Nuffnang

Rabu, 21 Disember 2011

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


:: MYARTIS.COM ::: MAJLIS CUKUR JAMBUL ANAK <b>AQASHA</b>

Posted: 18 Dec 2011 12:39 PM PST


Gambar majlis cukur jambul anak Aqasha, Alehandra Ahmad Firdee yang berlangsung baru-baru ini. Diam tak diam, Alehandra kini sudahpun berusia lebih 3 bulan dan amat rapat dengan ayahnya yang prihatin.

"Anak aku baru menunaikan nazar. He he he. Don't worry son, girls these days like bald guys," seloroh Aqasha yang selalu mengusik anaknya meskipun Alehandra masih belum mengerti apa-apa.

Klik untuk imej besar...

Full content generated by Get Full RSS.

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


AKSI <b>REMY ISHAK</b> DAN TIZ ZAQYAH DALAM ADUH SAYANG

Posted: 21 Dec 2011 11:33 AM PST

Sinopsis Drama Telemovie Aduh Sayang
Aduh Sayang berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun. Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus. Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat.
Nani dan Shidi bersetuju lalu Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama nenek dan datuk mereka. Walaupun merindui anak-anak, Nani dan Shidi kelihatan lebih tenang dan bersemangat di tempat kerja kerana mendapat rehat yang secukupnya sejak ketiadaan anak-anak mereka.
Namun, mereka dikejutkan dengan berita penjaga rumah asuhan tempat mereka menghantar anak telah ditanggap kerana terlibat dengan sindiket menjual budak…
Pelakon: Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Rahim Omar, Fatimah Abu Bakar.
Cerekarama: Aduh Sayang, 31 Disember, 9.00malam
Full content generated by Get Full RSS.

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


“<b>Bront Palarae</b>” Muncul Dari Satu Insiden | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2011 08:20 PM PST

BUKAN orang baru, Bront Palarae sebenarnya sudah lapan tahun berada dalam dunia seni tempatan. Tetapi dalam tempoh itu, namanya tidaklah begitu memuncak berbanding segelintir artis-artis lelaki lain.

Bagaimanapun dalam tempoh mencari tapak dalam dunia lakonan tempatan, tahun 2010 benar-benar memberi nafas baru terhadap perjalanan kerjaya seninya apabila Bront dapat melonjakkan namanya dengan sekelip mata.

Semuanya bermula selepas kejayaan anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Belukar pada Festival Filem Malaysia (FFM23) dan Anugerah Skrin 2010 (ASK2010).

Pelakon ini seperti memiliki aura yang tersendiri apabila berdepan dengan umum. Namun, apa istimewanya Bront Palarae? Kehebatannya berlakon, memiliki nama yang pelik atau mungkin kerana rupa parasnya?

Mingguan mStar mendekati lelaki yang mempunyai satu karisma yang unik untuk dikongsi.

Lebih-lebih lagi dengan memiliki nama yang janggal didengar, ramai mempersoalkan bagaimana pelakon berusia 33 tahun ini memperoleh nama tersebut. Pelik bukan?

"Saya tahu, orang selalu tanya nama itu datang dari mana, kerana nak ikutkan nama sebenar saya adalah Nasrul Suhaimin Saifuddin.

"Tapi sebenarnya, Palarae adalah nama keluarga saya. Nama itu sering digunakan kami. Nama Bront pula diberikan oleh kawan-kawan sekolah. Sejarah nama itu tercipta apabila emak saya memanggil saya dengan satu gelaran. Saya kena rahsiakan gelaran itu… malu…

"Kawan-kawan sekolah pula tersalah dengar. Mereka seakan-akan mendengar emak saya menyebut "Bront". Jadi gara-gara "insiden" itulah terus terlekat nama Bront sehingga hari ini.

"Tapi saya juga ada panggilan lain di rumah dan nama itu agak manja. Bagaimanapun saya enggan beritahu apakah nama itu. Saya enggan mendedahkan terlalu banyak perkara tentang diri dan kehidupan saya.

"Lagipun pelakon Hollywood, Johnny Depp juga disukai orang ramai, tetapi mereka tidak tahu mengenainya secara lebih terperinci. Saya selesa cara begitu," katanya tersenyum.

Tambah Bront, dia lebih suka peminat mengenalinya menerusi kerja-kerja seninya dan bukannya kisah peribadi.

Terlibat dengan filem indie

Menyifatkan pengiktirafan yang diterima sebagai satu permulaan, Bront yang berdarah Melayu-Pakistan sebelah ibu dan Siam-Cina sebelah bapa, merasakan kehidupannya sebagai seorang pelakon masih lagi berjalan seperti biasa.

"Apa yang saya dapat hari ini adalah satu bonus buat saya untuk memajukan diri. Bagaimanapun, untuk berjaya, saya tidak boleh melakukannya seorang diri.

"Tanpa kerjasama seluruh tenaga produksi, impak sesebuah karya filem kepada penonton pastinya kurang," tegasnya yang bakal menerbitkan sebuah filem berjudul, Tiga Rasa di bawah syarikat penerbitannya, Otto Films.

Bagaimanapun, kata Bront, terdapat sedikit perubahan yang dirasakan apabila orang di sekelilingnya mula memberi perhatian lebih ketika di set penggambaran.

"Walaupun begitu, tawaran filem yang diterima masih lagi sama dan bayaran lakonan juga tidak meningkat. Sekarang ini saya kembali kepada projek-projek indie di mana salah satu filem yang akan saya sertai adalah filem Jalan Pintas, arahan Namron.

"Bagi saya, tak salah jika menyokong mana-mana filem indie yang memerlukan saya berlakon dan skripnya menarik bagi sudut pandangan saya. Pelakon James Farey juga masih berlakon dalam filem-filem indie walaupun memiliki nama yang besar," tuturnya.

Apa yang diinginkan Bront bukanlah nilai komersial yang terdapat pada sesebuah filem sebaliknya dia gemar menerima watak yang mendatangkan risiko dan cabaran buat dirinya.

"Selain skrip yang bagus, saya gemar menerima watak yang pelik dan tidak sama seperti karakter saya yang sebenar.

"Selepas Belukar, anda akan terkejut melihat watak saya sebagai Pinto dalam filem Bara Jiwa, arahan Osman Ali yang ternyata berbeza dan pelik," katanya.

Dalam pada itu, Bront baru saja tamat penggambaran filem terbitan sebuah produksi Hong Kong iaitu Quatro Hong Kong 2 di negara itu.

Menariknya, filem tersebut membabitkan empat pengarah berbeza iaitu dari Thailand, Filipina, Hong Kong dan Malaysia.

Tiada inspirasi

Setiap pelakon pastinya mempunyai idola atau inspirasi masing-masing dalam menjayakan watak yang diberikan.

Lain pula bagi Bront, tiada inspirasi dalam kamus hidupnya. Baginya, dia hanya memainkan watak mengikut skrip dan melakonkan watak tersebut sebaik yang mungkin.

"Mungkin saya tertarik dan kagum dengan beberapa pelakon kerana cara pemilihan kerja yang mereka buat seperti Christian Bale, Johnny Depp dan Shawn Hann. Kiranya mereka yang membuat keputusan dalam setiap tawaran kerja yang diberi.

"Bagi saya 'jangan bermain dengan peraturan orang, tetapi mainlah dengan peraturan sendiri'. Justeru itu, saya tiada inspirasi sebagai rujukan dalam bidang lakonan.

"Saya berlakon mengikut apa yang ditulis dalam skrip. Sebab itu saya memerlukan skrip yang bagus," tegasnya.

Kata-kata itu mungkin dianggap agak keras yang menampakkan sisi tegas Bront dalam karier seninya.

Namun, kata Bront, ia adalah prinsip hidup yang digunakannya sepanjang lapan tahun dalam industri seni.

Selain itu, selepas apa yang dimiliki hari ini, Bront masih lagi ingin menaiki tangga kejayaan dengan menjadi seorang pelakon yang benar-benar berbakat dan mampu membawa pelbagai watak.

Mengakui dia agak sukar mencapai impian yang diinginkan, bagi pandangan Bront, perjalanan karier seorang pelakon merupakan satu misteri di mana rezeki dan tuah boleh datang secara mengejut.

"Susah bila kita bercakap mengenai tuah dan kejayaan. Bagi saya, hidup ini penuh dengan misteri.

"Apa yang kita boleh lakukan ialah berusaha sehingga kejayaan itu tiba dan bekerja keras lagi untuk menjadi yang terbaik," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Filem Ombak Rindu | MyGosip.com

Posted: 19 Nov 2011 09:59 AM PST

gambar lawak cerita lawak

Posted My Gosip: 20 November 2011 at 1:59 am under filem  

ombak rindu posterSinopsis Ombak Rindu:- filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Tajuk Filem:
Ombak Rindu

Pengarah: Osman Ali

Penerbit: Astro Shaw Sdn. Bhd.

Dipawagam: 01 Disember 2011

Pelakon Ombak Rindu:
Aaron Aziz
Maya Karin
Lisa Surihani
Bront Palarae
Azizah Mahzan
Zaidi Omar
Normah Damanhuri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full content generated by Get Full RSS.

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


(Gambar) <b>Zahiril Adzim</b> dan Sheira Ayob Sah Bergelar Suami Isteri <b>...</b>

Posted:

Sheira menerima hantaran sebanyak RM18,000.00 dari pihak Zahiril Adzim bersama mas kahwinnya RM1,001. Power tu sampai 18k!! Fuh! Majlis reseepsi mereka telah berlangsung di Kinding Hills Grand Ballroom, Ipoh dan ...

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


SELAMAT TINGGAL DUNIA LAKONAN – <b>JULIANA EVANS</b>

Posted: 28 Nov 2011 08:45 PM PST

pix_gal0

NAMA Juliana Evans dalam dunia lakonan semakin menjadi sebutan. Tidak kiralah lakonannya bagus atau sebaliknya, tetapi dia menjadi antara pelakon yang sering mendapat perhatian daripada pengarah dan penerbit filem atau drama.

Menerusi setiap peluang yang diterimanya, ternyata Juliana tidak ada masalah untuk terus menajamkan bakat lakonannya. Tambahan pula usianya masih muda, iaitu 22 tahun.

Bagaimanapun, ketika orang lain sepertinya gigih untuk mendaki ke puncak kegemilangan, Juliana pula mungkin membuat keputusan yang agak mengejutkan kerana mahu berhenti berlakon dan berhijrah ke luar negara.

Alasannya, mahu menyambung pelajaran di luar negara. Itu adalah keputusan yang tulus daripada hatinya. Bukan kerana merajuk, kecewa atau didesak oleh mana-mana pihak.

"Saya mengambil keputusan untuk berhenti berlakon dan berhijrah ke luar negara adalah atas tujuan untuk menyambung pengajian. Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Michigan, Amerika Syarikat, Januari depan.

"Tinggal lagi sebulan lebih saja lagi untuk saya untuk membuat persiapan termasuk visa dan sebagainya. Disebabkan itulah saya terpaksa menolak pelbagai tawaran berlakon kerana mahu fokus terhadap semua persediaan ke sana.

"Mail Lambung adalah filem terakhir lakonan saya sebelum ke Amerika Syarikat," katanya.

Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans ini berkata, faktor usia yang semakin meningkat menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk menangguhkan pengajiannya sehingga ke peringkat tertinggi.

"Usia semakin tahun semakin meningkat. Sepatutnya pada usia 22 tahun saya menggenggam ijazah. Sebab itulah saya tidak mahu bertangguh lagi.

"Keputusan untuk berhenti berlakon bukan dibuat atas desakan keluarga atau sesiapa. Saya memilihnya sendiri. Kalau saya terus bertangguh hanya nak seronok berlakon, sampai bila-bila pun impian saya untuk mendapat ijazah tidak tercapai," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Mail Lambung arahan terbaru Ahmad Idham yang diadakan di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, baru-baru ini.

Juliana adalah penuntut program ijazah berkembar dalam jurusan komunikasi di sebuah kolej di Sunway, Subang Jaya.

Ditanya tidakkah perkara itu merugikan dirinya kerana terpaksa bersara ketika nama sedang memuncak, Juliana berkata dia tidak risau kerana ia hanyalah bersifat sementara saja.

"Saya berada di sana pun mungkin dalam jangka masa dua tahun. Dan dalam tempoh itu, saya juga akan mengambil kursus jangka pendek dalam bidang lakonan ataupun di belakang tabir. Semua ilmu itu akan dicurahkan apabila habis belajar nanti," katanya.

Sementara itu, Juliana hadir lokasi dengan tangan sebelah kanannya dibalut dengan anduh, sekali gus menimbulkan pertanyaan apakah Juliana tercedera ketika berlakon dalam filem itu.

Apatah lagi sewaktu temu bual, dia berkata, kebanyakan babak aksi dalam filem bergenre komedi aksi itu hampir kesemuanya dilakonkan sendiri tanpa menggunakan pelakon stand in.

"Dalam filem ini saya memegang watak sebagai perisik yang terbabit dengan pergelutan bersama penjahat. Kecederaan di tangan kanan saya ini bukanlah kecederaan sebenar.

"Sebaliknya ia adalah antara babak sewaktu saya terkena tembakan. Berpeluang berlakon dengan mereka yang pernah bekerjasama dengan saya sewaktu filem Hantu Bonceng memang menyeronokkan," cerita Juliana yang melakonkan watak sebagai Maria.

Apabila dia kembali bergandingan dengan Zizan dalam filem ini, pastinya cerita kisah cinta mereka akan kembali dibangkitkan dan diperkatakan peminat dan secara tidak langsung akan membangkitkan semua nostalgia yang pernah dilalui mereka.
"Saya sedar perkara itu pasti akan berlaku. Bagaimanapun sekali lagi saya menegaskan, kami berdua lebih selesa berkawan.

"Saya pun tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan dengan sesiapapun memandangkan saya akan ke luar negara demi melanjutkan pelajaran. Jadi rasanya tidak sesuai untuk saya bercinta. Lagi pun, saya tidak percaya dengan cinta jarak jauh," katanya yang mengaku masih solo ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


BICARA ABU NAWAS: LAGI GAMBAR <b>NORA DANISH</b> SEKSI <b>...</b>

Posted: 30 Nov 2011 05:47 PM PST


Semalan Abu Nawas taruh gambaq Nora Danish kat dapur pakai baju tidoq, hari ini ada lagi satu gambaq Nora Danish yang sempoi jugak.

Ntah macam mana gambaq ni boleh terbangsat kat email Abu Nawas pun tak tau. Apa2 pun terima kasih la pada yang dok send gambaq Nora Danish ni kat Abu Nawas.

Tapi mintak sori la permintaan depa untuk Abu Nawas cerita pasai buruk2 Nora Danish kat blog tak dapat Abu Nawas nak tunaikan.

Kalau setakat nak boh gambaq tak la nak jadi masalah.

Cerita pasai bagaimana gambaq ni boleh terbangsat ke email Abu Nawas, terbaca pulak Abu Nawas dengan cerita pasai bangsat jugak di bawah ni :-Benda apa bangsat tu. Setahu Abu Nawas masa di sekolah tadika kemas dulu cikgu Abu Nawas kasitau bangsat itu maksudnya ialah merempat.

Bila umno kata sapa sokong DAP tu bangsat, Abu Nawas pun rasa macam ada yang tak kena. Ini macam si yang berkata itu main camdek kat pemuda umno yang duduk atas pentas pemuda.

Lalu Abu Nawas belek2lah senarai jawatankuasa pemuda Umno Malaysia sebab nak tau kat sapa yang di maksudkan oleh mamat umno yang kata bangsat tu..

Satu persatu Abu Nawas tengok dari ketua sampailah ke pemeriksa kira-kira.
Belum sempat sampai kebawah Abu Nawas terjumpa sesuatu yang pelik dalam pemuda Umno Malasia ni... Cuba tengok betul2 si Ketua Penerangan pemuda umno ni nampak macam lain dari yang lain.
Ini parti melayu..ini parti kebangsaan melayu..macam mana dia boleh bangsat ke dalam parti ni. Patutlah perwakilan maki hamun kata dia ni bangsat.

Memang patutlah dia kena maki sebab tak sedaq diri yang dia tu bukan melayu tapi nak mengaku melau dan duduk dalam parti melayu.

Kenapa ketua penerangan pemuda umno ni tak mahu mengaku yang dia adalah dari kalangan kaum india. Jarak negara India dengan kepulauan melayu amat jauh. Iklim pun berbeza.

Hina sanggatkah bangsanya sehingga tak sanggup nak mengaku bangsanya sendiri sehingga sanggup menjadi bangsat di dalam umno hanya sekadar untuk mejadi melayu.

Bagaimana pulak dengan cina kat bawah ni :-Cina ni sanggup maki hamun bangsanya sendiri tiap2 minggu dalam surat habaq hanya sekadar mahu dirinya di panggil melayu. Sanggup pula berbangsat di dalam parti melayu sedangkan orang tengok matanya pun sudah tahi dia bukan melayu.

Kesian betui dengan orang yang berbangsat ke dalam umno ni. Sudah la tak mengaku bangsanya sendiri, bila masuk umno kena maki hamun depan orang ramai kata depa ni bangsat la pulak.

Tapi dalam banyak2 bangsat yang berbangsat, bangsat lagi melaun kat bawah ni :-Melaun yang sedang bergambaq dengan orang kuat Pasti Malaysia ni sanggup berbangsat menjadi perempuan dalam facebook hanya semata2 nak puaskan nafsu sendiri dengan bersembang lucah bersama perempuan di facebook.

Nak tau macam mana melaun ni berbangsat jadi pompuan dalam facebook sila baca_SINI

Full content generated by Get Full RSS.

Gambar <b>Nora Danish</b> Di Paris. | Malaysia Entertainment On Web

Posted: 11 Dec 2011 11:30 PM PST

December 12, 2011 by  

Nora Danish Di Paris

Baru-baru ini Nora Danish telah ke kota Paris untuk satu pengambaran drama. Drama terbaru Nora Danish bertajuk Ariana Mikhail akan ditayangkan di TV9 tak lama lagi. Drama 15 episode ini berlatarbelakang kan bandar Fashion terkenal dunia Paris. Difahamkan, drama ini akan ditayangkan pada tahun hadapan. Turut berlakon adalah Sein Ruffedge dan Riezman Kuzaimi.

Lagi Gambar Selepas Ini

Nora Danish Di Paris

Nora Danish Di Paris

Nora Danish Di Paris

Nora Danish Di Paris

Nora Danish Di Paris

Nora Danish Di Paris

Nora Danish Di Paris

Kredit gambar to twitter Nora Danish.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full content generated by Get Full RSS.