Nuffnang

Jumaat, 9 Mac 2012

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


<b>Que Haidar</b>, Linda Bakal Sambut Anak Perempuan | ambooyats@blog

Posted: 06 Mar 2012 04:56 PM PST


Penampilan terbaharu isteri kepada pelakon Que Haidar itu, dia kini sedang sarat mengandung tujuh bulan. 

 Kata Linda tahap kesihatannya kini kurang menentu. Dia tidak sedap badan ekoran beberapa kali terjatuh di atas pentas sewaktu hadir memantau perkembangan produksinya sepanjang tiga minggu latihan dijalankan sebelum ia dipentaskan selama tiga malam berturut-turut pada minggu lalu. 
 Bagaimanapun, Linda yang tidak lokek menguntum senyum masih sudi meluangkan sedikit masa untuk ditemu bual. 
 "Pembawaan bayi kali ini paling memenatkan! Penat yang lain macam berbanding sewaktu mengandungkan Qhalif dan Ratu dulu," ujar Linda membuka cerita. Berbicara lebih lanjut mengenai usia kandungannya yang kini hampir mencecah usia tujuh bulan, kata Linda dia dijangka melahirkan bayi yang sudah disahkan jantinanya perempuan itu pada 1 Mei ini. 

 "Saya memang mahukan seorang bayi perempuan, jadi sudah tentu selepas membuat imbasan jantina bayi sewaktu berusia lima bulan, saya cukup gembira apabila mendapat tahu saya bakal melahirkan seorang lagi bayi perempuan," katanya penuh gembira. Apabila ditanya tentang pemilihan nama bakal bayi perempuannya itu, wanita yang berusia 40 tahun itu mengaku sudah memilih nama untuk anaknya itu, tetapi kata Linda biar ia menjadi rahsia terlebih dahulu. 
Ulasnya ringkas: "Nama sudah ada tapi biarlah rahsia dulu, nanti tak ada kejutan." Bersalin bedah Bercerita lanjut tentang aktivitinya sepanjang hamil, Linda yang ditanya tentang pengalaman rejim senaman atau tarian tertentu sewaktu mengandung, memberitahu dia cuma mengambil makanan yang seimbang dan senaman ringan untuk memastikan dia dan kandungannya sihat. "Saya lebih mementingkan tentang cukup minum air, makan vitamin dan makan makanan seimbang selain melakukan senaman yang bersesuaian dengan keadaan saya sekarang," dedah Linda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan