Nuffnang

Selasa, 20 November 2012

Nur Fazura - Google Blog Search

Nur Fazura - Google Blog Search


Cun : <b>Nur Fazura</b> Memperagakan Busana Hari Raya 5 Stars <b>...</b>

Posted: 13 Nov 2012 04:55 AM PST

Satu majlis pertunjukan fesyen yang dipersembahkan oleh 4 pereka fesyen, Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, Hazwani Osman dan Zery Zamry telah diadakan. Selain Fazura selebriti lain yang turut terlibat antaranya ialah Tasha Shilla, Zaquan Adha, Natasha Hudson dan Tengku Azura turut.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^

Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Menyindir Aqasha Di Twitter? | ROTIKAYA

Posted: 17 Oct 2012 08:25 PM PDT

Remy Ishak Menyindir Aqasha Di Twitter?Tengok betapa obses'nya kami terhadap Remy Ishak, hari ini sahaja sudah dua kisah beliau kami paparkan termasuk yang ini — kisah yang agak jarang berlaku.

Mungkin selalu berlaku di'kalangan selebriti wanita untuk saling menyindir di laman sosial terutamanya Twitter, namun untuk selebriti lelaki, bunyi'nya seperti tidak cool.

Sekitar 10.00 malam pada 15 Oktober yang lalu, Remy Ishak menulis sebaris ayat yang beliau tag sebagai Cerpen Twitter tetapi seolah olah menyindir rakan pelakon, Aqasha.

"Si penggemar rahsia memang gemar berahsia, lebih lebih lagi tentang hubungan kekasih gelapnya dari pengetahuan sang isteri," itu ayat tulisan Remy Ishak yang kami maksudkan.

Ada kemungkinan tulisan Remy Ishak di'tujukan buat Aqasha adalah kerana deskripsi akaun pelakon Dejavu Di Kinabalu itu ada menulis diri beliau sebagai 'penggemar rahsia'.

Mungkinkah Remy Ishak tahu sesuatu yang kita semua tidak tahu — atau semua ini hanya kebetulan? Hmm.

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


Comel: Budak Ini Setanding Adik <b>Mia Sara</b>!

Posted: 15 Nov 2012 04:18 PM PST

Korang tengok la sendiri, budak ini yang comel..mesti bila besar nanti lagi comel. Harap-harap dia akan jadi budak baik bila besar nanti sebab pasti menjadi pujaan ramai jejaka.

budak comel


P/S : tengok sekali cam adik mia sara kan ? =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • gambar budak comel
  • budak paling comel di dunia mia sara

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


kes nusyuz - <b>rita rudaini</b> berjaya halang aidil - myartis.com

Posted: 07 Nov 2012 11:04 AM PST


Permohonan Aidil Zafuan Abd. Radzak yang mahu menuntut isterinya pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar kembali taat (nusyuz) ditolak oleh mahkamah rendah syariah Petaling Jaya, Selangor semalam. Aidil selanjutkan juga telah diperintahkan untuk membayar segala kos mahkamah selepas permohonan Rita untuk membatalkan permohonan tersebut diterima.

Hakim Syarie, Saharuddin Selamat membuat keputusan tersebut selepas meneliti kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, yang dikemukakan dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.


"Selepas meneliti permohonan plaintif (Aidil) yang difailkan pada 15 Mei lalu, didapati pihaknya meletakkan alamat yang tidak lengkap terhadap permohonan kembali taat yang dikemukakan terhadap pihak defendan (Rita).

"Jadi, pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan pada 3 Julai lalu diluluskan," katanya.

Saharuddin, turut memaklumkan, peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari telah menarik diri daripada mewakili plaintif yang dibuat pada 30 Oktober lalu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mahkamah tidak menangguhkan keputusan kes bantahan awal ini meskipun tanpa kehadiran dia (Aidil).

"Saya hanya ingin mempertahankan diri dan hak saya bersama anak-anak. Apabila sudah sampai di tahap ini (membawa kes ke mahkamah), maksudnya saya sudah mula berjuang dan tidak akan menoleh ke belakang.

"Selepas ini, peguam saya akan selesaikan status perhubungan kami pula. Tunggu sahaja nanti," ujarnya kepada media.

Untuk info, Aidil semalam tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diberi peringatan semasa sebutan kes pada 3 Oktober lepas.

(8 GAMBAR)<b>Rita Rudaini</b> Di Malam Anugerah Skrin 2012 |

Posted: 09 Nov 2012 06:38 AM PST


Salah seorang selebriti yang mencuri tumpuan sepanjang Anugerah Skrin 2012 ialah Rita Rudaini. Gandingannya bersama Adi Putra ternyata membuatkan penonton menjerit keterujaan. Memang mereka berdua ada aura yang tersendiri.
rita rudaini ask2012
Kehadiran Adi Putra dan Rita Rudaini ternyata menyelamatkan malam Anugerah Skrin 2012 yang hambar dengan dialog yang terlalu meleret. Ini bukan pendapat Abang Nara seorang tetapi ribuan penonton yang meluahkan isi hati mereka menerusi Facebook dan Twitter.
rita rudaini ask2012
Sememangnya konsep yang ingin dibawa untuk ASK2012 amat menarik tetapi mungkin pihak penganjur boleh memberikan tumpuan kepada kelancaran majlis. Kadang-kadang Abang Nara terasa macam menonton teater pulak. Lagi 6 keping gambar Rita Rudaini di ASK2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

rita rudaini ask2012
rita rudaini ask2012
rita rudaini ask2012
rita rudaini ask2012
rita rudaini ask2012
rita rudaini ask2012

Kredit foto Facebook Anugerah Skrin dan Twitter GUA Malaysia.

Baca Yang Ini Pulak:-


Lisa Surihani - Google Blog Search

Lisa Surihani - Google Blog Search


Star Chat Bersama <b>Lisa Surihani</b> & Aizat, 3 Petang Ini! - Gua.com.my

Posted: 05 Nov 2012 08:11 AM PST

Buat pertama kalinya, pelakon wanita dan juga penyanyi kesayangan ramai iaitu Lisa Surihani dan Aizat akan digandingkan bersama di Star Chat bermula jam 3 petang esok untuk mempromosikan filem terbaru mereka, 'Istanbul Aku Datang'.

Filem romantis arahan Bernard Chauly ini akan menemui penonton di pawagam bermula 8 November ini. Tetapi sebelum itu, dengarkan dari mulut mereka sendiri pengalaman bekerjasama dan menjalani penggambaran di Turki.

Anda dialu-alukan menyertai sesi Star Chat bersama mereka dengan melayari http://apps.gua.com.my/starchat/!

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


:: MYARTIS.COM ::: BILA <b>ERRA FAZIRA</b> ALAMI &#39;JIWA KACAU&#39;

Posted: 05 Nov 2012 12:45 PM PST


Jika pada 25 Oktober lalu yang merupakan ulang tahun perkahwinan Erra Fazira dan Engku Emran kelihatan agak suram... namun, mungkinkah ia sekadar kebetulan sahaja? Ini kerana, baik di Twitter Emran mahupun Erra, tiada sebarang gambar mereka berdua meraikan hari bersejarah itu.

Malah Erra pula kelihatannya seperti tertekan apabila berkata, "Lately jiwa kacau. Tak selera makan. Tapi yang bestnya berat badan ku dah capai target yang ku idamkan. So macamana? Kena happy ke kena apa ni?"

Makin kurus - klik untuk imej besar...

Namun apa yang dimaksudkan oleh Erra mengenai 'jiwa kacau' tidaklah kami fahami kerana kemungkinan Erra tertekan akibat terlalu banyak kerja agaknya. Moga Erra kembali tenang dan mendapat kebahagiaan yang diidamkannya selama ini. Amin.

Saat bahagia Erra dan Emran...

:: MYARTIS.COM ::: 5 GAMBAR - <b>ERRA FAZIRA</b> NAFI BERCERAI

Posted: 06 Nov 2012 12:00 AM PST


"Last day NurMelinda di PD," begitulah kata Erra Fazira mengenai gambar terkininya. Mungkin Erra lega apabila penggambaran drama tersebut sudah selesai dan dia boleh pulang menemui anaknya.

Malah gosip yang melanda mengatakan beliau 'sudah bercerai' disebuah forum hiburan tidak sedikitpun mengganggu tumpuannya sebagai pelakon. Seperti komennya mengenai gosip tersebut, ia hanya sekadar gosip yang bakal hilang ditiup angin.

Klik untuk imej besar...

Tambahnya, jika ada fakta yang mahu dikongsikan bersama masyarakat, dia pasti akan memberitahunya secara langsung kepada pihak media tanpa berselindung.

Harapan kita, moga kenyataan ini benar dan Erra terus tabah. Amin.

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


Lirik Lagu 5:00 Minit - <b>Ramlah Ram</b> ft Caprice | Lirik Lagu

Posted: 09 Nov 2012 08:24 PM PST


Lirik Lagu 5:00 Minit – Ramlah Ram ft Caprice

(Caprice)
Good evening..sayang,
Its your boy C to the P
And I got 5 minutes, right about now
We got Ramlah Ram right next to me,
Let's go

(Ramlah Ram)
Seandainya cinta ini bisa membahagiakan
Pastinya dunia ini akan ku miliki
Walau ku tidak mampu untuk meluahkan
Harapan cintaku ada dihati mu

Seharusnya aku dapat diberi peluang
Untuk menyayangimu sepenuh hati
Mungkinkah kau kan terima ku seadanya
Kerna ku belum tahu kau mencintaiku

(Caprice)
Yeah..yeah..yeah
What's up girl, it's your boy
Young hovo, so far and I'm trying closer
If friends talk, ain't that great
Wait a minute girl, I believe in fate
From the day when we met
Day when you left
I've been thinking about you
Every day dayday

Siang malam ku menunggu
Kau buat ku huruhara
Really wanna holahola
Bila nak manja manja, wow

(Ramlah Ram)
Oh sayang kini engkau perlu tahu
Ku tak ingin menjadi pemuja rahsia
Mencintaimu satu saat yang bermakna
Ku menanti lafaz cinta tiga kata

Andai kau sang pencinta wanita
Kau pasti kan dapat melihat aku dimata mu
Jujurnya adakah kau sudah berpunya
Membiarkan hatiku dalam dilemma

(Caprice)
Sebenarnya Caprice dah lama…

(Ramlah Ram)
Tiba waktu saat kunanti akhirnya pasti
Kaulafazkancintaseribupengertian
Lima minit yang ku tunggu saat bermakna
Kau kini menjadi milikku selamanya

Oh sayang kini engkau perlu tahu
Ku tak ingin menjadi pemuja rahsia
Mencintaimu satu saat yang bermakna
Ku menanti lafaz cinta tiga kata

Andai kau sang pencinta wanita
Kau pastikan dapat melihat aku dimata mu
Jujur nya adakah kau sudah berpunya
Membiarkan hatiku dalam dilema

(Caprice)
There's nobody else like me
Most likely and not like me
They are four maybe three
Take your two when I really got one

Eyyo sayang jangan bimbang

Antara bintang-bintang
Dikau saja yang berkilauan
Ku sentiasa di awan nano nano,

Yeah I know,
keangkasa,
I follow,
So we should get together
And pretend there's no
Tomorrow tomorrow

(Ramlah Ram)
Oh sayang kini engkau perlu tahu
Ku tak ingin menjadi pemuja rahsia
Mencintaimu satu saat yang bermakna
Ku menanti lafaz cinta tiga kata

Andai kau sang pencinta wanita
Kau pasti kan dapat melihat aku dimata mu
Jujurnya adakah kau sudah berpunya
Membiarkan hatiku dalam dilema

(Caprice)
Sayang jangan kau bimbang
Antara bintang-bintang
Sayang jangan kau bimbang
Antara bintang-bintang

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


Alhamdulillah Penghijrahan <b>Pierre Andre</b> | My Berita

Posted: 17 Nov 2012 10:45 AM PST

UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.

Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:

"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.

"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.

Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?

Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.

Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?

Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.

Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?

Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.

Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?

Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.

Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?

Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.

Ada sebarang sasaran?

Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.

Apa rancangan Pierre dalam tabligh?

Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.

Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?

Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.

Sumber

:: MYARTIS.COM ::: 5 GAMBAR - HIJRAH <b>PIERRE ANDRE</b>

Posted: 06 Nov 2012 12:00 AM PST


"Anugerah yang paling hebat adalah kalimah "La ila ha illallah" yang Allah berikan kepada kita, letak dalam hati kita. Jagalah kalimah ini, carilah ia, kerana itulah kemenangan sebenar. Allahu akbar! Peace, love Allah, love Muhammad," begitulah ucapan Pierre Andre yang masih diingati oleh kita pada Anugerah Skrin 2012 yang lalu.

Bagi yang masih belum tahu, Pierre kini bergerak aktif mengikuti kumpulan tabligh apabila mendapati jiwanya kosong. Semuanya gara-gara seorang hamba Allah yang mengajaknya menyertai aktiviti tersebut, lantas hatinya terus terpaut. Alhamdulillah!

Klik untuk imej besar...

Pierre ketika di Anugerah Skrin 2012...

ARTIKEL TERDAHULU:
NOSTALGIA PIERRE ANDRE
(Gambar-gambar Pierre ketika masih berhingus)