Nuffnang

Khamis, 3 Januari 2013

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


<b>Gambit Saifullah</b> Mahu Perbaiki Skil PR

Posted: 08 Aug 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2012: Tidak semua selebriti tempatan dikurniakan skil komunikasi dan PR (public relations) yang bagus dan aktor serta pengarah Gambit Saifullah turut merasai kekurangan diri yang ada pada dirinya itu.

Atas sebab itu, dia tidak menafikan bahawa adakalanya segelintir pihak menganggap dia seorang yang sukar didekati atau sedikit sombong.

"Sebenarnya saya bukanlah macam itu pun. Malah, kalau saya dah mula cakap, saya akan cakap. Macam yang saya buat dengan awak sekarang ini (penulis). Tapi, ianya turut bergantung kepada keadaan. Ada masanya saya lebih suka meninjau keadaan terlebih dulu.

"Namun, saya tidak nafikan saya lebih suka bekerja dan berikan tumpuan terhadap kerja saya. Saya lebih suka berada di belakang tabir dan urusan tentang PR dilakukan orang lain," katanya kepada portal Murai.

Pun begitu, Gambit Saifullah mengakui dia terpaksa memperbaiki kekurangan dirinya itu di dalam skil komunikasi dan PR demi kebaikan dirinya.

Atas sebab itu, Gambit Saifullah sanggup menggunakan khidmat Lina Merican iaitu bekas pengurus Awal Ashaari untuk menguruskan kerjaya seninya. Malah Gambit juga telah melantik beberapa rakan dalam dunia hiburan untuk melatihnya dalam skil komunikasi dan PR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan