Pernah x dengar pasal Quad Bike? or maybe ATV? Aci berani potong jari lah..80% dr korang2 ni, sure x pernah dgr pasal ATV kan? kan?...or maybe korang tahu pasal menda alah yang aku nak cite jap lagi ni..tp,cuma tak tahu menda ni lah yg dinamakan Quad Bike/ATV..haha..ok! stop memalukan diri sendiri..
Baru-baru ni..aku, teeni & kak feeza gi lah men ATV ni kt Kemensah. Idea ni timbul bila kak feeza layan rancangan Nasi Lemak Kopi-O kt TV9 tu. Sejak tu dia da cam kena rasuk utk gi men ATV (hihi..tul kan kak feeza?? jgn mare haaaa...:p)
So, dipendekkan cerita..tibalah hari yg kitaorg plan nk men ATV..
Ikutkan, aku janji ngn teeni pagi nak gi sekali. Tp, teeni kata nak mik kak feeza dlu kat Seri Kembangan. So, cancel. Aku decide tuk gi terus n jumpa je kt depan Zoo Negara. Oh ye! Utk yg tak tahu, kemensah ni kat belakang zoo je...No wonder lah byk keta kuar masuk kt belakang zoo tu...rupenya, byk lg tempat best2 kt belakang tue..Selama ni, aku bajet yg reramai tu purposely dtg nk nengok menatang...Al-kisahnya..
Dlm 9.20pg, lebih kurang...sume da terpacak dpn zoo. So, kitaorg terus mulakan perjalanan ke kemensah. Perjalanan nak masuk ke dalam, ambik masa dalam 15-20minit je..Sepanjang perjalanan, mata dijamu dengan pemandangan indah rumah-rumah kampung ..rasa mcm nak balik Kulim plakk..& pondok2 kecik yang dibina di sepanjang sungai. Org kata, pondok2 yg ala2 chalet tepi sg tu, kumpulan Jinbara punye...band grup yg nyanyi lagu Farhana ohh Farhana..tew..x tau la betul ke tak.Kalo yg jenis ske berkarya, ske ngarang2, sgt2 la sesuai port kt sini. Memang tenang. memang best.
Jalan dlm kampung Kemensah ni agak sempit skit. Dalam satu2 masa, kena drive slow2 dan beri laluan pada kereta di laluan sebelah. Dalam lbh kurg 20min drive, kitaorg pun sampai....
weeeeee ~ X sbr nk cuba! Apa-apa pun, kena isi borang dulu... *mood : poyo teramat!!Lepas je park keta, dari jauh dah terdgr bunyi BRoooMMMmm BRoooMMMmm enjin ATV, yg membuak2 kan lg semangat kitaorg nak mencuba. Sampai2 je, kitaorg diminta untuk isi borang pendaftaran dan keselamatan. Prosedur biasa sebelum wat mana2 aktiviti lasak. Kemudian, diadakan briefing session yg ringkas tentang cara mengendalikan ATV..bermula dr kedudukan dan fungsi break depan, belakang, gear sehinggalah kepada arahan-arahan yg perlu diikuti sepanjang berada di trail nanti. :)
|
Selesai briefing session, snap pic dulu ye! huhu..mereka berdua begitu slim kan?? *jeles dowh! Sebelum memulakan perjalanan, sessi warm-up adalah diwajibkan. Kena tawaf pondok tempat daftar ni dlm 4-5 round sehinggalah memasing mahir. Bile dah agak ok skit, kitaorg pun start berkumpul utk mulakan perjalanan. Since kitaorg hanya dtg bertiga, kitaorg di campurkan dgn satu lg grup dak perempuan.Pun bertiga juga. Dan 2 org well-trained staff kemensah utk memantau di sepjg perjalanan. |
Sederetan ATV yg sedang menunggu kedatangan kitaorg..*tweet! aku cop kaler biru!!
Perjalanan dimulakan dengan menuruni bukit untuk turun ke jalan tar kat main entrance. Teeni belakang aku. Yang kak feeza lak jadi chief paling depan. Masa ni, memang ada sikit cuak arr sebab bukit tu pun leh tahan gak curamnya and penuh gile ngan pasir dan batu. Sorang-sorang diminta turun ikut giliran. Seterusnya, kitaorg dibawa melalui jalan tar perlahan2 sebelum menyusur masuk ke dalam hutan. Kat sini, sekali lagi kitaorg diuji. Kali ini kena naik bukit yg jauh lebih curam dan agak panjang laluannya. Ahhhaaaaa...~ Masa ni lah baru bermula nya cabaran bwk ATV ni. Sume elok aje lepas.. sorang-sorang..Tup-tup tiba time aku, tayar sangkut kat lecak lakk!! Ciss!! Masa ni aku dok nyumpah dlm ati. Baru nak tunjuk skills kt memember..menda ni bantai sangkut lak aii!! Time ni berpoluh gak la...Gile! Pandang depan, bro tu jauh nun jauh kat atas....Pandang belakang, huhh seriau...tapi, demi utk tidak menjatuhkan air muka aku depan bro2 tu, aku tekan minyak berkali2. Sebb awal2 td, yg aku igt, bro tu kata..."Apa pun jadi, jgn panik. Tekan n terus tekan minyak sampai jump skit!" ..huhu..jenuh aku tekan,still sangkut gak!! hareemmm tui.. Last2, aku pasrah n tekan emergency button tuk minta bro kat atas tu tuwun menyelamatkan aku.. :) Bro tu dtg and cpt2 tukar ATV dia ngn aku..huhu.." Sorry arr dik. Yg ni memg ade technical problem skit".." Oh ye ke bang? No wonder LAH!... "
Tengah-tengah hutan pun, masih sempat posing ok!
...Perjalanan kitaorg diteruskan lagi. Kali ni lagi mencabar. Kitaorg kena melalui barisan pokok buluh yg memasing dah tumbang melintang di laluan kitaorg. Bukan satu. Tapi berpuluh2. Memasing terpaksa tunduk n wat gaya mat rempit remm utk melepasi buluh-buluh tu. Memang challenging abehh.huhu. Tambah mencabar bile lepas je dari halangan pokok buluh tu, kitaorg terpaksa menyeberang anak sungai kecil dgn melalui satu jambatan yg keadaan fizikal nye tersgt lah aku was-was..Mcm nak roboh pun ada.Alhamdulillah...sume lepas...sampai la kitaorg tiba dkt satu kawasan lapang...Finally....sampai sudah kt air terjun..Yeaaayyyy!!! Sonoknyerr!!
Dah sampai kat air terjun!! Picnic time!!
Kalo ikut jadual, kitaorg hanya berenti kat air terjun tu dalam 15min je. Tp, mungkin dek tgk syiok sgt kitaorg, memasing mcm jakun x pernah jumpa air terjun, bro tu bior kitaorg lepak sampai lbh kurang 40min.Pergghh!! Memang best bro tu! Dahla sepanjang perjalanan kitaorg dera dia jadi photographer tak berbayar, kali ni minta dia bg extra time lak tuk kitaorg berehat sambil2 mencelup2 kaki kt air terjun ni..huuu...Air sejuk!! ggggggrrrrr...
Dah mula selengseng suar..kekunun nk rasa2 air sejuk ke tak... :p
Lebih kurang kul 12 tgh, kitaorg bertiga selamat kembali ke tmpat kitaorg daftar pg tu. Wahhh...tak tergambar keseronokkan dan pengalaman sepanjang hari tu. Memang xleh lupa lah! Mungkin utk sesetengah org, pakej 1-1 1/2j yg kitaorg ambik tu, x la berapa best berbanding pakej lain yg ditawarkan..tp, utk kitaorg bertiga yg baru pertama kali wat aktiviti mcm ni, memang tersgtlah best dan x dpt dilupakan. Insyaallah, aku akan dtg lagi ke tempat ni tuk cuba trail baru yg lg mencabar!
*kalo korg pasan, dlm gambar ni aku tersgtlah gumok. demm.Now, ngah diet! Harap2 dapat upload pic yg cun in the next entry! Doakan ye!
*Utk korg2 yg nak mencuba aktiviti ni, leh check kat
sini