Nuffnang

Ahad, 4 Ogos 2013

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Enggan Berniaga, Harapkan Hasil Anak Seni!

Posted: 12 Jun 2013 08:00 PM PDT

Pada: Khamis, 13 Jun 2013
Pelakon Remy Ishak memang seorang yang pelik, ramai kawan artisnya yang kini masing-masing memulakan perniagaan sebagai alternatif lain untuk mendapatkan hasil atau pendapatan di masa akan datang jika tidak terdapat tawaran atau pun sudah beralih untuk tidak berlakon lagi. Namun Remy enggan berbuat demikian.

Dengan kata acuh tak acuh, Remy yakin dengan pendapatannya sebagai anak seni akan mampu mambawa dirinya lebih jauh di masa akan datang tanpa membuka apa-apa jua bidang perniagaan seperti artis yang lainnya. Mengikuti jejak langkah Allahyarham, Tan Sri P Ramlee, yang dengan hasil anak seni, beliau dikenang sehingga selamanya.

gambar Remy Ishak bersama Maskot di Korea Selatan baru-baru ini
"Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Tetapi saya lebih percaya kerja lakonan adalah rezeki saya dan Insya-Allah ia boleh menjana pendapatan untuk kehidupan saya.

"Jika individu itu telah meletakkan tempoh masa selama lima tahun sahaja mahu berada dalam industri ini, maka lima tahun sahajalah dia berada di bidang ini.

"Walaupun ada yang kurang yakin dengan kerja seni yang mereka buat, tetapi saya pula percaya, selagi ada hayat, saya akan jadikan kerja lakonan sebagai punca pendapatan untuk periuk nasi saya," Remy Ishak. -mStar

Tag : , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


<b>Mia Sara</b> ajak minum susu - Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2013 03:50 AM PDT



DUTCH Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) bersama duta baharu bagi Susu Untuk Membesar Dutch Lady, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 8, telah melancarkan kempen Susu dan Sahur di MegaKidz, pusat beli-belah MidValley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kempen tersebut bertujuan menggalakkan kanak-kanak meminum susu sewaktu bersahur kerana ia mampu memberi tenaga ketika berpuasa.
Dalam usaha untuk memberi inspirasi dan galakan kepada kanak-kanak di seluruh negara, Mia Sara berazam untuk berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan ini.
Sambutan Ramadan kali ini juga dimeriahkan dengan azam Dutch Lady untuk mendermakan segelas susu kepada rumah anak yatim terpilih berdasarkan jumlah hari kanak-kanak yang berpuasa.
Mia Sara yang berpuasa sebulan penuh pada usia tujuh tahun membuat azam bersama-sama 20 kanak-kanak daripada Rumah Amal Siraman Kasih, Rawang, Selangor yang merupakan salah sebuah rumah anak yatim terpilih untuk kempen tersebut.
Pengaruh positif
"Kempen ini bukan sahaja menggalakkan kanak-kanak berpuasa dan meminum susu, tetapi memberikan mereka peluang untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.
"Sebagai selebriti kanak-kanak, kami yakin Mia Sara dapat memberikan pengaruh positif kepada kanak-kanak lain dengan menyemai gaya hidup sihat seperti meminum susu, berpuasa sepanjang bulan Ramadan serta mengambil berat terhadap golongan yang kurang bernasib baik," kata Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Anja Henze.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai kempen tersebut boleh mendapatkan kalendar Susu dan Sahur secara percuma di kedai-kedai terpilih mulai 1 Julai lalu.
Kalendar berkenaan mengandungi tip dan petikan inspirasi daripada Mia Sara bagi menggalakkan kanak-kanak berpuasa.
Tandakan pada kotak di dalam kalendar bagi menunjukkan hari kanak-kanak berpuasa dan hantarkan kembali kepada Dutch Lady Malaysia sebelum 17 Ogos depan.
Selain membantu kanak-kanak kurang bernasib baik, lima pemenang bertuah berpeluang menyambut hari raya bersama Mia Sara pada bulan September ini.
Pada majlis sama, Dutch Lady Malaysia turut melancarkan Milk Mug baharu yang boleh didapati bermula dari 1 Julai sehingga 31 Ogos ini.
Milk Mug diperkenalkan agar kanak-kanak berasa seronok ketika menikmati susu.
"Di Dutch Lady, kami ingin menjadikan pengalaman meminum susu untuk membesar sebagai pengalaman yang menyeronokkan bagi kanak-kanak.
"Jadi, kami telah menghasilkan pelbagai siri Milk Mug menarik yang sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak bagi menggalakkan mereka meminum lebih banyak susu," kata Anja.
Promosi berkembar
Dutch Lady Milk Mug juga boleh didapati dengan setiap pembelian pek promosi berkembar (2 Pek Susu 1 kilogram) bagi Susu Untuk Membesar Dutch Lady 123, Susu Untuk Membesar Dutch Lady 456 atau Susu Untuk Membesar Dutch Lady 6+.
Milk Mug ditawarkan dalam lima reka bentuk berbeza, The Bee (kuning), The Elephant (ungu) dan The Crab (merah) untuk kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun, sementara reka bentuk yang lebih terkini bersama tali ditawarkan dalam warna biru (untuk kanak-kanak lelaki) dan merah jambu (untuk kanak-kanak perempuan), buat kanak-kanak berusia empat tahun ke atas.
Bersempena pelancaran Dutch Lady Milk Mug, permainan video Facebook berjudul Moo-It, Moo-It yang dimulakan pada 15 Jun lalu turut diperkenalkan.
Peserta boleh menggunakan lima watak Milk Mug untuk merebut peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM6,000.
Untuk keterangan lanjut tentang kempen Susu dan Sahur, Dutch Lady Milk Mug dan permainan video Facebook Moo-It, Moo-It, sila layari www.smartmoments.com atau www.facebook.com/DutchLady. SmartMoments.

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


WOW! - Lagu <b>Najwa Latif</b> Dinyanyikan Oleh Pelajar Di Amerika <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2013 06:15 AM PDT

TAOTAUAJER - Penyanyi Najwa Latif terharu selepas menonton menerusi YouTube sekumpulan pelajar sekolah di American high school Chorus group dari Chariho Regional High School, Rhode Island menyanyikan lagunya dalam Bahasa Malaysia.
Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 18, berkata, dia mendapat tahu perkara itu selepas peminat-peminatnya memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman sosial Twitter. Sekumpulan pelajar sekolah di Amerika Syarikat (AS) menyanyikan "SAHABAT" dalam Bahasa Malaysia.

"Saya terharu dan sebak apabila menonton video tersebut di YouTube. "Tidak sangka pelajar-pelajar di sana (Amerika) begitu senang membawakan lagu Sahabat. Rasa macam tidak percaya. "Ini menunjukkan lagu tersebut mudah diterima oleh sesiapa sahaja, Alhamdulillah," katanya.

Pelajar-pelajar tersebut menyanyikan lagu berkenaan dengan lancar sehingga membuatkan guru muzik yang mengajar mereka menitiskan air mata. Klip video lagu tersebut telah pun dimuat naik di YouTube dan dalam tempoh seminggu, ia berjaya meraih sebanyak 180,000 jumlah tontonan.

Kalau korang nak tau video ini telah di upload oleh orang malaysia iaitu Ana Najia dimana dia seorang exchange student yang pergi kesana.

Dimana, guru Chorus Ana, Cik Dowding bertanya kepada dia jika mempunyai sebarang lagu dari Malaysia yang saya boleh mengajar kepada pelajar. Lagu yang paling mudah dan bermakna yang dia boleh dapati adalah Sahabat oleh Najwa Latif. Jadi, Ana mengambil keputusan untuk mengajar mereka lagu ini! Ia adalah sukar bagi mereka untuk belajar lagu ini, tetapi kemudian mereka membiasakan diri dengan bahasa dan segala-galanya menjadi lebih mudah.

Berikut adalah video lagu Sahabat nyanyian pelajar di Amerika.
TAOTAUAJER : Kagum jugak la , cos orang putih boleh menyanyikan lagi dalam bahasa malaysia.. buat pengatahuan korang, kalau korang search kat dalam Youtube sebenarnya ada banyak lagi video-video orang putih yang menyanyikan lagu orang melayu. Siap ade sekolah yang mengajar bahasa melayu lagi kat sana. 

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>Pierre Andre</b> Kini Suami Kepada Nur Hidayah | - Beautifulnara

Posted: 23 Jun 2013 07:08 PM PDT


Dengan hanya sekali lafaz, Pierre Andre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Bin Nazrul Andre, 28 tahun , sah bergelar suami kepada Siti Nur Hidayah, 26 tahun pada hari Ahad lalu. Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang.

gambar perkahwinan pierre andre

Majlis pernikahan dijalankan dalam keadaan sederhana dengan dihadiri oleh lebih kurang 200 tetamu. Pengantin perempuan menerima 7 dulang hantaran dan membalasnya dengan 9 dulang. Mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM20,000 telah dihantar oleh pengantin lelaki.

gambar perkahwinan pierre andre

Jutaan tahniah diucapkan kepada Pierre Andre dan Nur Hidayah atas perkahwinan ini. Semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke syurga. Sama-samalah kita doakan. Lagi 4 keping gambar sekitar majlis pernikahan pasangan pengantin ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

bestbuyP.S: Murah gila barang-barang kat Best Buy World Malaysia nie. Barangan pun ada banyak pilihan. Memang kelabu mata dibuatnya. Seronok sungguh bershopping di sini. Korang pun jangan ketinggalan. LIKE Facebook Best Buy World Malaysia sekarang atau layari www.my.bestbuy-world.com untuk melihat sendiri.

gambar perkahwinan pierre andre
gambar perkahwinan pierre andre
gambar perkahwinan pierre andre
gambar perkahwinan pierre andre

Baca Yang Ini Pulak:-


Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>Fida Ibrahim</b> Sudah Berbaik Dengan Mamat (Sepah) – Perak Today

Posted: 18 Jul 2013 01:56 PM PDT

fidaPelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida mengakui telah berbaik-baik semula dengan bekas kekasihnya iaitu Mamat (Sepah) selepas mereka muncul dalam sebuah program Apa Saja FBI di TV9 baru-baru ini.

Fida, 27, bagaimanapun berkata, hubungan tersebut tidak lebih daripada sekadar rakan biasa dan dia tidak mahu mengingati peristiwa buruk yang pernah berlaku di antara mereka.

"Kami kembali berbaik selepas sama-sama muncul dalam sebuah program dan hubungan itu hanyalah sekadar teman biasa. Mamat sebenarnya bukanlah seorang yang jahat untuk saya musuhi atau jauhi.

"Apa yang telah berlaku sebelum ini saya tidak mahu lagi kenang dan ambil pengajaran daripadanya," jelasnya ketika ditemui mStar Online.

Hubungan Mamat dan Fida sebelum ini berakhir selepas pelawak tersebut dengan secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya mengakibatkan ia terus tersebut tersebar luas di Internet.

Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapan itu kerana telah mencemar nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak.

Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungannya dengan Zalif Sidek, Fida menjelaskan dia sudah tidak berhubung dengan pelakon itu lagi dan hubungan rapat yang terjalin selama tiga bulan sebelum ini telah pun berakhir.

Jelas Fida, dia mengundurkan diri kerana tidak mahu terus disalah anggap sebagai pihak ketiga ekoran seorang wanita mendakwa sebagai kekasih Zalif sebelum ini.

"Saya sudi untuk berkawan dan mengenali hati budi Zalif sebelum ini kerana tahu dia tidak mempunyai sesiapa dan tidak sangka ada pula pihak yang mendakwa sebagai kekasih Zalif.

"Atas sebab itu juga saya undur diri supaya keadaan tidak menjadi keruh pada masa akan datang," katanya.

Dalam perkembangan sama, Fida berkata, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal cinta kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan dan nyanyian yang sedang berkembang.

- mStar

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


<b>Juliana Evans</b> Hot dan Cantik di USA | cerita apakah??

Posted: 13 Jul 2013 12:00 AM PDT


Juliana Evans Hot dan Cantik di USA:-Pelakon tanah air yang berwajah Pan-Asia, Juliana Evans ketika ini sedang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat (USA). Mari kita tengok gambar Juliana Evans ketika di USA.

source:http://miraakim.blogspot.com/2013/02/gambar-hot-juliana-evans-di-amerika.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MiraAkim+%28mira+akim%29
ANDA MUNGKIN MEMINATI

(Gambar) <b>Juliana Evans</b> bersama kekasih baru di US? Siap &#39;main <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2013 04:11 PM PDT


(Gambar) Juliana Evans bersama kekasih baru di US? Siap 'main lidah' tuh!Taufan Sandy yang melanda USA telah pun berakhir dan calon presiden mereka pun sudah kembali rancak dengan kempen masing masing. Boleh kita kembali gossip? Heh.

Terima kasih kepada penggiat forum Cari yang peka dengan perkembangan Juliana Evans, aktress muda ini khabarnya kini sudah bertemu kekasih baru ketika belajar disana.

Juliana Evans ketika ini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi massa di Universiti Michigan dan mungkin jejaka bersama beliau ini juga belajar disana.

Beberapa gambar Juliana Evans dengan jejaka bernama Nate Miller selepas ini untuk tatapan anda. Mungkin mereka hanya kawan, di'sana 'kan budaya terbuka. Eh.

ANDA MUNGKIN MEMINATI

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Intan Ladyana</b> Nafi Keluar MIG - Gua.com.my

Posted: 01 Jul 2013 09:00 AM PDT

Pelakon cantik, Intan Ladyana menafikan khabar angin mengatakan dia telah membuat keputusan untuk keluar dari syarikat pengurusannya, Meltrowealth International Group (MIG). Intan ketika ditemui menjelaskan yang kontraknya masih tinggal lebih kurang 3 tahun lagi bersama pengurusan tersebut.

"Setakat ini saya tidak mempunyai sebarang aduan yang ingin dibuat terhadap MIG. Mungkin ramai yang keluar dari MIG kerana mereka mempunyai isu dengan syarikat pengurusan. Jika saya ingin berubah angin pun bukan dari segi syarikat pengurusan, sebaliknya dari aspek kerja saya sendiri," kata Intan ketika ditemui di majlis Seindah Ramadan anjuran TV3 di Restoran Al-Rawsha, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Intan menambah yang pengalaman diperoleh dari segi kerja, dan bukanlah syarikat pengurusan. Malah dia turut menjelaskan yang dia banyak diberikan tawaran dari syarikat produksi luar melalui MIG sendiri.

Umum mengetahui pengarah urusan MIG David Teo agak tegas sekiranya artis di bawah naungan syarikatnya bercinta, namun Intan dan Kamal yang bernaung di bawah pengurusan yang sama mendapat kelonggaran serta kebenaran dari bos mereka. 

"Kami pernah membincangkan hal ini dengan David sendiri dan dia memberikan pengecualian kepada hubungan kami. Dia mempunyai sebab tersendiri untuk keputusan yang dibuat olehnya. Mungkin David tidak mahu artis mencampur adukkan urusan kerja dan cinta serta demi menjaga nama baik syarikat sendiri," katanya.

Apabila ditanya mengenai hala tuju hubungan cintanya yang sudah mencecah 4 tahun lebih, Intan berkata yang semestinya mereka menginginkan yang terbaik untuk hubungan tersebut. Intan dan Kamal pernah membincangkan mengenai hal ini namun belum mempunyai tarikh lagi untuk berkahwin.

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


Kereta <b>Gambit Saifullah</b> Langgar Tembok? | Lelaki Gentle

Posted: 10 Jun 2013 12:30 AM PDT

 
Pelakon yang penuh kontroversi, Gambit Saifullah sejak kebelakangan ni agak menyepi selepas penampilannya di dalam rancangan realtiti TV Fear Factor mendapat banyak kritikan kerana bermulut celupar.

Gambit yang sebelum ini pernah membintangi filem Cinta Kura-Kura juga dilihat semakin jarang berlakon dalam mana-mana drama mahupun layar perak.

Namun lewat malam tadi, OHBULAN! ada menerima 5 keping gambar menunjukkan Gambit Saifullah yang dipercayai terlibat dalam sebuah kemalangan kecil.

Keadaan kereta yang terbabas

Dalam kejadian itu, terdapat sebuah kereta berwarna putih terbabas hingga memasuki kawasan kaki lima jalan. Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada Gambit adalah pemandu kereta itu.

Kemalangan berlaku di hadapan kondominium Casa Tropicana

OHBULAN! telah cuba menghubungi Gambit bagi mendapatkan penjelasan namun tiada respon. Bagaimanapun melalui gambar dibawah, Gambit kelihatan baik dan dipercayai tidak mengalami kecederaan.

Betul ke Gambit terlibat dalam kemalangan jalan raya atau itu cuma sekadar gimik krew produksi untuk tujuan penggambaran?

Kalau betullah kemalangan ini cuma gimik, OHBULAN! pasti ramai peminat tak sabar nak menantikan kemunculan semula Gambit yang lama menghilang ni.

Gambit dan beberapa orang lagi sewaktu kejadian

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


A message from Feverskating.com for <b>Yuna&#39;s</b> birthday event

Posted: 30 Jul 2013 09:43 AM PDT

To celebrate Yuna Kim's 23rd birthday (September 5th),

Feverskating is preparing for a special movie-clip event her fans around the world can participate.

Write a sentence "Yuna, you are not alone!" in your language and decorate it beautifully!

Your artworks will be made into a movie clip with a — music "Imagine."

Send it to yuna0905yuna@naver.com by August 10, 2013!

If you can send us a large sized image with high quality, it will be really awesome! Thanks ♥♥♥♥♥

Examples from previous event "My favorite skater YUNA"

<b>Yuna</b> Wants You To “Come As You Are” (NEW VIDEO) | Global Grind

Posted: 06 Jul 2011 10:33 AM PDT

If you are not familiar with Yuna, then you need to get with it.

This very talented singer comes all the way from Malaysia and brings her strikingly beautiful hijab with her. This proud Muslim singer is just 24 years old and already signed to the Fader label based in New York.

Yuna has been writing since she was 14 and has been performing in Malaysia since 2006. Recently, she released her debut US EP entitled "Decorate" as well as her cover of Nirvana's "Come As You Are."

EXCLUSIVE: Yuna: The Voice That Will Change America

Though her voice is tranquil and both the video and song embrace that, she has been making a lot of noise as she becomes more recognized for her talent.

The songs she features on "Decorate" are meaningful and her natural ability is undeniable. The melodies are flowing and playful and become hypnotizing as they go on.

The visual for "Come As You Are" is super dope, as it shows Yuna hanging out and working in New York City with people like rapper/producer Pharrell Williams.

Check out Yuna's "Come As You Are" video below!

Adira af - Google Blog Search

Adira af - Google Blog Search


Alif Aziz tak mahu lagi dikaitkan dengan <b>Adira AF</b> - Cerita Kosong Ku

Posted: 31 Jul 2013 06:30 PM PDT

Alif Aziz tak mahu lagi dikaitkan dengan Adira AF - Sejak putus dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-8, Adira, pelakon Alif Aziz tidak lagi mahu dirinya dikaitkan langsung dengan penyanyi Ilusi itu.
"Bagi saya kami sudah putus dan saya tidak mahu dikaitkan apa-apa lagi dengannya. Saya pun sudah menjalani kehidupan saya tanpa kekasih seperti biasa. Saya pula kini sudah selesa begini. Cukuplah, apa yang telah kami lalui bersama sebelum ini."
Alif tampil membuat penjelasan itu selepas beberapa kali diminta oleh pihak media untuk mengulas mengenai hubungannya dengan Adira selepas wanita itu dikatakan terlalu cepat bertemu cinta barunya, Shahrul Nasrun Kamarudin yang juga merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia.
"Saya tidak kenal siapa dia (Shahrul Nasrun) dan sejak bila mereka berkenalan. Kalau benar dia sudah bertemu cinta baru, saya hanya doakan kebahagiaanya sahaja. Lagipun , kini kami tidak lagi berhubung antara satu sama lain dan saya pula sibuk dengan kerjaya seni saya terutama lakonan yang baru sahaja saya bina."

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Almy Nadia Tak Pernah Musuhi <b>Fizz Fairuz</b> - Murai.com.my

Posted: 24 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2013: Dramatis, Almy Nadia akui masih berkawan dengan bekas keasihnya, Fizz Fairuz, namun sehingga kini tidak pernah terlintas untuk bercinta kembali dengan aktor tersebut.

Almy Nadia berkata, dia tidak mahu bermusuhan dengan bekas kekasihnya itu demi kebaikan jangka masa panjang.

"Saya tidak pernah menganggap Fizz sebagai musuh saya. Malah kami masih berkawan seperti biasa. Cuma hubungan kami tidaklah serapat dulu hingga hendak kerap berhubung atau sebagainya.

"Kami sekadar berkawan biasa dan hanya bertegur sapa jika berjumpa di mana-mana majlis hiburan. Lagipun industri kita ini kecil sahaja. Kalau nak elak pun tak boleh kerana akhirnya pasti akan bertembung atau berjumpa juga.

"Walaupun begitu, terus-terang saya tidak terlintas untuk kembali bercinta atau mengarapkan cinta Fizz lagi. Biarlah jodoh saja yang menentukan," katanya kepada murai.com.my pada majlis rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Hubungan cinta mereka berantakan selepas Fizz disahkan bertunang dengan wanita yang akhirnya didapati isteri orang pada awal Februari lalu.

Jangkaan Almy bahawa mereka akan bekerjasama ternyata benar terjadi, apabila dia dan Fizz telah digandingkan menerusi penggambaran telemovie Seiring Sejalan Raya untuk siaran RTM.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk berlakon dengannya. Kerana bagi saya, sebagai pelakon saya perlu bersikap profesional supaya kerjasama itu dapat dilakukan dengan baik dan memuastkan hati penerbit dan penonton.

"Ketika kami berlakon dalam telemovie berkenaan, saya lupakan sejenak semua hal peribadi dan cuba bersikap profesional," jelasnya lagi.

Sementara itu, Almy memberitahu hubungannya dengan ibu dan keluarga Fizz masih baik dan mereka sering berhubung.

Erry Putra - Google Blog Search

Erry Putra - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erry Putra</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jul 2013 03:07 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erry Putra</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jul 2013 03:23 PM PDT


Foto <b>Erry Putra</b> - Malaysian Actor | Saraung Blue Sky

Posted: 18 Dec 2012 08:59 AM PST

Judul : Foto Erry Putra - Malaysian Actor
Deskripsi : Koleksi Foto Erry Putra Popular Actor Erry Putra Aktor Malaysia Populer Lihat J...

<b>Erry Putra</b> Perli Artis Lain ???? | Chegu Zubir

Posted: 02 Apr 2013 11:00 PM PDT


Pelakon Erry Putra bakal muncul dengan sebuah single terbaru berjudul 'Tapi Aku Cinta (Walau Lebih Tua)'. Single ini bakal menarik perhatian ramai selepas dikatakan seperti memerli teman-teman artis yang terlibat dalam percintaan dengan pasangan yang lebih berusia. 

"Mana ada. Tak ada niat langsung saya nak perli sesiapa. Itu cuma sekadar lagu. Memang tajuk itu kedengaran seperti mengata orang tapi saya tak buat begitu. Kalau ada yang terasa saya minta maaf. Namun jujurnya saya tak ada niat mengata orang apalagi kawan-kawan artis," ujar Erry yang menghabiskan masa tiga minggu untuk menyiapkan lagu ini. 
Dalam perkembangan yang sama, Erry juga mengakui sedang berkawan dengan seseorang yang lebih berusia daripadanya namun perhubungan mereka bukanlah sampai ke tahap bercinta.
"Tak mungkinlah saya bercinta dengan dia sebab saya anggap dia macam kakak. Janganlah disebabkan saya sering keluar dengan dia maka orang boleh gosipkan saya dengan mudah. Saya tak ambil hati pun kalau orang nak gosip-gosip sebab saya tahu itu sekadar usik-usik manja sahaja", katanya yang tidak akan menolak jika jodohnya bersama wanita berusia.

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Ibnu Hasyim: Berhijrah Secara Perlahan-lahan.. -<b>Lisdawati</b> <b>...</b>

Posted: 27 May 2013 03:44 AM PDT

pix_topright

HALAMAN HIBURAN

"SAYA bertudung kerana Allah dan penghijrahan yang dilakukan ini pun rahsia Allah," Itulah jawapan pelakon terkenal Lisdawati (gambar) ketika diminta mengulas penampilan barunya yang meraih pelbagai reaksi daripada pihak media dan peminat ketika ini.

Secara peribadi, kata pemilik nama sebenar Nisdawati Nazaruddin, 34, proses penghijrahan yang dilakukannya itu adalah secara perlahan-lahan dan bukannya berubah dalam masa yang singkat.


"Bila saya melakukan perubahan dari segi penampilan bukanlah bermaksud saya akan menjadi sempurna dalam segala hal. Terus terang, saya bukan berasal daripada keluarga yang mengenakan jubah dan purdah. Bagi saya, menutup aurat adalah satu proses peralihan dalam hidup saya sekarang.

"Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam proses menjadi muslimah yang lebih baik. Saya sangat berharap, peminat di luar sana menerima perubahan imej saya secara perlahan-lahan dan janganlah terus menghukum sekiranya ada kenyataan saya yang disalahertikan orang," katanya.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, hasratnya untuk mengenakan tudung sudah dipendam apabila kembali daripada menunaikan umrah dua tahun lalu.

Semuanya bermula ketika dia menunaikan umrah bersama pelakon lain termasuk Eja sempena penggambaran drama bersiri Dia Bukan Maryam arahan Erma Fatima yang membabitkan lokasi di Tanah Suci Makkah, ketika itu.

"Sebaik kembali daripada menunaikan umrah, saya mula melakukan perubahan diri secara perlahan-lahan dengan mengenakan pakaian menutup aurat seperti baju berlengan panjang dan labuh. Sehinggalah, hati saya terus terbuka untuk bertudung sepenuhnya kira-kira tiga minggu lalu," katanya.

Diminta mengulas isu dirinya yang didakwa tidak keberatan membuka tudung demi tuntutan watak, Lisdawati enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya tidak mahu kenyataan yang dibuat nanti menimbulkan salah faham hingga peminat terus menghukum saya pula. Saya sangat berharap janganlah isu itu diperbesarkan lagi. Apa yang ingin saya tegaskan di sini, berlakon adalah periuk nasi saya sejak dulu.

Berhijrah secara perlahan-lahan, wajarkah? (IH)

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


Farid Kamil, <b>Diana Danielle</b> Belum Putuskan Nama Anak | ROTIKAYA

Posted: 29 Jul 2013 05:28 PM PDT

Pelakon kacak, Farid Kamil telah memberitahu kepada media bahawa buat seketika ini dia tidak membenarkan ibu mertuanya itu untuk melawat putera sulungnya buat sementara waktu ini.

"Apabila bayi sulung kami dilahirkan ini, saya berasa begitu protective terhadap keluarga saya lebih-lebih lagi terhadap isteri dan anak kami. Oleh itu, sekiranya ibu mertua saya mahu datang untuk melawat cucunya, dia perlu berjumpa dengan saya terlebih dahulu sebelum terus berjumpa dengan mereka kerana saya tidak mahu dia bertindak di luar kawalan dan timbul pula masalah yang lain"

"Saya kalau boleh tidak mahu kejadian salah faham ini mengeruhkan lagi suasana hubungan keluarga kami," katanya ketika ditemui di pelancaran drama bersiri Astro Mustika HD berjudul Jodoh Itu Milik Kita.

Sementara itu, Farid Kamil turut menjelaskan bahawa anaknya itu belum mempunyai nama kerana masih belum mendaftar kelahiran itu di Malaysia.

Walaubagaimanapun, dia dan isterinya sudah mempunyai beberapa pilihan nama yang telah disenarai pendekkan untuk diberikan kepada anak sulungnya.

"Setakat ini saya belum memutuskan lagi untuk meletakkan nama anak saya kerana kami masih berada di luar negara dan saya belum mendaftar kelahirannya di Malaysia. Tetapi sudah ada beberapa nama yang telah disenarai pendekkan untuk diberikan kepadanya. Oleh itu, saya berharap di bulan mulia ini, iaitu pada malam 10 terakhir Ramadhan ini saya dapat mencipta satu ilham nama yang unik dan kreatif buat putera sulung saya ini," katanya.

Farid dan isterinya, Diana Danielle juga turut bakal pulang beraya di kampung halaman masing-masing, apabila menjelangnya syawal yang akan tiba pada lebih kurang 10 hari lagi ini.

"InsyaAllah sekiranya tiada aral melintang saya dan keluarga dijangka bakal beraya di Malaysia dan kemungkinan Raya pertama akan beraya di Kedah iaitu di kampungs saya dans seterusnya di kediaman Diana," ujarnya ringkas.

Untuk perkembangan terbaru, Farid Kamil akan muncul dalam drama terbaru terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd berjudul 'Jodoh Itu Milik Kita' bersama-sama dengan pelakon Tiz Zaqyah, Nabila Huda, dan yang lain-lain. Drama bersiri ini bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam bermula 19 Ogos 2013 secara eksklusif hanya di saluran 134.

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


<b>KILAFAIRY</b> BERCINTA DENGAN HARDY HARTONO - KucingHitam

Posted: 01 Jul 2013 09:54 PM PDT

Selepas Asyraf Sinclair bernikah dengan Bunga Cinta Lestari, kini giliran Kilafair plak dikatakan bercinta dengan artis dari negara seberang Indonesia iaitu Hardy Hartono. Dengar kata dah 2 tahun kenal tapi rahsiakan. Diorang nie bekerjasama dalam videoklip terbaru si Kilafairy nie tajuk Pasti. Lepas nie Rohana Jalil dapat menantu orang Indonesia la hehee....