Nubhan - Google Blog Search |
4 Kali Putus Cinta Inspirasi <b>Nubhan</b> Nyanyi Lagu Sedih | MyArtis <b>...</b> Posted: 12 Apr 2014 07:26 PM PDT KUALA LUMPUR – Penyanyi Nubhan terpaksa mengambil pengalaman cintanya yang lalu bagi membawa dan menghayati lagu sedih. Nubhan, 28, berkata, dia pernah melalui hampir empat kali putus cinta dan pengalaman itu dijadikan sumber inspirasi untuknya mengekspresikan perasaan tersebut ketika berada di atas pentas persembahan. "Bukan senang untuk membawakan lagu sedih kerana kita perlu menghayati dan meletakkan perasaan ke dalam lagu tersebut. "Oleh itu saya sentiasa imbau kembali kenangan sedih sewaktu putus cinta ketika menyanyikan lagu-lagu saya yang mana kebanyakkannya berunsur sedih," katanya kepada mStar Online selepas majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Kisah Kasih di Mini Auditorium Hall, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), di sini, Sabtu. Lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Ad Samad ini merupakan lagu kedua Nubhan bersama syarikat rakaman Nova Music selepas lagu duet bersama penyanyi Mila berjudul Cinta Kasih. Dalam pada itu, Nubhan mengakui kelewatannya mengeluarkan single baharu adalah disebabkan proses pemilihan lagu yang agak sukar. "Saya mengambil masa yang agak panjang ketika proses pemilihan lagu kerana kebanyakkan lagu yang datang tidak sesuai. "Kalau boleh saya mahu melodi dan lirik yang benar-benar kuat dan menarik perhatian pendengar, untuk lagu ini sahaja sudah beberapa kali diubah liriknya," katanya. Sementara itu, Nubhan berkata lagu tersebut bakal dimuatkan dalam album terbaharunya yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Album tersebut juga akan menampilkan beberapa buah lagu baharu dan sebuah lagu duet bersama Mila Jirin. – mStar Online Anda mungkin juga meminati: |
[ Hiburan ] <b>Nubhan</b> Bercinta Dengan Siti Nordiana? ~ Perihal Negara Posted: 13 Apr 2014 08:37 PM PDT Sekitar pertengahan tahun lalu, timbul desas-desus mengenai penyanyi kelahiran program realiti televisyen, Nubhan yang dikatakan sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan rakan artis, Siti Nordiana ataupun lebih mesra dipanggil Nana. Gosip tersebut mula tercetus apabila mereka dilihat bercuti bersama-sama di Pulau Perhentian, Terengganu bersama lapan orang lagi rakan yang lain. Tidak menafikan bahawa dia dan ibu tunggal tersebut sememangnya rapat, Nubhan ketika ditemui di Mini Showcase Yours Truly, Nubhan mengatakan bahawa dia juga berkongsi kisah peribadinya bersama Nana. Sumber : ohbulan.com/ |
You are subscribed to email updates from Nubhan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |