Nuffnang

Ahad, 26 Mei 2013

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Keputusan Final Copa Del Rey 2013 - Kafe <b>Que</b> vs Mamak Stall

Posted: 17 May 2013 04:33 PM PDT

 

Home » , , , , , , , , » Keputusan Final Copa Del Rey 2013 | Real Madrid Terima Nasib Sama Dengan Manchester City Penulis: Que Haidar | Kategori: , , , , , , , ,

REAL MADRID 1-2 ATLETICO MADRID (AET)

Perlawanan derby yang penuh drama berakhir dengan pasukan Atletico Madrid menamatkan badi rekod tanpa kemenangan ke atas musuh setempat Real Madrid awal pagi tadi. Seperti dijangka perebutan piala terakhir bola sepak Sepanyol sememangnya sengit dan menyaksikan 14 kad kuning dan 2 kad merah dilayangkan pengadil.

Kedua pasukan mempamerkan corak permainan menarik dan terpaksa ditamatkan dalam masa tambahan setelah terikat 1-1. Bagaimanapun nasib lebih menyebelahi Atletico Madrid apabila 3 percubaan Real madrid terkena tiang dan penjaga gol Atletico menjadi wira pasukan meyelamatkan beberapa percubaan berbahaya.

Ronaldo membuka tirai jaringan pada minit ke-14 sebelum penjaring terbanyak kejohanan Diego Costa menyamakan kedudukan pada minit ke-35. Dalam masa tambahan Miranda menambah tekanan Real Madrid dengan gol ke-2 Atletico pada minit ke-99. Ronaldo dilayangkan kad merah pada minit ke-114 dan pemain Atletico Gabi diarah keluar padang pada minit terakhir masa tambahan.

Tahniah Atletico Madrid. Bola sepak sememangnya permainan yang sukar diduga. Banyak kejutan boleh berlaku. 


Tips untuk peminat bola sepak di luar sana "Perlawanan kalah mati pasti memerlukan sedikit faktor nasib untuk bergelar juara"


Sedutan Perlawanan Akhir Copa Del Rey 2013 | Real Madrid vs Atletico Madrid

Like jika anda suka entri ini dan share dengan rakan anda ;) Tq

Entri berkaitan : analisis, atletico madrid, bola sepak, copa del rey, dailymotion, highlight, keputusan perlawanan, real madrid, sukan

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Kata Saja I Love You - <b>Elly Mazlein</b> #Lirik @lagubestbest

Posted: 16 Apr 2013 02:19 PM PDT

Tajuk Lagu/ Song Title: Kata Saja I Love You
Artis/ Artist: Elly Mazlein
Album/ Info: OST Awan Dania The Movie 2013

Video Muzik/ Music Video: Kata Saja I Love You - Elly Mazlein
Youtube

Lirik Lagu/ Lyrics: Kata Saja I Love You - Elly Mazlein

Kalau kau masih suka
Kenapa tidak untuk mencuba
Sebelum ada lagi yang lain di hatiku

Kau tunggu apa lagi
Membuatkan aku keliru
Terlalu lama aku
Untuk menunggu dirimu

Korus
Tak tahan hatiku menunggu
Belum juga kau kata
Aku juga suka padamu

Merana aku dibuatnya
Tak ada kepastian
Cepat saja kata I love you

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


(2 LAGI GAMBAR)Anak Lelaki <b>Fasha Sandha</b> & Rizal Ashram |

Posted: 15 Apr 2013 02:34 AM PDT


Masih ramai yang tidak puas menatap wajah comel anak sulung hasil perkongsian hidup Fasha Sandha dan Rizal Ashram. Di bawah Abang Nara kongsikan gambar yang telah di"upload" oleh Jejai sendiri di Instagramnya.

gambar anak fasha sandha

Sekali pandang, memang mirip muka Fasha Sandha. Dengan hidung mancungnya itu, pasti anak mereka berdua akan kacak bergaya apabila meningkat dewasa kelak. Turut sama hadir ketika kelahiran ialah ibu dan bapa Jejai.

gambar anak fasha sandha

Tidak sabar rasanya untuk mengetahui nama si comel ini. Semoga putera sulung Fasha dan Jejai akan membesar dengan penuh sihat dan dilimpahi kasih sayang. Sama-samalah kita doakan. Amin ~~

Baca Yang Ini Pulak:-


Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Bront Palarae</b> - Google Blog Search

Posted: 10 May 2013 11:02 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Bront Palarae</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2013 11:32 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Bront Palarae</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Apr 2013 11:06 PM PDT


Afdlin Shauki, <b>Bront Palarae</b> Dan Zain Saidin Sertai Misi Ke Gaza |

Posted: 04 Dec 2012 12:37 AM PST


Syukur sangat-sangat Abang Nara melihat semangat juang jitu yang ditunjukkan oleh selebriti-selebriti Malaysia. Untuk makluman, Afdlin Shauki, Bront Palarae dan Zain Saidin telah pun bertolak ke Gaza untuk menjalankan misi masing-masing. Semoga perjuangan mereka dirahmati olehNya.

misi ke gaza

Abang Nara tak sempat nak check sama ada mereka bertiga di bawah satu misi yang sama atau berlainan. Yang pastinya, Afdlin Shauki ada bersama-sama dengan Bront Palarae. Mungkin Zain Saidin pergi dengan kumpulan yang lain. Apa pun sama-sama kita doakan agar mereka bertiga selamat sepanjang berada di Gaza.

misi ke gaza

Rasanya banyak lagi selebriti tempatan yang telah, sedang dan akan terbang ke Gaza untuk memberikan bantuan. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan. Untuk anda yang ingin membantu tetapi tidak ada kelapangan masa, bolehlah menderma menerusi SMS. Hanya perlu taip PALESTIN10 (nilai RM 10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin).

gaza

Untuk info lanjut tentang aktiviti, sumbangan dan perkembangan terkini, boleh LIKE Facebook Aman Palestin.

Baca Yang Ini Pulak:-


BIODATA <b>BRONT PALARAE</b> - CURRENTLIFE2U.COM

Posted: 25 Mar 2013 08:18 PM PDT

bront palaraeBiodata Bront Palarae

Nama Sebenar: Nasrul Suhaimin Saifuddin
Tarikh Lahir: 27 September 1978
Umur: 35 tahun
Asal: Alor Setar, Kedah
Kerjaya: Pelakon, penulis skrip, pengarah dan penerbit
Pencapaian: Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23
Filem: Lang Buana, Man Laksa, Castelo, Bilut, Tipah Tertipu, Dukun, 1957: Hati Malaya, Anak Halal, Akhirat, Kala Malam Bulan Mengambang, Setam, Remp-it V3, Belukar.
Filem yang Bakal Keluar: Hanyut, Ombak Rindu, Kongsi, Sekali Lagi, Bunga Lalang, Bara Jiwa dan dua filem antarabangsa Quattro Hong Kong 2 (China) dan Liberating Soul (Jepun).

• Bront pandai bertutur dalam bahasa Siam kerana mempunyai darah Siam.
• Pernah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23/2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem Belukar.
• Memulakan karier lakonan pada tahun 2000 menerusi drama TV Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys.
• Bront juga pernah bergandingan bersama aktres Dynas Mokhtar pada tahun 2004 untuk mengacarakan program Beat TV selama dua musim.
• Pada tahun 2005, Bront menerima tawaran biasiswa daripada kerajaan Itali untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam jurusan Bahasa & Budaya di University of Foreigners, Perugia Itali.
• Pada tahun 2008 nama Bront mula meniti bibir peminat apabila muncul dalam siri TV Sindarela memegang watak Tengku Hussein.
• Pada tahun 2010, Bront telah mengasaskan produksi filem Otto Films yang akan menjadi platform untuknya meneroka bidang penerbitan filem.
• Bront pernah ke Gaza bagi misi kemanusiaan bersama Zain Saidin dan Afdlin Shauki.
• Dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres baru, Christina Suzanne, namun gosip itu akhirnya senyap begitu sahaja.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

"INGINKAN INFO TERKINI? LIKE PAGE Sahabat Currentlife2uDotCom"
tell your friends about #ChurpChurp and gets RM1! Join Us!

Incoming search terms:

  • bunga siti zubaidah (2)
  • biodata bront palarae (1)
  • biodata dj nas-t (1)
  • bront palarae dan kekasih (1)
  • cerita bront palarae (1)

Tags: , , , ,

Category: Hiburan

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


VIDEO ADEGAN PANAS <b>REMY ISHAK</b> DAN DIANA DANIELLE <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2013 10:33 PM PDT

Video : Aksi adegan panas Remy Ishak dan Diana Danielle atas katil dalam filem Sembunyi – Amukan Azazil ditapis

Oleh kerana aksi lakonan yang tidak sesuai dipertontonkan kepada tayangan umum,babak ranjang dalam filem terbaru terbitan Grand Brilliance berjudul  "Sembunyi : Amukan Azazil"difahamkan telah di potong sekali gus tidak ditayangkan kepada tontonan umum di pawagam

aksi panas remy ishak diana danielle aksi adegan panas remy ishak dan diana danielle ditapis

Sementara itu,sedutan babak aksi tersebut yang berdurasi 1:08 minit itu telah dimuat-naik di laman pengkongsian video youtube turut menerima kritikan lantang daripada penonton

Screen Shot 2013 04 01 at 9.03.27 AM aksi adegan panas remy ishak dan diana danielle ditapis

Filem "Sembunyi : Amukan Azazil" mengisahkan Aishah (Diana Danielle), seorang wanita muda yang hidup semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Malayu, telah bangun di sebuah kampung yang tenang setelah tidak sedarkan diri ketika melarikan diri daripada cengkaman tentera Jepun

Penduduk kampung telah memberikan perlindungan dan disitulah bermulanya kehidupan baru beliau. Tidak lama setelah menetap disitu, ia telah menjadi semakin jelas bahawa kampung tersebut ada menyembunyikan rahsia yang misteri

Aishah mula dihantui oleh kehadiran seorang gadis muda yang cacat yang tidak ada orang lain melainkan beliau yang boleh melihatnya

Beliau juga mendapati bahawa ada makhluk yang berlegar-legar di dalam hutan di sekitar kampung yang menjadikan para penduduk sebagai mangsa pembunuhan. Makhluk itu ialah Azazil

Penduduk kampung ada membuat perjanjian keamanan dengan makhluk Azazil tersebut namun serangan kembali menghantui kampung tersebut sejak Aishah mula menetap di situ

Menemui penonton di  pawagam pada 28 Mac 2013

Video aksi panas Remy Ishak dan Diana Danielle

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>faizal tahir</b> dan yassin muncul dengan video klip "berani" - Biaqpila

Posted: 29 Apr 2013 06:40 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 APRIL: Penyanyi popular, Faizal Tahir dan Yassin Sulaiman, muncul dengan video klip berjudul 'Berani' yang kini mulai mendapat sambutan di kalangan pengguna internet.

Meskipun tidak menyebut secara langsung, namun ramai menganggap lagu dengan tema perjuangan itu didedikasikan khusus kepada perjuangan Pakatan Rakyat.
Antara bait liriknya berbunyi 'Bagai deras sungai setelah hujan, tak putus walau dibelah seribu pedang. Mengalir bagaikan ia kepastian, takkan terhalang. Berani kerana aku benar, tiada apa harus ku takutkan, berdiri teguh..,"

Kemunculan dua artis ini dengan lagu bertema perjuangan, ketika kempen pilihan raya umum semakin rancak, sedikit sebanyak dilihat menambahkan moral penyokong Pakatan.
Ini kerana kedua-duanya sebelum ini dikatakan cenderung menyokong Pakatan, meskipun tidak mengisytiharkan sokongan secara terbuka, kecuali Yassin yang dilantik sebagai duta rasmi untuk kempen Angkatan Muda KEADILAN (AMK)

Februari lalu, Yassin membuat persembahan dalam majlis pelancaran manifesto Pakatan Rakyat, menyampaikan dua lagu berjudul 'Menuju Putrajaya dan 'reformasi', manakala Faizal pula mengiringi nyanyiannya sebagai pemain gitar.

Bidas kenyataan Norman


Dalam perkembangan lain, Faizal di laman Twitternya baru-baru ini membidas pendapat mengatakan industri perfileman akan hancur jika kepimpinan negara bertukar tangan.
Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada penerbit filem dan anggota kumpulan KRU, Norman Abdul Halim.

Norman dalam twitternya menulis sekiranya Pas berkuasa, industri filem dan muzik di negara ini akan hancur, malah pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan terjejas.

Ia disanggah Faizal yang menyifatkan kenyataan itu sebagai jenaka, dan menegaskan umat Islam wajib percaya bahawa 'rezeki datang dari Allah'.
Malah Faizal juga secara sinis menjawab tweet dari Ketua Unit Media Baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz yang dilihat tidak senang dengan kritikannya.
Selain Norman, turut menjadi kritikan penyokong Pakatan adalah kenyataan daripada pelakon 90 an yang tidak lagi popular, Azhar Sulaiman, apabila menuduh pimpinan Pakatan Rakyat dengan skandal video seks.

Menerusi video di Youtube, Azhar membuat kenyataan kurang bijak apabila mengatakan 'sanggup disambar petir' jika video fitnah yang dikaitkan dengan pimpinan Pakatan itu tidak benar.
Ketika rakyat kini mula membandingkan dasar yang ditawarkan Pakatan dan Barisan Nasional, Azhar hanya mampu mengitar semula kempen kotor Umno BN.
Sebaliknya beliau tidak pula bersuara apabila parti itu kini giat berkempen menayangkan video lucah dalam kempennya kepada masyarakat.

KD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


5.00 Minit | <b>Ramlah Ram</b> feat Caprice & Dem Lepak Boyz

Posted: 26 Mar 2013 10:04 AM PDT

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


Ranggi Ala <b>Sara Ali</b> | EH!

Posted: 27 Apr 2013 07:45 AM PDT

Sesuai dengan usianya yang muda, pelakon yang terkenal dengan lakonan yang semula jadi dan berkesan ini sememangnya menggemari stail yang ranggi dan kasual.

TIP KECANTIKAN KULIT NADIYA NISAA >>

Mahu mengekalkan stail dirinya yang sebenar, Izni Jalil telah menyempurnakan gaya Sara Ali dengan koleksi denim yang terkini bersama dengan kasut high-cut dan bermain dengan aksesori yang menjadi kegilaan muda-mudi masa kini. Khas untuk anak muda di luar sana, kami hidangkan tiga gaya Sara Ali yang boleh anda jadikan inspirasi.

APABILA SENI DAN FESYEN BERGABUNG >>

IMG 0623jpg Ranggi Ala Sara Ali

Kemeja T – Armani, Seluar – Levi's, Gelang dan kasut – Nose.

TIP SELESA BERJALAN DENGAN HIGH HEELS >>

IMG 0805jpg Ranggi Ala Sara Ali

Jaket – Levis, Seluar – Armani Exchange, Gelang – Nose.

BAGAIMANA FESYEN BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN >>

**Lebih gaya Sara Ali di dalam EH! Jurnal Fesyen keluaran April.

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


<b>Altimet</b> | World Youth Jazz Festival

Posted: 03 May 2013 12:00 AM PDT

Altimet is an award winning rapper, live entertainer, songwriter, producer, arranger, television and live event host. Ahmad bin Abdul Rahman, better known as Altimet, is recognized as an industry mover and among the "individuals who are shaping Malaysia" (August Man magazine August 2010 issue).

Making the decision to pursue solo career, Altimet was immediately offered a record and talent management deal by Kartel Records. He is experienced as a professional live entertainer and is second to none with over a decade's worth of quality performances from the smallest of gigs to prestigious concerts and award shows.

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


Gambar Anak <b>Sazzy Falak</b> Terkini - Gossip Artis Malaysia

Posted: 16 Apr 2013 10:00 PM PDT

Pada: Rabu, 17 April 2013 Dah besar dah anak kembar Sazzy Falak ni, Lilly dan Tiara Rose dah berusia dua tahun lebih dah. Nampak nak cubit je pipi mereka berdua ni. Gambar yang diambil awal bulan April sehingga minggu ini melalui laman Instagram Sazzy yang lebih 300,000 follower!. Layan..




Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


Ustaz Azhar Idrus Bakal Berlakon Di Bawah Arahan <b>Pierre Andre</b>? |

Posted: 10 Mar 2013 07:56 PM PDT


Wow. Walaupun belum 100% diconfirmkan, ada ura-ura bahawa pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus bakal membintangi sebuah filem di bawah arahan Pierre Andre. Mengikut perancangan, filem terbitan MIG yang bertajuk "Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang" akan diterajui oleh Shiro dan Ustaz Azhar Idrus.

azhar idrus

Namun begitu, menurut Pierre Andre sendiri, Ustaz Azhar Idrus masih belum memberikan kata putus sama ada mahu terlibat atau tidak dengan filem ini. Kata Pierre Andre:-

Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut. Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini.

azhar idrus
Selama ini pun Abang Nara memang selalu layan ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus menerusi YouTube. Memang kelakar betul orangnya. Kalau jadilah UAI membintangi filem ini, nampaknya medium dakwah beliau akan berkembang ke layar perak pulak. Pasti ramai yang teruja nak menontonnya.

P.S: Bila ucapan ahli politik diparodikan

Baca Yang Ini Pulak:-


Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


Baby <b>Yuna</b> - Peta Mazey

Posted: 21 May 2013 05:31 PM PDT

the sweetest little yunacorn and her pretty mama.love this next one, yuna's happy place…baby yawns are pretty much the cutest thing ever.

all edited with my  Childs Play Photoshop Actions

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> Risau Tiada Masa Untuk Keluarga – Perak Today

Posted: 20 May 2013 05:06 PM PDT

Pelakon Didie Alias meluahkan rasa risau apabila melihatkan masanya terlalu terhad untuk bersama dengan keluarga gara-gara kesibukan jadual kerja seninya.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, sejak meraih anugerah Artis Komedi Wanita popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) April lalu, dirinya mula dipenuhi pelbagai tawaran lakonan namun menganggap ia sebagai sebuah rezeki untuk keluarga.

"Alhamdulillah, jadual saya penuh sehingga bulan Ogos. Mungkin ini kerana rezeki anugerah yang saya peroleh baru-baru ini.

"Tetapi risau juga masa dengan keluarga juga terhad. Mujurlah mereka terutamanya suami faham dengan kerja saya ini," katanya.

Bagaimanapun tambah Didie, walaupun dia 'dihujani' pelbagai tawaran lakonan, dia masih lagi memilih daripada segi watak dan skrip yang akan dilakonkan.

Didie mahu penonton melihat perkembangan bakat lakonannya melalui pelbagai karakter yang dibawa dan bukan watak komedi semata-mata.

"Saya pilih juga watak yang ditawarkan, kalau boleh saya tidak mahu watak yang sama sahaja dan tidak mencabar.

"Ini juga sebahagian cara untuk menjaga kredibiliti dan kualiti lakonan yang akan dibawakan. Saya tidak mahu peminat melihat saya dengan watak yang sama, tentu tidak bagus untuk perkembangan kerjaya saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Didie bakal muncul menerusi filem Oh Mak Kau (OMK) dan kini ia sudah pun bermula tayangannya sejak 16 Mei 2013.

"Menerusi filem ini, saya membawa karakter perempuan gangster, tetapi terdapat unsur-unsur lawak dalam cerita ini.

"Diharap penonton gembira dengan hasil kerja lakonan yang saya bawakan," tuturnya.

Filem yang berkisarkan dua beradik, Sam (Jepp) dan Mun (Shuib) dengan kata simbol mereka, 'kemas balik selepas mencuri' sering mencetuskan kemarahan ibu mereka.

Segalanya berubah dengan kedatangan Que (Ain), seorang wanita yang berjaya mencuri hati mereka berdua.

Kehadiran Que juga membuatkan Embun (Didie) terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya.

-mStar

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Permata - <b>Alyah</b> feat. Ben #Lirik @lagubestbest

Posted: 23 May 2013 04:06 PM PDT

Tajuk Lagu/ Song Title: Permata
Artis/ Artist: Alyah feat. Ben Idola Kecil
Album/ Info: Ⓟ 2013 BME Entertainment MY

Video Muzik/ Music Video: Permata - Alyah feat. Ben
Youtube
 (TV Promo)

Lirik Lagu/ Lyrics: Permata - Alyah feat. Ben
Bagai permata pesona awan biru
Mahligai cita ingin ku temu
Ku tak perduli apa yang dikata
Keyakinanmu bersama denganku (disisi)

Selamilah perasaanku
Dengarlah degup jantungku
Sejuta onak duri
Satu satu silih berganti
Aku gagahi, ku tempuhi
Zahirnya kehidupan

Suara membisikkan
Mengaburi oh fikiran
Biar dihujung waktu
Tak ku korbankan impian
Aku pastikan, ku yakini
Kebahagian menanti

Detik berlalu
Ku simpan dihati
Bunga-bunga naluri
Tangisan di jiwa
Takkan ku kesali
Ku teruskan jua.

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


<b>Azhar Sulaiman</b> Dibuli Tentera Siber Pembangkang. - Giler Hackers!

Posted: 01 May 2013 03:07 AM PDT


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca di gilerhackers!
Terima kasih diatas sokongan anda kepada kami selama ini.Seperti yang anda tahu, [GH] merupakan sebuah blog yang mengupas isu isu semasa berkenaan jenayah siber, perkembangan teknologi terkini dan yang berkaitan.

Terbaru, di utusan malaysia mengeluarkan artikel berkaitan Azhar Sulaiman, Nampaknya Azhar Sulaiman menjadi perhatiaan media baru baru ini,Kepada anda yang baru mengikuti perkembangan ini,boleh rujuk artikel sebelumnya di gilerhackers atau gunakan sahaja search box pada bahagian sidebar ini dan masukan keyword "Azhar Sulaiman"

petikan dari Utusan Malaysia: Azhar Sulaiman tidak mahu ambil tindakan lanjut
KUALA LUMPUR 1 Mei - "Tiada tindakan susulan, hanya laporan polis untuk langkah-langkah keselamatan saya dan keluarga," kata pelakon Azhar Sulaiman, 42.

Pelakon filem Abang 92 itu memberitahu Utusan Online, dia tidak berhasrat mengambil tindakan susulan selepas membuat laporan polis ekoran diugut di laman sosial Facebook.
Menurut pelakon itu, laporan polis itu dibuat sebagai tindakan yang perlu dilakukan selepas merasakan dirinya dan keluarganya diancam.

"Saya tidak berfikir untuk mengambil tindakan lebih lanjut selepas membuat laporan polis. Saya tahu perbuatan mengancam dan mengugut keselamatan diri saya dan keluarga itu perbuatan askar siber pembangkang. Apa yang saya tahu, sekurang-kurangnya pendapat saya kini telah didengari kedua-dua belah pihak dan itu adalah sesuatu yang baik," katanya.
Tambah Azhar, dia tahu askar siber pembangkang sentiasa memerhatikan tindakannya di laman sosial dan akan membuat tindakan berani tanpa mengira kesan kepada orang lain.

"Bila saya buat semula akaun baru di laman sosial Facebook, terus ada beberapa orang yang tidak dikenali 'add' saya. Ini bermakna mereka sentiasa memerhatikan tindakan saya," jelasnya.
Azhar telah mengeluarkan kenyataan yang agak berani di laman sosial apabila mengkritik kepimpinan dalam parti pembangkang baru-baru ini.

Keberanian Azhar telah menyebabkan dirinya dikritik hebat oleh penyokong pembangkang, termasuklah beberapa komen yang berbaur ugutan, sehingga menyebabkan pelakon itu mengambil keputusan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Laporan polis oleh Azhar telah dibuat pada Selasa lalu di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail. - UTUSAN ONLINE.

INI PULA PANDANGAN PERIBADI KAMI.
Terlebih dahulu, [GH] ingin menyatakan disini, pandangan ini adalah bersifat peribadi,Jika ia bercanggah dengan pendapat anda,Sebagai rakyat malaysia,sila bincangkan secara berhemah dan profesional.

Pertama, Sebelum anda menggunakan mana mana perkhidmatan rangkaian social seperti facebook,twitter,myspace dan sebagainya. mari kita ketahui serba sedikit apakah jenis kesalahan diketegorikan dalam Media Social:

1. Aktiviti penipuan melibatkan laman web perbankan dan dan pelaburan palsu
2. Pelanggaran Hakcipta dengan mengedar atau berkongsi kandungan berbentuk imej,video, audio, visual tanpa kebenaran pemilik.
3. Memfitnah Seseorang dengan tujuan menjatuhkan maruah, Imej dan nama baik orang tersebut dimata masyarakat.
4. Penyebaran kandungan Pornografi, lucah dan sumbang

Jadi bagi [GH] sebelum anda menghukum atau mengeluarkan satu satu kenyataan,Sila tanya pada diri anda sendiri, adakah sudah cukup menjaga beberapa tatatertib penggunaan Social Media?. Oh sebelum itu kami juga ingin memberitahu, Malaysia juga mempunyai Cyber Security .Berkenaan aduan atau jenayah siber, anda boleh rujuk pada laman rasmi mereka di www.cybersecurity.my