 2 . <b>Shaheizy Sam</b> memang lawak!

Posted: 21 Feb 2012 06:20 PM PST

Berkesempatan menonton filem Adnan Sempit 2. Before masuk panggung, harapan nya filem ni lawak lah, boleh gelak-gelak . Bila dah tengok, memang tidak menghampakan, asyik tergelak je. Pulak-pulak babak yang ada Shaheizy Sam. Apa yang keluar daripada mulut dia dan memek muka dia memang lawak gila!

Sinopsis Filem Adnan Sempit 2

Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan merubah penampilan dirinya.

Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan.

Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam Bahasa Inggeris?

Cakap banyak pon tak guna, korang pi lah tengok. Esok keluar cerita ni, 23 Februari 2012. Cerita ni santai je, ringan, senang paham dan untuk gelak-gelak. Personal opinian, aku rasa Adnan Sempit 2 ni lagi lawak daripada Adnan Semp-it yang dulu tu. Masa Shaheizy Sam dengan Intan Ladyana panggil "papa" "mama" yang tak menahan tu. Lagi-lagi bila Shaheizy Sam cakap inggeris. Adeh berdekah-dekah aku gelak, memang FAIL betul. :D

"Saya memang suka makan tempe. Lagi sedap bila cicah tempe dengan sambal kicap" kata Intan Ladyana apabila wartawan Galaksi bertanyakan tentang makanan kegemaran beliau. ok tipu
Yana Samsudin yang comel berbingkai spek merah dengan Along Raja Lawak yang aku tak tahu lah dia tengah buat apa tu. Gambar candid



Bulatnya muka aku dah macam bola bebola bola. Tapi tidak mengapa, asalkan spek bedah aku dengan spek Shaheizy Sam lebih kurang sama sudah membuatkan hati ini ceria seceria pelangi lepas hujan. Serasi bersama gituwwwwwwww. Kau hado?? kuekkuekkuekkuek (gelak itik pondan)

Disebabkan cerita ni boleh buat aku gelak dengan lawak santai nya yang menggelikan hati dan mencuit buah pinggang aku so aku bagi 3.9 setengah bintang untuk cerita ini! Selamat menonton dan boleh datang pakai helmet masuk panggung, baru lah merempit di pawagam namanya. vrooommmm vroommmmm ihiiiihiiiiihiiiiiiiiiiiiittttttttt (bunyi brek mengejut. bedal!) =p

ok bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan