Maybelline New York memilih Nurul Elfira Loy yang Muda dan Versatil Sebagai jurucakap jenama di Malaysia
Jenama mekap No. 1 di dunia, Maybelline New York memilih aktres dan hos TV Nurul Elfira Loy sebagai jurucakap jenamanya yang terbaru di Malaysia!
Pelantikan jurucakap jenama tersebut diumumkan hari ini dalam satu sidang media yang memperkenalkan Elfira Loy sebagai duta baru, dengan menggayakan salah satu daripada gaya yang bertema FABULOUSLY 18, direka khas oleh Maybelline New York untuk aktres muda tersebut!
Pengurus Produk Kumpulan Maybelline New York, Pink Fong berkata yang jenama tersebut memilih aktres manis ini kerana sifatnya yang berkeyakinan dan ceria, serta kebolehannya yang versatil untuk menggayakan pelbagai rupa bagi Maybelline.
Ini menjadikannya jurucakap ideal untuk menampilkan sifat bertenaga, bergaya, penuh dengan daya tarikan dan dinamik jenama New York tersebut.
Walaupun baru menceburi bidang ini, Elfira Loy telah mendapat perhatian daripada peminat-peminatnya. Memulakan kariernya dengan membintangi iklan, Elfira Loy, 18, kini sudah berpengalaman sebagai hos dan pelakon. Sebagai hos TV, Elfira Loy telah menjayakan program seperti Cuti-Cuti Famili, Berani Jadi Boss, Selamat Pagi Putera Puteri, Waktu Rehat, dan banyak lagi.
Dia juga membintangi dan menjadi pelakon undangan bagi beberapa program televisyen seperti Cinta, Sabrina VS Sazaly, Rawan Hati Seorang Wanita, Syurgamu Ramadhan, Biar Mimpi Sampai ke Bintang, Kum Kum, Kum Kum The Series dan lain-lain. Elfira Loy lebih dikenali dengan wataknya sebagai Qalesya dalam drama hit Qalesya, yang membawa kepadanya kemenangan anugerah Pelakon Sampingan Terbaik di Anugerah Skrin 2011.
Bakatnya turut terserlah dalam bidang layar perak apabila Elfira Loy muncul dalam filem yang pertamanya pada tahun 2010 iaitu Damping Malam, diikuti pada tahun 2011 dengan Second Virgin. Elfira Loy juga mempunyai pengalaman dalam bidang teater dengan Alibaba pada tahun 2006, di Malaysia, New Delhi dan Iran, serta Ibu Zain dan Permata Hati pada tahun 2008.
"Kami yakin bahawa Elfira Loy merupakan jurucakap yang sesuai buat Maybelline New York," kata Fong. "Kami gembira dapat bekerjasama dengannya kerana kami yakin bahawa Elfira Loy dengan pengaruh dan karismanya untuk mendekatkan jenama Maybelline New York dengan para pengguna kami. Bukan sahaja itu, kami turut teruja dengan pelbagai projek baru yang akan melibatkan Elfira Loy, yang semestinya bakal memperkembangkan lagi jenama kami di Malaysia."
Akan peranannya sebagai jurucakap Maybelline New York di Malaysia, Elfira Loy bangga kerana dipilih jenama tersebut. Katanya, "Saya telah lama merupakan seorang peminat Maybelline New York semenjak mula menggunakan mekap. Saya gemar produknya serta gaya yang dibawakan oleh jenama ini. Saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Maybelline New York. Saya tidak percaya bahawa saya kini dapat bekerjasama dengan jenama yang telah lama saya gemari!"
Sebagai sebahagian daripada program pengenalan duta baru, Maybelline New York memaparkan pelbagai rupa berbeza, bertemakan FABULOUSLY 18, yang dihasilkan untuk Elfira Loy, menggunakan beberapa produk mekap jenama tersebut. Ini membuktikan bahawa Maybelline New York sesuai buat setiap wanita, terutamanya mereka dengan sifat individual dan berani menggayakan personalitinya yang ranggi, versatil dan muda.
Antara gaya yang paling digemari Elfira Loy adalah gaya segar dan semula jadi, yang boleh dihasilkan dengan mudah menggunakan Maybelline New York Clear Smooth BB Stick Clear Stick. "Ia menjadikan kulit saya kelihatan hebat sambil menutup cela dan melindungi kulit saya daripada sinaran UV," kata Elfira.
"Saya sangat menggemari Clear Smooth BB Stick Clear Stick kerana membuat saya kelihatan seperti tidak memakai sebarang mekap, dan menjadikan saya kelihatan segar sepanjang hari! Ia juga sangat mudah untuk digunakan, bagaikan 'mekap-dalam-satu'," tambahnya.
Maybelline New York bakal mengeluarkan rencana iklan dan kempen menampilkan Elfira Loy.
Maybe she's born with it. Maybe it's Maybelline!
Tags: Elfira Loy Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari?
Daftarkan email anda [ di sini ]
Baca artikel lain yang berkaitan:
Gambar Liyana Jasmay di Duta Baru Cosmetic Maybelline New YorkGambar Kakak Liyana JasmayJawapan Trivia: Liyana Jasmay Duta Baru Maybelline New YorkGambar Elfira Loy di Karpet Merah ABPBH2010Liyana Jasmay Rakam Lagu Aku Tak Percaya CintaLiyana Jasmay Bintangi Drama Ponti Anak RemajaSenarai Pemenang Maybelline New York Simply FabulousNew Lipstick MaybellineRebut Peluang Bertemu Finalis Akademi Fantasia 8Maybelline New York Simply Fabulous
Entri ini telah diterbitkan
pada Saturday, May 19th, 2012 pada 1:03 am dan di bawah kategori Elfira Loy.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.