Nuffnang

Sabtu, 10 November 2012

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


<b>Rita Rudaini</b> Menang Kes Nusyuz - PjO putrajaya-online

Posted: 10 Nov 2012 08:05 PM PST


Aktres popular Rita Rudaini Mokhtar telah memenangi kes permohonannya membantah perintah kembali taat (nusyuz) yang difailkan oleh suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak.

Dipetik daripada sebuah portal hiburan tempatan, Hakim Syarie, Saharuddin Selamat membuat keputusan sedemikian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, sekaligus membatalkan kes permohonan tersebut.

Malah Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selaku plaintif diperintahkan membiayai segala kos mahkamah.

Keputusan tersebut dibuat selepas Aidil, 25, gagal menyatakan alamat pemastautin yang tepat di dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.

"Selepas meneliti permohonan plaintif, didapati pihaknya meletakkan alamat tidak lengkap terhadap permohonan kembali taat yang dikemukakan terhadap pihak defendan (Rita).

"Jadi pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan pada 3 Julai lalu diluluskan," katanya pada prosiding yang diadakan baru-baru ini. Hakim turut memaklumkan bahawa peguambela Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari telah menarik diri daripada mewakili plaintif pada 30 Oktober lalu.

Aidil juga gagal menghadirkan diri ke mahkamah tanpa mengemukakan sebarang alasan atau wakil, walaupun sudah diberi peringatan ketika sebutan kes pada 3 Oktober lepas. Sementara itu aktres berusia 35 tahun itu meluahkan rasa syukur apabilan bantahan awal yang difailkannya telah diluluskan oleh mahkamah dan akan meneruskan kes cerai yang masih lagi belum selesai.

Dalam pada itu, Rita yang ditemani Mohd Ihsan Mohd daud mewakili peguam syarienya, Datuk Mohd Zaidi Zain meluahkan rasa syukur apabila bantahan awal yang difailkannya diluluskan mahkamah dan akan meneruskan kes cerai yang masih lagi belum selesai.

"Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mahkamah tidak menangguhkan keputusan kes bantahan awal ini meskipun tanpa kehadiran dia (Aidil).

"Saya hanya ingin mempertahankan diri dan hak saya bersama anak-anak. Apabila sudah sampai di tahap ini, ini bermakna saya sudah mula berjuang dan tidak boleh menoleh ke belakang. "Selepas ini peguam saya akan menyelesaikan status perhubungan kami pula. Tunggu sahaja nanti," jelasnya.

Rita dan Aidil telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki sehingga menyebabkan perkahwinan tersebut bermasalah.

Mereka telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


Alaena Ayesha Penyeri Hidup <b>Aqasha</b>

Posted: 14 Oct 2012 09:28 AM PDT

  
Monday, 15 October 2012 00:28

..

Tahniah diucapkan kepada penyanyi juga pelakon, Aqasha dan isterinya, Noor Baizura Mohd Sabri, 29, selamat menimang cahaya mata kedua, Khamis lalu.

Bayi perempuan yang diberi nama Alaena Ayesha yang membawa maksud 'dilimpahi kebahagiaan' itu dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam.
 
Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Aqasha Rosli, 30, mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun, bernama Alehandra Ahmad.
 
Pelakon drama bersiri Dejavu di Kinabalu itu sempat berkongsi gambar anak terbarunya itu melalui laman Twitternya dengan menulis, "alahai... macam anak Jepun pula anak perempuan aku ni."
 
Pasangan bahagia, Aqasha dan Baizura diijabkabulkan pada 10 Oktober 2010.

- mD

(TAHNIAH)Anak Kedua <b>Aqasha</b>, Bayi Perempuan, Selamat <b>...</b>

Posted: 12 Oct 2012 05:09 AM PDT

Jutaan tahniah kepada Aqasha yang telah dikurniakan anak perempuan hari ini. Bayi perempuan ini adalah anak kedua hasil perkongsian hidup Aqasha dan isterinya, Noor Baizura. Sebelum ini mereka berdua telah pun mendapat seorang anak lelaki yang kini berusia kira-kira setahun.

aqasha

Semoga dengan kehadiran puteri di dalam keluarga Aqasha akan menceriakan lagi mereka. Aqasha telah pun berkongsi gambar anaknya di Twitter Aqasha. Memang cute dan putih sangat.

aqasha

Tahniah sekali lagi kepada Aqasha atas kehadiran cahaya mata ini.

Baca Yang Ini Pulak:-


Remy Ishak Menyindir <b>Aqasha</b> Di Twitter? | ROTIKAYA

Posted: 17 Oct 2012 08:25 PM PDT

Remy Ishak Menyindir Aqasha Di Twitter?Tengok betapa obses'nya kami terhadap Remy Ishak, hari ini sahaja sudah dua kisah beliau kami paparkan termasuk yang ini — kisah yang agak jarang berlaku.

Mungkin selalu berlaku di'kalangan selebriti wanita untuk saling menyindir di laman sosial terutamanya Twitter, namun untuk selebriti lelaki, bunyi'nya seperti tidak cool.

Sekitar 10.00 malam pada 15 Oktober yang lalu, Remy Ishak menulis sebaris ayat yang beliau tag sebagai Cerpen Twitter tetapi seolah olah menyindir rakan pelakon, Aqasha.

"Si penggemar rahsia memang gemar berahsia, lebih lebih lagi tentang hubungan kekasih gelapnya dari pengetahuan sang isteri," itu ayat tulisan Remy Ishak yang kami maksudkan.

Ada kemungkinan tulisan Remy Ishak di'tujukan buat Aqasha adalah kerana deskripsi akaun pelakon Dejavu Di Kinabalu itu ada menulis diri beliau sebagai 'penggemar rahsia'.

Mungkinkah Remy Ishak tahu sesuatu yang kita semua tidak tahu — atau semua ini hanya kebetulan? Hmm.

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


<b>Najwa Latif</b> Digodam ~ Dimensi Siber

Posted: 07 Nov 2012 08:14 PM PST


Pagi tadi admin baru dapat berita yang facebook dan twitter Najwa Latif si gadis Youtube sudah pun digodam oleh Kapten Luffy 6hb November lalu. Apa yang admin dapat tahu akaun Najwa Latif ni digodam melalui akaun e-mail. Nasihat admin sila jaga akaun e-mail anda itu yang lebih penting dari akaun facebook dan twitter. Buat Najwa Latif yang sedang menduduki peperiksaan SPM harap bertabah okey, jagan risau sangat akan akaun ni. Tumpukan pada SPM dulu. Untuk informasi dan tip supaya tidak menjadi mangsa Hacker jom baca Tip dan Info Hacker Dimensi Siber disini.

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Anugerah SKRIN 2012 (ASK) : <b>Rosyam Nor</b>? | Berita Semasa

Posted: 10 Nov 2012 09:57 AM PST

Rosyam Nor ASK 2012 Anugerah Skrin 2012 (ASK) : Rosyam Nor & Artis Malaysia Lain Jaga Pertuturan & Pemakaian Anda!

Isu Anugerah Skrin 2012 : Tidak perlu rasanya untuk kami kongsikan siapa yang menang, siapa yang kalah. Samada meriah atau tidak Anugerah Skrin 2012 pada malam tersebut? Seperti yang kami yang kongsikan DI SINI, bukan kerja kami untuk hebahkan perkembangan terkini dunia hiburan termasuklah gosip artis Malaysia.

Kami lebih berminat untuk melihat…..perubahan anjakan paradigma & & membincangkan yang boleh dirasakan patut dilakukan dalam dunia hiburan hari ini supaya tidak terus terbabas & tergelongsor. Termasuklah isu yang membabitkan Anugerah Skrin 2012 baru-baru……

Di mana dikatakan terdapat perlakuan lawak yang cuba dilakukan oleh Rosyam Nor yang dikatakan menyindir TV Al Hijrah. Sehinggakan ada sesetengah pihak berpendapat tindakan artis Malaysia seperti Rosyam Nor pada malam itu, tidak sensitif dan telah menghina Islam. Di bawah ialah petikan lawak yang dibuat oleh artis Malaysia yang bernama Rosyam Noor ini pada malam Anugerah Skrin 2012 TV3 yang telah mencetuskan kontroversi :

"Nasib baik kita kat TV3 boleh cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh"

Sebelum ini pun pernah tercetus kontroversi berdasarkan laporan berita bertajuk "Artis Malaysia di Anugerah Skrin Berbogel"?".

Anugerah Skrin 2012 : Rosyam Nor Buat Lawak Sensitif?

Berdasarkan semakan kami pada laporan berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, bagi kami tindakan Rosyam Nor di malam Anugerah Skrin 2012 TV3 hanya kenyataan beliau sendiri sekitar 6 tahun lepas jugalah yang mampu menjawab apa yang bermain difikiran & pendirian beliau sebenarnya…..

Rosyam Nor Anugerah Skrin 2012 Anugerah Skrin 2012 (ASK) : Rosyam Nor & Artis Malaysia Lain Jaga Pertuturan & Pemakaian Anda!

Sumber : Kenyataan Rosyam Nor di Utusan Malaysia

Baik artis Malaysia terutamanya ataupun sesiapa sahaja, bagi kami janganlah disebabkan mahu menghiburkan peminat & orang ramai mempermain-mainkan segala hukum-hakam. Apabila sudah tahu hukum-hakamnya, tidak perlulah mempersoalkan tuntutan agama, menegakkan apa yang dirasakan betul sehingga sanggup menghalalkan apa cara sekalipun atas alasan berlakon ataupun tuntutan kerja.

Ustaz Azhar Idrus VS Rosyam Nor Anugerah Skrin 2012 (ASK) : Rosyam Nor & Artis Malaysia Lain Jaga Pertuturan & Pemakaian Anda!

Anugerah Skrin 2012 : Bagaimana Artis Malaysia Yang Lain. Konsep Acaranya? Ok? 

Bagaimana dengan Zizan Razak? Ya…..Termasuklah tindakan Zizan Razak. Zizan Razak pun ada sebut mengenai batal air sembahyang tidak boleh pegang perempuan. Jujurnya hari ini, ramai sebenarnya yang menggunakan alasan/gurauan sebegini untuk melawak dengan harapan supaya ramai yang gelak ketawa mendengarnya, kononnya tidak boleh pegang tangan bukan muhrim ditakuti batal air sembahyang. Bukankah yang sebetulnya tidak boleh pegang disebabkan bukan muhrim. HARAM hukumnya bersentuhan sesama bukan muhrim.

Lagipun, kalau nak diceritakan soal wuduk ini & menyentuh bab batal air sembahyang, suami isteri yang berwuduk pun mengikut (mazhab imam Syafi'i) kalau bersentuhan jadi batal wuduknya & kena ambil wuduk semula. Kemudian sebut pula perkataan yang tidak senonoh seperti ________________. Perlukah cara sebegitu untuk melawak & menghiburkan hati orang ramai?

Peminat Tegar ________ : Apa ini Berita Semasa? Tidak sportinglah, semuanya tidak boleh. Ini tidak boleh, itu tidak boleh.

Owh…kami kena marah pula? Erm…..

Teringat kami satu bual bicara yang dihoskan juga Rosyam Nor, antara yang hadir ialah Fauziah Nawi, Ustaz Zawawi (antara ustaz pilihan Berita Semasa) dan Nazrey Raihan di TV1 yang bertajuk 'Hiburan…Jalan ke…?'. Dalam rancangan itu, Ustaz Zawawi ada beritahu & menjelaskan hiburan memang tiada salahnya tetapii jatuh haram jika ia bertentangan dengan syariat.

  1. Waktu itu, Rosyam Nor ada bertanya kepada Ustaz Zawawi bagaimana sekiranya ada 'part-part' pelukan dan sentuhan antara ibu dan anak yang dilakonkan oleh Rosyam dan Fauziah. Niat mereka baik untuk tunjukkan kepada penonton tentang pentingnya kasih sayang seorang ibu dan anak. Apa jawapan Ustaz Zawawi?
  2. Ustaz Zawawi menjawab, matlamat tidak menghalalkan cara sebab ia bertentangan dengan syariat kita. Walaupun hanya lakonan sebab kedua-dua mereka bukanlah mahram. Banyak lagi cara untuk menunjukkan kasih sayang ibu dan anak. Katanya lagi, di Iran juga membuat cerita mengisahkan kasih sayang ibu dan anak tapi tidak menunjukkan sebarang sentuhan antara pelakon yang bukan mahram. Tapi tetap boleh berjaya merangkul anugerah. (Ulasan Berita Semasa : Benar kata Ustaz. (dalam laporan Berita Semasa yang bertajuk "Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata?" ada kami senaraikan beberapa filem Iran yang sangat berjaya walaupun tanpa adegan bersetuhan bukan muhrim)
  3. Kemudian Fauziah Nawi tetap melenting lagi, dia ada mengatakan bagaimana nak sara keluarga sedangkan punca pendapatannya daripada hasil lakonan untuk tanggung adiknya belajar, buat kebajikan dan lain-lain lagi. Apa agaknya jawapan balasan daripada Ustaz Zawawi?
  4. Ustaz zawawi balas, yang dibincangkan sekarang adalah sumber rezeki itu datang daripada mana bukanlah dibelanjakan ke arah mana. Yang haram tetap haram.

Lihat bagaimana orang yang tinggi ilmu agamanya menjawab setiap persoalan daripada kalangan mereka yang masih perlukan bimbingan.

Sebenarnya, kalau nak sebut pasal permainkan hukum agama boleh dikatakan keseluruhan rancangan semalam itu "merapu" dan "meraban jauh terpesong" dengan pakaian artis Malaysia yang hadir yang dedah & terkoyak sana sini, bab sentuhan tangan, dukung artis __________ ini sesuka hati  dan lain-lain lagi.  Bukan setakat semasa Anugerah Skrin 2012 (ASK) TV3 sahaja, bahkan anugerah-anugerah yang lain sama sahaja.

P/S : Doakan sahaja moga-moga kalangan artis Malaysia diberikan hidayah oleh Allah S.W.T untuk kembali ke pangkal jalan.

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Majlis Cukur Jambul Tengku Cleopatra, Anak <b>Que Haidar</b> & Linda <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 08:30 PM PDT


Ahad lalu telah pun berlangsung majlis cukur jambul untuk Tengku Cleopatra Haidar, anak kedua kepada pasangan suami isteri, Que Haidar dan Linda Jasmine. Majlis telah berlangsung dengan begitu meriah sekali di Restoran Songket, Kuala Lumpur.
Turut diadakan serentak ialah sambutan hari jadi yang ketiga untuk anak sulung mereka, Tengku Ratu Haidar. Sama-samalah kita doakan agar keluarga ini akan sentiasa bahagia, murah rezeki dan dipanjangkan umur. 17 lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambarFacebook Songket Salikin Sidek.

comments

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


<b>Erra Fazira</b> Dedah Rahsia Cantik Bersama Produk Estée Lauder <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2012 09:38 PM PST

Bergelar ibu & isteri, bukan mudah sebenarnya untuk selebriti seperti Erra Fazira untuk mengekalkan kejelitaan beliau, terima kasih kepada Estée Lauder, ianya bukan mustahil.

Bercakap dalam satu temubual eksklusif, Erra Fazira dedahkan yang Double Wear Stay-in-Place Dual Effect SPF10/PA+ adalah barang wajib dalam beg mekap beliau.

"Ia boleh bertukar tukar daripada bedak asas kepada bedak kemasan dengan serta merta. Ia juga kekal segar dan nampak semula jadi bila touch-up!," ujar Erra Fazira.

Menjadikan Audrey Hepburn sebagai ikon kecantikan beliau, Erra Fazira berkata kecantikan bererti memiliki yang bersih dan segar & tidak sekadar luaran, dalaman juga perlu seiring.

Ikuti temubual duta Estée Lauder Malaysia ini bercakap tentang gaya juga solekan kegemaran beliau dan pastinya bagaimana produk Estée Lauder membantu beliau kekal cantik.

Siapa ikon kecantikan anda?
Pastinya Audrey Hepburn. Beliau bukan sahaja cantik pada luaran, malahan dalaman juga. Beliau juga adalah ikon fesyen. Bukan itu sahaja, Audery selesa dengan dirinya sendiri, pada pendapat saya ini kualiti yang positif iaitu menyayangi diri sendiri walau siapa jua kita.

Erti kecantikan bagi anda?
Kecantikan bererti memiliki kulit yang bersih dan segar. Tetapi ia bukan sekadar fizikal, kecantikan bererti cantik di dalam dan di luar.

Apakah gaya anda?
Saya suka berpakaian sederhana tetapi nampak anggun. Namun, ada kalanya ranggi tetapi masih nampak feminin.

Mekap siang hari kegemaran anda?
Bagi saya mekap yang kelihatan seberapa natural. Sedikit blusher (pemerah pipi), eyeliner dan sedikit lipstik sudah memadai. Saya amat menggemari Lipstik Pure Color warna Crystal Baby, warna ini amat padan dengan tona kulit saya dan saya sukakan teksturnya yang ringan, ia sangat sesuai untuk waktu siang.

Mekap waktu malam yang paling anda minati?
Saya fokuskan pada mata. Sama ada bermain dengan warna-warna garang atau untuk menghasilkan warna redup. Palet Lima Warna Pembayang Mata Pure Color warna Film Noir sangat sesuai untuk menampilkan warna-warna asap atau smokey, dari redup hingga garang.

Apakah rahsia anda untuk mengekalkan kulit yang sentiasa licin dan mulus?
Saya pastikan saya minum air secukupnya dan kurangkan makanan bergoreng. Tetapi baru-baru ini saya temui Double Wear Stay-in-Place Makeup. Produk ini sungguh menakjubkan, ia menjadikan kulit wajah saya kelihatan mulus dalam sekelip mata. Ia juga membantu menyempurnakan tona kulit, amat selesa dipakai dan tahan lama walaupun terdedah kepada lampu studio yang panas ditambah pula dengan waktu kerja yang panjang.

Apakah barang apa yang tidak boleh tinggal dalam beg mekap anda?
Pastinya balm bibir! Saya sentiasa sapukannya di bibir walau di mana saja! Saya juga tidak akan lupakan bedak Double Wear Stay-in-Place Dual Effect SPF10/PA+, ia boleh menukar menukar daripada bedak asas kepada bedak kemasan dengan serta merta. Ia juga kekal segar dan nampak semula jadi bila touch-up!

Cubalah kesempurnaan berpanjangan dengan solekan koleksi Double Wear
Tampil sempurna. Terokai rundingan ekslusif iMatch™ Shade Finder dan biarlah pakar kami mencari tona yang bersesuaian denganmu. Pelajari semua teknik tumpuan baru kami untuk olesan bedak asas yang kekal berpanjangan dan dapatkan sampel bedak asas Double Wear – PERCUMA. Kunjungi kaunter Estée Lauder berdekatan untuk menikmati layanan ini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.esteelauder.my/doublewear

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Video: Parodi MC 5 Hari – Versi <b>Nora Danish</b> Dan Adi Putra <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2012 05:23 AM PDT

Ingat lagi kisah budak MC 5 hari yang pernah diletakan di laman Mynewshub tidak lama dahulu?

Selepas itu ada banyak pula parodi mengutuk gaya budak itu.

Rupanya belum berakhir lagi parodi berkenaan.

Paling baru…melibatkan dua artis tanahair iaitu Nora Danish dan Adi Putra.

Kalau kita menonton klip berkenaan, kita boleh agak Nora Danish pernah menonton klip Mc 5 hari itu itu.

Namun, Adi Putra pula sama ada tidak pernah menonton atau mungkin ingin menjaga hati budak dalam klip asal kerana budak itu dari Singapura, seperti dirinya.

Tapi cara Adi Putra melakon parodi tu macam pembantu hospital nak bersara bagi ceramah kesihatan….kah kah kah…lawak gila siot!

Apa pun…sila layan….

Kalau ada yang tak tahu atau tak perasan entri-entri sebelum ni, klik link-link selepas klip video berkenaan untuk membaca.

Oleh: AK-47

Ini klip Nora Danish dan Adi Putra

Ini klip yang asal;

Berita sebelum ini;

VIDEO: Sakit Mata, MC Dapat 5 Hari…Dan Itu Pun Nak Masuk Youtube?

Video-video Mengutuk Budak MC 5 Hari Pasal Sakit Mata

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


Helah MAYA dari <b>AWANBAND</b> - OnlineFM

Posted: 26 Sep 2012 05:56 PM PDT

Jika melayari XFM.com.my pasti lagu Helah Maya akan kedengaran, siapa tidak kenal pemilik lagu tersebut iaitu Awanband. Mereka dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Ully (gitaris utama), Boboi (gitaris kedua), Ijan (drum), Hassan (bass) dan Faris (vokalis). Ditubuhkan pada tahun 2007 dimana mereka cuba membawakan konsep yang tersendiri dan memuatkan album pertama mereka dengan 6 buah lagu yang guba dengan pelbagai mood.
Album ini turut mempersembahkan vokal yang mantap dari Faris serta memberikan kelainan dari segi kreativiti penggubahan lagu. Berkonsepkan muzik progresif dan pop, album ini tentunya mampu menepati citarasa golongan muda. Buktinya, walaupun baru mengeluarkan album pertama mereka, Awanband telah mengumpul hampir 10,000 peminat terutama golongan muda di laman Facebook dan Twitter rasmi mereka.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuklah Lintasan Bintang, Tunggu, Oh My Love, Kartita, Dramatik, dan juga Roda Khayalan selain Helah Maya. Pastinya single pertama mereka iaitu 'Kartita' mampu memikat halwa telinga anda. 

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


Itu Ini Begitu Begini - Mirwana & <b>Altimet</b> | Silampuneon

Posted: 20 Oct 2012 08:00 AM PDT

Sedih sayu pulak dengar lagu ni...suka lagu ni gabungan artis altimet dan mirwarna..sangat menarik. Hayati liriknya :) Syahdunya....Hurmmmmmmm


Lirik Lagu Itu Ini Begitu Begini –Mirwana & Altimet

(INTRO):

Kau membisik, Kau memanggil,
Cuba mengheretku ke ruang fantasi,
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah,
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa..

(CHORUS):

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..

(VERSE 1)

Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat

Terkenang masa lalu yang lebih ringkas.
Pesanan ringkas di alat komunikasi,
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi,
Bila diumpankan secebis umpatan,
Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,

Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah

(Chorus)

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.

(VERSE 2)

Satu masa dulu kita dua sejoli,
di antara hobi, bercerita di kedai kopi
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi,
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis,
Macam baju tukar laju biar mereka menangis,

Tak heran ada yang lain lain,
Kita saing bukan sukan hanya main main,

Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi,
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,

Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri,
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,
Jemput ke rumah aku kalau ada masa,

(BRIDGE):

Helah dan dusta punca sengketa,
Menghancurkan segala,
Bawa sengsara dan airmata..

(Chrous X2)

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta

Lirik Lagu Itu Ini Begitu Begini –Mirwana & Altimet @ 



Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


Kenyataan <b>Hans Isaac</b> Undang Situasi Tidak Terkawal – Neelofa |

Posted: 17 Oct 2012 12:03 AM PDT

Wow. Sungguh Abang Nara tak sangka kenyataan berkawan secara serius oleh Hans Isaac memberikan impak yang begitu hebat sekali kepada Neelofa. Sampai mengundang situasi yang tidak terkawal ke atas diri Neelofa. Kesian pulak Abang Nara kat Neelofa.

lofa

Kata Neelofa kepada Utusan Malaysia hari ini:-

Kenyataan Hans yang mengatakan kami sedang berkawan serius telah mengundang situasi tidak terkawal ke atas diri saya. Sebab itu, maaflah, saya tidak boleh komen apa-apa lagi, tolonglah faham. Saya tidak boleh kata ya atau tidak. Itu saja, saya tak mahu mengusutkan lagi keadaan. Saya rasa soal hubungan kami, lebih baik tanya dia saja. Biar dia jawab, sebab dia di pihak lelaki.

Abang Nara cuba mengagak apakah situasi tidak terkawal yang dikatakan oleh Neelofa ini. Namun minda genius Abang Nara tidak dapat memberikan apa-apa andaian. Apa pun Abang Nara suka dengan istilah "berkawan serius". Semoga istilah ini akan dapat digunakan oleh artis lain untuk menggantikan istilah "teman tapi mesra".

P.S: Basikal diperbuat daripada kadbod. Genius!!!

Baca Yang Ini Pulak:-


Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Lagu-lagu Top Terkini: Antigraviti – <b>Faizal Tahir</b>

Posted: 17 Oct 2012 02:12 AM PDT

Lirik Lagu Antigraviti – Faizal Tahir

Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru


Bebas berlari
Waktu yang takkan menunggu
Walau jauh ku tetap tunggu

Mahu ku sapu
Mahu berseri selalu
Memikirkan diriku yang memikirkan mu selalu

Antigraviti
Aku graviti aku kamu

Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru

Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu
Jangan dibimbang
Waktuku tak mati sini
Dan ku mula episod baruku

Round ku satu
Mahu kau senyum selalu
Memikirkan diriku yang memikirkan mu selalu

Antigraviti
Aku graviti aku kamu

Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru

Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu
Begitu laju
Menunggu saat bersatu
Nantikan aku
Kembali ke pangkuan mu
Dapatkah kamu menerima aku
Mahukah waktu mengubati segala pilu yang lalu

Aku pulang
Aku pulang padamu
Kembali ku
Kembali padamu
Aku pulang
Aku pulang padamu
Kembali ku
Kembali padamu

Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu

Iklan percuma : gambar-gambar best
Iklan percuma : cerita terkini, menarik, sensasi, misteri dan pelik
jangan lupa klik "like'

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


Telefilem Tunggu Sekejap Lakonan Fizo Omar & <b>Eira Syazira</b> | Sikit <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2012 09:13 AM PDT

Slot Baharu Tribute P.Ramlee : Telefilem "Tunggu Sekejap" Temui Penonton TV1 Telefilem arahan Along Kamaluddin bertajuk Tunggu Sekejap yang membariskan pelakon popular Fizo Omar, Hasnul Rahmat, Eira Syazira dan Nasir Bilal Khan menjadi pembuka tirai slot Tribute P.Ramlee yang mula menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM), 4 November, Ahad ini, jam 9.00 malam menerusi saluran [...]

We also give some image about telefilem tunggu sekejap lakonan fizo omar eira syazira hope you like this, we got this images from arround the web using this related keywords telefilem tunggu sekejap lakonan fizo omar eira syazira .

telefilem tunggu sekejap lakonan fizo omar u0026amp eira syazira sikit telefilem tunggu sekejap lakonan fizo omar eira syazira 403x403

telefilem tunggu sekejap lakonan fizo omar u0026amp eira syazira sikit image by sikit.info

telefilem tunggu sekejap lakonan fizo omar u0026amp eira syazira sikit telefilem tunggu sekejap lakonan fizo omar eira syazira 370x430

telefilem tunggu sekejap lakonan fizo omar u0026amp eira syazira sikit image by sikit.info

telefilem tunggu sekejap lakonan fizo omar u0026amp eira syazira sikit telefilem tunggu sekejap lakonan fizo omar eira syazira 578x489

telefilem tunggu sekejap lakonan fizo omar u0026amp eira syazira sikit image by sikit.info

telefilem tunggu sekejap lakonan fizo omar u0026amp eira syazira sikit telefilem tunggu sekejap lakonan fizo omar eira syazira 197x286

telefilem tunggu sekejap lakonan fizo omar u0026amp eira syazira sikit image by sikit.info

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Randy Pangalila Perlukan Ciuman <b>Elfira Loy</b>

Posted: 30 Oct 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 30 OKT 2012: Bermula malam semalam, peminat fanatik kepada pelakon dari seberang, Randy Pangalila pastinya tersenyum riang dek kerana drama Dalam Hati Ada Taman mula disiarkan setiap Isnin, jam 9.30 malam di Astro Ria saluran 104.

Menyentuh mengenai penglibatan Randy dalam drama berkenaan, pelakon yang tidak merahsiakan lagi buah hatinya ini mengakui memerlukan ciuman dari heroin drama tersebut iaitu Elfira Loy.

"Babak cium memang ada. Namun, hanya ciuman di pipi saja. Tiada ciuman di bibir. Baik Elfira mahupun Hanez, tiada satu pun yang mencium saya secara betul-betul. Kesemuanya adalah teknik kamera saja.

"Sebagai pelakon, saya memang merasakan adegan cium itu memang diperlukan. Inikan drama komedi romantik. Namun, babak cium dalam drama ini diadakan adalah satu babak yang suka-suka. Bukannya babak cium yang melahirkan rasa ghairah.

"Jika anda menonton sendiri drama itu, suasana ciuman itu berlainan dan diperlukan untuk menaikkan lagi mesej yang ingin disampaikan," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, ­ pelakon yang mencipta nama di Malaysia menerusi drama Nada Cinta ini menolak dakwaan memaksa Elfira menciumannya.

"Saya tidak pernah memaksa Elfira atau Hanez untuk mencium saya. Itu tidak benar sama sekali. Keputusan cium ini adalah hasil perbincangan semua. Babak itupun sebenarnya untuk menampakkan lebih drama dan realiti. Saya memang tidak pernah memujuk Elfira untuk cium saya. Idea cium ini pun bukannya datang dari saya sendiri. Ianya hasil dari idea pengarah," ujarnya.

Selain berkongsi cerita mengenai pengalaman berlakon dalam drama tersebut, Randy memberitahu pelakon Nicholas Saputra adalah pelakon lelaki yang paling terkenal di Indonesia. Manakala Baim Wong tidak sepopular Nicholas kerana usianya yang sudah meningkat.

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


<b>Sazzy Falak</b> & Razif Hashim Jadi Pengacara Program OMG - Budiey

Posted: 26 Oct 2012 06:17 AM PDT

Pelakon dan selebriti popular, Sazzy Falak dan Razif Hashim bakal mengacarakan sebuah program temubual berjudul OMG.

OMG akan disiarkan di saluran DIVA Universal (Saluran 702) terbitan Astro. Program sejam ini akan mengupas tentang pelbagai tips, pandangan dan juga gossip serta hiburan untuk wanita muda.

Budiey kira, kedua-dua hos ini memang layak kerana dilatari pengalaman menjadi pengacara program terkenal sebelum ini. Razif Hashim berpengalaman luas semasa menjadi hos program Best In The World dan Sazzy Falak pula sudah mengacara berpuluh program termasuklah Beat TV.

Reebonz

Sazzy Falak

Razif Hashim Best In The World

Razif Hashim

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Profile Sazzy Falak
  • Sazzy Falak & Razif Hashim Pengacara Program Bual Bicara OMG
  • Razif Hashim Pengacara Best In The World
  • Senarai Presenters & Persembahan Artis di Shout! Awards 2012
  • Appreciation Concert in Memory of Tan Sri P. Ramlee
  • Pasangan Razif Juara Mari Menari Musim Pertama
  • Diana Danielle Hannah Tan Sazzy Falak MyEG Xtra Time
  • Best In The World
  • Sinopsis Jarum Halus Lakonan Razif Hashim & Juliana Ibrahim
  • Gambar Selebriti di Karpet Merah Konsert Tribute P.Ramlee