Ibu Dedah Hubungan Zizan Dan Emma Maembong? Pilih Juliana Evans? | Nampaknya pihak media masih tertanya-tanya siapakah gerangannya kekasih Zizan yang masih menjadi misteri. Sehinggakan maklumat itu mereka cuba korek dari ibu Zizan sendiri, Anai Ibrahim, 56. Namun dalam satu portal berita, ibu Zizan memaklumkan dia tidak pernah campur tangan dalam soal membabitkan teman hidup anak bujangnya itu.
Namun begitu, ibu Zizan mendedahkan mendedahkan anaknya itu pernah membawa pulang beberapa wanita ke rumah, untuk diperkenalkan kepadanya, termasuklah dua pelakon wanita berwajah Pan Asia, Juliana Evans dan Emma Maembong. Jelasnya lagi, Emma sudah dikenalinya sejak dua tahun lalu apabila finalis kategori Artis Baru Wanita Popular itu itu berkunjung ke rumahnya ketika Hari Raya.
"Saya tak tahu sejauh mana seriusnya hubungan Zizan dan Emma, yang saya tahu hubungan mereka terjalin sejak 2 tahun lalu lagi. Seingat saya ketika itu, Emma ada datang ke rumah terbuka kami dan saya hanya anggap dia datang sebagai kawan Zizan.
"Saya tidak kisah siapa pun wanita yang menjadi pilihan Zizan, sama ada artis ataupun orang biasa. Malah, dari mana asal gadis berkenaan pun bukannya hal utama. Semuanya terpulang kepada Zizan untuk menentukan. Paling penting, bakal isterinya harus memahami kerjaya Zizan yang sentiasa sibuk, dan wanita terbabit juga tidak boleh mudah rasa cemburu. Setiap kali mengenali seseorang wanita, memang menjadi kebiasaan Zizan membawa temannya untuk bertemu saya. Namun saya faham perangai anak saya, selalunya hubungannya tidak lama.
"Saya tidak pernah campur tangan dalam setiap perhubungannya, cuma Zizan seolah-olah boleh membaca perasaan saya. Jika ada wanita yang saya rasakan tidak serasi di jiwa, Zizan seperti boleh hidu dan biasanya hubungan itu tidak bertahan. Buat masa ini pula dia belum memberitahu saya, siapa teman wanitanya. Cuma sepanjang memperkenalkan beberapa wanita kepada saya, saya berkenan dengan Juliana. Tetapi saya tahu, kasih sayang yang wujud antara mereka tidak lebih sekadar teman rapat," katanya.
p/s: Harap Emma Maembong tak kecil hati….
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();