Nuffnang

Sabtu, 23 Februari 2013

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


Srikandi <b>Mia Sara</b> Bersilat | GBS Musim Baru | Hootoh Blog

Posted: 18 Dec 2012 06:48 AM PST


Geng Bas Sekolah musim baru akan kembali tak lama lagi. GBS 5 masih lagi dalam proses penggambaran. Walaupun cuti sekolah Adik Mia Sara tetap bekerja. Banyak pengalam baru yang diperolehi oleh adik Mia dalam siri Geng Bas Sekolah musim baru ini. Yang terkini, adik Mia menjadi pesilat pula. Memang comel Srikandi Mia Sara memakai baju silat, semakin tak sabar untuk menyaksikan Geng Bas Sekolah musim baru ni.

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


Hot ! <b>Aqasha</b> pulak tayang badan sampai nampak pusat - Generasi <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2013 10:31 AM PST

Selepas Remy Ishak , kini dah jadi satu trend la pulak artis lelaki Melayu pakat dok tayang body muscle mereka di Instagram sendiri .Terbaru pelakon Aqasha pulak mempamer tubuh sasanya hingga nampak pusat untuk tatapan peminat .

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


Abby Abadi Perlecehkan Afdlin Shauki, <b>Bront Palarae</b> & Zain Saidin <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2012 11:13 AM PST

Agak tersentap juga apabila kami membaca status yang dikeluarkan oleh Abby Abadi mempertikaikan Misi Aqsa Syariff ke Gaza oleh rakan artis sendiri iaitu Afdlin Shauki, Bront Palarae & Zain Saidin di dalam laman Twitter @abby_abadi112 milik beliau.

Abby Abadi memperlecehkan rakan artis yang berniat suci dan ikhlas untuk misi ke Palestin ini kerana menyokong kata-kata follower, di Malaysia mereka mengundi UMNO atau Barisan Nasional. Oh, kenapa perlu ada diselitkan politik dalam agenda misi ke Gaza ya?

Menurut Abby Abadi lagi, sebenarnya beliau pun mendapat jemputan untuk misi ke Gaza tetapi sebab terikat dengan program dan tanggungjawab kepada ibu bapa serta anak-anak menyebabkan beliau memberi peluang kepada rakan artis lain. Ye ke?

Janganlah dipertikaian dan diperlecehkan niat suci saudara kita untuk membantu saudara Islam kita di sana disebabkan taksub dengan politik.

WHOA! Tak sangka pula kalau sokong UMNO, kita tak boleh bantu saudara di Gaza Palestin.

Google Catcha!

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Fauzi Nawawi - Saya Tak Pernah Bersama <b>Rita Rudaini</b> - Gua.com.my

Posted: 31 Jan 2013 08:00 AM PST

Hubungan yang baru sahaja pulih nampaknya masih lagi diuji apabila baru-baru ini pelakon Rita Rudaini mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu suami Lisdawati, Fauzi Nawawi berada di set penggambaran drama terbaru gandingan mereka bertiga, 'Kerana Sarah' arahan Murali Abdullah.

Atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan, kenyataan Rita tersebut menimbulkan tanda tanya kepada ramai pihak terutama Fauzi sendiri.

"Saya sendiri tak faham kenapa Rita enggan saya berada di set penggambaran. Kami sepatutnya ada satu babak bersama, tetapi Rita meminta kepada penerbit dan pengarah untuk mengolah semula skrip tersebut agar kami tidak bertembung", kata Fauzi.

Tambah Fauzi, dia tidak ada masalah sekiranya itu keinginan Rita kerana Fauzi enggan timbulkan masalah pada produksi dan tidak mahu penggambaran drama tersebut tergendala gara-gara masalah itu.

"Saya rasa dah lama masalah ini selesai. Tambahan pula, saya tidak pernah masuk campur ketika dia dan Lisda bergaduh dulu. Jadi saya tak faham kenapa masalah ini diungkit lagi", katanya.

Walaupun Lisda menasihati Fauzi untuk tidak memberi sebarang kenyataan lagi kepada media, namun Fauzi merasakan dia harus menerangkan kepada semua pihak bahawa dia tidak terlibat dalam permasalahan antara Lisda dan Rita.

"Saya tak pernah bersama Rita, malah tak pernah kecewakan atau sakiti dia. Jadi apa yang besar sangat masalah antara saya dengan Rita ini? Kalau itu keinginan dia, saya turutkan. Tapi saya harap Rita fikir masak-masak sebelum keluarkan sebarang kenyataan kerana hal ini boleh memalukan dirinya sendiri", ujar Fauzi yang turut menyatakan dia akan lebih berhati-hati ketika menjawab soalan media mengenai isu ini.

Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


Nabila Medan: Mata Hati (<b>Nubhan</b>) - Ost Setia Hujung Nyawa

Posted: 08 Feb 2013 04:40 AM PST

Selamat malam!!
Okay, tadi nabila dapat komen , ada yang bertanya.. Ada satu lagi lagu latar yang dimainkan di drama Setia Hujung Nyawa. Yang pasti penyanyinya seorang lelaki. Mungkin lagu yang dicari ialah lagu Mata Hati yang dinyanyikan oleh Nubhan ini.
 Lirik Mata Hati (Nubhan)
Telah ku kata cinta ini selamanya 
Telah ku janji selalu di sisi 
Walau apa terjadi tak ku mungkiri
Begini dekat begitu jauhnya 
Oh di matamu yang makin suram 
Pudar cahaya meremuk jantung ini
Pandanglah aku dengan mata hati 
Peganglah ku biar ku rasa bernyawa 
Ku ingin rasa ku masih bermakna
Telah ku hafal tiap garis di wajahmu 
Telah ku kenal bahasa tubuhmu 
Membiarkan kau resah begini 
Kerana aku yang pernah kau kasihi
Perpisahan paling menyeksa 
Sedang di puncak tertinggi dalam kehidupan 
Namun siapalah aku untuk merubah suratan 
Ku ingin rasa ku masih bermakna
Pandanglah aku dengan mata hati 
Ku rayu padamu peganglah aku 
Ku ingin rasa ku masih bermakna
Ku ingin rasa ku terus bernyawa 
Telah ku kata cinta ini selamanya

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


#MalaysianHipHop: Video : Jay Walia X <b>Altimet</b> - Bidadari (FlyFM <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 07:17 PM PST


This is sweet. Dope track, Jay.

<b>Altimet</b> | EH!

Posted: 26 Sep 2012 09:00 PM PDT

Altimet Altimet

Fizikalnya yang tinggi lampai dengan raut wajah cukup maskulin dan imej kepala botaknya membuatkan dia kelihatan agak serius orangnya ketika sesi penggambaran berlangsung. Namun perlahan-lahan saya bersama Nurul dapat juga bergaul bersamanya dalam suasana dekorasi restoran Tranquerah yang cukup klasik dengan elemen vintaj. EH! membawa anda menyelam isi benak fikir dan hati Altimet tentang visinya dalam muzik dan kehidupan.

MENGAPA ALTIMET?
Sebetulnya nama ini datang dari perkataan Inggeris 'ultimate' yang membawa maksud muktamad atau mutakhir yang diinspirasikan oleh DJ Premier. Saya mengubahnya kepada Altimet agar kelihatan lebih Melayu.

BAGAIMANA PENGARUH HIP-HOP ANDA BERMULA?
Lagu Bring The Noize kolaborasi Public Enemy dan Anthrax cukup menakjubkan. Dari sini minat terhadap hip-hop bermula biarpun sebelum itu saya amat dekat dengan muzik heavy metal.

SEJAUH MANA ANDA MAHU BAWA MUZIK YANG DIPERJUANGKAN SEKARANG?

Saya mahu jadikan Malaysia pusat hip-hop di Asia Tenggara dan seterusnya Asia.

JIKA DIBERI PELUANG MENERBITKAN KARYA BUAT BAKAT TEMPATAN?

Ila Damiaa dan Amir Jahari.

PERTEMBUNGAN MUZIK DAN FESYEN DILIHAT SEBAGAI SATU BUDAYA POP YANG SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI IMPAK DALAM KEHIDUPAN SOSIAL SEHARIAN. PANDANGAN ANDA?
Ada mengatakan ini adalah satu efek globalisasi namun saya lihat ia lebih kepada pertembungan dua medium berbeza yang membentuk satu budaya untuk menarik minat ramai dan berjaya menjadi satu fenomena. Baik atau buruk bergantung pada penilaian individu.

RAPPER DIANGGAP SAMA SEPERTI PEMUISI YANG MENYANTUM BAIT PERKATAAN DAN KADANG SINIS DALAM PENYAMPAIAN. KOMEN ANDA?
Bagi saya inilah indahnya muzik hip-hop. Kami mampu bercerita atau memberi respons pada apa jua isu yang berlegar sama seperti penulis dan pemuisi. Saya melihat ia sebahagian daripada medium untuk menyuarakan pendapat dan saya lihat ia juga sebagai sejenis lagu rakyat.

SELAIN HIP-HOP GENRE APA YANG MAHU ANDA CUBA?
Ska, dub reggae, dubstep, dram dan bass juga house music.

KARYA ANDA YANG PALING ANDA GEMARI?
Syukur, Kotarayaku, Bangkit dan Aku Tahu.

ALBUM PERTAMA YANG ANDA BELI?

Michael Jackson- Thriller. Ia juga merupakan album kedua dan ketiga yang saya beli.

IKON DALAM BIDANG MUZIK?

Mos Def, Jay Z dan Ahmad Izham Omar.

KELEMAHAN DIRI YANG ANDA MAHU PERBAIKI?

Kesabaran.

KELEBIHAN ANDA BERBANDING PEMUZIK LAIN?

Apa yang saya tahu saya bekerja keras dalam setiap apa yang saya lakukan.

TOPIK YANG SENANG UNTUK BAWA ANDA BERBUAL?
Muzik, hal ehwal tempatan dan dunia.

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


He&#39;s Too Cute – Ahmad Dhani Tawan Hati <b>Nora Danish</b> | OHBULAN!

Posted: 03 Feb 2013 09:43 PM PST

Ahmad Dhani & Nora Danish8

Baru-baru ini Nora Danish telah terbang ke Indonesia bagi menjalani penggambaran untuk sebuah program tayangan Astro Ria yang berjudul 'Republik Cinta Ahmad Dhani.'

Sepanjang sesi penggambaran program tersebut, terdapat juga beberapa gambar yang menunjukkan Nora Danish menjeling manja kearah Ahmad Dhani dan mereka kelihatan sungguh serasi apabila digandingkan bersama. Mesti ramai peminat Nora di luar sana jeles melihat kemesraan mereka berdua kan?

Ahmad Dhani Tawan Hati Nora Danish

Bukan itu sahaja, malah pelakon jelita ini turut memuji Ahmad Dhani dengan caption berbunyi, "He's too cute" di laman Instagramnya. Wah, terer sungguh Ahmad Dhani tackle hati Nora Danish ya!

Menurut Nora, program 'Republik Cinta Ahmad Dhani' ini adalah khusus untuk tontonan peminat-peminat Ahmad Dhani sendiri, di mana ia bakal menceritakan segala isu-isu yang berkaitan dengan muzik ciptaan penyanyi ini dan bakal ditayangkan di saluran Astro Ria.

Jom layan foto-foto Nora Danish bersama Ahmad Dhani selepas ini :

Sumber : Instagram Nora Danish

Tags: ,

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Ezlisa Loy (Adik <b>Elfira Loy</b>) Bertudung

Posted: 27 Dec 2012 12:26 PM PST

Ezlisa Loy yang berusia 16 tahun ini adalah adik kepada pelakon, Elfira Loy. Ezlisa juga merupakan seorang pelakon telemovie, Debunga Lalang, Sejadah Kaabah dan Qalesha. Dikhabarkan yang Ezlisa sudah mengenakan tudung pada dirinya.
Cerita bertudung ini bermula apabila dia bermimpi yang cukup mengerikan bagi dirinya. ini adalah petikan daripada portal malaysiandigest.com
"Baru-baru ni saya mimpi tentang hari Kiamat. Dalam mimpi tu, saya dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada batu bulat-bulat jatuh dari langit. Saya sangat takut. Saya terus cari mama. Tapi mama tak ada. Ahli keluarga yang lain juga tidak ada. Saya takut sangat.

"Kemudian saya tersedar. Saya terus lari ke arah mama dan menangis. Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi hari Kiamat. Sebenarnya, sebelum ini sudah beberapa kali saya mimpi perkara yang sama, tapi kali terakhir mimpi saya tu, saya tak dapat cari mama. Itu yang buat saya rasa takut sangat,


"Bab berlakon ni sebenarnya saya tak fokus sangat. Saya berlakon pun hanya sebab nak cari duit lebih untuk nak beli barang-barang yang saya suka. Sebab tu saya tak berapa risau sangat soal itu. Tapi selepas ini kalau ada tawaran, saya akan pastikan watak yang saya terima sesuai dengan penampilan saya sekarang.

"Saya tahu banyak yang perlu dijaga. Sebelum buat keputusan ni pun, kakak (Elfira) ada bertanya sama ada saya betul-betul serius nak teruskan niat ni. Saya kata, ya. Kakak memberi sokongan kepada saya. Malah dia yang lebih teruja. Tudung-tudung saya semua dia yang belikan. Saya tak pandai sangat bergaya, jadi kakak yang banyak ajar saya cara nak pakai tudung.

"Saya tahu lepas ni mesti ada yang akan berkata, adik dah pakai tudung, kakak bila lagi? Benda (bertudung) ni tak boleh dipaksa-paksa", katanya.


views | Tag: , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Sambutan Boot Camp <b>Faizal Tahir</b> Di Luar Jangkaan - Gua.com.my

Posted: 22 Feb 2013 06:43 PM PST

Sambutan bagi program "Boot Camp - The Edge And The New Marketing Strategy Of Promoting The Album" yang julung kali diadakan mendapat sambutan yang cukup hangat selepas hanya sehari diuar-uarkan di portal gua. Hinggakan ada di antara peminat-peminat Faizal Tahir yang sudah bekerja meluahkan hasrat ingin turut serta dalam program tersebut.

Dengan itu, pihak pengurusan Monkey Bone telah bersetuju menaikkan lingkungan umur para peserta dari 19 ke 29 tahun. Hendak diingatkan bahawa 'boot camp' ini adalah bertujuan mendengar pendapat setiap peserta berkenaaan halatuju album terbaru Faizal yang akan menemui peminat tidak lama lagi.

"Saya juga mahukan idea-idea baru dari golongan muda untuk memasarkan album ini. Saya percaya mereka mempunyai idea-idea yang unik dan masih belum pernah di lakukan sebelum ini," kata Faizal.

Pembentangan kertas kerja "Boot Camp - The Edge And The New Marketing Strategy Of Promoting The Album" akan dilakukan bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian TV Media Prima, Ahmad Izham Omar, Ketua Jabatan Pengurusan Artis/The 8 Unit, Datin Jacynta Au-Yong dan Faizal sendiri.

Juga diingatkan, para peserta harus membawa komputer riba masing-masing.

Para peserta perlu menghantarkan penyertaan mereka - melalui emel kepada gua.editorial@gmail.com besertakan nama penuh, nombor telefon, jurusan yang diambil dan nama IPT. Buat yang sedang bekerja, kongsikan maklumat tentang pekerjaan yang sedang dilakukan - sebelum 24 Februari 2013 agar nama anda dapat dimuatnaik ke laman web www.gua.com.my.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai 'boot camp' ini kerana Faizal juga akan menyanyikan beberapa lagu daripada album terbarunya.

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


Blog Serius - Serius Beb!: Serius LOL - Kembar <b>Hans Isaac</b> Ditemui

Posted: 01 Feb 2013 08:45 AM PST


hehehehe

Yeah kembar Hans Isaac ditemui!

 



Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


Koleksi Foto Anak <b>Eira Syazira</b> & Azad Jazmin | OHBULAN!

Posted: 21 Feb 2013 11:36 PM PST

Screen Shot 2013-02-22 at 3.24.18 PM

Mesti ramai peminat-peminat sudah tidak sabar untuk melihat wajah comel puteri sulung Eira Syazira dan Azad Jazmin bukan?

Ok. Di sini kami tampilkan beberapa koleksi foto comel Amarra Sofea Rose untuk tatapan anda semua dan untuk makluman anda, pasangan suami isteri ini akan mengadakan majlis cukur jambul serta aqiqah untuk puteri sulung mereka pada bulan hadapan.

Kini baby Amarra telah berusia satu bulan, 10 hari dan menurut Eira Syazira dia akan berkongsi wajah sebenar puterinya kepada umum setelah dirinya habis pantang kelak.

Apa pun di sini kami ingin tampilkan beberapa foto comel Amarra untuk semua peminat Eira dan Azad. Meskipun muka baby tidak nampak berapa jelas, akan tetapi kami pasti Amarra mesti seorang anak yang comel seperti ibu bapanya juga :)

Kredit Foto : Instagram Eira Syazira

Tags: , , ,

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


Yuna & <b>Juliana Evans</b> Selamat, Tempat Liyana Jasmay Bakal <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 08:42 PM PDT

 

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya lebih 84 terkorban (setakat jam 9 malam tadi) apabila Taufan Sandy membawa angin kuat dan hujan lebat di timur laut Atlantik membadai New York, Amerika Syarikat (AS), awal pagi semalam.

Berikutan bencana tersebut, semua pengangkutan awam di Amerika Syarikat seperti kereta api bawah tanah, bas dan kereta api antara wilayah dihentikan. Kota itu juga bergelap akibat terputusnya bekalan elektrik dan kejadian itu dilaporkan sebagai bencana alam paling teruk yang melanda kota metropolitan itu.

Meskipun begitu, media tempatan melaporkan bahawa semua rakyat Malaysia yang berada di sana berada dalam keadaan selamat, termasuklah tiga artis kita yang kini menetap di sana iaitu Liyana Jasmay, Juliana Evans dan Yuna Zarai.

Menurut Yuna dan Juliana Evans, tempat mereka yang masing-masing terletak di kawasan Malibu dan Michigan berada dalam keadaan selamat dan tidak dilanda Taufan Sandy.

Kawasan yang didiami oleh Liyana Jasmay bagaimanapun menghadapi sedikit gangguan bekalan elektrik, tetapi masih berada dalam zon selamat.

Tags: , , , , ,

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


Pilihan Anda: Shout Awards 2012: Seluar terlalu pendek <b>Sara Ali</b> <b>...</b>

Posted: 24 Nov 2012 06:06 AM PST

|

Sebab kenapa kami mahu sangat pergi ke majlis anugerah muzik besar yang dianjurkan di Malaysia ini bukan kerana kemeriahanya yang tidak seberapa, tapi lebih ingin melihat gelagat selebriti yang cuba meraih sedikit publisiti dengan sengaja mahu menimbulkan kontroversi untuk lebih dikenali.

Jika di AIM Shila Amzah dengan mudah memohon maaf diatas keterujaanya mencium tangan ibarat Shanaz itu sudah sah menjadi suaminya kali ini di Anugerah Shout Awards kelihatan Sara Ali di kritik oleh peminat akibat pemakaian Shortpantnya. Tapi kenapa hanya Sara Ali?

Apa yang menjadikanya lebih menarik hal ini menimbulkan keghairahan penonton apabila Hashtag Sara Ali menjadi trending di twitter mengalahkan artis-artis yang lebih popular darinya. Pelbagai kecaman & kritikan diberikan kepada artis remaja ini diantaranya berbunyi :

"Mungkin bukan masanya lagi untuk Sara Ali berjubah atau bepurdah. Mengubah sesuatu mestilah ikhlas dari hati. Terpaksa pun tidak berguna"

"Sara Ali fikir hot ahh pakai shortpants cenggitu .Defukk ahh -,- nama islam so beragak ah sikit -,-"

Tapi yang lucunya ramai juga yang yang tidak mengenali siapa itu Sara Ali, Jadi keputusan Sara untuk memakai Shortpant adalah 'bertepatan' untuk dirinya lebih dikenali selepas ini.

"Siapakah Sara Ali tu? Aku yg ketinggalan zaman atau dia tu bukan artis?"


Hakikat yang harus kita terima pada dewasa ini ialah, tanpa pakaian yang seksi maka sebarang majlis berprestij untuk menghargai individu industri ini tidak akan meriah.

Buahmulut.com

PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Berkaitan : HIBURAN, TERKINI


Share/Bookmark comments
Posted by Desperado on 11:01 PTG. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Aida Aris - Google Blog Search

Aida Aris - Google Blog Search


Sekitar majlis pernikahan pelakon <b>Aida Aris</b>

Posted: 04 Sep 2010 01:03 AM PDT

Tahniah! Dengan sekali lafaz, aktres Aida Aris, 38, sah bergelar isteri kepada duda anak dua, Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain, 38, di kediaman pengantin perempuan pada pukul 10.45 pagi di Taman Sierra Ukay, kelmarin 4 September 2010. Kedua mempelai dinikahkan dengan mas kahwin RM330. Aida turut menerima hantaran berupa sebentuk cincin daripada pihak lelaki dan membalas kepada pasangannya dengan hantaran yang sama. Turut hadir memeriahkan majlis adalah pelakon Sharifah Haslinda dan suami, Datuk Seri Reezal Merican Naina. -mStar

views | Tag: , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


[Berita] Orang Kedah Pilihan Cinta <b>Fizo Omar</b>

Posted: 04 Feb 2013 12:32 AM PST

Masa mengikut zon GMT +8. Masa sekarang ialah 01:08 PM.

Forum Dijana oleh vBulletin™. Hakcipta ©2000 - 2013, Jelsoft Ent Ltd.

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


JALAN - <b>Awan Band</b> Seronok Bercuti Dengan GUA - Gua.com.my

Posted: 14 Sep 2012 08:55 PM PDT

Sempena meraikan ulangtahun GUA yang kelima, baru-baru ini GUA telah membawa beberapa pembaca GUA bercuti ke Tanah Aina, Raub, Pahang bersama kumpulan muzik yang popular dengan lagu "Lintasan Bintang", Awan Band.

            

Percutian yang ditaja oleh pengurusan Tanah Aina ini cukup menyeronokkan kerana sepanjang dua hari satu malam itu kami berpeluang mengikuti beberapa aktiviti menarik. Paling penting, percutian singkat ini memberi ruang untuk kami berehat serta mendekatkan diri dengan kehijauan alam. Lupa segala masalah di tempat kerja.

            

Hendak tahu apa aktiviti yang sempat kami lakukan? Jom ikuti catatan GUA ini. Kalau berkenan, bolehlah merancang percutian ke Tanah Aina nanti. Seronok! Lebih-lebih lagi kalau bercuti bersama sekumpulan rakan-rakan yang 'sporting'.

            

Perjalanan ke Tanah Aina dari  Kuala Lumpur tidak mengambil masa yang terlalu lama. Kira-kira satu jam setengah masa pemanduan sahaja. Bagaimanapun, untuk sampai ke sini anda tidak boleh membawa kenderaan sendiri, kerana laluannya tidak mengizinkan. Hanya kenderaan pacuan empat roda dan lori kecil sahaja yang boleh melalui laluan ke lokasi percutian ini.

            

Baiklah, GUA tidak mahu bercerita secara terperinci tentang tempat ini kerana mahu menyimpan sedikit informasi untuk ulasan selanjutnya. GUA mahu dapatkan komen Awan Band serta pembaca terpilih tentang percutian julung-julung kali ini.

            

Menurut Ully, Ijan, Boboi dan Jay mereka berasa cukup bertuah kerana dapat mengikuti percutian ini. Jelas mereka, ia satu pengalaman yang cukup berharga dan di luar ekspektasi mereka.

            

"Kami memang suka percutian berkonsepkan alam semulajadi. Tetapi Tanah Aina memberi satu pengalaman baru. Tak sangka ada lokasi percutian sebegini dan paling penting ia melangkaui ekspektasi kami. Segalanya sempurna. Bilik tidur cukup selesa sehingga rasa malas hendak meninggalkan katil.

            

"Bilik mandi juga sangat memuaskan. Macam penginapan bertaraf lima bintang. Tidak seperti kebanyakan hotel atau resort yang mengetengahkan konsep yang sama. Satu lagi kelainan Tanah Aina ialah ia turut menyelitkan sesi pendidikan untuk menyedarkan pengunjung tentang pencemaran alam yang semakin berleluasa. Kami rasa, Tanah Aina unik dan punya tarikan tersendiri. Tak mustahil kami akan kembali ke sini" ujar Ully mewakili rakan-rakan lain.

            

Sementara itu,  Ijan turut memberitahu dia dan rakan-rakan sangat seronok dengan aktiviti perkelahan di air terjun berhampiran.

            

"Walaupun perjalanan ke lokasi perkelahan itu memakan sedikit masa, tetapi ia berbaloi. Dengan airnya yang sejuk dan jernih, ia membuatkan sesiapa sahaja tidak sabar hendak mandi-manda di sana. Bukan itu sahaja, kami juga dapat menguji keberanian kami dengan terjun daripada pelantar setinggi 15 kaki. Mula-mula memang rasa berdebar-debar, tetapi setelah lakukannya sekali, terasa ingin lakukannya sekali lagi," ujar Ijan.

            

Dalam masa yang sama, Awan Band juga gembira dapat menghabiskan masa bersama-sama pembaca GUA. Mereka menganggap ia  peluang untuk memperkenalkan kumpulan mereka secara lebih dekat kepada peminat.

            

            

Apa pula komen pembaca GUA yang bertuah? Adakah mereka seronok dengan percutian ini? Menurut Rosnani Md. Dan, 21, dia berasa sangat bertuah dan bangga kerana dapat menghabiskan masa bersama Awan Band dan juga team GUA. Baginya, pengalaman itu cukup berharga dan dia tidak mungkin akan melupakannya.

            

            

Bagi Norimy Mat Salleh, 21, pula, dia sukakan konsep percutian yang mendekatkannya dekat alam semulajadi. Malah, turut mengakui mendapat pelbagai pengalaman menarik yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang tidak dapat turut serta.

            

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tanah Aina, jangan lupa membaca ulasan mengenai tempat ini dalam artikel seterusnya.