Nuffnang

Selasa, 18 Februari 2014

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


<b>Elly Mazlein</b> jayakan karya P Ramlee – Perak Today

Posted: 03 Jun 2013 04:32 AM PDT

PELAKON dan penyanyi Elly Mazlein, akui agak teruja kerana diberi kepercayaan pihak produksi untuk menjayakan filem 'Hanya Dikau' arahan Amie Maziah bersempena Anugerah Tribute P Ramlee.

"P Ramlee bukanlah nama asing dalam industri ini. Walaupun jasadnya sudah tiada, namun karya-karyanya masih lagi melekat di hati masyarakat sehingga ke hari ini.

"Bagi saya terlibat dalam lakonan ini adalah satu penghargaan yang besar buat diri saya. Walaupun diberi nafas baru, namun telefilem ini sedikit sebanyak sudah cukup untuk menguatkan karya-karya P Ramlee," katanya yang turut tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada anugerah tersebut yang berlangsung 7 Jun ini.

Dalam perkembangan lain, Elly akan berangkat ke Amsterdam bagi menjalani penggambaran drama bersiri Mencari Cinta.

- SINAR HARIAN

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Pesta Buku Lelong Big Bad Wolf 2014 | Mines Seri kembangan <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2014 07:40 PM PST

 

Home » , , , , , , » Pesta Buku Lelong Big Bad Wolf 2014 | Mines Seri kembangan Penulis: Que Haidar | Kategori: , , , , , ,

DISKAUN BUKU 85% - 95%

Yeah! Pesta buku jualan murah kembali lagi. Untuk tahun ini, Big Bad Wolf akan mengadakan jualan murah besar-besaran pada 15 - 23 Februari 2014 bertempat di MIECC, Mines Seri Kembangan. Selangor.

Diskaun buku terpilih sebanyak 85 - 95%. Tak percaya? Tengok entri Big Bad Wolf 2012 kat sini. Kepada penggemar buku boleh berkunjung ke Big Bad Wolf 2014 nanti. Borong jangan tak borong.

Program : Big Bad Wolf Book Sale

Tarikh : 15 - 23 Februari 2014

Tempat : MIECC, Mines Seri Kembangan, Selangor

Masa : 9 am - 9 pm

Bayaran Masuk : Percuma


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Entri berkaitan : big bad wolf , borong , diskaun , event , murah , pesta buku , program

Keputusan Akhir Maharaja Lawak Mega 2013 | Sepahtu Juara <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2014 08:51 AM PST

JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2013

Tahniah Sepahtu kerana dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013 sebentar tadi. Agak mendebarkan bila Bocey dipilih sebagai pemenang 'Man Of The Match' dengan ketiga-tiga ahli kumpulan mereka mendapat jumlah undian yang sama banyak. Nampaknya populariti Bocey setanding dengan pelawak otai.

Shiro terpaksa berpuas hati di tempat kedua diikuti Bocey mendapat tempat ketiga. Jambu yang pada awalnya mendapat undian terendah berjaya memperbaiki kedudukan di tempat keempat dan peserta solo tunggal yang penuh kontroversi, Nabil terpaksa berpuas hati di tempat kelima.

Juara membawa pulang RM 500,000 dan trofi Maharaja Lawak Mega 2013. Rahim akhirnya membuktikan kemasukannya dalam kumpulan Sepahtu bukan hanya menumpang populariti Jep dan Shuib.

Keputusan penuh pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013

Juara : Sepahtu (RM 500,000 beserta trofi)

Naib juara : Shiro (RM 250,000 beserta trofi

Ketiga : Bocey (RM 125,000 beserta trofi) - Man Of The Match

Keempat : Jambu (RM 50,000 beserta trofi)

Kelima : Nabil (RM 15,000 beserta trofi)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Entri berkaitan : akhir , bocey , final , hiburan , jambu , keputusan , lawak , maharaja lawak mega 2013 , nabil , sepahtu , shiro , trofi

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


<b>Aqasha</b> Belum Yakin Jadi Pengarah | MyArtis - Mynewshub.my

Posted: 06 Dec 2013 06:29 PM PST

PETALING JAYA – Pelakon Aqasha menjelaskan dia masih belum bersedia untuk bergelar seorang pengarah drama walaupun memiliki syarikat produksi yang diusahakan bersama Sein, anggota kumpulan Ruffedge.

Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 31, berkata, dia masih belum yakin untuk duduk di kerusi pengarah kerana pengalaman dalam bidang tersebut masih kurang.

"Saya memang ingin bergelar pengarah tetapi masih belum tiba masanya kerana pengalaman masih belum cukup.

"Bagaimanapun saya sedang berusaha ke arah tersebut," katanya kepada mStar Online.

Tambah Aqasha, faktor dia masih belum puas berlakon turut menyumbang kepada keputusannya itu.

Jelas Aqasha, masih banyak perkara yang belum dikecapnya sebagai pelakon.

"Ada beberapa peranan yang saya idamkan masih belum terlaksana seperti genre 'sci-fi,' aksi, fantasi, pre-sejarah dan romantik komedi. Jika semua sudah lengkap mungkin baharu saya berani untuk mengarah," katanya.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini dia tidak mempunyai masa untuk kembali aktif berlakon kerana sibuk menguruskan syarikat produksinya, Camwork Studios.

Dalam pada itu, Aqasha kini sedang sibuk menyiapkan filem pertama syarikatnya yang berjudul Bangunan.

Jelasnya, filem berbentuk dokumentari itu tidak melibatkan sebarang pelakon sebaliknya menggunakan bangunan sebagai subjek utama.

"Tidak ramai yang ingin membuat filem dokumentari dan kami mengambil risiko ini kerana ingin memberi kelainan pada pilihan filem sedia ada.

"Insya-Allah ia akan dilancarkan pada tahun hadapan," katanya yang memberitahu filem tersebut diarahkan oleh Sein dan Khir Rahman.

Sementara itu, Aqasha juga turut menumpukan kepada kerja-kerja belakang tadbir drama dan muzik. – mStar Online

Anda mungkin juga meminati:

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


<b>Fasha Sandha</b> Balas Dendam Kerana Ibu Dihina? | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 04:00 PM PST

Fasha Sandha Balas Dendam Kerana Ibu Dihina?

Sepanjang para peminat mengenali Fasha Sandha secara langsung dan tidak langsung, rasanya belum pernah dramatis ini mengambil kisah tentang cercaan dan kritikan yang diberikan. Jika ada pun, mungkin jarang sekali.

Namun beberapa hari lepas, kesabaran Fasha seolah-olah dicabar apabila seorang individu tidak bertanggungjawab dipercayai telah menghina ibu Fasha di laman sosial.

Menerusi komen tersebut, individu berkenaan dilihat membandingkan keperibadian ibu Fasha dengan ibu Nora Danish sambil melibatkan ibu mertua pelakon itu sendiri.

Fasha Sandha Balas Dendam Kerana Ibu Dihina?

Apa yang difahamkan, individu terbabit mula menyampaikan kata-kata negatif berkenaan Fasha dan keluarganya sejak 7 bulan lalu sehinggalah ibu kepada Putra Rayfal Ramli itu bertindak membela ibunya sendiri.

Mungkin kerana terlampau berang, Fasha kemudiannya mendedahkan nama pemilik akaun laman sosial tersebut berserta gambarnya bersama suami dan anak-anak.

Fasha Sandha Balas Dendam Kerana Ibu Dihina?

Akibatnya, wanita pertengahan umur terbabit dipercayai telah memadamkan akaun Instagram miliknya secara serta-merta.

Walaupun ramai yang menyokong tindakan selebriti ini, namun ada juga yang mempertikaikan perbuatannya kerana menganggap Fasha sengaja membalas dendam dengan memalukan wanita berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, Fasha kembali menjelaskan niatnya berbuat demikian hanya untuk memberi pengajaran sambil mendoakan kesejahteraan wanita berkenaan.

Fasha Sandha Balas Dendam Kerana Ibu Dihina?

Dalam pada itu, suami kepada Fasha iaitu Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai turut mempertahankan isterinya kerana menganggap gangguan tersebut sudah melampaui batas hingga dikhuatiri mampu mengganggu keharmonian keluarganya.

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


myartis.com : LAGI GAMBAR CUCU DATUK <b>ROSYAM NOR</b>

Posted: 17 Feb 2014 12:31 AM PST

Lagi gambar cucu Datuk Rosyam Nor yang bernama Hanan Adraa Mohd Hafiz selepas 14 hari dilahirkan.

Artikel terdahulu:


Untuk info, Hanan adalah anak Arniesha Azureen yang bernikah dengan Mohd Hafiz Haji Mohd Said.

Klik gambar untuk size besar

         ________________________

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Actress <b>Erra Fazira</b> and Engku Emran divorce ABN News | Eng

Posted: 18 Feb 2014 04:09 AM PST

SHAH ALAM, Feb 18 — The seven-year marriage of popular singer-actress Erra Fazira and her husband Engku Emran Engku Zainal Abidin, rumoured to be troubled in the last three years, finally ended in divorce at the Syariah High Court, here, today.

Clad in a grey suit and wearing a songkok, Engku Emran, 39, who looked sad, pronounced the divorce in a choking voice before judge Mohammad Adib Husain, while Erra, whose real name is Fazira Wan Chek, 40, appeared calm.

Mohammad Adib confirmed the divorce after he was satisfied with the divorce documents including on child custody rights filed by Erra yesterday under Section 47 and Section 82 of the Selangor Islamic Family Law Enactment 2003.

The court also recorded that the custody rights over the couple's only child, Engku Aleesya, 5, were given to Engku Emran while Erra has the right for the child to have overnight stays with her.

The actress, who came to court in a long dress and hijab, also did not claim for any alimony from Engku Emran whom she married on Oct 25, 2007.

Earlier, syariah counsel Ahmad Nazib Johari, who represented Erra, told the court that the couple agreed to divorce amicably after having been living separately for one and a half years.

He said Erra and Engku Emran had also reached an agreement over child custody.  Engku Emran, the former Bernama TV chief executive officer, was represented by counsel Roshdan Sujak Rafie.

Later, met by reporters outside the court, Erra who was wearing a face mask, said all the speculation and questions about her marriage had been answered with her divorce confirmed by the court today.

Erra, who was accompanied by her close friends, Datin Paduka Umie Aida and film director Erma Fatima, also appealed to all quarters to stop asking about her marital break-up after this.

"I hope everyone will leave me in peace," she said, adding that she would be focusing on her career, when asked about her future plans.  Engku Emran, however, declined to give any comments when approached by reporters.

He and Erra left the court grounds separately after the divorce proceeding.

Erra's previous marriage was to actor and KRU group singer Yusry Abdul Halim whom she married on June 15, 2003 but the marriage only lasted three years when they divorced in 2006.

– BERNAMA

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


Video Pertama Yang Mengangkat Nama <b>Mia Sara</b> | Oh! Artis

Posted: 15 Feb 2014 11:34 AM PST

1653587_763563537011077_1386889111_n

Siapa tak kenal dengan si comel Mia Sara, pelakon cilik yang popular di Malaysia. Tengoklah gambar kat atas ni masa dia kecil, comel sangat!! Memang terbukti budak ni sangat pandai berlakon dan lakonannya sangat berkesan. Kebetulan juga di Malaysia, kita kekurangan pelakon cilik yang benar-benar berbakat jadi tak hairanlah kalau asyik muka yang sama sahaja digunakan.

Jika ada yang tertanya-tanya dari mana datangnya budak cilik bernama Mia Sara ni, ianya bermula dari sebuah video yang dimuat-naik bapanya ke internet.

Itulah tuah namanya kan? Kecil-kecil dah dapat duit dengan hasil titik peluh sendiri. Selamat maju jaya buat Mia Sara yang dah semakin dewasa pun.

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


Gambar <b>Gambit Saifullah</b> kemalangan teruk langgar tembok (5 <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2013 05:00 AM PDT

Gambar Gambit Saifullah kemalangan teruk langgar tembok - Pelakon yang sering dihimpit kontroversi, Gambit Saifullah semakin menyepi sejak kebelakangan ini. Kali terakhir pelakon ini muncul di kaca TV ialah menerusi rancangan realtiti Fear Factor Selebriti Malaysia namun beliau dihentam teruk dan dikritik peminat kerana bermulut celupar dan egois. 

Sekitar petang tadi, admin difahamkan Gambit Saifullah telah terlibat dalam satu kemalangan kecil melanggar tembok pagar simen sebuah rumah. Menurut saksi, mereka melihat sebuah kereta berwarna putih yang dikatakan milik Gambit Saifullah terbabas hingga memasuki kawasan kaki lima jalan. Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan masih belum dikenalpasti. Berkut ialah beberapa keping gambar sekitar kawasan kemalangan Gambit Saifullah.



6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


<b>6ixth Sense</b> Sibuk Promosi Ke Indonesia – Perak Today

Posted: 26 Jul 2013 03:50 AM PDT

sixxene
PETALING JAYA: Kumpulan yang terkenal dengan lagu Cinta Yang Sempurna iaitu 6ixth Sense menjelaskan kehilangan mereka daripada industri muzik tempatan bukan disebabkan sudah tidak popular sebaliknya sedang sibuk menjalankan promosi ke Indonesia.

Vokalisnya Adi berkata, tumpuan mereka buat masa ini diberikan kepada usaha tersebut kerana bukan mudah untuk menembusi pasaran di negara berkenaan yang banyak persaingan.

"Tidak menyepi daripada industri tempatan cuma kita ada strategi tersendiri dan kini sedang sibuk menumpukan perhatian terhadap aktiviti promosi di Indonesia," katanya ketika ditemui mStar Online.

Dalam pada itu, Adi berkata, mereka juga sedang mendidik sebuah band baru bernama Sakura yang bernaung di bawah syarikat kumpulan mereka iaitu Putih Production Sdn Bhd.

Jelas Adi, kumpulan Sakura akan tampil berbeza dengan band sedia ada kerana akan mempertaruhkan muzik pop dan memberitahu mereka sudah pun muncul dengan single pertama berjudul Setelah Hujan.

"Selain mendidik mereka kami sendiri akan bertindak sebagai mentor kepada mereka bagi memastikan arah tujuan dalam industri ini tidak akan tersasar.

"Mereka juga mempunyai bakat yang cukup besar dan rugi jika tidak diketengahkan," jelasnya.

Tambahnya lagi, mereka akan terus mencari bakat-bakat baharu untuk diketengahkan dan tidak hanya akan menumpukan kepada artis berkumpulan sahaja tetapi juga mencari artis solo.

-mStar

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Labur RM750,000 Promosi &#39;Lemak Kampung Santan <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2013 09:20 PM PDT

mitc

Kekurangan penonton untuk menonton filem Melayu membuatkan Hans Isaac sanggup mengeluarkan kos yang tinggi iaitu RM750,00 bagi mempromosikan filem Lemak Kampung Santan terbitan syarikat produksi miliknya, Tall Order Production.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 42, berkata, dia telah mengumpulkan beberapa petugas untuk memberi fokus pada bahagian pemasaran mempromosikan filem berkenaan dengan lebih dekat.

"Saya mahu berkongsi kualiti filem ini dengan semua penggemar filem Melayu. Hampir RM750,000 dilaburkan untuk tujuan promosi filem ini kerana saya lihat masyarakat semakin kurang ke pawagam untuk menonton filem Melayu.

"Sebab itu saya promosikan filem ini sebaik mungkin. Malah pihak Tall Order juga menganjurkan pertandingan di mana pemenangnya dapat bercuti bersama para pelakon-pelakonnya.

"Malah kami turut menjelajah ke seluruh negara memperkenalkan filem ini kepada orang ramai," katanya.

Tambah Hans, pihaknya juga membuat iklan secara besar-besaran menerusi media cetak dan elektronik termasuklah medium sosial Internet.

Lemak Kampung Santan mengisahkan Ridzuan (Hans Isaac) yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Tiqa (Neelofa).

Filem ini turut dibintangi antaranya Natasha Hudson, Nadia Mustapha, Nadia Heng, Adlin Aman Ramli, Mat Over, Ridzuan Hashim, Datuk Jalaludin Hassan dan Harith Iskandar.

Beritahu Hans, filem ini mungkin sangat klise, sama seperti dengan filem cinta yang ada namun, selepas 16 kali skrip diolah, plot penceritaannya dipadatkan sehingga mengandungi pelbagai mesej yang sarat.

"Apa-apa pun, filem ini terdapat banyak plot yang mengejutkan penonton dan mereka akan sedar ia bukan sebuah filem cinta sebenarnya.

"Bagi saya, permulaan dan nadi sebuah cerita adalah skrip. Apabila penonton datang ke panggung, apa yang mereka ingin tengok adalah kandungan dan penceritaan.

"Pada permulaannya, saya ingin memasukkan dua atau tiga cerita dalam satu filem. Namun setelah berbincang dan melakukan rombakan hampir 16 kali terhadap skrip, maka terhasillah Lemak Kampung Santan yang padat dengan komedi bermesej.

"Kemudian, saya juga turut menyelit suasana cinta ala Bollywood. Konsep lelaki kaya jatuh cinta dengan gadis miskin sering kali menjadi pengisian dalam filem Bollywood tetapi satu dunia menyukainya. Jadi tidak salah saya menggunakan sedikit elemen itu di dalam filem ini," ujarnya.

Lemak Kampung Santan bakal ditayangkan pada Hari Raya pertama iaitu Khamis.

Selain itu, penonton juga berpeluang untuk memenangi peraduan bercuti bersama Neelofa dan barisan pelakon yang lain ke Langkawi selama lima hari dengan cara mendapatkan sebanyak lima tiket wayang.

Dan kemudian, tiket tersebut dimasukkan ke dalam sampul surat bersama borang peraduan. Sampul tersebut boleh diberikan kepada kaunter mana-mana pawagam yang menayangkan filem tersebut.

- mStar

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


Gambar Mantap Kereta Lamborghini Yusry <b>KRU</b> - Cananglahnie

Posted: 18 Feb 2014 06:00 AM PST

| Yusry KRU merupakan salah seorang dari tiga beradik kumpulan KRU yang sangat terkenal dalam industri hiburan tanah air. Mana taknya, sejak admin kecil lagi, admin dah pun dengar lagu-lagu rap KRU ni. Sehingga sekarang, KRU pun dah ada empayar syarikat sendiri yang bukan sahaja buat lagu je tapi dah masuk bidang filem dan macam-macam lagi. Anyway, di bawah merupakan gambar mantap kereta Lamborghini kepunyaan Yusry KRU. Alhamdulillah…

Along Cham - Google Blog Search

Along Cham - Google Blog Search


gambar ekslusif anak <b>along cham</b> - abgteror hotline news

Posted: 05 Aug 2013 08:48 AM PDT

GAMBAR EKSLUSIF ANAK ALONG CHAM | Pasti ramai yang tak tahu menahu pasal keluarga bahagia Along Cham. Pejam celik sudah hampir 1 tahun 8 bulan usia anak sulung Along Cham (Raja Lawak) dan Zila AF4. Diberi nama Ahmad Danial, kehadiran si comel ini ternyata melengkapkan kehidupan mereka sekeluarga. Memang terserlah kebahagiaan.

Mereka bertiga telah hadir ketika pra tonton filem terbaru lakonan Along iaitu Adnan Sempit 3. Semoga dengan kehadiran si comel ini akan memurahkan lagi rezeki Along sekeluarga.

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
GAMBAR EKSLUSIF ANAK ALONG CHAM, 10.0 out of 10 based on 1 rating Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


<b>Faezah Elai</b> Bimbang Dugaan Sakit Ketika Bersalin – Perak Today

Posted: 27 Dec 2012 05:32 PM PST

Pelakon Faezah Elai mengakui berasa takut untuk berdepan dengan proses kelahiran anak sulungnya yang dijangka pada awal Februari tahun depan.

Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezahh Elai berkata, dia risau dengan kesakitan yang bakal dialami lebih-lebih lagi selepas bertanya kepada rakan-rakannya yang berpengalaman melahirkan anak.

"Saya tak boleh bayangkan bagaimana nak bersalin nanti. Hampir setiap hari saya tanya kepada rakan-rakan yang dah berpengalaman melahirkan anak dan ia membuatkan saya lebih takut dan tak senang duduk.

"Malah saya membaca pelbagai buku untuk ibu mengandung sebagai persediaan proses kelahiran nanti.

"Selain itu saya turut menghadiri ceramah-ceramah anjuran rakan saya sendiri untuk bakal-bakal ibu. Harap-harap tiada kesulitan yang akan berlaku nanti, Insya-Allah," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Dalam pada itu Faezah turut mengakui dia sudah mula rasa rindu untuk kembali berlakon dan tidak sabar untuk kembali beraksi pada April ini.

Selain itu, isteri kepada pengarah drama Heykal Hanafiah itu bersyukur 'kehilangannya' buat sementara waktu tidak menjejaskan popularitinya lebih-lebih lagi dia bakal muncul dengan filem Tanda Putera dan KL Zombie pada tahun depan.

Sementara itu, Faezah bakal membuka sebuah kafe di sekitar Sungai Buloh, dekat sini pada 2013 hasil daripada wang simpanannya sepanjang bergelar pelakon dengan menghabiskan modal lebih kurang RM50,000.

"Sebenarnya, kafe itu dibuka khas buat ibu dan ayah di mana mereka akan menguruskannya.

"Sebelum ini mereka pernah ada restoran di Pulau Pinang tetapi telah pun ditutup selepas berpindah ke sini (Kuala Lumpur).

"Ini juga adalah salah satu cara saya menghargai jasa-jasa mereka," ujar pelakon berusia 30 tahun itu.

-mStar

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b> & Puteri Sarah Liyana Nikah 8 Mac Ini | - Beautifulnara

Posted: 05 Feb 2014 11:15 PM PST


Alhamdulillah. Niat yang baik pasti akan dipermudahkan. Perancangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana untuk mendirikan masjid nampaknya semakin menjadi kenyataan dengan tarikh hari pernikahan telah dapat ditentukan. Ibu Syamsul mengesahkan bahawa anaknya akan bernikah dengan Puteri Sarah pada 8 Mac ini bertempat di Masjid Sri Damansara pada pukul 10 pagi.

syamsul yusof

Manakala majlis resepsi perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah pula akan diadakan pada 18 April Dewan Perdana Felda. Majlis resepsi untuk adik Syamsul iaitu Syafiq turut sama akan diadakan serentak. Sementara itu majlis resepsi Puteri Sarah Liyana akan diadakan pada malam hari pernikahan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam .

syamsul

Jutaan tahniah buat Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana atas berita gembira ini. Jangan lupa jemput Abang Nara. Teringin nak makan nasi minyak. Paling penting nak tengok pengantin baru bersanding di atas pelamin. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar segala perancangan berjalan lancar. Info asal Mstar Online.

Baca Yang Ini Pulak:-

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


Masih Lagi Ditawarkan Watak Seksi, <b>Kilafairy</b> Tolak 5 Filem – Perak <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2013 10:17 AM PST

Pelakon Kilafairy mengakui, dia terpaksa menolak lima tawaran berlakon filem gara-gara diberikan watak seksi dan ada diantaranya meminta dia untuk berkemban.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan berkata, pengalaman lalu dia pernah berkemban untuk satu babak dalam filem Karak sehingga mencetuskan kontroversi benar-benar mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam memilih watak bagi setiap tawaran filem yang diterima.

"Memang saya sangat memilih dengan watak yang ditawarkan pada saya, tidak kiralah untuk drama mahupun filem.

"Saya pernah membawa watak seksi sebelum ini dan tidak akan mengambil peranan sama lagi. Kerana perkara itu, saya terpaksa menolak lima tawaran berlakon filem.

"Cukuplah, pengalaman lalu mengajar saya banyak perkara. Saya tidak mahu memalukan keluarga dengan isu-isu yang remeh," tegasnya.

Tambah Kilafairy, walaupun dia tahu sikap memilih watak dapat merugikannya sedikit daripada mendapat publisiti, anak kepada Rohana Jalil itu tidak kisah sekiranya namanya kurang popular di kalangan umum.

"Biarlah kuantiti lakonan saya sedikit, asalkan hasil pada setiap lakonan yang dibawakan berjaya memberi impak dan membuatkan penonton ingat dengan watak yang saya tonjolkan itu.

"Dan jujurnya, saya tidak kisah sekiranya kurang diberi publisiti kerana yakin peminat akan tetap mengingati kita menerusi hasil lakonan yang bagus," ujarnya.

Sementara itu, tahun 2013 juga merupakan tahun kesibukan pelakon ini apabila dia turut akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap butiknya iaitui Rack.

Mengenai perkembangan karier nyanyiannya pula, Kilafairy bersyukur apabila dia sering mendapat tawaran nyanyian bagi majlis-majlis korporat.

"Alhamdulillah, saya sering menerima undangan persembahan nyanyian di majlis-majlis korporat.

"Bagaimanapun saya cuba mengurangkan undangan nyanyian di stesen televisyen sekiranya saya aktif dalam lakonan drama. Ia adalah bagi mengelakkan orang bosan dengan menonton wajah saya dengan kerap," tutur pelantun lagu Pasti itu.

-mStar

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


<b>Aizat Amdan</b> Bahagia Dengan Zee Avi | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 17 Feb 2014 08:01 PM PST

Aizat Amdan Bahagia Dengan Zee Avi

OHBULAN! percaya nama Aizat Amdan tak perlu diperkenalkan lagi sekarang ini. Walaupun semakin kurang diberi perhatian, namun bakatnya boleh dikatakan lebih baik daripada kebanyakan penyanyi popular.

Penglibatannya di dalam industri ini banyak dihabiskan dengan mencipta lagu-lagu baru dan menguruskan syarikat produksinya, Kasi Gegar Entertainment (KGE) Sdn Bhd.

Selepas single duet bersama Noh Salleh diterima baik sekitar tahun lalu, Aizat sekali lagi mempertaruhkan ciptaan terbarunya tahun ini menerusi lagu berjudul We'll Be Happy.

Aizat Amdan Bahagia Dengan Zee Avi

Menariknya, lagu tersebut diserikan lagi dengan suara merdu dari penyanyi tempatan yang terkenal di luar negara iaitu Zee Avi.

Seperti yang umum ketahui, selain daripada Noh, bekas peserta Akademi Fantasia ini juga pernah berduet dengan Yuna namun paduan suara antara Aizat dan Zee Avi kali ini dilihat mempunyai chemistry tersendiri.

Sesuai dengan judulnya, pendengar sendiri dapat merasakan kebahagiaan yang cuba ditonjolkan sebaik Aizat dan Zee Avi mula bergabung suara sambil dilatari muzik indah. Tambahan lagi, lirik-liriknya juga sungguh puitis.

Kalau anda tak percaya, jom dengar dan tonton MV lirik We'll Be Happy di bawah ini. Semoga terhibur!

Mawi af - Google Blog Search

Mawi af - Google Blog Search


Makin Suram, Kini <b>Mawi</b> Cuba Tumpang Populariti AC Mizal <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2014 07:38 PM PST

Makin Suram, Kini Mawi Cuba Tumpang Populariti AC Mizal?

Sebut saja nama Mawi, pastinya kita dapat mengimbas kembali fenomena 'Tsumawi' yang pernah menjadi bualan seluruh negara suatu ketika dulu.

Namun, Asmawi Ani atau lebih mesra dipanggil Mawi ini sudah jarang mendapat liputan media dan dia dilihat seolah-olah sudah tidak aktif menyanyi.

Baru-baru ini Mawi muncul dengan single terbaru berjudul Al Haq duet bersama Dato AC Mizal, tetapi ada pihak yang mengkritik Mawi menumpang populariti pengacara popular itu.

Makin Suram, Kini Mawi Cuba Tumpang Populariti AC Mizal?

Mawi ketika ditemui di sidang media pelancaran program 'Jemput Masuk Cef' berkata pasangan duet dalam lagu tersebut dipilih atas permintaan produser dan dia menggunakan kesempatan itu untuk berduet bersama AC.

Populariti itu penting dan ia adalah satu perkara yang baik kerana dalam industri kita perlukan populari itu. Seperti yang pernah saya alami dulu, bila ada rakan artin yang berduet, pasti akan timbul isu menumpang populariti saya.

Dato AC popular sekarang, jika diberi apa pun pasti akan menjadi selain keunikkan dia 'rapping' dengan cara yang tersendiri dan Alhamdulillah single Al Haq diterima baik oleh masyarakat.

Pelantun lagu 'Angan Dan Sedar' tersebut turut menafikan dia sudah berhenti menyanyi, sebaliknya Mawi kini sedang giat menguruskan perniagaan barangan kesihatan miliknya selain sibuk dengan urusan keluarga.

Saya tidak pernah meninggalkan bidang nyanyian dan akan tetap menyanyi selagi ada permintaan kerana ia sememangnya minat saya.

Saya wujud dalam industri ini adalah kerana nyanyian dan ia merupakan minat yang sudah sebati dalam diri saya, jadi, tak timbul isu saya tinggalkan bidang nyanyian, cuma kini saya lebih fokus kepada perniagaan.

Dalam pada itu, Mawi berkata dia dan isterinya Ekin akan muncul dalam salah satu episod 'Jemput Masuk Chef' yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.