Nuffnang

Khamis, 3 Januari 2013

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Shila Amzah</b> - Bila Masanya Sesuai, Saya Akan <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2012 04:55 PM PST

Semua sedia maklum dengan kontroversi yang tercetus gara-gara usikan Shila Amzah pada kekasih Sharnaaz Ahmad di Anugerah Planet Muzik. Belum reda isu tersebut, peminat dikejutkan dengan entri di Twitter Shila (yang telah pun dipadamkan) mengumumkan dia telah menerima lamaran Sharnaaz.

Kesempatan bertemu dengan gadis berbakat itu baru-baru ini tidak GUA lepaskan untuk mendengar sendiri komennya.

"Saya kini berada dalam keadaan positif," luah Shila membuka bicara. "Selepas apa yang berlaku, saya mendapat banyak hikmah, banyak khabar gembira yang saya tidak boleh ceritakan lagi.

"Apa yang berlaku itu merupakan satu proses pembelajaran buat saya. Saya seorang yang 'very open' dan rapat dengan peminat di Twitter. Apa yang terlintas di hati, saya akan kongsikan dengan mereka. Sehinggakan saya kadang-kadang terlupa saya seorang 'public figure'.

                   

"Sekarang saya perlu hadkan apa yang hendak dikongsi. Ada sesetengah perkara yang perlu disimpan 'private'. Bila masanya sesuai, saya akan kongsikan.

"Belajar dari kesilapan. Itu nasihat ayah. Jangan diulangi kesilapan itu. 'It will only be a mistake if we repeat it'."

Tambahnya lagi, walaupun dia sekarang ini kurang sihat atas faktor kerja tetapi dari segi kehidupan, "Alhamdullilah, semuanya sangat 'wonderful'. Tak perlulah saya beritahu lebih lanjut. Biar saya simpan buat diri saya. Cukup yang anda tahu saya gembira."

Bagaimana pula dengan lamaran Sharnaaz? Andai kata dia melamar Shila, adakah Shila akan terima?

  

"Bukan andai kata sebab dah terlepas beritahu pun. Benda itu sesuatu yang manis bagi saya. Kita tengok sajalah 'in the future'. Nanti hilang 'surprise'-nya," ujar Shila sambil tersenyum.

Komen Shila bagi mereka yang mungkin memandang serong terhadap Sharnaaz selepas apa yang terjadi.

"Sharnaaz seorang yang 'very outspoken'. Kita berdua sudah mempelajari dari kesilapan lalu. Saya harap peminat boleh doakan semoga semuanya berjalan lancar untuk kami."

Main emosi
Kurang seminggu sebelum berlangsungnya majlis penganugerahan yang paling dinanti-nantikan peminat muzik tanahair - Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27). Shila sempat berkongsi yang persiapannya agak "kelam kabut".

Selain terlibat dengan jelajah Dato' Siti Nurhaliza, jelas Shila, dia perlu memenuhi komitmen kerjanya di Shanghai, China. Antaranya, menjayakan konsert malam tahun baru. Dia hanya akan pulang ke ibu negara pada 3 atau 4 Januari 2013.

   

Meskipun begitu, gadis berusia 23 tahun ini sudah jelas dengan apa yang ingin diketengahkan pada malam AJL 27 nanti.

"Tiada gimik. Tiada penari yang akan turun dari atas ke bawah atau naik dari bawah ke atas. Saya akan fokus pada lagu, vokal dan perasaan itu sendiri. Saya akan main dengan emosi dan dari segi pembawaan lagu, terdapat sedikit perbezaan dari sebelum ini.

"Pada masa yang sama, saya perlu kuat dari segi emosi kerana sebelum ini bila saya menyanyikan lagu ini, sukar untuk saya mengawal emosi. Saya juga perlu berhati-hati dari segi lirik dan sebutan sebab sekarang ini saya tengah hafal lirik dalam bahasa Mandarin."

Azam 2013
"Alhamdullilah, tahun ini saya tak ada 'carry forward'. Apa yang saya impikan iaitu untuk membuat persembahan di pentas-pentas besar seperti AJL, Anugerah Planet Muzik dan Asian Wave, saya dapat capai," ujarnya apabila ditanya tentang azam barunya untuk tahun 2013.

 

"Ia mungkin kelihatan 'impossible' tetapi dengan usaha keras dan berkat doa, semua perkara boleh menjadi 'possible'. Banyak yang saya dapat tahun ini tetapi itulah manusia, kita tidak pernah rasa cukup. Selain mengeluarkan album, saya ingin buat satu showcase yang dapat gabungkan rakyat Malaysia.

"Dari segi peribadi, saya mahu bahagia bersama keluarga. Dan saya ingin kurangkan cerita percintaan saya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan