Nuffnang

Khamis, 22 November 2012

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Dedah Hubungan dengan Neelofa Serius.

Posted: 15 Oct 2012 07:04 AM PDT

 

Pelakon dan produser, Hans Isaac mengakui hubungannya dengan heroin filem Azura 2012, Neelofa serius tetapi mengambil keputusan untuk tidak mendedahkannya kerana tidak mahu kejadian yang lama (hubungan cinta) berulang lagi.

 

Dipetik Mstar Online, Hans Isaac atau nama sebenarnya , Gerald Hans Isaac berkata, sudah tiba masanya dia menyimpan sebahagian kisah peribadi untuk dirinya sendiri kerana dia sudah banyak berkongsi perkara peribadi dan kisah cinta sepanjang 20 tahun setelah bergelar anak seni.

 

Menurut Hans, kini dia lebih selesa untuk tidak bercerita dengan lebih lanjut mengenai hubungan mereka demi kebaikan semua pihak.

 

"Saya tidak nafikan kami memang berkawan secara serius pada waktu ini. Cuma, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana perkembangan hubungan kami kerana ia terlalu peribadi buat saya.

 

"Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak saya berkongsi cerita hubungan cinta dengan kekasih-kekasih terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang dipertikaikan itu dan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.

 

Ditanya reaksinya berhubung gosip yang mengatakan dia pergi bercuti dengan kekasihnya itu ke Koh Samui, Thailand, secara rahsia pada hujung bulan lalu, Hans berkata, dia enggan mengambil pusing mengenai perkara itu kerana sudah terbiasa dengan permainan dunia hiburan.

 

"Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini.

 

"Hakikatnya, saya pergi ke Koh Samui bersama sepupu dan rakan-rakan. Kalau pun saya hendak pergi bercuti dengan dia, tentulah kami akan pergi secara berkumpulan dan bukan berduaan sahaja.

 

"Saya bukan bodoh dan tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya," hurainya.

 

Mengenai hasrat mendiang ibunya, Carmina Anciano Isaac, 74, yang tidak sempat ditunaikan untuk melihat dia berkahwin, Hans berkata, soal berumah tangga bukan perkara remeh yang boleh diambil mudah dan ia memerlukan persiapan dan keputusan yang tepat.

 

"Memang saya terkilan mengenai perkara itu tetapi saya tidak boleh tergesa-gesa dan gelojoh mengenai persiapan perkahwinan.

 

"Dalam hal ini, saya perlu bersikap memilih dan sepenuh hati kerana saya hanya mahu berkahwin sekali sahaja dalam seumur hidup.

 

"Sama ada saya mempunyai perancangan ke arah itu dengan Neelofa atau sebaliknya, biarlah saya simpan dahulu," luahnya.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan