Mia Sara - Google Blog Search |
<b>Mia Sara</b> Berhenti Berlakon Dan Mampu Beli Kereta MyVi Posted: 04 Oct 2012 06:25 AM PDT Siapa yang tidak kenal dengan satu-satunya pelakon cilik wanita bernama Mia Sara Nasuha. Dengan wajah comel persis anak Jepun, dia juga petah bercakap, malah dialog-dialog yang dilontar selari dengan aksi lakonannya dalam kebanyakan drama. Kelibat Mia mula dilihat dalam iklan komersial sejak beberapa tahun lalu, begitu juga dengan penampilannya dalam banyak drama dan filem. Diam tak diam, Mia kini sudah mencapai usia tujuh tahun pada 30 September lalu. Dia telah menyambut ulang tahun ketujuhnya di sebuah restoran Itali di sebuah pusat beli-belah pada tarikh tersebut. Kata Mia, dia sangat teruja menyambut ulang tahunnya pada kali ini kerana ia diraikan ramai kawan dan teman artis, termasuk artis yang memang rapat dengannya, Lisa Surihani dan suami, Yusry. Lebih menarik, dia juga diberi banyak hadiah pada hari tersebut. Ini termasuklah iPod, barangan jenama Zara dan rantai emas putih. "Yang lagi best sebab Mia dapat buat pizza sendiri. Selalunya kita makan pizza yang dibuat orang, tapi kali ini, Mia dapat makan pizza yang Mia buat dan hias sendiri," katanya seronok. Mia juga mengaku, walaupun baru berusia tujuh tahun, hasil titik peluhnya sebagai pelakon, dia telah mampu membeli sebuah kereta perodua jenis MyVi. Sementara itu, pada usia tujuh tahun, Mia juga sudah menjalani sesi persekolahan seperti kanak-kanak tahun satu yang lain. Walaupun sering dikerumuni rakan persekolahan yang mengagumi bakatnya sebagai pelakon, dia tidak pernah berasa terganggu. "Ada juga yang ambil barang-barang sekolah Mia seperti pensil dan sebagainya, tapi Mia tak kisah," ujarnya tentang pengalaman bersekolah. Oleh kerana Mia kini sudah bersekolah, bapanya, Ridhuan telah membuat keputusan agar Mia tidak tercicir dengan pelajaran. Justeru, kata Ridhuan, sejak beberapa bulan lalu, anaknya itu sudah tidak mengambil sebarang tawaran berlakon untuk menumpukan pelajaran menghadapi peperiksaan akhir tahun dalam masa terdekat ini. "Mia sekarang sedang berehat daripada dunia lakonan. Saya mahu dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran kerana peperiksaan hampir tiba. Saya tidak memaksa dia untuk menjadi terlalu bagus dalam pelajaran, namun dalam masa yang sama, dia juga tak boleh tercicir pelajaran sebab sibuk berlakon," ujar Ridhuan yang mengambil cikgu tuisyen di rumah untuk membimbing mata pelajaran anaknya yang lemah. Bercakap tentang dunia lakonan anaknya, Ridhuan memberitahu Mia harus memberi keseimbangan antara lakonan dengan persekolahan. Malah dia juga mengakui selektif dalam pemilihan iklan komersial. VN:F [1.9.20_1166] VN:F [1.9.20_1166] Mia Sara Berhenti Berlakon Dan Mampu Beli Kereta MyVi,ENTRY BERKAITAN:
|
You are subscribed to email updates from Mia Sara - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |