Nuffnang

Ahad, 12 Januari 2014

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Foto <b>Elfira Loy</b> Bercuti Ke Korea Pula | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 06 Jan 2014 09:38 PM PST

Foto Elfira Loy Bercuti Ke Korea Pula

Tidak cukup bercuti di dalam negara, aktres cilik Elfira Loy kini dikatakan sedang melancong ke luar negara iaitu negara kegemaran ramai, Korea.

Aktres ini dikatakan cukup bekerja keras kerana hari-hari ada sahaja gambar terbarunya di tempat-tempat yang berbeza yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Bertuah, bukan?

Foto Elfira Loy Bercuti Ke Korea PulaElfira bergambar di kafe Hello Kitty.

Namun, ada berita yang tidak sedap didengar. Ketika dalam perjalanan ke Korea, salah satu bagasi yang membawa keperluan penting seperti makanan dan telekung milik Elfira dikatakan telah hilang. Ekoran kes tersebut, Elfira terpaksa menunaikan solat dengan menggunakan pakaian yang sedia ada.

Foto Elfira Loy Bercuti Ke Korea PulaGambar ketika adik Elfira, Esliza Loy menunaikan solat tanpa pakaian yang sempurna.

Bagaimanapun, bagasi tersebut dipercayai telah dijumpai beberapa hari selepas kejadian oleh syarikat penerbangan yang dinaikinya iaitu Air Asia.

Tak puas melihat gambar-gambar Elfira Loy melancong ke Korea? Lihat galeri yang disediakan, anda pasti teruja.

Sumber: Instagram Elfira Loy.

Foto : <b>Elfira Loy</b> Tampil Dengan Imej Terbaru | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2013 12:58 AM PDT

Foto : Elfira Loy Tampil Dengan Imej Terbaru

Sebelum ini peminat sering melihat pelakon genit, Elfira Loy tampil dengan imej berambut panjang bukan?

Namun begitu, baru-baru ini, Elfira telah mengubah imej baru buat dirinya, di mana, pada kali ini pelakon wanita tersebut dilihat lebih selesa untuk tampil dengan imej berambut pendek.

Melalui perkongsi foto-foto di laman sosial pelakon drama Demi Dia itu, penampilan terbaru Elfira ini membuatkan aktres tersebut kelihatan lebih muda dan comel. Bersesuian dengan umurnya yang baru berusia 19 tahun.

Foto : Elfira Loy Tampil Dengan Imej Terbaru

Elfira tampil dengan imej rambut pendek

Meneliti setiap caption yang dikongsikan, pada awalnya Elfira akui merasa sangat gementar untuk mengubah gaya rambut, akan tetapi, setelah mendapat sokongan daripada rakan-rakan terdekat, aktres tersebut bersetuju untuk mengubah rambutnya kepada potongan yang lebih ringkas dan menarik.

Untuk rambut terbarunya itu, Elfira telah mendapatkan khidmat nasihat daripada pendandan rambut kegemarannya sendiri.

Bagi peminat yang masih belum melihat penampilan terbaru Elfira, jom lihat beberapa foto comel pelakon tersebut selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Elfira loy

Gambar &#39;Lurah&#39; Di Instagram <b>Elfira Loy</b> Jadi Isu | MyArtis <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2013 01:48 AM PST

Tak keterlaluan kalau dikatakan, Elfira Loy antara pelakon remaja yang boleh dipuji kerana pandai membawa diri.

Meskipun tidak mempertaruhkan cerita sensasi atau pakaian seksi, dia naik bersama bakat lakonannya.

Bagaimanapun ketika memuatnaik sekeping gambar di laman Instagram, berlaku sedikit isu tentang pakaian tetapi tidak melibatkan Elfira sebaliknya pengacara bersama sebuah rancangan TV yang berdiri di sebelahnya.

Dalam hal ini kami puji sikap Elfira yang terus menurunkan gambar tersebut dari laman Instagram.

Walaupun bukan dia yang kena kutuk, nampaknya Elfira bijak kerana tak mahu ada sebarang isu yang boleh terpalit padanya. – REM RAMZI

Fullscreen capture 12242013 54350 PM

Sumber: pilihan-anda.blogspot.com 

Anda mungkin juga meminati:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan