Nuffnang

Isnin, 30 September 2013

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


Nadi Anaqi, Nama Putera Sulung <b>Zahiril Adzim</b> &amp; Shera Ayob |

Posted:

Untuk anda yang ketinggalan, Zahiril Adzim dan Shera Ayob telah pun bergelar ibu bapa kira-kira seminggu yang lalu. Kelahiran anak sulung mereka pastinya akan.

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


Pesanan Sebelum Menimang Cahaya Mata Oleh <b>Altimet</b> | Bro <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2013 08:37 AM PDT

Altimet Open House

Bro baru-baru nie lepak dengan Altimet.

Soalan pertama yang keluar dari mulut dia, "Bila due nie?" bila tahu isteri Bro mengandung. Kemudian satu per satu persoalan diajukan.

Amboi mu, banyak sangat soalannya, "Gua bukan retis untuk diajukan soalan bertubi-tubi ini"

Apa-apa pun thank beb atas perkongsian mu sebagai seorang bapa selama ini.

Disini Bro nak kongsikan beberapa pesanan sebelum menimang cahaya mata yang beliau kongsikan dengan Bro baru-baru ini.

  1. Buat persiapan awal takut baby keluar sebelum masanya.
  2. Study cara nak azan & iqamah yang betul. Takut nanti tersalah sebutan atau tersasul.
  3. Sewaktu menyambut baby nanti, pastikan azan/iqamah jadi perkara pertama yang mereka dengar.
  4. Jangan panik Bro..!!! Hang je kekuatan isteri hang sewaktu nak melahirkan anak hang

Kalau ikutkan banyak juga yang dia pesan dekat Bro, tapi ini je yang dapat Bro recall (masa nak tulis entry ini – tengah mamai nie).

Jom layan video yang sempat Bro rakam ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Siti Nurhaliza, <b>Faizal Tahir</b> & Melly Goeslaw Bakal Mengajar Untuk <b>...</b>

Posted: 21 Aug 2013 07:19 PM PDT


Ini memang awesome. 3 nama besar bakal menjadi tenaga pengajar AF2013 adalah satu perkara yang sangat hebat. Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Melly Goeslaw memang bukan calang-calang orangnya. Dan ketiga-tiga mereka bakal terlibat dalam menjayakan AF2013 yang serba baharu ini.

tenaga pengajar af2013

Untuk makluman, AF2013 tidak akan mempunyai pengetua. Ketiga-tiga selebriti hebat ini akan dijadikan inspirasi dan tempat rujukan untuk pelajar-pelajar AF kelak. Nampak gayanya banyaklah ilmu yang akan diturunkan oleh mereka. Bergantunglah pada para pelajar untuk menerima ilmu atau tidak.
tenaga pengajar af2013Secara jujur, Abang Nara teruja untuk melihat kelibat Datuk Siti Nurhaliza mengajar anak-anak didiknya. Mesti comel. Mana tahu ada sisi garang dan tegas akan ditampilkan oleh beliau. Sama-samalah kita nantikan AF2013 yang bakal bermula 14 September ini. Kredit gambar Faisol Mustafa.

P.S: Tidak bayar saman lesen memandu akan dibatal

Klik gambar untuk lihat koleksi tudung menawan dan terkini dari Rapunzzle.

Baca Yang Ini Pulak:-

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


Julfekar Minta <b>Farawahida</b> Tidak Burukkan Namanya – Perak Today

Posted: 12 Sep 2013 06:00 PM PDT

wahida

Komposer Julfekar Ahmad Shah meminta penyanyi Farawahida agar tidak memburukkan namanya memandangkan kedua-dua mereka tidak lagi bekerjasama dalam industri muzik tempatan.

Julfekar, 49, yang merupakan bekas majikan wanita itu berkata, dia pelik apabila Farawahida menuduhnya melemparkan kata-kata kurang manis menerusi status di Facebook sedangkan ia tidak ditujukan kepada sesiapa pun.

"Selama ini setiap kenyataan saya di media mahupun status Facebook yang dimuat naik tidak pernah menyebut namanya mahupun individu lain.

"Ikut suka sayalah nak tulis apa sekalipun! Kenapa dia nak terasa? Sekarang ini saya tak cakap apa-apa pun berkaitan dengannya. Dia saja yang selalu menyebut nama saya di media," katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Status Julfekar di Facebook yang menjadi kontroversi itu antara lain meminta seseorang agar tidak berlagak baik selain tidak bersikap hipokrit.

Rabu lalu sebuah akhbar melaporkan Farawahida reda dengan tohmahan yang dibuat oleh komposer terbabit dan berharap nama mereka tidak dikaitkan lagi memandangkan dia bakal mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Julfekar turut berasa pelik apabila Farawahida membuat kenyataan dia telah memaafkan perbuatannya itu.

"Siapa yang minta maaf kepada siapa sebenarnya? Sebelum ini, saya telah menarik kes saman saya terhadapnya selepas dia telah meminta maaf kepada saya di depan hakim.

"Dan sekarang ini dia bangkitkan cerita lama kononnya dia sudah maafkan saya. Jangan sampai saya mengambil tindakan sekali lagi terhadapnya," tegas Julfekar.

Hubungan kedua-dua pasangan itu menjadi keruh apabila Julfekar mendakwa Farawahida telah melanggar kontrak dengan syarikatnya, Millenium Art Sdn Bhd (MASB).

Kemelut yang melanda mereka berterusan apabila Farawahida membuat laporan polis atas dakwaan komposer itu mengugut mahu menyebarkan video serta gambar lucahnya.

Julfekar turut memfailkan saman ganti rugi sebanyak RM436,700 terhadap Farawahida pada 27 Ogos lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam namun Julfekar telah menarik balik kes itu.

- mStar

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


MyEkspresi Cabar <b>Azhar Sulaiman</b> Sebagai Pengacara

Posted: 13 Jun 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 13 JUN 2013: Biarpun lebih dikenali sebagai pelakon, namun itu tidak menghalang buat aktor popular sekitar 90-an, Azhar Sulaiman untuk menyahut cabaran sebagai pengacara sebuah rancangan tari menari, MyEkspresi.

Ditayangkan di TV2 yang disiarkan pada setiap Sabtu jam 9 malam, MyEkspresi merupakan sebuah program khusus untuk mencari pereka tari muda yang diterbitkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan stesen TV RTM.

Penerbit Eksekutif rancangan berkenaan, Ezlina Alias berkata, pemilihan Azhar Sulaiman dilihat bertepatan dengan konsep program itu yang boleh dikatakan serius kerana mencari pereka tari dan dalam masa masa yang sama dapat memberikan hiburan kepada penonton.

"Memang pada asalnya di peringkat uji bakat, Anding Indrawani sepatutnya menggalas peranan sebagai pengacara. Namun kerana komitmennya untuk pementasan teater Chow Kit Road, dia terpaksa melepaskannya tanggungjawabnya itu.

"Sebelum Azhar Sulaiman, kita juga ada melihat calon lain seperti pelakon Zulhuzaimy untuk diberi mandat penting ini. Namun akhirnya rezeki berpihak kepada Azhar Sulaiman. Apa yang pasti, dia bukan asing dalam dunia pengacaraan biarpun lebih dikenali sebagai pelakon.

"Kami merasakan karisma dan kredibiliti Azhar Sulaiman menjadi batu loncatan untuk beliau menjadi hos rancangan ini. Malah kami di JKKN dan RTM juga berbangga kerana menjadi yang pertama menghasilkan program pencarian pereka tari kerana selama ini lebih banyak pertandingan mencari penari. Tambahan pula tak ramai di luar sana mengetahui skop tugas seorang pereka tari berbanding penari" kata Ezlina.

MyEkspresi memberi ruang kepada insan kreatif untuk mengembangkan bakat dalam seni mereka cipta karya tari kreatif mengikut acuan tempatan selain kreativiti dalam pelbagai cabang seni tari lainnya.

Pertandingan peringkat suku akhir pertama dan kedua sudahpun berlangsung baru-baru ini dan telah menyaksikan dua penyingkiran. Uji bakat awal memperlihatkan 70 peserta diserap dan dikecilkan menjadi 40 orang. Ia kemudiannya digenapkan menjadi hanya 16 peserta.

Peminat boleh mengikuti perkembangan program berkenaan menerusi laman sosial Facebook 'fanpage' JKKN dan peringkat akhir MyEkspresi akan berlangsung pada 22 Jun ini.

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


Lisdawati dan <b>Fauzi Nawawi</b> yang sama padan! - Pena.my

Posted: 31 May 2013 04:12 AM PDT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *