Remy Ishak - Google Blog Search |
Cili Padi: Wow! Maya Karin dan <b>Remy Ishak</b> bercinta?! Posted: 02 Nov 2012 07:30 PM PDT Pelakon jelita Maya Karin berkata gosip yang mendakwa dia sedang menjalinkan hubungan dengan aktor Remy Ishak timbul kerana kedua-dua mereka berstatus solo pada waktu ini. Maya berkata, kemesraan mereka yang dilihat ketika menjamu selera di sebuah restoran makanan Jepun, pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara di sini pada bulan lalu, sudah disalahertikan walhal mereka hanya berkawan biasa. "Kebetulan Remy sedang solo pada waktu ini dan saya pula tidak mempunyai kekasih hampir tiga tahun. "Apabila orang melihat kami bersama, orang sangka kami bercinta. Padahal, kami hanya keluar makan seperti kawan biasa. Dia adalah kawan saya. "Biasalah gosip sebegitu akan diperkatakan. Suruh dia cari kekasih, kalau tak saya yang susah (akan terus dikaitkan)," katanya dalam nada bergurau. Pemilik nama sebenar Maya Karin Roelcke, 33, itu ditemui selepas majlis pelantikannya sebagai duta produk pakaian dalam wanita, Sorella di pusat beli-belah Pavilion Bukit Bintang di sini, petang Jumaat. Ditanya adakah dia melihat kemungkinan akan menjalin hubungan yang serius dengan aktor berusia 30 tahun itu, Maya berkata, dia hanya menyerahkan segalanya kepada takdir. "Saya tidak pasti sama ada ya atau tidak kami akan menjadi kekasih. Apa juga yang akan berlaku pada masa depan, saya reda," katanya. Maya berkata, pengalaman daripada kegagalan hubungan lalu mengajarnya untuk tidak berkongsi kisah percintaan kepada khalayak selagi ia belum pasti. "Saya tidak akan bercerita mengenai soal hati kepada khalayak sehingga saya sangat pasti dengan sesuatu hubungan itu. "Buat masa ini, saya belum temui kekasih baru dan tidak ada komen mengenai perkara itu," katanya yang mahu memanfaatkan kehidupan solo dengan sebaik mungkin. Dalam pada itu, Pengurus Jenama Sorella, Ng Kok Soo berkata, Maya dipilih sebagai duta Sorella untuk rangkaian terbaru Angel Series kerana populariti aktres itu yang dilihat bertepatan untuk pasaran Melayu. Maya pula berkata, pelantikan sebagai duta produk berkualiti itu memberikan faedah kepada kaum wanita dan peminatnya. "Baju dalam sama penting dengan pakaian di luar. Kadang-kadang kita perlu berbelanja sedikit untuk pakaian dalam yang berkualiti. "Saya tertarik dengan produk ini kerana ia berkualiti dan mempunyai rekaan yang menarik," katanya. |
You are subscribed to email updates from Remy Ishak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |