Aqasha - Google Blog Search |
Lirik Obsesiku – <b>Aqasha</b> (MP3) | Liyana Lunia Posted: 12 Jan 2012 05:58 AM PST 12 LOL lirik lagu ini boleh menang lirik lagu paling OHSEMMM ! HAHAHA -.- Lirik Obsesiku Aqasha Matamu… TubuhMu.. * Hadiahkan Asmara Disetiap Pagi HariMu Aura Mu Memujuk Rayu Hatiku Ku Rindu Ulang *
lagu ini macam kalau untuk pasangan suami isteri nak mesra mesra boleh lah KAHKAHKAH Mereka google ini :Hello, saya Liyana Lunia . 22 . Industrial Computing student . saya berbloging secara random . Terima kasih sudi baca ;) Mari menolong sharing ❤ Google me please: lirik obsesiku aqasha, obsesiku - aqasha, obsesiku hq download link, obsesiku mp3, ost gemersik kalbu Full content generated by Get Full RSS. |
GUA - BERITA ARTIS - <b>Aqasha</b> Seronok Jadi Ayah Posted: 20 Dec 2011 08:00 AM PST "Walaupun rutin harian saya tidak sama seperti dahulu, saya gembira dengan kehidupan sekarang. Seronok jadi ayah kerana saya rasa macam belajar mengenali diri sendiri. Saya sentiasa perhatikan sama ada anak saya mewarisi perangai saya atau tidak. Memanglah kadangkala terasa pergerakan sangat terbatas, tetapi itu pengorbanan yang harus dilakukan. Saya selalu pujuk diri sendiri apabila tidak boleh lepak dengan kawan-kawan macam dulu. Situasi ini secara tidak langsung membuatkan saya lebih menghargai pengorbanan ibu dan bapa saya," ujar Aqasha berkongsi cerita. Dalam masa yang sama, lelaki ini tidak malu mengakui dia juga mengambil giliran bangun malam untuk menukar lampin atau memberi susu kepada Alehandra Ahmad sekiranya bayi sulungnya itu terjaga di tengah malam. "Saya seronok melakukan kerja-kerja menjaga bayi. Tiada salahnya bantu isteri kerana ia memberi peluang kepada saya untuk dekat dengan anak. Sebab itu, saya tidak ambil orang gaji untuk jaga anak. Saya dan isteri hendak tunggu sehingga dia berumur enam bulan. Kalau dua-dua sibuk, saya minta tolong keluarga saya untuk jagakan," tambah Aqasha lagi. Menyentuh tentang karier lakonan, Aqasha bakal muncul dengan drama bersiri terbaru berjudul 'Gemersik Kalbu' yang bakal bersiaran bermula 2 Januari hadapan. Menggalas watak Sufian, Aqasha bergandingan dengan Ayu Raudah sebagai teraju utama drama yang diadaptasi daripada novel ini. "Saya senang berlakon di sisi Ayu kerana saya menganggap dia seorang pelakon yang bagus dan mudah menyesuaikan diri. Mula-mula memang rasa kekok kerana masing-masing sudah kahwin, tetapi setelah sering berbincang dan berlatih bersama sebelum penggambaran, kami berjaya mencari keserasian. Lagipun, kami tidak campur-adukkan urusan peribadi dengan kerja. Ini adalah tanggungjawab yang perlu kami lakukan. Saya rasa pasangan kami boleh memahami,"ujar Aqasha. Ditanya sama ada dia membaca novel atau tidak sebelum memulakan penggambaran, tanpa berselindung Aqasha menjawab "tidak". Namun dia punya alasan bersesuaian iaitu tidak mahu lakonannya terikat dengan perwatakan di dalam novel. "Saya tidak membaca novel ini kerana tidak mahu lakonan saya terikat dengan novel itu. Saya hanya berpandukan skrip. Selain itu, saya juga tidak mahu rasa tertekan andai kata tidak mampu mengikut watak yang digambarkan oleh penulis. Lebih baik saya jayakan watak Sufian ini mengikut pemahaman sendiri.. Mungkin selepas tamat penggambaran, baru saya akan cari masa untuk membaca novel ini," ujar Aqasha berterus-terang. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Aqasha - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |