Nuffnang

Khamis, 22 November 2012

Atilia - Google Blog Search

Atilia - Google Blog Search


Konsert Pertama <b>Atilia</b> dan Salamiah Hassan

Posted: 03 Sep 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter: @Stailista

KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER 2012: Pada hakikatnya, kedua-dua anak beranak ini sudah sekian lama bergelumang dalam dunia nyanyian. Begitu juga kekerapan mereka digandingkan bersama dalam setiap persembahan pentas.

Namun, siapa sangka, bagi mengenangkan susah payah golongan ibu tunggal dalam mengharungi liku-liku hidup telah menyantukan Atilia dan Salamiah Hassan untuk bergabung tenaga dalam sebuah konsert amal yang akan diadakan Isnin ini.

Konsert yang dinamakan Be Strong Charity Concert anjuran produk penjagaan kesihatan berasaskan herba, Himalaya itu bakal berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya dengan dihadiri lebih 400 tetamu termasuk golongan ibu tunggal.

Bercakap dalam sidang media semalam, Atilia yang cukup popular dengan lagu berirama Jazz berkata, konsert berkenaan bukan saja berjaya menyatukan dirinya bersama ibunya dalam sebuah konsert malahan juga hadiah tak terhingga buat semua ibu tunggal di luar sana.

"Pastinya ramai masyarakat kita hari ini yang mempunyai kakak, adik, ibu saudara ataupun ibu yang bergelar ibu tunggal. Mungkin ramai yang menganggap ianya sebagai senario biasa tetapi tahukan mereka penderitaan yang mereka alami untuk terus hidup?

"Contohnya saya yang dibesarkan oleh ibu (Salamiah Hassan) yang bergelar ibu tunggal sejak saya berusia 12 tahun. Ia bukanlah perkara yang mudah.

"Begitu banyak cabaran yang kami hadapi terutama sekali berhadapan dengan pandangan masyarakat akan gelaran ibu tunggal itu sendiri, apatah lagi ibu saya seorang penyanyi sibuk membuat persembahan di luar.

"Perkara seperti inilah yang ramai masyarakat di luar sana tidak faham. Kesusahan mereka untuk hidup dan berdiri di atas kaki sendiri bagi membesarkan anak-anak mereka supaya berjaya dalam hidup," katanya mengenangkan kembali perit jerih ibunya bergelar ibu tunggal.

Tambah Atilia, mesej seperti itu yangakan disampaikan dalam konsert lebih satu jam berkenaan dengan dibantu dengan tayangan video serta dendangan lagu terbaik miliknya bagi menghiburkan tetamu yang hadir pada malam berkenaan.

Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Sangkar itu, dia amat berbesar hati apabila pihak Himalaya tampil untuk menganjurkan konsert berkenaan bersama ibunya, meskipun tidak akan ada satu sen bayaran akan mereka terima pada malam itu.

Ini kerana kesemua dana dan kutipan daripada jualan tiket konsert berkenaan akan disalurkan kepada Persatuan Ibu Tunggal Mas Merah yang ditubuhkan sejak 1994 bagi membantu hampir 1,000 ibu tunggal seluruh ibu kota.

Sementara itu Salamiah Hassan berkata, sebagai ibu tunggal dia sangat memahami keperitan hidup yang mereka alami, walaupun pada zahirnya tidak terlalu ketara.

"Ini adalah peluang keemasan buat saya menyampaikan mesej kepada semua ibu tunggal dan sebagai penyanyi kami tidak pernah berkira soal bayaran atau wang ringgit terutama apabila menyentuh soal amal.

"Saya percaya ini adalah masa yang terbaik untuk saya dan Atilia bergandingan bahu dalam sebuah konsert amal seperti ini. Mana athu selepas ini akan ada beberapa lagi gandingan yang akan kami lalukan bersama. InsyaAllah," katanya.

Salamiah Hassan bakal membawakan beberapa lagu popularnya dan tidak ketinggalan lagu Melayu klasik dan asli seperti Bintang Malam, Boleh Dilihat Dipegang Jangan serta Patah Hati yang akan bakal menghiburkan tetamu pada malam berkenaan.

Persembahan mereka berdua akan diiringi pemuzik live band termasuk petikan piano daripada abang Salamiah Hassan sendiri, Ahmad Shafiq dan diacarakan oleh penyampai radio Capital FM, Kam Poh Poh.

Bakal menyerikan acara ialah persembahan 'DJ Spinning' daripada Daphne Iking dan tidak ketinggalan kemunculan para selebriti yang menjayakan kempen Be Strong seperti Deanna Yusoff, Yasmin Yusoff, Linora Low, Serena C, Chelsia Ng dan Selina Yeop Jr.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan