Nuffnang

Jumaat, 9 Mac 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


KELUARGA ANNE NGASRI TERIMA <b>ALIFF AZIZ</b> | MummyNemo

Posted: 29 Feb 2012 08:45 PM PST

No of View :348
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

KUALA LUMPUR, 29 FEBRUARI 2012: Selepas status hubungan penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon seksi, Zarina Anjoulie mencetuskan kontroversi, penyanyi kelahiran Singapura itu telah bijak mengalihkan tumpuan ramai berkenaan hubungannya bersama pelakon Anne Ngasri.

Semuanya selepas Aliff Aziz mengaku kepada wartawan bahawa Anne Ngasri merupakan teman yang kini rapat dengannya sejak dia menetap di Malaysia.

Namun, bagaimana pula pandangan Anne Ngasri mengenai hubungannya dengan Aliff Aziz?

Anne yang dihubungi memberitahu, hubungannya dengan Alif hanyalah sekadar kawan rapat.

"Kalau nak ikutkan saya memang tak selesa hendak mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana takut disalah anggap. Namun saya cuba untuk perjelaskan apa yang perlu.

"Saya dan Aliff memang berkawan rapat dan saya anggap dia sama seperti rakan artis yang lain.

"Cuma saya akui, kami saling berhubung untuk bertanya khabar.

"Lagipun saya faham, dia tiada keluarga terdekat di sini. Jadi dia suka cara saya yang kerap bertanyakan mengenai perkembangannya," jelas Anne.

Menurut Anne lagi, sebagai seorang yang mengutamakan keluarga, dia juga sudah membawa Aliff berjumpa dengan keluarganya.

"Saya juga akui, kami agak rapat sehinggakan keluarga kami pun tahu akan hubungan ini.

"Kami telah berjumpa dengan keluarga masing-masing untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

"Bukan dia sahaja kawan yang pernah jumpa keluarga saya, malah ramai lagi kawan lain termasuk kawan perempuan yang saya bawa berjumpa dengan keluarga.

"Saya bertindak demikian kerana hendak keluarga tahu dengan siapa saya berkawan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

"Alhamdulilah, keluarga saya menerimanya dengan sangat baik," luahnya lagi.

Menyambung perbualannya lagi, Anne akui dia sangat selesa berkawan dengan Aliff kerana penyanyi lagu Sayang Sayang itu adalah teman yang senang untuk dia bercerita.

"Aliff seorang yang cepat faham dalam segala situasi kerana apa sahaja yang saya cakap dia akan dapat tangkap.

"Malah, dia seorang teman yang boleh saya jadikan tempat untuk bercakap dan berbual ," tambahnya lagi.

Anne yang bakal menjalani pengambaran untuk sebuah telemovie untuk siaran stesen TV Astro, baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah Umrah pada 25 Februari lalu.

Anne sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Wafi dan telah dikurniakan dengan tiga orang anak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan