Nuffnang

Ahad, 12 Januari 2014

Nur Fazura - Google Blog Search

Nur Fazura - Google Blog Search


myartis.com : INFO - AKAUN TWITTER <b>NUR FAZURA</b> KINI <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2014 02:06 PM PST

Laman Twitter Nur Fazura kini telah disahkan sebagai milik pelakon itu yang asli apabila mendapat mengesahan 'Verified Status' yang bertanda biru daripada Twitter. Dengan pengesahan tersebut, tidak timbul lagi isu berbangkit mengenai 'Twitter palsu' yang kemungkinan memuat naik gambar dan cerita tidak benar mengenai pelakon itu.

Artikel terdahulu:

"Alhamdulillah "Verified Status", The Blue tick. gr8!" ujar Fazura yang namanya kini sebaris disahkan bersama selebriti antarabangsa lain seperti Kimora Lee Simmons dan ramai lagi.

Untuk makluman, pada 11 Jun 2009, Twitter telah melancarkan versi beta bagi khidmat 'Verified Accounts' (Akaun Sahih), bagi membolehkan tokoh-tokoh terkenal memperjelaskan akaun Twitter milik mereka yang sah. Laman-laman akaun sahih ini akan memaparkan lencana yang menandakan status istimewa tersebut.

Ini kerana, tanpa pengesahan sahih... artis, selebriti, tokoh politik dan lain-lain selalu mendakwa mereka dianiaya oleh pihak yang membuka akaun laman sosial yang palsu. Kes terbaru yang melibatkan artis Malaysia ialah Shila Amzah apabila akaun palsu yang mempunyai lebih 200, 000 like mendakwa dia sudah berkahwin.

Masih di USA - klik gambar untuk imej besar...

Tanda biru dikira sebagai akaun sah

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Pertunangan <b>Elly Mazlein</b> & Azmi Hatta Telah Berakhir | Sensasi <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2013 12:14 AM PDT

ellybertunang
Selama ini, Elly Mazlein seringkali enggan memberikan sebarang komen mengenai status pertunangannya dengan Azmi Hatta yang telah pun mencecah 2 tahun. Semalam menerusi Pancaindera di dalam ruangan Miss J, dikhabarkan bahawa pertunangan mereka berdua sudah pun berakhir dan impian membina mahligai perkahwinan sudah berkecai.

Menurut apa yang ditulis oleh Miss J, Elly dan Hatta terpaksa korbankan perasaan hati sendiri demi menjaga hati banyak pihak. Lebih baik jangan bersatu kerana perkahwinan yang dibina bakal membuatkan satu lagi pihak terasa hati. Malah menurut Miss J, Elly merupakan seorang wanita yang kuat cemburu dan tidak boleh melihat tunangnya dihimpit oleh wanita lain.

Tidak diketahui benar atau palsu berita ini. Pasti Elly sedang sedih dan kecewa. Iyerlah, wanita mana yang tidak mahu bergelar isteri. Insya Allah suatu hari nanti Elly akan bertemu juga dengan lelaki yang paling sesuai dengannya. Sama-samalah kita doakan.

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zahiril Adzim</b> - Google Blog Search

Posted:

Anak Zahiril Adzim dan Shera Ayob. 13 Gambar Comel Anak Zahiril Adzim dan Shera Ayob | Jom kita lihat gambar-gambar comel anak Zahiril Adzim dan Shera Ayob yang diupload oleh mereka berdua di dalam instagram.

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Gandingan dua primadona, <b>Erra Fazira</b> dan Umie Aida <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2013 06:09 PM PST

Bermula 10 Disember ini, drama terbaru terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd bakal mengisi slot Ratu pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam.  Dan buat pertama kalinya menerusi drama Ammara Batrisyia, primadona filem melayu Erra Fazira bakal membuat kemunculan eksklusif di TV9 bergandingan bersama sahabat baiknya, Datin Paduka Umie Aida yang baru-baru ini telah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik drama di Anugerah Skrin.  Selain itu Ammara Batrisyia turut dibantu oleh Adi Putra, Ungku Ismail, Betty Rahmad, Ku Hariz dan Tunku Hanis.

Selain bersandarkan nama-nama besar ini, Ammara Batrisyia juga mendapat sentuhan pengarah muda berbakat besar Azma Aizal Yusof yang telah banyak menghasilkan drama-drama berkualiti dan menghiburkan.  Skrip drama 14 episod ini merupakan olahan Erma Fatima yang turut menggondol anugerah pengarah terbaik Anugerah Skrin 2013.

AB1Ammara Batrisyia menceritakan mengenai kehidupan dua sisi berbeza dua wanita, Ammara dan Batrisyia.   Ammara (Umie Aida) seorang gadis penuh misteri yang sedari kecil hidupnya dibaluti duka. Dia kehilangan kedua ibu-bapanya sejak kecil dan dibesarkan oleh mak ciknya di Australia.  Ammara selain sukar ditafsir perlakuannya, dia juga dilihat terlalu obses dengan Batrisyia (Erra Fazira), seorang selebriti popular yang menempa nama menerusi bidang pengacaraan.

Batrisyia mempunyai personaliti menarik selain daripada menyimpan impian untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi membela nasib wanita-wanita yang tidak bernasib baik. Kerana terlalu obses dengan Batrisyia, Ammara cuba untuk mendekatkan dirinya kepada Batrisyia dalam apa cara sekalipun. Satu insiden akhirnya telah menemukan mereka dan membuatkan mereka menjalinkan persahabatan tanpa Batrisyia sedar, Ammara seakan-akan cuba mengawal kehidupan dan menjadi seperti Batrisyia.

Drama Ammara Batrisya TV9 Lakonan <b>Erra Fazira</b> Umie Aida Dan <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2013 11:49 AM PST

Drama Ammara Batrisya TV9 bermula 10 Disember lalu lakonan nama besar seperti Erra Fazira, Datin Paduka Umie Aida dan Adi Putra. Dah tengok citer ni memang best. Umie Aida bawa watak wanita psiko yang obses dengan Erra Fazira siap pasang cctv kat umah Erra untuk stalk aktiviti harian Erra Fazira tu..huhu.
Ammara Batrisya menceritakan mengenai kehidupan dua sisi berbeza dua wanita Ammara dan Batrisya. Ammara (Umie Aida) seorang gadis penuh misteri yang sejak kecil hidupnya dibaluti luka. Dia kehilangan kedua ibu bapanya sejak kecil dan dibesarkan oleh makciknya di Australia. Ammara selain sukar ditafsir perlakuannya, dia juga dilihat terlalu obses dengan Batrisya (Erra Fazira) seorang selebriti popular yang menempa nama menerusi bidang pengacaraan.

Ammara cuba mendekati Batrisya dengan apa cara sekali pun. Satu insiden menemukan mereka dan persahabatan mula terjaalin. Dalam diam Ammara cuba mengawal kehidupan Batrisya termasuk hubungan cinta Batrisya dan Rayyan (Adi Putra). Macam best macam menarik je kan cerita ni beb. Setiap Selasa dan Rabu 8.30 malam TV9.

--  Video Ikan Naik Ke Darat Di Tambisan Lahad Datu
--  Mati Bunuh Diri Terjun Tingkat 9 Berjaya Times Square (Gambar)
--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Fesyen AIM 20; <b>Erra Fazira</b> Paling Jelita | Nakhoda Nurani

Posted: 14 Dec 2013 05:00 PM PST

Fesyen AIM 20; Erra Fazira Paling Jelita

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


<b>Fasha Sandha</b> Balas Dendam Kerana Ibu Dihina? | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 04:00 PM PST

Fasha Sandha Balas Dendam Kerana Ibu Dihina?

Sepanjang para peminat mengenali Fasha Sandha secara langsung dan tidak langsung, rasanya belum pernah dramatis ini mengambil kisah tentang cercaan dan kritikan yang diberikan. Jika ada pun, mungkin jarang sekali.

Namun beberapa hari lepas, kesabaran Fasha seolah-olah dicabar apabila seorang individu tidak bertanggungjawab dipercayai telah menghina ibu Fasha di laman sosial.

Menerusi komen tersebut, individu berkenaan dilihat membandingkan keperibadian ibu Fasha dengan ibu Nora Danish sambil melibatkan ibu mertua pelakon itu sendiri.

Fasha Sandha Balas Dendam Kerana Ibu Dihina?

Apa yang difahamkan, individu terbabit mula menyampaikan kata-kata negatif berkenaan Fasha dan keluarganya sejak 7 bulan lalu sehinggalah ibu kepada Putra Rayfal Ramli itu bertindak membela ibunya sendiri.

Mungkin kerana terlampau berang, Fasha kemudiannya mendedahkan nama pemilik akaun laman sosial tersebut berserta gambarnya bersama suami dan anak-anak.

Fasha Sandha Balas Dendam Kerana Ibu Dihina?

Akibatnya, wanita pertengahan umur terbabit dipercayai telah memadamkan akaun Instagram miliknya secara serta-merta.

Walaupun ramai yang menyokong tindakan selebriti ini, namun ada juga yang mempertikaikan perbuatannya kerana menganggap Fasha sengaja membalas dendam dengan memalukan wanita berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, Fasha kembali menjelaskan niatnya berbuat demikian hanya untuk memberi pengajaran sambil mendoakan kesejahteraan wanita berkenaan.

Fasha Sandha Balas Dendam Kerana Ibu Dihina?

Dalam pada itu, suami kepada Fasha iaitu Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai turut mempertahankan isterinya kerana menganggap gangguan tersebut sudah melampaui batas hingga dikhuatiri mampu mengganggu keharmonian keluarganya.

(8 GAMBAR)<b>Fasha Sandha</b> & Jejai Sambut Hari Jadi Rayqal |

Posted: 08 Jan 2014 07:33 PM PST


Mesra sungguh ikatan yang terjalin di antara Putra Rayqal dan Fasha Sandha. Abang Nara sejak dulu lahir melahirkan rasa hormat kepada keluarga ini. Pastinya Jejai orang yang paling gembira melihat keakraban ini. Semoga ia berkekalan sehingga akhir hayat. Rasa nak menangis Abang Nara tengok.

fasha sambut hari jadi rayqal

Secara jujur, Rayqal beruntung kerana mendapat kasih sayang daripada 2 orang ibu. Tentu Rayqal seronok hari jadinya disambut 2 kali. Kedua-duanya nampak meriah. Kek pun nampak sedap. Semoga kasih sayang ini kekal abadi buat selamanya.

fasha sambut hari jadi rayqal

Lagi beberapa gambar sambutan hari jadi Rayqal oleh Fasha Sandha dan Jejai dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


fasha sambut hari jadi rayqal
fasha sambut hari jadi rayqal
fasha sambut hari jadi rayqal
fasha sambut hari jadi rayqal
fasha sambut hari jadi rayqal
fasha sambut hari jadi rayqal

Baca Yang Ini Pulak:-

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Foto <b>Elfira Loy</b> Bercuti Ke Korea Pula | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 06 Jan 2014 09:38 PM PST

Foto Elfira Loy Bercuti Ke Korea Pula

Tidak cukup bercuti di dalam negara, aktres cilik Elfira Loy kini dikatakan sedang melancong ke luar negara iaitu negara kegemaran ramai, Korea.

Aktres ini dikatakan cukup bekerja keras kerana hari-hari ada sahaja gambar terbarunya di tempat-tempat yang berbeza yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Bertuah, bukan?

Foto Elfira Loy Bercuti Ke Korea PulaElfira bergambar di kafe Hello Kitty.

Namun, ada berita yang tidak sedap didengar. Ketika dalam perjalanan ke Korea, salah satu bagasi yang membawa keperluan penting seperti makanan dan telekung milik Elfira dikatakan telah hilang. Ekoran kes tersebut, Elfira terpaksa menunaikan solat dengan menggunakan pakaian yang sedia ada.

Foto Elfira Loy Bercuti Ke Korea PulaGambar ketika adik Elfira, Esliza Loy menunaikan solat tanpa pakaian yang sempurna.

Bagaimanapun, bagasi tersebut dipercayai telah dijumpai beberapa hari selepas kejadian oleh syarikat penerbangan yang dinaikinya iaitu Air Asia.

Tak puas melihat gambar-gambar Elfira Loy melancong ke Korea? Lihat galeri yang disediakan, anda pasti teruja.

Sumber: Instagram Elfira Loy.

Foto : <b>Elfira Loy</b> Tampil Dengan Imej Terbaru | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2013 12:58 AM PDT

Foto : Elfira Loy Tampil Dengan Imej Terbaru

Sebelum ini peminat sering melihat pelakon genit, Elfira Loy tampil dengan imej berambut panjang bukan?

Namun begitu, baru-baru ini, Elfira telah mengubah imej baru buat dirinya, di mana, pada kali ini pelakon wanita tersebut dilihat lebih selesa untuk tampil dengan imej berambut pendek.

Melalui perkongsi foto-foto di laman sosial pelakon drama Demi Dia itu, penampilan terbaru Elfira ini membuatkan aktres tersebut kelihatan lebih muda dan comel. Bersesuian dengan umurnya yang baru berusia 19 tahun.

Foto : Elfira Loy Tampil Dengan Imej Terbaru

Elfira tampil dengan imej rambut pendek

Meneliti setiap caption yang dikongsikan, pada awalnya Elfira akui merasa sangat gementar untuk mengubah gaya rambut, akan tetapi, setelah mendapat sokongan daripada rakan-rakan terdekat, aktres tersebut bersetuju untuk mengubah rambutnya kepada potongan yang lebih ringkas dan menarik.

Untuk rambut terbarunya itu, Elfira telah mendapatkan khidmat nasihat daripada pendandan rambut kegemarannya sendiri.

Bagi peminat yang masih belum melihat penampilan terbaru Elfira, jom lihat beberapa foto comel pelakon tersebut selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Elfira loy

Gambar &#39;Lurah&#39; Di Instagram <b>Elfira Loy</b> Jadi Isu | MyArtis <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2013 01:48 AM PST

Tak keterlaluan kalau dikatakan, Elfira Loy antara pelakon remaja yang boleh dipuji kerana pandai membawa diri.

Meskipun tidak mempertaruhkan cerita sensasi atau pakaian seksi, dia naik bersama bakat lakonannya.

Bagaimanapun ketika memuatnaik sekeping gambar di laman Instagram, berlaku sedikit isu tentang pakaian tetapi tidak melibatkan Elfira sebaliknya pengacara bersama sebuah rancangan TV yang berdiri di sebelahnya.

Dalam hal ini kami puji sikap Elfira yang terus menurunkan gambar tersebut dari laman Instagram.

Walaupun bukan dia yang kena kutuk, nampaknya Elfira bijak kerana tak mahu ada sebarang isu yang boleh terpalit padanya. – REM RAMZI

Fullscreen capture 12242013 54350 PM

Sumber: pilihan-anda.blogspot.com 

Anda mungkin juga meminati:

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


<b>Tiz Zaqyah</b> & Diana Danielle Bantu Pelarian Somalia | Portal <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2013 11:09 PM PST

Tiz Zaqyah & Diana Danielle Bantu Pelarian Somalia

Sejak beberapa hari lepas, dua pelakon terkenal iaitu Tiz Zaqyah dan Diana Danielle dilihat aktif berkongsi foto-foto dengan gadis Somalia di Instagram mereka.

Perkongsian mereka telah membuatkan peminat tertanya-tanya hingga ada yang berpendapat Tiz dan Diana ke luar negara untuk menjalani penggambaran.

Namun untuk pengetahuan anda, Tiz dan Diana sebenarnya terlibat dalam sebuah projek dikenali sebagai Be Beautiful Workshop bertempat di Fugee School.

Tiz Zaqyah & Diana Danielle Bantu Pelarian Somalia

Selain daripada mereka, Deborah Henry juga tidak ketinggalan untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman peribadi mereka dalam menaikkan semangat pelajar pelarian perempuan.

Bengkel yang dihadiri oleh pelarian Somalia berusia antara 14-17 tahun dimulakan dengan pembentangan tentang kulit dan kebersihan oleh Deborah Henry dan Tiz.

Manakala Diana pula mengacarakan segmen kedua dengan mengajar tentang teknik solekan yang betul dan jenis-jenis solekan yang sesuai untuk kulit seseorang.

Beberapa organisasi ternama dan persatuan pergerakan belia seperti Lazada Malaysia, Luxuria Cosmetics dan KL Calling turut sama berganding bahu dalam menjayakan projek ini.

Untuk makluman, Fugee School yang ditubuhkan oleh Deborah Henry dan Shikeen Halibullah ini menempatkan lebih daripada 100 orang pelarian Somalia bagi memberi mereka peluang untuk menimba ilmu dalam suasana selamat dan bebas dari diskriminasi.

Menarik sungguh apa yang dilakukan oleh selebriti-selebriti ini, kan? Apapun, di sini OHBULAN! sertakan foto yang dikirim oleh KL Calling untuk tatapan anda.

<b>Tiz Zaqyah</b> Tidak Kisah Dilabel Gemuk? | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 02 Dec 2013 04:00 PM PST

Tiz Zaqyah Tidak Kisah Dilabel Gemuk?

Sejak kebelakangan ini pelakon yang kerap kali membawakan watak wanita bertudung, Tiz Zaqyah dilihat telah mengalami pertambahan berat badan.

Malah pada majlis Anugerah Skrin 2013 yang berlangsung baru-baru ini, Tiz telah menerima pelbagai respon daripada peminat yang melabelnya gemuk.

Bagaimanapun, Tiz yang ditemui sewaktu majlis pelancaran kempen May Cares For You 2 pada Jumaat lalu mengakui berat badannya bertambah namun dia tidak kisah dengan perubahan itu.

Tiz Zaqyah Tidak Kisah Dilabel Gemuk?

Biarpun pernah diminta untuk mengurangkan berat badan oleh produser dan ibunya, Tiz masih belum mengambil sebarang inisiatif untuk berbuat demikian.

Kalau nak diikutkan memang tertekan bila ramai yang menegur saya gemuk walaupun berat badan saya cuma naik sedikit sahaja. Kalau kita terlampau fikirkan benda macam ni, kusut juga kepala.

Tapi saya nak sampaikan pesanan, dalam kes macam ni keyakinan tu paling penting. Jadi saya rasa lebih elok saya bersyukur dan rasa bangga dengan keadaan saya sekarang.

Menurut Tiz lagi, dia langsung tidak memaksa dirinya untuk mengawal pengambilan makanan supaya menjadi lebih kurus.

Dalam perkembangan lain, Tiz dijangka akan memulakan penggambaran bersama Aaron Aziz dan seorang pelakon dari Filipina untuk sebuah drama berjudul Chef pada bulan Disember ini hingga Mac tahun hadapan.

Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan foto-foto terbaru Tiz sewaktu menghadiri majlis pelancaran May Cares For You 2 baru-baru ini. Adakah anda rasa Tiz terlampau gemuk atau biasa-biasa sahaja?

Mungkin Belum Tiba Masa Untuk Saya Berkahwin – <b>Tiz Zaqyah</b> |

Posted: 19 Nov 2013 11:31 PM PST


Hubungan percintaan antara Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq sememangnya sudah diketahui umum. Pasangan ini memang sama cantik dan sama padan. Di kala usia Tiz sudah mencecah 25 tahun, pastinya salah satu persoalan yang bermain di minda orang ramai ialah bilakah Tiz akan mengakhiri zaman gadisnya?

tiz zaqyah dan kekasih

Malah perkahwinan rakan-rakan selebriti yang sebaya dengannya sedikit sebanyak pasti memberikan impak buat Tiz untuk memikirkan mengenai persoalan berumah tangga. Namun berkata kepada Sinar Harian, Tiz memaklumkan mungkin belum tiba masanya untuk bergelar isteri orang. Kata Tiz:-

Jika jodoh panjang, saya akan berkahwin dengannya. Siapa yang tak mahu berkahwin, naluri wanita untuk berkahwin itu tetap ada.

Namun, saya percaya jodoh itu ketentuan ALLAH SWT dan DIA sudah menentukan hala tuju perhubungan ini.

Memang tak dinafikan, saya seronok lihat semua rakan artis dah berkahwin dan punyai anak, tapi mungkin belum tiba masanya lagi.

tiz zaqyah dan kekasih

Bagi Abang Nara, Tiz pasti ada perancangannya tersendiri dalam bab berkahwin ini. Umur 25 tahun masih boleh dikategorikan muda. Jadi mungkin Tiz mahu menikmati kehidupan solo sepenuhnya sebelum menjadi isteri orang. Yang penting, kahwinlah bila sudah bersedia sepenuhnya. Jangan kerana mengikut kehendak orang lain atau kerana terpaksa. Ramai kawan Abang Nara yang berkahwin kerana terdesak dan akhirnya rumah tangga yang dibina berkecai di tengah jalan.

tiz zaqyah dan kekasih

Apa pun Abang Nara pasti peminat-peminat Tiz Zaqyah pastinya tidak sabar untuk melihat pelakon kegemaran mereka bersanding di atas pelamin satu hari nanti. Sama-samalah kita nantikan. Lagi beberapa keping gambar si comel Tiz Zaqyah dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Tiz Zaqyah.

tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih
tiz zaqyah dan kekasih

Baca Yang Ini Pulak:-

Nashrin - Google Blog Search

Nashrin - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2014 09:33 PM PST


Lirik Lagu Ingin Bersama Kembali – Wana ft <b>Nashrin</b>

Posted: 11 Nov 2009 08:07 AM PST

Nashrin:

Ku ucapkan kata-kata
Yang terbaik untuk kita
Harap kau di sisi
Selalu selamanya

Wana:

Kuhimpunkan doa-doa
Yang terbaik buat kita
Mogakan kekal
Bersama selamanya

Nashrin:

Namun masa cemburu cinta kita
Oh mengapa sehingga terlerai
Ikatan cinta yang kita abadi

Wana & Nashrin:

Kini ku tiada dirimu
Tak mampu ku menahan rindu
Ingin ku korban segala
Demi kebahagiaan bersama
Namun ku tak punya daya
Mengubah takdir luka hidup bersama

Wana:

Ku tabahkan hati ini
Meniti jalan sendiri

Nashrin:

Kerna kau yg ku cinta
Kuterima segalanya

Wana:

Namun masa cemburu cinta kita
Oh mengapa masih ingin ku merasa
Cinta yang kita bina

Wana & Nashrin:

Kini ku tiada dirimu
Tak mampu ku menahan rindu
Ingin ku korban segala
Demi kebahagiaan bersama
Namun ku tak punya daya
Mengubah takdir luka hidup bersama

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Dec 2013 09:45 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Dec 2013 09:10 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Dec 2013 09:03 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Dec 2013 10:30 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Oct 2013 09:39 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2013 09:03 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Aug 2013 09:05 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Aug 2013 09:07 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jun 2013 09:25 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jun 2013 09:17 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Apr 2013 09:03 PM PDT


Biodata Profil Penyanyi <b>Nashrin</b>

Posted: 05 Apr 2013 11:52 AM PDT

Nama Penuh: Wann Nashrinie bin Zafri
Tarikh Lahir: 14th Oktober 1989
Tempat Lahir: Ipoh, Perak
Like facebook page saya kalau anda pembaca setia blog 3 dalam 1

Edisi Retis: <b>Nashrin</b> Terpegang Payu Dara Misha Omar? ~ Ewksem??

Posted: 06 Apr 2013 01:10 AM PDT

Helluuuuu you all, Hari ini cik gayah kebaya sendat nak gossip sikit pasal duet si nashrin and akak misha omar yang feelling habis di atas pentas.. wow! Hangat di perkatakan adegan misha omar dan nashrin di atas pentas MY STARZ LG musim ke 2 yang asik feeling mereka, cik gayah kebaya sendat belek gambar2 yang di tangkap oleh photografer tersohor malaysia yang menampakan nashrin terpegang payudara misha omar? hurrmmm mungkin tak pegang kot or alahaiii korang komen sendiri la..

Cerita Artis: <b>Nashrin</b> Bertunang Dengan Kawan Sekolah Bernama <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2013 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Penyanyi lagu Fobia Cinta, Nashrin menafikan dakwaan bahawa dia cuba menyembunyikan statusnya yang kini sudah pun menjadi tunangan orang. Sebaliknya, Nashrin yang baru saja berhenti daripada bekerja dengan sebuah bank di Pulau Pinang memberitahu dia sudah pun 4 bulan mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya yang bernama Farah. "Ya. Saya memang sudah bertunang. Tunang saya bukan model. Dia hanyalah orang biasa yang bekerja di syarikat insurans di Pulau Pinang. Dia adalah teman sekolah saya. Saya kenal dia sejak kecil lagi. "Kalau hendak diikutkan, saya sudah lama tidak berjumpa dengan dia. Selepas berjumpa semula, saya merasakan dia sesuai untuk menjadi suri dalam hidup saya. Sebab itulah saya bertunang dengan dia. "Saya tidak tahu nak kata sebab utama saya bertunang dengan dia. Apa yang saya tahu, bila sudah sampai waktu, saya pun bertekad untuk bertunang dengan dia yang sebaya dengan saya iaitu 24 tahun," katanya kepada murai.com.my. Bercerita mengenai pertunangannya itu, Nashrin telah pun sah bertunang dengan Farah sejak November 2012 dan majlis tersebut hanya diadakan secara kecil-kecilan saja. "Tiada kenalan artis pun hadir di majlis tunang saya. Lagipun, saya hanya buat secara kecil-kecilan saja. Kami bertunang di Pulau Pinang. Hanya saudara mara terdekat saja yang hadir. "Waktu itu juga saya masih lagi bekerja di bank. Sekarang ini, baru sebulan saya berhenti bekerja. Saya pun sudah menetap di Kuala Lumpur sepenuhnya. Alhamdulillah, selepas bertunang tiada apa yang berubah kecuali saya lebih berhati-hati dengan kehidupan yang saya lalui sekarang. Saya juga merasakan lebih mudah bergerak berbanding dulu," jelasnya. Menyangkal dakwaan bertunang untuk menutup tohmahan yang mengatakan dia seorang lelaki buaya darat, Nashrin dengan tegas menepisnya. "Saya bertunang bukan sebab gosip itu. Saya juga bukan playboy. Sekarang saya lebih senang. Ibarat orang kata, saya sudah cuci tangan sikit. Saya juga sudah sign kontrak dengan label baru iaitu Hikayat Records. Insya-Allah, akhir bulan ini saya akan muncul dengan single terbaru. Tajuknya masih belum ada lagi. "Lagu ini adalah hasil ciptaan Kunci Demak. Alhamdulillah, peminat merestui pertunangan saya. Kalau ada fans yang kecewa pun saya tahu mereka akan buat-buat tak kecewa," ujarnya.

<b>Nashrin</b> Terpegang Payu Dara Misha Omar?

Posted: 30 Mar 2013 08:58 AM PDT


Helluuuuu you all, Hari ini cik gayah kebaya sendat nak gossip sikit pasal duet si nashrin and akak misha omar yang feelling habis di atas pentas.. wow! Hangat di perkatakan adegan misha omar dan nashrin di atas pentas MY STARZ LG musim ke 2 yang asik feeling mereka, cik gayah kebaya sendat belek gambar2 yang di tangkap oleh photografer tersohor malaysia yang menampakan nashrin terpegang payudara misha omar? hurrmmm mungkin tak pegang kot or alahaiii korang komen sendiri la..

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Dec 2013 09:14 PM PST


Lirik Fobia Cinta - <b>Nashrin</b> | 1 Lirik Lagu.com

Posted: 12 Feb 2011 08:06 AM PST

Lirik Fobia Cinta – Nashrin 3.56/5 (71.11%) 9 votes

Pijakan kaki bagai tak terasa
Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri

Denyutan jantung aku tergendala
Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara

Chorus
Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta

Kini kau datang tawarkan segala
Bulan dan bintang seluruh angkasa
Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima

Ulang Chorus

Entah bila
Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta

Ulang Chorus

Denyutan jantung aku tergendala

Comments are closed.

Fobia Cinta - <b>Nashrin</b> / Lirik & Music Video @LaguBestBest

Posted: 18 Jun 2011 11:57 AM PDT

Tajuk Lagu: Fobia Cinta
Album: Nashrin
Penyanyi: Nashrin MyStar LG

Klip Video: Fobia Cinta - Nashrin

Lirik Lagu: Fobia Cinta - Nashrin

Pijakan kaki bagai tak terasa
Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri

Denyutan jantung aku tergendala
Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara

(korus)
Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta

Kini kau datang tawarkan segala
Bulan dan bintang seluruh angkasa
Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima

(ulang korus)

Entah bila
Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta

(ulang korus)

Denyutan jantung aku tergendala

Melody cafe blog: <b>Nashrin</b> - Fobia cinta - Catatan Terbaru - Blogger

Posted: 03 Jan 2014 06:16 PM PST

Nashrin - Fobia cinta

Pijakan kaki bagai tak terasa
Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri
Denyutan jantung aku tergendala
Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara

Chorus
Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta
Kini kau datang tawarkan segala
Bulan dan bintang seluruh angkasa


Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima

Ulang Chorus

Entah bila
Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta

Ulang Chorus

Denyutan jantung aku tergendala