Nuffnang

Khamis, 22 November 2012

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


EKSKLUSIF: <b>Gambit Saifullah</b> Sekampung Dengan Khairul Fahmi <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2012 10:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah, pelakon dan produser muda tempatan, Gambit Saifullah akan tampil dengan hasil kerja terbaru melalui syarikat produksinya Eightball Productions Sdn Bhd iaitu program Nusantara Raya yang bakal ditayangkan di Astro, Aidilfitri nanti. Ramai yang ingin mengetahui perkembangan terbaru artis berbakat besar ini namun dia kadangkala seperti tidak kisah tentang publisiti dan lebih mementingkan kerja yang ingin dihasilkannya. Bercakap mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Gambit akan pulang ke Kelantan Syawal ini.

"InsyaAllah tahun ini saya akan pulang beraya ke kampung sebelah ibu saya iaitu di Kelantan. Kesempatan ini mungkin saya akan ambil untuk beraya bersama bintang bagi program Nusantara Raya iaitu Khairul Fahmi Che Mat kerana kami sekampung. "Setelah sama-sama berada dalam dunia glamor barulah kami tahu yang kami sekampung," ujarnya yang ditemui di majlis tayangan program Aidilfitri Astro di Damansara baru-baru ini.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Bagi mereka yang tertanya-tanya mana perginya Gambit, dia menjelaskan bahawa dia sering melancong dan berada diluar negara samada atas urusan kerja mahupun bercuti. "Mungkin ramai juga tahu saya memang sering terbang kesana-kemari atas urusan kerja. Tetapi ada juga yang saya selitkan dengan bercuti. Saya meminati rancangan travelogue dan jika berkesempatan saya akan melawat lokasi yang saya rasakan ada potensi untuk adakan penggambaran atau sebarang projek ditempat itu.

"Saya masih berlakon cuma ramai yang mendengar saya banyak mengarah dan mengacara. Untuk Nusantara Raya ini saya akan memberikan penonton gambaran jelas kehidupan dan aktivit seharian Safee Sali yang menyarungkan jersey Pelita Jaya FC di Indonesia. "Setiap aktiviti yang dilakukannya saya akan turut serta termasuklah ketika berlatih, masa lapangnya dan pelbagai lagi, jadi jangan lupa untuk menonton Nusantara Raya pada Aidilfitri ini,"jelas Gambit mengenai aktiviti seninya sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan