Nuffnang

Khamis, 2 Mei 2013

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Bront Palarae</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Apr 2013 11:06 PM PDT


Afdlin Shauki, <b>Bront Palarae</b> Dan Zain Saidin Sertai Misi Ke Gaza |

Posted: 04 Dec 2012 12:37 AM PST


Syukur sangat-sangat Abang Nara melihat semangat juang jitu yang ditunjukkan oleh selebriti-selebriti Malaysia. Untuk makluman, Afdlin Shauki, Bront Palarae dan Zain Saidin telah pun bertolak ke Gaza untuk menjalankan misi masing-masing. Semoga perjuangan mereka dirahmati olehNya.

misi ke gaza

Abang Nara tak sempat nak check sama ada mereka bertiga di bawah satu misi yang sama atau berlainan. Yang pastinya, Afdlin Shauki ada bersama-sama dengan Bront Palarae. Mungkin Zain Saidin pergi dengan kumpulan yang lain. Apa pun sama-sama kita doakan agar mereka bertiga selamat sepanjang berada di Gaza.

misi ke gaza

Rasanya banyak lagi selebriti tempatan yang telah, sedang dan akan terbang ke Gaza untuk memberikan bantuan. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan. Untuk anda yang ingin membantu tetapi tidak ada kelapangan masa, bolehlah menderma menerusi SMS. Hanya perlu taip PALESTIN10 (nilai RM 10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin).

gaza

Untuk info lanjut tentang aktiviti, sumbangan dan perkembangan terkini, boleh LIKE Facebook Aman Palestin.

Baca Yang Ini Pulak:-


BIODATA <b>BRONT PALARAE</b> - CURRENTLIFE2U.COM

Posted: 25 Mar 2013 08:18 PM PDT

bront palaraeBiodata Bront Palarae

Nama Sebenar: Nasrul Suhaimin Saifuddin
Tarikh Lahir: 27 September 1978
Umur: 35 tahun
Asal: Alor Setar, Kedah
Kerjaya: Pelakon, penulis skrip, pengarah dan penerbit
Pencapaian: Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23
Filem: Lang Buana, Man Laksa, Castelo, Bilut, Tipah Tertipu, Dukun, 1957: Hati Malaya, Anak Halal, Akhirat, Kala Malam Bulan Mengambang, Setam, Remp-it V3, Belukar.
Filem yang Bakal Keluar: Hanyut, Ombak Rindu, Kongsi, Sekali Lagi, Bunga Lalang, Bara Jiwa dan dua filem antarabangsa Quattro Hong Kong 2 (China) dan Liberating Soul (Jepun).

• Bront pandai bertutur dalam bahasa Siam kerana mempunyai darah Siam.
• Pernah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23/2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem Belukar.
• Memulakan karier lakonan pada tahun 2000 menerusi drama TV Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys.
• Bront juga pernah bergandingan bersama aktres Dynas Mokhtar pada tahun 2004 untuk mengacarakan program Beat TV selama dua musim.
• Pada tahun 2005, Bront menerima tawaran biasiswa daripada kerajaan Itali untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam jurusan Bahasa & Budaya di University of Foreigners, Perugia Itali.
• Pada tahun 2008 nama Bront mula meniti bibir peminat apabila muncul dalam siri TV Sindarela memegang watak Tengku Hussein.
• Pada tahun 2010, Bront telah mengasaskan produksi filem Otto Films yang akan menjadi platform untuknya meneroka bidang penerbitan filem.
• Bront pernah ke Gaza bagi misi kemanusiaan bersama Zain Saidin dan Afdlin Shauki.
• Dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres baru, Christina Suzanne, namun gosip itu akhirnya senyap begitu sahaja.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG SENTIASA MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

"INGINKAN INFO TERKINI? LIKE PAGE Sahabat Currentlife2uDotCom"
tell your friends about #ChurpChurp and gets RM1! Join Us!

Incoming search terms:

  • bunga siti zubaidah (2)
  • biodata bront palarae (1)
  • biodata dj nas-t (1)
  • bront palarae dan kekasih (1)
  • cerita bront palarae (1)

Tags: , , , ,

Category: Hiburan

Nur Fazura - Google Blog Search

Nur Fazura - Google Blog Search


(12 GAMBAR)<b>Nur Fazura</b> Dan Hanis Zalikha Di Bella Awards |

Posted: 03 Mar 2013 08:42 PM PST


Nama Nur Fazura sememangnya sudah dikenali di dalam dunia hiburan Malaysia. Sementara itu, Hanis Zalikha adalah bintang baru yang kini namanya semakin disebut-sebut oleh banyak pihak.

fazura hanis

Kedua-duanya telah hadir ke malam Bella Awards baru-baru ini. Dan kedua-duanya nampak sangat menawan di dalam pakaian masing-masing. Rasanya kalau seorang lelaki disuruh membuat pilihan antara Fazura dan Hanis, pasti mengambil masa berminggu-minggu.

fazura hanis

10 lagi gambar kedua-dua cantik manis Fazura dan Hanis Zalikha dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fazura dan Instagram Hanis Zalikha.

fazura hanis
fazura hanis
fazura hanis
fazura hanis
fazura hanis
fazura hanis
fazura hanis
fazura hanis
fazura hanis
fazura hanis

Baca Yang Ini Pulak:-


Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Akhirnya Hubungan Pertunangan <b>Elly Mazlein</b> Terjawab!

Posted: 10 Apr 2013 06:18 PM PDT

Pada: Khamis, 11 April 2013 Teka teki mengenai hubungan pertunangan pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein dengan pengarah drama, Azmi Hatta dikatakan sudah menemui jawapan yang masih lagi boleh menjadi tanda tanya.

Memetik portal mStar semalam, Azmi menafikan dia dengan Elly sudah putus tunang. Dan menyakinkan media dengan menyatakan hubungan mereka seperti biasa dan tidak ada apa-apa 'angin kuat' dalam pertunangan mereka.

"Kami masih bersama dan tiada masalah kritikal yang berlaku dalam hubungan kami,"
Yang menjadi tanda tanya majlis pernikahan mereka ditangguh dari tarikh pertunangan mereka pada 29 Mei pada 2011 sehinggalah ke hari ini. Hatta berkata ia kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.
"Kami masing-masing sibuk dan Elly ada cita-cita yang perlu dia capai dan tidak mahu menghalang melainkan menyokong. Soal bila kami akan bersatu, Insya Allah doakan,"
Jadi anda sudah berpuas hati dengan jawapan ini? Elly masih lagi tunangan orang ok.

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Tolak Tawaran Berlakon Unsur Seksual

Posted: 04 Apr 2013 08:00 PM PDT

Pada: Jumaat, 5 April 2013 Aik adakah tindakan Remy Ishak kali ini mencerminkan yang dia sudah menginsafi mengenai cara berlakon yang betul. Gegeh. Tindakan menarik diri daripada teater M. Butterflu arahan Maslina Mustaffa dengan alasan mempunyai unsur berbaur seksual dan politik memetik portal Utusan semalam.

Bahkan pengunduran Remy itu bukanlah menamatkan spikulasi pelakon Melayu tidak berlakon dengan Maislina sebaliknya posisi Remy digantikan dengan Benjy, anak kepada Azean Irdawaty.

Baguslah kalau seperti itu Remy, memang kita orang Melayu lebih-lebih lagi Islam harus berlakon mengikut kesesuaian yang sepatutnya. Maslina merupakan aktivis ketika demo membantah perlaksanaan PTPTN tahun yang lalu. Pasal botak kepala yang tu Wallahualam.

Dan ini adalah mengenai maklumat teater berkenaan..

Drama inspirasi daripada opera Madama Butterfly Giacomo Puccini mengisahkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China.

Gallimard jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.

M. Butterfly juga pernah dipentaskan di Euqene O'Neill Theatre, New York, Amerika Syarikat pada 20 Mac 1988 hingga 27 Januari 1990 selama 777 kali pementasan yang diarahkan oleh John Dexter dan pernah difilemkan selama tiga kali oleh pengarah berlainan iaitu David Cronenberg, Jeremy Irons dan John Lone.

Teater M. Butterfly karya asal David Henry Hwang ini dijadualkan dipentaskan bermula 11 hingga 14 April ini di Blackbox, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.  

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Bibit-Bibit Cinta Mula Berputik Antara <b>Remy Ishak</b> Dan Maya Karin? |

Posted: 22 Feb 2013 02:17 AM PST


Satu persoalan yang agak menarik untuk dibincangkan di petang Jumaat ini. Pasti ramai yang akan bersetuju sekiranya Remy Ishak dan Maya Karin bercinta. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan. Dapat anak confirm super kacak dan super cun.

remy ishak dan maya karin

Persoalan ini mula timbul apabila Remy Ishak berkongsi gambarnya bersama Maya Karin di Sabah. Gambar di atas menunjukkan mereka berdua di dalam perjalan ke Imbak Canyon. Mungkin mereka berdua mengambil peluang untuk bercuti bersama-sama.

remy ishak dan maya karin

Adakah Remy dan Maya mula rapat selepas membintangi filem Sejoli baru-baru ini? Hmmmm. Tak salah kalau mereka berdua bercinta sebab masing-masing pun single. Sama-sama kita nantikan sama ada wujud khabar gembira untuk peminat Remy dan Maya satu hari nanti.

P.S: Silap mata paling kurang ajar.

Baca Yang Ini Pulak:-


Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Rumah <b>Erra Fazira</b> Dipecah Masuk – Perak Today

Posted: 02 Apr 2013 12:08 AM PDT

Rumah pelakon dan penyanyi Erra Fazira di Damansara telah dipecah masuk oleh dua lelaki yang tidak dikenali dipercayai mahu mencuri kereta pada tengah hari Isnin.

Menurut Erra menerusi laporan akhbar Harian Metro, kejadian berlaku apabila Erra, anaknya, Engku Aleesya dan pembantu rumahnya tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah.

"Kami keluar dari rumah pada pukul 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk.

"Saya terkejut dan lantas berpatah balik ke rumah. Namun ketika itu pencuri terbabit sudah melarikan diri, tetapi menurut jiran saya, kebetulan ketika itu ada sebuah kereta peronda yang melalui kawasan berkenaan.

"Peronda mengejar pencuri yang juga memandu kereta sehingga melanggar beberapa kereta yang diletakkan di hadapan rumah di kejiranan itu," katanya.

Menurut pengacara program Primadona ini, perasaan traumanya masih terasa dan membuatnya terfikir untuk berpindah ke rumah lain.

"Saya pun tidak tahu bagaimana mereka (pencuri) boleh masuk dalam kawasan rumah saya, tetapi menurut jiran, pintu pagar automatik rumah saya itu sudah terbuka. Difahamkan mereka umpilkan pintu pagar itu.

"Bagaimanapun saya bersyukur kerana kejadian berlaku ketika kami tiada di rumah, kalau tidak entah apa yang mungkin terjadi," ujarnya.

-mStar

Erul af - Google Blog Search

Erul af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Apr 2013 09:06 PM PDT


(TAHNIAH)<b>Erul AF</b> Naib Juara K-Pop Star Hunt Musim Kedua |

Posted: 10 Feb 2013 07:32 AM PST


Masihkah anda ingat dengan Erul? Erul merupakan salah seorang produk daripada rancangan realiti Akademi Fantasia. Lama mendiamkan diri tanpa khabar berita, rupa-rupanya Erul menyertai pertandingan Kpop Star Hunt musim kedua.

erul kpop star hunt 2

Kpop Star Hunt 2 mengumpulkan peserta-peserta daripada seluruh Asia untuk bertarung sesama sendiri. Selain Malaysia, peserta-peserta hebat dari Filipina, Jepun, Singapura dan Thailand turut sama berentap. Mengkagumkan apabila Erul berjaya memasuki peringkat akhir sebagai Top 3.

erul kpop star hunt 2

Kalau dulu Erul sebut "Anyeonghaseyo" pun tak betul, namun daripada video yang Abang Nara tonton, sebutan bahasa Korea Erul semakin maju. Yang membanggakan ialah apabila Erul berjaya merebut gelaran naib juara Kpop Star Hunt musim kedua. Tahniah diucapkan kepada Erul atas kejayaan ini.

Kepada Erul, semoga selepas ini bintang anda akan lebih bersinar. Jadikan pengalaman menyertai K-pop Star Hunt 2 sebagai pemangkin kejayaan anda di masa depan. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Baca Yang Ini Pulak:-


(TAHNIAH)<b>Erul AF</b> Naib Juara K-Pop Star Hunt Musim Kedua <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2013 07:22 AM PST

(TAHNIAH)Erul AF Naib Juara K-Pop Star Hunt Musim Kedua

Masihkah anda ingat dengan Erul? Erul merupakan salah seorang produk daripada rancangan realiti Akademi Fantasia. Lama mendiamkan diri tanpa khabar berita, rupa-rupanya Erul menyertai pertandingan Kpop Star Hunt musim kedua.

Kpop Star Hunt 2 mengumpulkan peserta-peserta daripada seluruh Asia untuk bertarung sesama sendiri. Selain Malaysia, peserta-peserta hebat dari Filipina, Jepun, Singapura dan Thailand turut sama berentap. Mengkagumkan apabila Erul berjaya memasuki peringkat akhir sebagai Top 3.

Kalau dulu Erul sebut "Anyeonghaseyo" pun tak betul, namun daripada video yang Abang Nara tonton, sebutan bahasa Korea Erul semakin maju. Yang membanggakan ialah apabila Erul berjaya merebut gelaran naib juara Kpop Star Hunt musim kedua. Tahniah diucapkan kepada Erul atas kejayaan ini.

Kepada Erul, semoga selepas ini bintang anda akan lebih bersinar. Jadikan pengalaman menyertai K-pop Star Hunt 2 sebagai pemangkin kejayaan anda di masa depan. Tahniah sekali lagi diucapkan.


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

[artismsia]_(tahniah)<b>erul Af</b> Naib Juara K-pop Star Hunt Musim Kedua

Posted: 10 Feb 2013 10:32 AM PST

Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)

Online Users
There are currently 87 online users.
» 0 Member(s) | 87 Guest(s)

#Trending Topic HottestForex Update
Santai, Gosip Artis, Gambar MenarikBerita Terkini Update DailyIslam Agamaku

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Majlis Cukur Jambul Puteri Sulung <b>Eira Syazira</b> <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2013 06:27 PM PDT

Semalam, Eira Syazira dan suami, Azad Jazmin telah mengadakan majlis cukur jambul buat anak sulung mereka, Amarra Sofea Rose yang dilahirkan pada 11 Januari lalu.

Di sini, GUA sertakan beberapa kepingan gambar yang telah dikongsikan Eira di akaun Instagramnya.

Comel sungguh baby Amarra. Semoga menjadi anak yang solehah. Dan Eira pula, memang kategori 'hot mama'!

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>Pierre Andre</b> Sahkan Bakal Bernikah Jun Ini | ROTIKAYA

Posted: 20 Mar 2013 06:23 AM PDT

Akhirnya terjawab persoalan bilakah Pierre Andre bakal menamatkan zaman bujangnya.

Pierre ketika ditemui di sebuah lokasi penggambaran membongkar bakal berkahwin pada Jun ini bersama pasangannya, Nur Hidayah Hashim, 25.

Pierre ketika ditemui nyata teruja menanti detik untuk disatukan bersama pasangannya malah berjanji akan menjemput rakan media dan selebriti.

"Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan menamatkan zaman bujang saya dengan gadis pilihan, Nur Hidayah Hashim, 25, atau Yaya pada Jun ini. Saya ingin memohon maaf jika tidak menjemput media ketika majlis pertunangan kerana ia merupakan permintaan pihak keluarga kami."

"Namun, pada majlis pernikahan kelak, saya akan menjemput para rakan media dan selebriti untuk bersama-sama saya. Mengenai tarikhnya, saya belum boleh kongsikan kerana ianya masih terlalu awal. Tetapi ia akan dilangsungkan sekitar bulan Jun ini, sebelum memasuki Ramadan."

Walaubagaimanapun, tarikh majlis resepsi belum ditetapkan jelas Pierre. Berkemungkinan majlis resepsi akan diadakan pada hujung tahun.

Pierre menambah, sifat peribadi tunangnya telah berjaya menarik perhatiannya sehingga membuatkan dia nekad menjadikan Nur Hidayah suri hidupnya.

"Ciri-ciri wanita idaman saya memang seorang yang simple dan sederhana. Saya memang mencari yang tidak terlalu sosial dan pandai menjaga peribadinya. Ciri-ciri itu saya lihat ada pada Yaya yang lebih suka
menghabiskan masa di rumah.

"Saya memang dah serik nak cari pasangan daripada kenalan artis dan selebriti. Mungkin pengalaman dahulu mengajar saya dan syukur kerana akhirnya saya dipertemukan dengan tunang saya sekarang," jelas Pierre.

Pelakon Beego dan Linda Hashim juga bakal berkahwin Jun ini. Nampaknya ramai juga artis yang memilih bulan Jun sebagai bulan menamatkan zaman bujang. Didoakan semoga semuanya berjalan
lancar.

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


<b>Tiz Zaqyah</b> Selesa Tayang Boy Friend? | Kaki Bising Dot Com

Posted: 22 Apr 2013 05:33 PM PDT

KL, 22 APRIL 2013: Murai Batu rasa macam sudah lama sahaja tak dengar cerita mengenai pelakon gebu, Tiz Zaqyah.

Bukan apa, dahulu ketika bercinta dengan aktor Remy Ishak, tak habis-habis media membuat liputan mengenai percintaan mereka sehinggalah mereka putus pada tahun lalu.

Tiz Zaqyah Selesa Tayang Boy Friend?

Tetapi kini, Murai Batu rasa pasti ramai yang sudah tahu, Tiz Zaqyah sudah pun ada pengganti.

Murai Batu rasa, sesiapa yang mengikuti laman Instagram Tiz Zaqyah pasti sudah mengenali gerangan kekasihnya itu.

Mana taknya, Tiz Zaqyah kini lebih terbuka dan selesa pula hendak menayang kekasih hatinya itu.

Malah foto-foto yang dimuat naik juga lebih intim dan mesra.

Yelah kalau dulu, susah sedikit Murai Batu hendak melihat Tiz memuat naik foto bersama Remy Ishak.

Mungkin juga mereka tidak mahu terlalu banyak publisiti mengenai hal peribadi mereka ketika itu, kerana masing-masingkan adalah artis.

Tapi kali ini, Tiz nampkanya lebih selesa apabila hal peribadinya dilihat umum.

Walau bagaimanapun, Murai Batu bahagia melihat foto-foto yang dimuat naik Tiz Zaqyah. Memang nampak mereka sangat serasi.

Baguslah itu, Murai Batu harap hubungan mereka berkekalan dan cepat-cepatlah kahwin.

murai.com.my

Gambar <b>Tiz Zaqyah</b> Duta Nur Kasih Prune Essence

Posted: 14 Apr 2013 09:00 PM PDT

Pada: Isnin, 15 April 2013
Kecantikan dan kelawaan pelakon Tizz Zaqyah memang mencairkan ramai lelaki diluar sana. Maka dengan anugerah semula jadi ini dan bakatnya yang terserlah di drama/filem Nur Kasih, maka Tiz dipilih menjadi duta produk kesihatan, Nur Kasih Prune Essence.

Produk ni bagus sebenarnya untuk kesihatan, memetik daripada Facebook produk ni:

Nur Kasih Prune Essence is created for you. It is high in Antioxidant, Vitamin C and Fibre. Take one every day to achieve radiant complexion and beauty appearance...
Cuba dan alaminya sendiri.

Gambar dibawah ketika satu majlis pelancaran produk ini di MIHAS 2013.









Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Terima Lakonkan Adegan Ranjang Demi Pelbagaikan <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2013 03:17 PM PDT

Jika dahulu Fizz Fairuz lebih dikenali sebagai pelakon yang alim namun kini untuk lebih mencabar Fizz telah menerima tawaran untuk lakonkan adegan ranjang bersama Nabila Huda dan Wan Sharmila di dalam filem terbarunya "Bisikan Syaitan" demi pelbagaikan watak.

Beliau yang ditemui di Majlis Tayangan Media Filem 'Bisikan Syaitan' bertempat di e@Curve semalam memberitahu bahawa perasaan segan ada namun demi karier Fizz bersikap profesional.

Walaubagaimanapun babak tersebut melalui proses perbincangan bersama pengarah muda, Faizul A. Rashid serta para pelakon yang lain.

Ujar Fizz lagi, pada mulanya Wan Sharmila enggan lakonkan babak tersebut kerana masalah peribadi namun selepas beberapa ketika dia akhirnya bersetuju dan telah meletakkan beberapa syarat agar tidak nampak keterlaluan.

"Dia beritahu kepada saya dan pengarah tidak mahu dihimpap dimana dia tidak boleh kalau saya berada di atasnya. Untuk jayakan babak itu sahaja kami memerlukan 8 ke 9 take kerana Wan Sharmila yang tidak biasa lakonakan aksi sebegitu."

Filem yang berlatar belakangkan Bukit Fraser, Pahang, ini telah siap lebih dua tahun yang lalu namun disebabkan tahun lalu banyak filem melayu dikeluarkan filem seram Terbitan Grand Brilliance terpaksa ditangguhkan.

Dalam pada masa yang sama, Fizz Fairuz turut memberitahu bahawa dia masih berkawan dengan Almy Nadia dan tidak tahu pada masa hadapan siapakah jodohnya kerana Fizz diberi tempoh dua tahun oleh emaknya untuk fokus dengan kerjaya dahulu namun begitu dia tidak menolak jika jodohnya bersama Almy.

Bagi mereka yang tidak sabar menanti filem seram berdasarkan kisah benar ini boleh tonton dipawagam bermula 2 Mei ini, selamat menonton!

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Datuk Ramli MS Sokong Imej Bertudung <b>Alyah</b> | ROTIKAYA

Posted: 15 Apr 2013 08:40 AM PDT

Nampaknya para peminat menyambut baik perubahan diri penyanyi Alyah sekembalinya beliau dari menunaikan umrah baru baru ini dengan tampil bertudung penuh melalui gambar di Instagram.

Menurut Alyah seperti di'laporkan mStar Online hari ini, niat dihati untuk bertudung sudah lama beliau pendamkan tetapi kunjungan ke Mekah baru baru ini menguatkan niat untuk terus bertudung.

"Sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini — perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya"

"Tambah pula dengan usia yang semakin meningkat, sudah tiba masanya untuk saya berubah ke arah kebaikan," jelas Alyah.

Apabila di'tanya tentang respons 'kekasih' beliau Datuk Ramli MS, Alyah berkata konduktor muzik terkenal itu menyokong penuh penampilan baru ini & sekali lagi menyatakan yang mereka masih mengenal hati budi.

Erry Putra - Google Blog Search

Erry Putra - Google Blog Search


<b>Erry Putra</b> Nafi Bercinta Dengan Janda - Wangolds

Posted: 31 Mar 2013 08:26 PM PDT

Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

04-01-2013, 06:26 PM

Thumbs Up Erry Putra Nafi Bercinta Dengan Janda

Pelakon dan juga penyanyi, Erry Putra menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya bercinta dengan seorang janda.

Menurutnya, beliau mengakui sedang berkawan dengan seseorang namun perhubungan mereka berdua bukanlah sampai ke tahap bercinta.

"Tak mungkinlah saya bercinta dengan dia sebab saya anggap dia macam kakak. Janganlah disebabkan saya sering keluar dengan dia maka orang boleh gosipkan saya dengan mudah. Saya tak ambil hati pun kalau orang nak gosip-gosip sebab saya tahu itu sekadar usik-usik manja sahaja", katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Erry bakal keluar dengan single terbaru berjudul Tapi Aku Cinta (Walau Lebih Tua). Namun tajuk lagunya itu dikatakan cuba memerli teman-teman artis yang terlibat.

"Saya bukan bermaksud untuk perli sesiapa pun. Itu cuma sekadar lagu. Memang tajuk itu kedengaran seperti mengata orang tapi saya tak buat begitu. Kalau ada yang terasa saya minta maaf. Namun jujurnya saya tak ada niat mengata orang apalagi kawan-kawan artis," ujarnya.

JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI SILA SHARE !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Forum Jump:

User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)

Powered By MyBB, © 2002-2013 MyBB Group. RSS Syndication
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on wangolds.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of wangolds.com or it's owner. wangolds does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE

Forex Update Santai, Gosip Artis, Gambar MenarikBerita Terkini Update DailyIslam Agamaku#politik