Nuffnang

Sabtu, 11 Mei 2013

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


<b>Rita Rudaini</b> Ada Alasan Sendiri Enggan Ikut Arahan Suami |

Posted: 28 Mar 2013 05:33 PM PDT


Apa khabar anda di hari Jumaat yang indah ini? Izinkan Abang Nara berkongsi sebuah lagi cerita mengenai kemelut rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Menerusi portal Murai, Rita menerangkan yang dia ada alasan tersendiri mengapa tidak lagi mahu mengikut arahan suaminya.

rita rudaini

Walaupun ramai yang berpendapat Rita harus mengikut segala arah suaminya yang selagi mereka berdua masih bergelar suami isteri, Rita menjelaskan apa yang dilakukan adalah demi anak-anaknya. Kata Rita:-

Sekarang ini, Rita ada sebab untuk tidak ikut cakap Aidil. Kalau dia sudah tidak bertanggungjawab lagi, buat apa Rita nak tunduk dengan perintah dia. Dalam undang-undang pun ada menyebut, seorang isteri boleh tidak ikut cakap semua kalau suami itu bermasalah. Orang boleh senang-senang tuduh saya macam-macam. Saya sudah ditinggalkan dia selama setahun. Duit juga bukannya boleh jatuh ke riba dengan mudah. Saya buat sekarang demi anak-anak

rita rudainiMalah Rita juga memberitahu yang dia sangat sedih dan terkilan dengan apa yang terjadi sekarang ini. Kata Rita lagi:-

Sebelum ini, Rita tidak pernah mengeluh selepas Aidil meminta Rita untuk tidak berlakon dengan pelakon tersebut. Rita hanya ikut permintaan dia sebab sebagai isteri Rita perlu turutinya. Pun begitu, sekarang ini Rita rasa sangat terkilan. Pada waktu bersama, Rita telah meletakkan perkara yang paling Rita sayang iaitu berlakon di tangga yang ketiga semata-mata kerana perkahwinan. Bagaimanapun, perkara yang Rita korbankan selama ini telah dipersiakan. Rita rasa sedih sangat dan dissapointed

ritaAbang Nara kasihan juga sebenarnya pada si Rita ini. Mesti penat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah. Nak cari duit besarkan anak-anak bukan satu perkara mudah. Semoga Rita tabah dan dimurahkan lagi rezeki demi anak-anak yang tercinta.

P.S: 7 lif yang paling menarik di dunia

Baca Yang Ini Pulak:-


Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


(12 GAMBAR)<b>Zahiril Adzim</b> &amp; Shera Ayob Cuti-Cuti Di Istanbul |

Posted:

Zahiril Adzim dan Shera Ayob adalah antara pasangan suami isteri selebriti yang sangat comel di mata Abang Nara. Kalau dilihat betul-betul, wajah mereka memang.

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


(GAMBAR)<b>Nora Danish</b> & Rayqal Melawat Fasha Sandha & Rayfal |

Posted: 21 Apr 2013 07:20 AM PDT


Inilah saat-saat yang dinanti oleh peminat Nora Danish dan Fasha Sandha. Selama ini, ramai yang masih tidak percaya mereka berdua sudah berbaik. Diharap dengan gambar Nora Danish datang melawat Fasha Sandha, ketidakpercayaan tersebut akan berjaya dihilangkan.

nora danish fasha
Abang Nara hampir mengalirkan air mata keterharuan melihat kemesraan yang terpamer di wajah mereka berdua. Semoga hubungan baik ini akan terus berkekalan. Kepada anda di luar sana yang tak habis-habis membuat spekulasi, hentikanlah. Inilah bukti terbaik buat anda. Gambar ini diupload di Instagram Nora Danish dengan caption "Congrats Jejai & Fasha on the new born Rayfal. Such an adorable baby.".
fasha

3 keping lagi gambar terbaru Putra Rayfal dengan membaca entri ini sepenuhnya.

nora danish fasha
nora danish fasha
nora danish fasha

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

Baca Yang Ini Pulak:-


Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>Pierre Andre</b> Sahkan Bakal Bernikah Jun Ini | ROTIKAYA

Posted: 20 Mar 2013 06:23 AM PDT

Akhirnya terjawab persoalan bilakah Pierre Andre bakal menamatkan zaman bujangnya.

Pierre ketika ditemui di sebuah lokasi penggambaran membongkar bakal berkahwin pada Jun ini bersama pasangannya, Nur Hidayah Hashim, 25.

Pierre ketika ditemui nyata teruja menanti detik untuk disatukan bersama pasangannya malah berjanji akan menjemput rakan media dan selebriti.

"Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan menamatkan zaman bujang saya dengan gadis pilihan, Nur Hidayah Hashim, 25, atau Yaya pada Jun ini. Saya ingin memohon maaf jika tidak menjemput media ketika majlis pertunangan kerana ia merupakan permintaan pihak keluarga kami."

"Namun, pada majlis pernikahan kelak, saya akan menjemput para rakan media dan selebriti untuk bersama-sama saya. Mengenai tarikhnya, saya belum boleh kongsikan kerana ianya masih terlalu awal. Tetapi ia akan dilangsungkan sekitar bulan Jun ini, sebelum memasuki Ramadan."

Walaubagaimanapun, tarikh majlis resepsi belum ditetapkan jelas Pierre. Berkemungkinan majlis resepsi akan diadakan pada hujung tahun.

Pierre menambah, sifat peribadi tunangnya telah berjaya menarik perhatiannya sehingga membuatkan dia nekad menjadikan Nur Hidayah suri hidupnya.

"Ciri-ciri wanita idaman saya memang seorang yang simple dan sederhana. Saya memang mencari yang tidak terlalu sosial dan pandai menjaga peribadinya. Ciri-ciri itu saya lihat ada pada Yaya yang lebih suka
menghabiskan masa di rumah.

"Saya memang dah serik nak cari pasangan daripada kenalan artis dan selebriti. Mungkin pengalaman dahulu mengajar saya dan syukur kerana akhirnya saya dipertemukan dengan tunang saya sekarang," jelas Pierre.

Pelakon Beego dan Linda Hashim juga bakal berkahwin Jun ini. Nampaknya ramai juga artis yang memilih bulan Jun sebagai bulan menamatkan zaman bujang. Didoakan semoga semuanya berjalan
lancar.

Adira af - Google Blog Search

Adira af - Google Blog Search


<b>Adira AF</b> ke Kelas Usrah, Bakal Nak Bertudung?

Posted: 08 May 2013 10:47 PM PDT

Pada: Khamis, 9 Mei 2013 Baru-baru ni Adira dikatakan telah bertudung, namun ramai yang membuat penafsiran yang dia kini sudah berubah. Namun Adira menyatakan yang dia memakai tudung itu adalah ketika itu dia diajak oleh rakan artisnya, Heliza Helmi untuk memasuki kelas agama dibawah program Usrah Fitrah. Namun tidak menafikan ianya hanya seketika dan diluar Adira masih lagi seperti biasa.
"Sewaktu kami mengadakan persembahan di Perlis baru-baru ini, Heliza ada bercerita dan saya tidak sabar untuk datang ke kelas ini.

"Alhamdulillah, kawan-kawan yang sudah mengikuti kelas ini banyak membantu. Lagipun adalah menjadi kewajipan setiap insan untuk mendalami ilmu agama,

"Ya, saya pakai tudung ketika menghadiri kelas agama ini, di luar saya seperti biasa. Insya-Allah, bila sampai masanya saya juga akan bertudung tanpa dipinta oleh sesiapa.

"Sekarang ini saya ingin mendekatkan diri dengan ilmu agama sebagai pelengkap hidup. Di waktu yang sama, saya tetap meneruskan kegiatan dalam bidang seni kerana itu adalah sumber pendapatan saya," Adira. -Utusan

Tag : , , , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Cantiknya <b>Adira AF</b> Bertudung :) | ! Azney Shamsuddin Blog&#39;s !

Posted: 29 Apr 2013 10:32 PM PDT

alhamdulillah cantiknya adira bila bertudung kan :)
tadi jenjalan kat instagram Yatthamzah pastue terjumpa gambar nie..subahanallah memang cantik kalau perempuan bertudung kan :)
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
klik iklan nuffnang nak kawen.

Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too♥

Noorkhiriah - Google Blog Search

Noorkhiriah - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Noorkhiriah</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2013 03:09 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Noorkhiriah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2013 03:16 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Noorkhiriah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Nov 2012 03:10 PM PST


Kasih Salina: Cantik - Kini <b>Noorkhiriah</b> Pulak Yang Pakai Tudung

Posted: 07 Jun 2012 03:52 AM PDT

"Namun, kini saya sudah bertekad mahu bertudung sepenuhnya dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Tidak dinafikan memang ada pihak yang mula memandang sinis terhadap penampilan saya ini, tetapi inilah keputusan saya sekarang," -Noorkhiriah
Alhamdulillah, dah semakin ramai artis wanita yang berubah mahu memakai tudung. Mungkin dah mulai sedar akan kewajipan wanita Islam memakai hijab. Diharapkan biarlah mereka ini betol-betol insaf dan ikhlas nak memakai tudung kerana Allah dan bukannya ikut trend. Kini Noorkhiriah Pulak Yang Pakai Tudung. 
Sebenarnya Noorkhiriah sebelum ini sudah memakai tudung, tapi on-off la, kejap pakai dan lepas tu tak pakai pulak. Mungkin disebabkan sekarang ni dah ramai artis wanita yang bertudung, menguatkan lagi semangat dan nekad Noorkhiriah untuk bertudung. Biasalah, nak berubah ke arah kebaikan memang berat dan payah, pelbagai dugaan dan rintangan yang datang. Semoga Noorkhiriah akan mengekalkan imej bertudung.

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


Ramona Zamzam Doa Untuk Kebahagiaan Bekas Kekasih <b>...</b>

Posted: 08 May 2013 06:00 PM PDT

Keliru sebenarnya tentang status bakal suami Fouziah Gous ini, bukanlah satu isu besar tetapi menjadi persoalan yang sebenarnya perlu di'jawab dek kenyataan sering bercanggah di media.

"Cukup untuk saya katakan sepanjang kami berkenalan dan berkawan, dia bukan milik sesiapa pun. Jauh sekali menjadi kekasih orang. Kiranya, istilah saya merampas itu adalah salah sama sekali"

Itu kenyataan Fouziah Gous terhadap bakal suaminya baru baru ini. Umum mengetahui yang terdapat laporan media yang mengatakan Fouziah Gous merampas lelaki tersebut dari Ramona Zamzam. Kejam ayat.

BACA: Fouziah Gous Sahkan Kahwin Tahun Ini, Nafi Jadi Perampas

Enggan mengulas lanjut perkara ini, Ramona Zamzam yang di'temubual Sinar Harian berkata beliau tidak mahu lagi mengungkit kisah lama & hanya mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu bersama Fouziah Gous.

"Saya tak mahu lagi orang salah faham. Saya sedar, saya buka mulut sekarang ini pun orang akan salahkan saya. Biarlah penjelasan ini menjadi yang terakhir. Saya sudah lupakan semuanya dan sebaik menjejakkan kaki ke Malaysia, saya sudah pun membuka buku baru," jelasnya.

kumpulan Jinbara - Google Blog Search

kumpulan Jinbara - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Apr 2013 01:30 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2013 02:16 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Mar 2013 04:15 PM PST


SANCANG: <b>KHALIFAH</b>

Posted: 31 Aug 2012 02:09 PM PDT

Siapa tak kenal Jinbara,kumpulan rock yang popular dengan lagu Kasihnya Laila. Lagu tersebut dirakam semula oleh penyanyi asalnya Yabang di dalam album kedua kumpulan Khalifah. Apakah motif Khalifah? Adakah sengaja mahu timbulkan kontroversi kerana sebelum ini isu lagu itu pernah hangat apabila Yabang keluar daripada kumpulan Jinbara.Yabang pernah dihalang menyanyi lagu itu. Lagi pula Yabang merupakan penyanyi asal lagu berkenaan jadi tak salah jika menyanyikan lagu yang pernah dipopularkannya. Apatah lagi pencipta lagu Kasihnya Laila juga ahli Khalifah iaitu Harry (pemain gitar utama). Tiada isu siapa tiru siapa kerana penyampaian vokal dan melodi yang berbeza menjadi pemisah Khalifah daripada bayang-bayang Jinbara. Lagipun tak timbul masalah dengan pihak pengurusan apabila kami menyanyikan kembali lagu Kasihnya Laila. Kami muncul untuk perjuangkan muzik rock dengan identiti yang tersendiri. " jelas Yabang mengenai kontroversi terbabit. Masalah
pengurusan yang kurang memuaskan antara penyebab Yabang menarik diri dari Jinbara. Walaupun kini beralih arahkepada Khalifah, namun Yabang menjelaskan hubungan dengan ahli kumpulan terbabit masih seperti biasa. Meskipun Khalifah sebenarnya telah wujud dua tahun lepas dan pernah menerbitkan sebuah album, namun publisiti yang kurang meluas menjadi antara penyebab album berkenaaan kurang mendapat sambutan. Single Cintaku Dewi Kamala menjadi taruhan Khalifah menerusi album berjudul Cintaku Dewi Kamala. Khalifah yang kinibernaung di bawah MVM Production & Universal Music (M). cuba mempelbagaikan irama musik dalam album ini di antaranya musik sape dan Jawa yang dapat dinikmati menerusi lagu Puteri Di Rimba dan Kisah Abang Senja.

Para per sonil

KHALIFAH.. Pecahan dari kumpulan Jinbara... Ape-ape pon, yeah yeargghhh... Gua minat giler dengan suara gemersik vokalis mereka.. Yabang...
Ermmm... menampilkan Yabang selaku vokalis, Harry selaku 1st gitaris, Vai 2ndgitaris, Dino pemain bass dan Tony sebagai drummer...

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Apr 2013 01:27 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Feb 2013 02:29 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Dec 2012 01:58 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Sep 2012 01:39 PM PDT


Showcase <b>Kumpulan JINBARA</b> KOLABORASI MENTAL | Sensasi <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 01:18 AM PDT

JINBARA KOLABORASI MENTAL DAN SHOWCASE JULAI INI

Kumpulan yang tidak asing lagi, Jinbara, kini muncul dengan album terbaru edaran Warner Music Malaysia, yang berjudul "KOLABORASI MENTAL"! Sebagai kumpulan yang memperjuangkan genre rock klasik, mereka pernah mencatat jumlah muat turun 'ringbacktones' tertinggi dengan angka melebihi 1.5 juta!

Melalui album kali ini, Jinbara buat julung kalinya berkolaborasi dengan artis-artis tempatan dengan menyanyikan lagu-lagu malar segar yang masih menjadi pilihan sehingga kini. KOLABORASI MENTAL memuatkan 5 buah lagu yang tentunya dinantikan oleh para peminat kumpulan kegemaran ini! Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah dua buah lagu ciptaan Allahyarham Andi Rahman bertajuk "Biru Mata HitamKu" dan "Hilang". Lagu "Biru Mata HitamKu" adalah hasil kolaborasi Jinbara bersama Papa Rock, Ramli Sarip, manakala lagu "Hilang" dinyanyikan secara solo oleh Cepot.

Album ini turut memuatkan sebuah lagu malar segar yang sangat dikenali, bertajuk "Oh Mama Saya Mahu Kahwin". Lagu ini dinyanyikan oleh Tia, vokalis Jinbara, bersama artis baru yang sangat dikenali dengan lagu "Pulanglah", Awi Rafael.

KOLABORASI MENTAL turut memuatkan sebuah lagu baru bertajuk "Chinta", hasil karya Yankee, seorang komposer yang pernah menghasilkan hit "Kasihnya Laila". Lagu "Chinta" pula adalah hasil kolaborasi Jinbara bersama Cidin, vokalis kumpulan Taxi, sebuah kumpulan yang pernah menjuarai sebuah program realiti radio, Twisties Bingit musim ke3.

Single pertama Jinbara menerusi album ini adalah sebuah lagu bertema cinta, yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad, bertajuk "Milik Siapakah Gadis Ini".

Lagu ini adalah gandingan mantap antara Tia bersama Fiq, di mana kedua-duanya memiliki vokal yang unik dan hebat. Paduan suara yang padu ini bagaikan 'menyuntik' unsur 'rock', lantas memberi kelainan kepada penyampaian lagu ini.

Sejak dirilis Mac lalu, lagu "Milik Siapakah Gadis Ini" mula mendaki carta radio. Setelah lebih 3 bulan kekal di carta radio, lagu ini kini menduduki tangga 5 lagu teratas, sekaligus membuktikan lagu ini digemari oleh peminat muzik tanah air!

MILIK SIAPAKAH GADIS INI
Senilagu : M. Nasir
Senikata : Siso
Hakcipta Senilagu & Senikata : Warner Chappell Music (M) Sdn Bhd

Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakah kan terdaya

Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi

Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih (suci)
Siapakah gadis yang ku idam…

Berikut adalah lagu-lagu yang dimuatkan dalam KOLABORASI MENTAL:

1. Oh! Mama Saya Mahu Kahwin (Jinbara & Awi Rafael)
2. Milik Siapakah Gadis Ini (Jinbara & Fiq)
3. Chinta (Jinbara & Cdin Taxi)
4. Hilang (Jinbara)
5. Biru Mata Hitamku (Jinbara & Ramli Sarip)

Jinbara dan Fiq baru sahaja menjalani sesi penggambaran video muzik "Milik Siapakah Gadis Ini" pada Ahad, 17hb Jun 2012 yang lalu. Sesi pengambaran yang mengambil masa lebih kurang 6 jam ini melibatkan dua lokasi, iaitu bertempat di Dot-Life Studio, Wangsa Walk dan di perkarangan Wangsa Walk. Pengambaran ini bermula dari jam 1 tengah hari dan berakhir pada jam 7 malam.

Pembikinan video muzik ini adalah di bawah arahan Khairul Hazwan, oleh produksi Rotikaya Entertainment. Pakaian yang digunakan sepanjang sesi pengambaran ini pula adalah tajaan Kos Serani Design & Collections.

SHOWCASE JINBARA

Showcase Kumpulan JINBARA KOLABORASI MENTAL

Sebagai sebahagian rangka promosi KOLABORASI MENTAL oleh Jinbara ini juga, sebuah 'showcase' akan diadakan pada tanggal 6hb Julai 2012 ini. Pada majlis ini nanti, para hadirin akan dihiburkan dengan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album KOLABORASI MENTAL, juga beberapa persembahan daripada barisan artis jemputan. Selain itu, khas buat para peminat JINBARA, "Milik Siapakah Gadis Ini" akan ditayangkan secara ekslusif pada 'showcase' ini nanti!!

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Media Shah Alam – PHOTO TERKINI <b>KUMPULAN JINBARA</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 08:35 PM PDT

Jinbara -Kumpulan ini sedang mengadakan latihan untuk persembahan di Kuala Lumpur beberapa hari lagi,Antara yang hadir semasa sesi latihan ,Anjang,Hakim.Atan,Chepot,Manakala Tiar penyayi kumpulan ini tidak dapat hadir kerana ada urusan, Peralatan muzik disediakan oleh pertubuhan bukan Kerajaan "Persatuan Kebajikan Shah Alam" syabas Jinbara dan "Persatuan Kebajikan Shah Alam" Media Shah Alam sempat merakam beberapa foto untuk tatapan para peminat Jinbara,,,,,,,

See more here:
PHOTO TERKINI KUMPULAN JINBARA-LATIHAN MUZIK

Penjenamaan <b>Jinbara</b> › Saluran Selebriti dan Artis Sensasi

Posted: 30 Aug 2012 03:55 PM PDT

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

DIAM bukan bererti menyepi. Diam-diam kumpulan yang popular dengan lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang), Jinbara, mereka sebenarnya ligat mempromosikan jenama 'Jinbara' dengan memberi peluang kepada peniaga muda di Kampung Kemensah, Hulu Klang, untuk berniaga melalui bantuan diberikan.

Menurut mereka, inisiatif ini dilakukan sebagai usaha membantu mengangkat nama Kampung Kemensah yang mula terkenal sejak kumpulan terbabit membuka pusat rekreasi iaitu Rimba Jinbara tujuh tahun lalu.

Masing-masing ligat mencari idea bagi mempertahankan Jinbara dengan membuktikan walaupun tanpa kehadiran album baru, mereka masih bergerak aktif.

Bagi pengasas projek, Mohd Jeffry Johari, 38, atau Cepot, peluang itu dilakukan bukan saja untuk mempromosikan kumpulan Jinbara, malah ia sebagai bantuan yang diberikan kepada mereka memerlukan selain anak kampung dan juga ibu tunggal.


Katanya, selain bantuan pekerjaan kepada beberapa ibu tunggal yang terpilih sepanjang bulan puasa lalu berniaga di bazar Ramadan, mereka juga sedang berjinak-jinak mengembangkan produk daripada makanan kini menjual aksesori wanita dan bakal menghasilkan pakaian tidak lama lagi.


"Untuk projek ini saya bekerjasama dengan Mohd Nizam Mohd, 36, atau Aqin dan kami baru saja membuka gerai jualan di Uptown Rampai Business Park, Kuala Lumpur. Sebagai permulaan kami menjual aksesori keperluan wanita dan insya-Allah jika berjaya kami akan mengeluarkan pelbagai produk atas nama Jinbara.

"Pastinya semua ini memerlukan modal yang besar dan perniagaan pula dijalankan oleh anak kampung yang terpilih justeru kami berharap segala-galanya berjalan lancar. Mungkin ada beranggapan kami sangat berani memberikan orang lain menguruskan perniagaan, bagi saya sebagai peniaga pastinya ada untung rugi dan segala yang kami berikan atas rasa kepercayaan jika ditakdirkan ditipu oleh mereka yang dibantu, saya anggap itu salah satu risiko yang perlu ditanggung," katanya.

Bukan saja Cepot dan Aqin, Abd Halim Hassan, 43, atau Anjang juga turut ligat melakukan perkara yang sama di mana baru-baru ini dia memberi dana kepada tujuh ibu tunggal di Shah Alam berniaga Nasi Ayam dan Ayam Penyet Jinbara di bazar Ramadan sekitar Shah Alam.

Katanya, minat membantu mereka timbul sejak dia menyertai Sukarelawan Kota Anggerik, Shah Alam di mana banyak masalah kewangan dihadapi beberapa ibu tunggal dan kurang mendapat perhatian pihak tertentu menarik perhatiannya.

"Setiap kami punyai cara masing-masing untuk mempromosikan jenama Jinbara, walaupun tidak tampil dengan lagu baru kami dengan cara yang kami lakukan diharap dapat terus mengekalkan ingatan peminat kepada kami. Walaupun masing-masing punya cara sendiri, matlamat kami tetap sama iaitu membantu mereka yang memerlukan di samping mengukuhkan nama Jinbara. Saya berharap projek membantu ibu tunggal pada Ramadan tahun depan akan lebih terbuka luas dan mencerahkan lagi peluang kami untuk bekerja keras dan sentiasa diingati peminat," katanya.

Selain Cepot, Aqin dan Anjang, Jinbara yang turut dianggotai oleh Shamsul Bakhtiar Zakaria, 42, (Tiar) dan Ahtan Shahrin Sabudin, 34, (Ahtan) sedang sibuk mempromosikan kompilasi lagu duet mereka bersama Fiq Mentor, Milik Siapakah Gadis Ini lagu asal nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Bagi Tiar dan Ahtan walaupun tidak terbabit secara langsung dalam projek penjenamaan kumpulan Jinbara mereka tetap memantau dan menyokong apa saja aktiviti yang dilakukan.

"Saya menyokong setiap pembabitan dilakukan mereka asalkan ia membawa kebaikan kepada kami semua. Sepanjang Ramadan lalu saya tidak terbabit dengan mana-mana kerja dan hanya menghabiskan masa menguruskan anak-anak yang sedang membesar dan insya-Allah selepas ini kami semua akan sibuk dengan promosi album Kolaborasi Mental yang akan berada di pasaran sedikit masa lagi," kata Tiar.

Pada Ahtan, semangat menaikkan nama Jinbara adalah peluang baik untuk mereka sama-sama mempertahankan kumpulan ini supaya tidak berkubur. Kewujudan Rimba Jinbara secara tidak langsung menjadikan mereka duta, sekali gus menarik perhatian peminat untuk berkunjung ke pusat riadah berkenaan.

"Sebagai salah seorang ahli kumpulan ini, pastinya saya menyokong penuh apa juga yang dilakukan oleh teman lain asalkan ia membawa kebaikan kepada semua. Mungkin saya tidak mampu menolong daripada segi modal dengan sokongan moral yang diberikan diharap Jinbara akan terus bertahan dan bertakhta di hati peminat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Incinerating Assange - The Liberal Media Go To Work.

Continued here:
Penjenamaan Jinbara

Related Posts with Thumbnails

Media Shah Alam – PHOTO TERKINI <b>KUMPULAN JINBARA</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 08:35 PM PDT

Jinbara -Kumpulan ini sedang mengadakan latihan untuk persembahan di Kuala Lumpur beberapa hari lagi,Antara yang hadir semasa sesi latihan ,Anjang,Hakim.Atan,Chepot,Manakala Tiar penyayi kumpulan ini tidak dapat hadir kerana ada urusan, Peralatan muzik disediakan oleh pertubuhan bukan Kerajaan "Persatuan Kebajikan Shah Alam" syabas Jinbara dan "Persatuan Kebajikan Shah Alam" Media Shah Alam sempat merakam beberapa foto untuk tatapan para peminat Jinbara,,,,,,,

See more here:
PHOTO TERKINI KUMPULAN JINBARA-LATIHAN MUZIK

Use this unique QR (Quick Response) code with your smart device. The code will save the url of this webpage to the device for mobile sharing and storage.

suki oiam - Google Blog Search

suki oiam - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>suki oiam</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2013 01:24 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>suki oiam</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2013 01:02 PM PDT


GAMBAR PERKAHWINAN <b>SUKI OIAM</b> 12 DISEMBER 2012 | Info <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 01:13 PM PST

Perkahwinan Suki OIAM dan Jeremy Chong 12 Disember 2012

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Terlalu Mencintaimu,' Suki Low atau lebih mesra disapa sebagai Suki OIAM telah melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan, Jeremy Chong pada 12 Disember lalu di sebuah majlis tertutup di Pulau Pinang

suki oiam kahwin 4 perkahwinan suki oiam dan jeremy chong 12 disember 2012

Majlis perkahwinan ini turut diadakan di atas kapal Star Cruise Libra dan difahamkan hampir keseluruhan majlis perkahwinan tersebut ditaja termasuklah pakaian pengantin, set barang kemas dan lokasi majlis

Majlis resepsi yang berlangsung di 32 Mansion di Upper Penang Road

suki oiam kahwin 1 perkahwinan suki oiam dan jeremy chong 12 disember 2012

suki oiam kahwin perkahwinan suki oiam dan jeremy chong 12 disember 2012

suki oiam kahwin 2 perkahwinan suki oiam dan jeremy chong 12 disember 2012

suki oiam kahwin 3 perkahwinan suki oiam dan jeremy chong 12 disember 2012

30 Foto Perkahwinan <b>Suki OIAM</b> & Jeremy Chong | OHBULAN!

Posted: 16 Dec 2012 08:45 PM PST

Semua peminat sedia maklum penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Terlalu Mencintaimu,' Suki Low atau lebih mesra disapa sebagai Suki OIAM telah melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan, Jeremy Chong pada 12 Disember lalu di sebuah majlis tertutup di Pulau Pinang.

Majlis perkahwinan ini turut diadakan di atas kapal Star Cruise Libra dan difahamkan hampir keseluruhan majlis perkahwinan tersebut ditaja termasuklah pakaian pengantin, set barang kemas dan lokasi majlis.

Majlis resepsi yang berlangsung di 32 Mansion di Upper Penang Road ini telah dihadiri oleh ahli keluarga serta sahabat terdekat pasangan tersebut. Selepas upacara memotong kek, 120 buah belon telah dilepaskan ke udara sebagai lambang simbolik yang meraikan percintaan kedua mempelai.

Beberapa minit lalu, Suki telah memuat naik beberapa foto majlis perkahwinannya yang telah mendapat sentuhan kreatif daripada Sunnysan Photography.

Jom layan foto Suki & Jeremy Chong selepas ini.

Sumber : Facebook Suki Low

Tags: , , , , ,

Selepas Berkahwin, <b>Suki OIAM</b> Tak Mahu Anak | OHBULAN!

Posted: 04 Dec 2012 08:05 PM PST

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Terlalu Mencintaimu, ' Suki One In A Million (OIAM) dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 12 Disember ini.

Sebuah majlis tertutup di sebelah pengantin lelaki bakal diadakan di Pulau Pinang dan konsep yang bakal dipilih adalah perkahwinan dalam taman serta diatas sebuah kapal Star Cruise.

Menurut Suki, pasangannya Jeremy mempunyai ciri-ciri lelaki idaman dan mereka saling memahami antara satu sama lain.

"Dia (Jeremy) selalu bersama saya termasuk berulang-alik dari Malaysia ke Taiwan dan Hong Kong sebelum ini. Saya rasa selamat apabila bersamanya. Dia juga tidak pernah mengongkong saya."

"Kami tidak berselindung antara satu sama lain. Dia seorang pendengar yang setia, malah memahami kerjaya saya sebagai seorang penyanyi. Dia sentiasa mahukan yang terbaik buat saya dan kami saling mempercayai," komen Suki mengenai teman lelaki.

Dalam pada itu, Suki akui masih belum bersedia untuk bergelar seorang ibu dan penyanyi ini memerlukan masa untuk menstabilkan kewangan serta kehidupan berkeluarga yang bakal dibina tidak lamam lagi.

"Soal anak, kami belum terfikir lagi. Tunggulah dua atau tiga tahun sebab buat masa sekarang kami mahu stabilkan kewangan dan kehidupan berkeluarga terlebih dulu."

Sumber : Kosmo Online!

Tags: , , ,

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


Luahan hati <b>Syamsul Yusof</b> buat Ammar Alfian Aziz - Media Malaya

Posted: 02 May 2013 05:30 PM PDT


Tiga hari lepas, Ammar (bekas teman lelaki kepada Puteri Sarah Liyana) telah membuat kenyataan di media bahawa bekas kekasihnya itu mempunyai hubungan dengan pengarah popular, Syamsul Yusof sejak Oktober 2012. Sehari selepas itu, berlaku perang di twitter antara Ammar dan Syamsul di mana masing-masing menyindir antara satu sama lain. Berkenaan dengan perang twitter itu, Syamsul telah meluahkan isi hatinya di fanpage Facebook semalam berkenaan isu ini. Luahan penuh Syamsul selepas ini.

Assalamualaikum buat semua pembaca,moga kalian sihat dan dirahmati Allah.

Sewaktu aku sedang asyik menyiapkan kerja2 ku tiba2 aku mendapat panggilan dr seorang sahabat yg memberitahu ada seorang hamba Allah telah mengaitkan namaku juga keluarga ku dlm masalah dirinya.Lalu aku terpaksa mencuri sedikit masa utk mengetahui apakah yg sedang hangat diperkatakan itu.

Selepas segalanya aku baca dan renungi…Apa yg ku boleh katakan aku agak terkejut dan hairan.Mengapa dia melibatkan aku dlm masalah peribadinya?Dengan begitu bangga menghina aku,keluargaku juga beberapa pihak yg lain di laman twittermu?MasyaAllah kawanku,jgnlah kamu terlalu megikut rasa nafsu dihati sehingga mengaku sendiri keburukan diri dan sedarkah kamu,kamu bukan saja telah menghina org lain dengan kata2 kotormu itu malah kamu sndiri tanpa sedar telah memalukan keluargamu,juga terus-terusan menunjukkan keburukan dirimu pd umum.Sedarkah kamu kwnku?

Dlm hidup yg singkat ini aku berpegang pada Agama dan prinsip.Aku memilih utk tidak memanjangkan hal ini dgn perbalahan tanpa kesabaran kerana kesabaran itu adalah senjata setiap muslim.Tiada kematangan/kebaikan dlm isu ini.

Jadi aku maafkan kamu atas segala tuduhan dan hinaan mu padaku juga keluargaku.Aku maafkan kamu kwn.Aku sedih melihat kita berbalah,memfitnah dalam dunia maya.Kita hidup tidak lama..Mengapa perlu ditambah 'bekalan yang tidak sepatutnya' untuk dibawa ke 'sana'..

"Apabila ada dua orang yang saling mencaci-maki, maka cacian yang diucapkan oleh keduanya itu, dosanya akan ditanggung oleh orang yang memulai cacian selama orang yang dizhalimi itu tidak melampaui batas." #sabda Rasulullah.

Akhir kata,Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca kenyataan/luahan ku ini.

Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof