Nuffnang

Khamis, 22 November 2012

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


<b>Najwa Latif</b> Live Di Singapore | OHBULAN!

Posted: 13 Nov 2012 08:35 PM PST


Walaupun dia kini sedang sibuk dengan peperiksaan SPM , tetapi itu bukan lah penghalang baginya untuk terus bergiat aktif dalam bidang  seni muzik tanah air.

Karier Najwa Latif nampaknya telah disusun dan dirancang dengan berterusan. Najwa Latif yang terkenal dengan lagunya 'Cinta Muka Buku' kini bakal menggegarkan Singapura.

Dia yang  akan tampil membuat persembahan pada 21 Disember nanti di Singapura, sempena cuti yang panjang selepas tamat peperiksaan SPM, pastinya inilah peluang  untuk dia terus bergerak aktif  dalam dunia seni muzik tempatan dan melebarkan sayap di luar Malaysia. Persembahan ini adalah salah satu paltform bagi menunjukkan kehebatan serta auranya yang melebar sehingga ke Singapura.

Turut menampilkan kumpulan Iamneeta dan juga sebuah kumpulan daripada Singapura iaitu Aryan Band bagi menggamitkan lagi konsert. Dengan kehadiran kumpulan jemputan ini, dapat menarik minat peminat Najwa untuk datang menyaksikan konsert, malah mengenali dua buah kumpulan ini yang tidak kuarang hebatnya

Bertempat di The Joyden Hall@Bugis, 500 tempat terhad menunggu para peminat yang bertuah kerana mereka antara yang pertama menyaksikan 'showcase' sulung Najwa Latif ini.

Tiket-tiket boleh di dapati dengan harga bermula dari $57, $67, dan $77 di laman web  www.apesnap.com/event/najwalatif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan