Nuffnang

Ahad, 9 Disember 2012

Lisa Surihani - Google Blog Search

Lisa Surihani - Google Blog Search


<b>Lisa Surihani</b> Tuntut Bayaran Kerja Lebih Masa Untuk Artis - RotiKaya

Posted: 03 Dec 2012 06:50 PM PST

Bukan calang calang lonjakan populariti Lisa Surihani selepas berjayanya filem Istanbul, Aku Datang di pawagam bulan lalu,  khabarnya semakin di'hujani tawaran berlakon.

Kalau anda belum sempat untuk pergi menonton filem arahan Bernard Chauly ini, filem yang berlatar belakang kota Istanbul itu sudah boleh di'tonton melalui Astro First & edaran DVD.

Itu kisah filem lakonan beliau. Baru baru ini bercakap kepada Sinar Harian, Lisa Surihani luahkan rasa prihatin beliau tentang cara bayaran & masa bekerja artis tempatan ketika ini.

"Sebagai pelakon, kami bekerja lebih daripada 12 jam sehari dan ada kalanya sehari suntuk. Jadi, ia merugikan kami kerana waktu bekerja tidak tetap dan sentiasa lebih dari 12 jam"

"Kami tidak mempunyai waktu bekerja sedang di USA, mereka mendapat kelebihan ini. Sekiranya masa bekerja 12 jam sehari, selepas waktu itu ia dikira sebagai kerja lebih masa (OT) yang perlu dibayar produksi," ujar Lisa Surihani lagi.

Menurut Lisa Surihani lagi, jika perkara ini di'laksanakan, pihak produksi akan lebih berhati hati dalam perancangan dan akan cuba untuk menyiapkan kerja dalam masa yang di'tetapkan.

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


kes nusyuz - <b>rita rudaini</b> berjaya halang aidil - MyArtis

Posted: 07 Nov 2012 11:04 AM PST


Permohonan Aidil Zafuan Abd. Radzak yang mahu menuntut isterinya pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar kembali taat (nusyuz) ditolak oleh mahkamah rendah syariah Petaling Jaya, Selangor semalam. Aidil selanjutkan juga telah diperintahkan untuk membayar segala kos mahkamah selepas permohonan Rita untuk membatalkan permohonan tersebut diterima.

Hakim Syarie, Saharuddin Selamat membuat keputusan tersebut selepas meneliti kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, yang dikemukakan dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.


"Selepas meneliti permohonan plaintif (Aidil) yang difailkan pada 15 Mei lalu, didapati pihaknya meletakkan alamat yang tidak lengkap terhadap permohonan kembali taat yang dikemukakan terhadap pihak defendan (Rita).

"Jadi, pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan pada 3 Julai lalu diluluskan," katanya.

Saharuddin, turut memaklumkan, peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari telah menarik diri daripada mewakili plaintif yang dibuat pada 30 Oktober lalu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mahkamah tidak menangguhkan keputusan kes bantahan awal ini meskipun tanpa kehadiran dia (Aidil).

"Saya hanya ingin mempertahankan diri dan hak saya bersama anak-anak. Apabila sudah sampai di tahap ini (membawa kes ke mahkamah), maksudnya saya sudah mula berjuang dan tidak akan menoleh ke belakang.

"Selepas ini, peguam saya akan selesaikan status perhubungan kami pula. Tunggu sahaja nanti," ujarnya kepada media.

Untuk info, Aidil semalam tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diberi peringatan semasa sebutan kes pada 3 Oktober lepas.

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


MOST GLAM: <b>Erra Fazira</b>

Posted: 06 Nov 2012 09:24 AM PST

Erra hadir tepat jam 2.30 petang. Gayanya cukup simple, dengan menyarungkan kemeja-T A/X putih yang dipadankan dengan jean skinny kuning dan beg kanvas Prada biru. Datang dalam gaya yang cukup santai dan bersedia dengan kolaborasi yang telah diaturkan. Kali pertama berbual dan bertentang mata dengan bekas Miss Malaysia 1994 ini, yang tidak lekang senyuman di bibir dan sikapnya yang peramah, membuatkan saya senang mendekatinya.

"Gosip? Give me a break!" ujar Erra membuka bicara, seolah-olah mengerti perihal peribadinya bukan menjadi fokus buat GLAM untuk dijadikan santapan kepada peminatnya. Terserlah aura positif yang jelas pada wajahnya yang polos tanpa sebarang solekan seperti sudah dapat menduga segala kemungkinan pertanyaan yang akan diusulkan. Sepetang bersama Erra Fazira, banyak perbualan yang membibitkan memori indah tentang kerjaya seni dan sisi glamor kehidupannya.

"Cuma sejak kebelakangan ini, gosip mengenai peribadi saya sering disensasikan oleh sesetengah pihak. Walaupun secara fizikalnya saya kelihatan cukup baik, tetapi dari sudut mental saya akui a little bit tired but still okay."

"Percaya atau tidak ia terpulang kepada individu, tapi bagi saya, I don't want to declare anything to public, it's too personal. I anggap itu semua sebagai rencah kehidupan artis. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Mungkin itulah harga yang patut dibayar for being in this line. Malah, saya sering ingat dengan pesanan ibu… setinggi mana pun terbang, jangan lupa rumput di bumi. Sehingga sekarang saya masih pegang nasihat ini untuk dijadikan sebagai kunci motivasi pada diri,"

Dapatkan GLAM keluaran November di pasaran sekarang untuk membaca cerita penuh.

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


10 Gambar Cukur Jambul Anak <b>Que Haidar</b> & Linda Jasmine <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 12:55 AM PDT

You Are Here: Home » Berita Hiburan » 10 Gambar Cukur Jambul Anak Que Haidar & Linda Jasmine

Ahad lalu telah berlangsungnya majlis cukur jambul untuk Tengku Cleopatra Haidar, iaitu anak kepada pasangan selebriti terkenal Que Haidar dan Linda Jasmine.

Majlis telah diadakan di Restoran Songket, Kuala Lumpur.

Menerusi majlis tersebut, pasangan ini turut menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka Tengku Ratu Haidar, 3 tahun.

Berikut merupakan beberapa foto yang telah dimuat naik menerusi laman Facebook Songket Salikin Sidek

Popular Search Termscenderahati cukur jambul,cenderahati untuk cukur kepala,cenderahati untuk majlis cukur jambul,gambar baby cukur jambul,anak que hider,kontroversi que haidar dan linda jasmine,gambar majlis cukur jambul bayi,gambar cukur jambul anak que haidar,gambar anak que haidar 2011,foto anak que haidar,

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Enggan Komen Sebarang Gosip Cinta | OHBULAN!

Posted: 09 Dec 2012 04:00 PM PST


8 Disember lalu telah berlangsungnya pertandingan akhir 'Cabaran Skor Dashing Neon Futsal' yang diadakan di Sports Planet, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Pertandingan futsal yang dianjurkan oleh pihak Dashing kali ini kelihatan sungguh unik, di mana kesemua peserta dikehendaki bermain dalam cahaya Neon dan mereka dibekalkan dengan bola serta jersi yang bersifat 'Glow in the dark.'

Menerusi pertandingan ini, pihak penganjur turut mengadakan satu slot khas dengan mengadakan perlawanan futsal antara pihak media dan staf Dashing, di mana mereka turut menampilkan duta produk Dashing sendiri, iaitu Remy Ishak dan Henry Golding.

Perlawanan antara kedua-dua kumpulan ini menjadi sunggh meriah tatkala Henry Golding dan Remy Ishak masing-masing menjaringkan gol dan sekaligus menjadikan kumpulan Dashing menang 2-0 ditangan pihak media.

Menurut Remy Ishak, jaringan gol yang dilakukan olehnya ketika separuh masa kedua merupakan satu perkara yang diluar jangkaan dan tidak menjangka permainan yang dilakukan secara suka-suka boleh membuahkan hasil.

"Saya sebenarnya main suka-suka dan jaringan tadi bukannya satu yang dirancang. Lagipun saya dah lama tak main futsal," ujar Remy Ishak sambil tersenyum.

Dalam pada itu, Remy ketika diajukan soalan mengenai gosip cinta antara dirinya dan Maya Karin, serta penyebaran sekeping foto di internet yang menunjukkan dirinya dengan seorang wanita yang didakwa sebagai kekasih baru, aktor berbakat ini enggan memberi sebarang komen dan lebih selesa untuk mendiamkan diri.

Memandangkan acara pada petang Sabtu lalu melibatkan aktiviti sukan, jadi sempat juga pihak OHBULAN! meminta pandangan Remy Ishak mengenai corak permainan serta pencapaian pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya menerusi pertandingan 'Piala Aff Suzuki 2012.'

"Kejayaan pasukan Harimau Malaya ke peringkat seterusnya merupakan satu perkara yang boleh dibanggakan dan mereka juga telah mengharumkan nama negara. Namun begitu, perasaan bangga itu mungkin lebih dirasakan oleh skuad negara sendiri."

Merujuk perkembangan terbaru, Remy Ishak bakal muncul dengan drama bersiri terbaru di TV9 berjudul 'Cinta Jangan Pergi' yang akan mula ditayangkan pada Januari tahun hadapan.

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


<b>Najwa Latif</b> Digodam ~ Dimensi Siber

Posted: 07 Nov 2012 08:14 PM PST


Pagi tadi admin baru dapat berita yang facebook dan twitter Najwa Latif si gadis Youtube sudah pun digodam oleh Kapten Luffy 6hb November lalu. Apa yang admin dapat tahu akaun Najwa Latif ni digodam melalui akaun e-mail. Nasihat admin sila jaga akaun e-mail anda itu yang lebih penting dari akaun facebook dan twitter. Buat Najwa Latif yang sedang menduduki peperiksaan SPM harap bertabah okey, jagan risau sangat akan akaun ni. Tumpukan pada SPM dulu. Untuk informasi dan tip supaya tidak menjadi mangsa Hacker jom baca Tip dan Info Hacker Dimensi Siber disini.

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


Interview Afdlin, <b>Bront Palarae</b>, Zain Saidin

Posted: 04 Dec 2012 04:22 PM PST

Temubual oleh Crew Media Ikram Mesir ketika menyambut Delegasi Aqsa2Gaza11-Emergency Relief di Lapangan Terbang Kaherah.

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


Aidanisme: Doktor Sahkan Isteri Hamil, <b>Zahiril Adzim</b> Bakal Bergelar <b>...</b>

Posted:

Doktor Sahkan Isteri Hamil, Zahiril Adzim Bakal Bergelar Bapa. seronok dengar berita orang pregnant. semoga 1 hari orang akan seronok dengar berita macam ni daripada aku pulak. ^_^. Posted by Aidanisme at 3:30 PM ...

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


My Life & My Forever Love: BILA <b>SARA ALI</b> BERSHORTPANTS !

Posted: 05 Dec 2012 07:16 PM PST

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ
siapa SARA ALI ?? uolss kenal ???
akk ... x kenal.. baru kenal bila nama dia naik gara2 shortpants yg dia pakai didalam salah satu acara muzikal baru2 nie ..haaa di sebabkan shortpants dia nielah buat akak nak up entry , meluahkan perasaan ...
come on lahhh walau bagaimana sitausi atau alasan sekalipun awak tuu wanita muslim dan ISLAM ... kenalah berpada2 bila berpakaian .. nak2 u adalah artis .. artis yg sentiasa mata2 diluar sana melihat dan menilai .. silap hb ada yang meniru .. x malu ke ngan artis2 yg dah ramai bertudung tuu .. huhuh sedeyyy kan !


Jika di AIM Shila Amzah dengan mudah memohon maaf diatas keterujaanya mencium tangan ibarat Shanaz itu sudah sah menjadi suaminya kali ini di Anugerah Shout Awards kelihatan Sara Ali di kritik oleh peminat akibat pemakaian Shortpantnya. Tapi kenapa hanya Sara Ali?
Apa yang menjadikanya lebih menarik hal ini menimbulkan keghairahan penonton apabila Hashtag Sara Ali menjadi trending di twitter mengalahkan artis-artis yang lebih popular darinya. Pelbagai kecaman & kritikan diberikan kepada artis remaja ini diantaranya berbunyi :
"Mungkin bukan masanya lagi untuk Sara Ali berjubah atau bepurdah. Mengubah sesuatu mestilah ikhlas dari hati. Terpaksa pun tidak berguna"
"Sara Ali fikir hot ahh pakai shortpants cenggitu .Defukk ahh -,- nama islam so beragak ah sikit -,-"
Tapi yang lucunya ramai juga yang yang tidak mengenali siapa itu Sara Ali, Jadi keputusan Sara untuk memakai Shortpant adalah 'bertepatan' untuk dirinya lebih dikenali selepas ini.
"Siapakah Sara Ali tu? Aku yg ketinggalan zaman atau dia tu bukan artis?"
Hakikat yang harus kita terima pada dewasa ini ialah, tanpa pakaian yang seksi maka sebarang majlis berprestij untuk menghargai individu industri ini tidak akan meriah.

x tahu lahh nak cakap ape layie .. artis2 macam nie macam sama naik ngan artis2 yg dah bertaubat dan pilih jalan yg lebih baik tuu... hurmm dunia dah semakin akhir zaman kan .. sama2kita berdoa agar mereka2 yg masih sesat nie sedar dan mendapat hidayah dari allah ...
maluuuu uuuuuuu pakai macam nie ... akk malu sbb akak wanita islam juga .. soo rasa malu bila ada wanita sesama kita ISLAM yg berpakaian macam nie .. , so pihak berwajib ... tgk aje ke ???:(

Nashrin - Google Blog Search

Nashrin - Google Blog Search


`: alya (love) <b>nashrin</b> :D

Posted: 03 Nov 2012 07:06 AM PDT


kite punye muka buku . hihi 

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


11 Foto <b>Fizo Omar</b> Bercuti Ke Bangkok | OHBULAN!

Posted: 13 Nov 2012 10:16 PM PST


Pada 8 November lalu Fizo Omar dikatakan telah bercuti ke Bangkok, Thailand bersama krew Air Asia selama lima hari.

Sepanjang berada di Bangkok, Fizo telah sempat merakamkan beberapa foto kenangan untuk dikongsikan bersama peminat-peminatnya di Malaysia. Kesemua foto tersebut telah dimuat naik menerusi laman Instagram dan Twitter miliknya sendiri.

Jom lihat beberapa foto Fizo Omar sepanjang berada di Bangkok selepas ini :

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Nafi Bercinta Dengan Neelofa - Gua.com.my

Posted: 15 Oct 2012 11:05 PM PDT

Aktor serta penerbit popular Hans Isaac menafikan beliau dan aktres jelita Neelofa sedang bercinta, sekaligus menepis dakwaan sebuah portal yang menulis kononnya beliau mempunyai hubungan yang serius dengan pengacara Nona itu.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Gerald Hans Isaac ini mengakui masih di peringkat berkawan dengan pelakon filem Azura 2012 itu dan memberitahu tidak melihat hubungan yang terjalin ini akan sampai ke tahap yang lebih serius buat masa ini.

"Sejak dulu sampai sekarang saya sudah tegaskan yang saya dan Neelofa hanya berkawan. Sejauh mana perkenalan kami, itu adalah hal peribadi kami dan saya tidak selesa untuk menyentuh mengenai hal ini melainkan hal kerjaya saya kepada umum.

"Jika benar saya bercinta, saya akan maklumkan kepada semua dan tidak perlu untuk keluar sebarang gosip yang tidak benar," ujar pemuda berusia 41 tahun ini mengulas mengenai isu yang timbul.

GUA cuba menghubungi Neelofa bagi mendapatkan reaksi beliau mengenai hal ini namun telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi.

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>Faizal Tahir</b> Berjaya Lelong Trofi Sehingga RM80,000 | OHBULAN!

Posted: 29 Nov 2012 03:21 PM PST


Lewat malam semalam telah berlangsungnya mini konsert amal 'Untukmu Palestin' bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Majlis yang bersiaran selama satu jam tersebut telah menampilkan tujuh penyanyi tanah air yang masing-masing menyumbangkan sebuah lagu sempena tanda sokongan mereka terhadap program kutipan derma 'Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad.'

Antara penyanyi yang terlibat adalah Hafiz Hamidun, Kumpulan Raihan, Misha Omar, Tomok, Noh (Hujan), Aizat Amdan serta Faizal Tahir.

Menerusi mini konsert ini, Faizal Tahir telah mengambil peluang untuk menyerahkan tiga buah trofi kemenangannya kepada pihak yang telah berjaya menawarkan harga paling tinggi untuk trofi tersebut.

Antara trofi yang dilelong adalah 'Anugerah Juara Lagu (AJL) 2003′ menerusi kategori persembahan terbaik, 'Anugerah Industri Muzik (AIM) 15′ untuk Album terbaik 2008 menerusi album 'Aku Muzik Kamu' serta trofi 'Anugerah Planet Muzik (APM) 2008′ menerusi kategori artis lelaki paling popular.

Menurut Faizal, dia sendiri tidak menyangka trofi lelongannya boleh menjangkau sehingga puluhan ribu ringgit dan nilai tersebut adalah lebih daripada sasaran awal.

"Sebenarnya saya ada meletakkan satu sasaran untuk harga trofi, tetapi malam ini merupakan satu yang diluar jangkaan saya kerana ia telah dibeli dengan harga yang cukup tinggi iaitu sehingga RM50,000."

"Pada asalnya saya tidak kisah nak lelong seberapa banyak trofi. Cuma buat masa sekarang saya baru tentukan untuk tiga trofi ini sahaja. Lagipun saya memang target untuk kumpul sehingga RM100,000 untuk didermakan kepada tabung ini, tetapi tak bermakna bila dah samapi target tersebut saya akan berhenti."

Mengulas lebih lanjut mengenai lelongan trofi tersebut, Faizal akui ingin tonjolkan sesuatu yang luar biasa untuk tabung derma Palestin kali ini dan disebabkan itu dia membuat keputusan untuk melelong trofi kemenangannya.

"Bagi saya konsert adalah perkara biasa, jadi bagi lakukan sesuatu yang lain, justeru itu saya mengambil keputusan untuk lelong trofi walaupun pada hakikatnya saya amat sayang kesemua trofi tersebut."

"Apa yang mampu saya bagi, saya akan bagi. Mungkin dengan cara ini saya boleh beri kesedaran dekat orang ramai untuk turut menghulurkan sumbangan mereka kepada rakyat Palestin."

Berikut merupakan tiga pihak yang telah berjaya membida harga paling tinggi untuk trofi Faizal Tahir :

Telekom Malaysia (TM) – Suheilah Abu Bakar, Naib Presiden Segmen Entrepreneur TM (Trofi AIM 15  – RM50,000)

Maybank – Pn Eliza Mohamed, Naib Presiden Eksekutif Hal Ehwal Koprat Maybank (Trofi APM 2008 – RM20,000)

Celcom – Pn Rahizan Ismail, Pengurus Kanan Komunikasi Koprat Celcom Axiata Bhd (Trofi AJL 2003 – RM10,000)

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


<b>Azhar Sulaiman</b> Beri Penjelasan Murtad | MyNewsHub

Posted: 20 Nov 2012 07:42 PM PST

Nama pelakon, Azhar Sulaiman tiba-tiba menjadi sebutan apabila dia dikatakan telah mencetuskan kontroversi dengan kenyataan yang agak mengejutkan di laman Facebook miliknya.

Semalam, dia mengutarakan soalan kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bertanyakan bagaimana dia mahu pulang semula kepangkuan Islam memandangkan dia merupakan ahli Umno dan penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ini kerana sebelum ini, menerusi akhbar Utusan, Nik Aziz memberitahu siapa yang menyokong Umno adalah murtad.

Tetapi menurut Nik Aziz kenyataannya disalah ertikan oleh Utusan dan dia sebenarnya difitnah.

Walaupun begitu, menerusi Sinar Harian, Azhar Sulaiman menjelaskan dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik.

Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

"Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?

"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya yang dipetik melalui Sinar Harian, di sini, hari ini.

Oleh: KASIH ISA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wan Sharmila - Google Blog Search

Wan Sharmila - Google Blog Search


<b>Wan Sharmila</b> Tak Mahu Dituduh Gatal

Posted: 05 Dec 2012 01:39 AM PST


Status janda yang dipegang membuatkan pelakon genit, Wan Sharmila Wan Mohamed, 31, lebih berhati-hati dalam memilih teman hidup.

"Saya cuba elakkan suami orang," kata wanita dari Johor Bahru ini tatkala ditemui pada majlis pelancaran drama terbaru lakonannya, My Spy, yang mula menemui penonton pada 3 Disember di TV3.
Tegasnya, jika dia bertemu jodoh dengan lelaki yang sudah pun menjadi milik wanita lain, pasti dirinya akan menjadi bahan cercaan.

"Orang ramai akan cakap saya gatal dan tuduh saya jahat. Sebab itu saya perlu berhati-hati dan cuba mengelak daripada merapati suami ataupun teman lelaki orang lain.

"Jangan pula kata saya cerewet memilih pasangan kerana saya tahu akibatnya jika perkara sebegitu berlaku.

"Saya belum terfikir untuk kembali berumah tangga walaupun saya impikan anak ramai, kerana kebanyakan lelaki yang rapat dengan saya semuanya sudah berpunya," katanya yang mengaku sudah biasa bersendirian setelah rumah tangga bersama penerbit, Fazli Baharom, musnah tiga tahun lalu.

Ujar pelakon ini lagi, dia tidak mempunyai kriteria khusus lelaki bagaimana sesuai dijadikan teman hidup. Baginya, cukuplah jika dia selesa dengan lelaki itu.
Tiga tahun hidup solo, tidak dinafikan wanita ini bijak menghindari kontroversi.

Namanya jarang menjadi bualan kerana kisah cinta ataupun cerita panas. Semua itu, katanya, berpunca daripada dirinya yang tidak pandai mencetuskan kontroversi. Bagi Wan Sharmila, tiada apa yang menarik mengenainya yang boleh dijadikan kisah sensasi.

Berbicara mengenai pembabitan dalam My Spy, drama terbitan Radius One milik Shahrulezad Mohameddin yang dikongsi bersama bekas suaminya, katanya, dia amat rindu untuk bekerja di bawah produksi terbabit, terutama bagi drama berat terbitan mereka.

"Sudah agak lama saya tidak menerima tawaran daripada mereka. Inilah yang pertama selepas perceraian kami," katanya.

Sepanjang Ramadan lalu, Wan Sharmila terlantar sebulan di hospital kerana masalah kesihatan. Enggan mendedahkan penyakit dihidapi kepada umum, namun rentetan daripada penyakit itu, dia harus menjaga pergerakan.

Malah, hampir saja dia menolak tawaran berlakon dalam drama bersiri itu kerana ia membabitkan beberapa adegan lasak. Bagaimanapun, setelah berbincang dengan pengarah, Ramli Long, dan menjelaskan keadaan kesihatannya, mereka bersetuju untuk tidak memberikan babak berat kepadanya.

"Saya tidak boleh lasak, jika tidak bahagian pembedahan akan berasa sakit. Saya juga dinasihatkan banyak minum air. Akibatnya, ia menyukarkan saya di set penggambaran.

"Dua minggu selepas keluar hospital, saya kembali memenuhi undangan fotografi dan lakonan. Sekarang, saya kena pastikan lokasi penggambaran mempunyai tandas yang sempurna kerana saya kerap ke bilik air. Paling tidak, biarlah ia berhampiran dengan stesen minyak.

"Malah, hendak tidur pun sukar. Jika mengiring di sebelah kiri terlalu lama, kesan pembedahan akan terasa sakit. Selama ini, saya tidak pernah tahu saya sakit dan hanya menyedari perkara itu setelah berasa kesakitan yang teramat di bahagian kiri perut," katanya.

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Foto : <b>Fizz Fairuz</b> Bergambar Ala “Gangnam Style” Di Korea - OhBulan

Posted: 11 Oct 2012 05:08 PM PDT


Mohd Fairuz Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz, 33 tahun, telah berkongsikan beberapa keping gambarnya di laman Twitter dan Instagram untuk tatapan peminat semasa dia di negara Korea.

Fizz Fairuz tampil dengan personalitinya yang tersendiri sambil bergambar ala-ala "Gangnam Style" dengan latar belakang yang menarik. Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Fizz, suasana di Korea amat ceria dan menakjubkan.

Malah, dia juga sempat bergambar bersama salah seorang wanita Korea. Fizz Fairuz juga tampil  memakai jaket tebal di malam hari akibat faktor suhu yang sejuk. Menerusi laman Twitter, dia juga sempat menjejakkan kaki di Everland theme park untuk melihat perarakan kereta berhias.

Berikut merupakan foto-foto beliau di Korea :

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


<b>Yuna</b> @ Urbanscapes 2012 « Dedy Andrianto: For Those About To <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2012 09:51 PM PST

A proud Malaysian singer-songwriter, Yuna was in the spotlight performing in front of thousands Malaysian fans.

Yuna-5751Yuna-5783Yuna-5679Yuna-5717Yuna-5639 Yuna-5762Yuna-5651Yuna-5689Yuna-5666Yuna-5715 Yuna-5712Yuna-5755Yuna-5741Yuna-5780Yuna-5548

If you haven't heard of Yuna, she's a singer-songwriter who sings folk-acoustic songs. She's been a gem since her breakthrough in US. Currently she is signed to Fader Label along side with Editors, Matt & Kim, and Saul Williams. Her vocal is incredibly smooth. It's like a cross between Björk and Regina Spector. Just like her voice, her songs are just lovely. Live Your Live, for example, minimalistic and yet quite a funky tune. Decorate is my favorite song from her, love the finger-picking guitar and her voice is just incredible. Her beautiful rendition of Nirvana's Come As You Are will give you a goose bumps. See more of her on her official website.

Photographer's Note
The huge stage was well lit. The only thing is it was lit up mostly from the bottom. At this situation I had to shoot wisely, or else the performer's face will appear ghostly. There was no three song limit, so that was a blast. Shooting Yuna was so much fun. Her performance was top-notch. She's pretty much glued to the mic, but once in the while she come in front of the stage. The 80-200mm was the hero for this one. The 35mm and 11-16mm used to capture the audience and the entire stage.

Thanks to The Spacemen for the invite to contribute for Urbanscape.

Like my work? Like my Facebook page as well.

김연아 <b>Yuna</b> KIM SP - Kiss of Vampire 121208 NRW Trophy (HD <b>...</b>

Posted: 08 Dec 2012 09:02 AM PST

Sign in to YouTube

Sign in with your YouTube Account (YouTube, Google+, Gmail, Orkut, Picasa, or Chrome) to rate A94A94A94's comment.