Nuffnang

Jumaat, 9 Mac 2012

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Artis Malaysia <b>Elfira Loy</b> Kena Kutuk Peminat Randid Pangalila

Posted: 09 Mar 2012 07:35 AM PST

Baru - baru ini heboh peminat Randid Pangalila mengutuk Artis Malaysia tentang lakonan yang dilakonkan dalam drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang menerusi laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Pengakuan Elfira Loy, berkata, dia sedikit pun tidak melenting dengan kutukan dari peminat Randid kerana ia telah menjangkakan perkara itu kerana Randid adalah pelakon yang popular dan ramai peminat.

"Kami hanya berlakon dalam satu drama dan tidak ada apa-apa berlaku di antara kami," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Elfira berkata, perkara tersebut berlaku kerana lakonan mereka dalam drama arahan Michael Ang itu mendapat sambutan hangat sehingga diulang tayang sebanyak beberapa kali di saluran Astro Ria.

Tambahnya, adegan romantik antara mereka juga mungkin menyebabkan peminat pelakon yang popular dengan siri Nada Cinta itu berang terhadapnya.

"Saya memandang positif terhadap apa-apa juga perkara negatif yang diperkatakan mengenai saya dan tidak mahu mengambil serius mengenai perkara itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Elfira berkata, perhatian yang diberikan oleh peminat Randid terhadapnya adalah sebagai tanda kehadirannya sebagai pelakon telah disedari oleh masyarakat.


Selain Elfira dan Randid, telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang turut dibintangi oleh Sharifah Shahora, Didie Alias dan Sharikah Sakinah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan