Nuffnang

Rabu, 25 April 2012

Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


Mr. E&#39;raz Fadli: Anak Kampung Versi <b>Nubhan</b>

Posted: 25 Apr 2012 01:45 AM PDT

Anak Kampung Versi Nubhan
Dah lame tak buat entri tentang penyanyi sorang ni.. Gambar terbaru nampaknya Nubhan ber rambut baru.. Tapi gambar di bawah ni, gambar lama.. Maybe leh jadikan next entri..
Jika sebelum ini aku pernah buat entri tentang lagu Anak Kampung - JIMMY PALIKAT feat. ONE NATION EMCEE, tapi lepas terbaca entri Miss Z tentang Nubhan pernah nyanyi lagu Anak Kampung (entri Miss Z), teringin nak publish sekali lagi tentang lagu ini..
Lagu ini dah berjaya masuk ke radio-radio popular dan berjaya berduet dengan One Nation Emcee.. So, tak mustahil untuk popular..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


:: MYARTIS.COM ::: GAMBAR TERBARU ANAK <b>AQASHA</b>

Posted: 18 Apr 2012 02:37 PM PDT


Alehandra Ahmad Firdee, kini hampir berusia 7 bulan dan masih rapat dan tak mahu berenggang dengan ayahnya Aqasha.

Klik untuk imej besar...

Wow, mata biru tu... Biar betul Aqasha..!

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Saya Bukan Kepala Batu – <b>Rita Rudaini</b> |

Posted: 17 Apr 2012 01:41 AM PDT

Walaupun ramai pihak yang menunding jari kepada Aidil sebagai punca penceraian dengan Rita Rudaini baru-baru ini, namun ada segelintir pihak yang mendakwa Rita Rudaini menjadi punca perceraian apabila dia dikatakan seorang keras kepala kerana lewat menghulurkan salam kemaafan kepada keluarga mentua.

rita rudaini baru

Bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia, Rita pantas menafikan yang dia merupakan seorang kepala batu. Kata Rita:-

Beritahu saya, keras kepala dari segi apa? Saya dan keluarga mentua dah berjumpa, dah minta maaf dan buang semua yang keruh dan ambil yang jernih. Dah selesai semua. Saya akui pernah berjumpa (keluarga mentua) masa mengandungkan anak (kedua) saya tujuh bulan. Dan masa saya melahirkan anak pun, mak mentua saya ada di hospital. Jadi kenapa kata saya keras kepala?

Ditanya sama ada wujud gangguan daripada keluarga mentua sehingga terjadinya penceraian, Rita berkata:-

Saya tak nak cakap apa-apa. Hanya Tuhan yang tahu segalanya dan boleh balas semuanya. Kebenaran bagi saya akan terbukti jua dan Tuhan tak akan tutup keburukan itu terlalu lama

Rita juga menyatakan yang dia tidak kesal dengan penceraian kali kedua ini:-

Tentu sekali tidak. Saya perlukan lelaki yang tegas untuk melindungi saya dan anak-anak. Walau apa pun yang terjadi atau masalah yang timbul, saya nak lelaki matang, tegas dan tak lari daripada masalah. Tapi bila ada benda terjadi (perselisihan), saya dan anak ditinggalkan. Seorang suami kena kuat, tapi kenapa saya pula yang jadi mummy dan daddy buat anak-anak saya (bila ditinggalkan). Padahal, semua isteri perlukan perlindungan, kasih sayang daripada seorang suami dan bapa pada anak-anak.

Ditanya adakah tiada perasaan cinta dan rasa mahu mempertahankan mahligai rumah tangganya daripada hancur, Rita berkata:-

Apa yang saya boleh cakap, mungkin bahagia itu ada, tapi boleh dikira dengan jari, tapi saya bertahan sebab saya nak yang terbaik, bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak. Kalau benar perceraian itu adalah takdir hidup saya, saya reda, bersyukur dan tak nak menyesal. Terima kasih atas segala-galanya buat Aidil, beri saya dua cahaya mata. Saya tak nak bersedih sebab sampai sekarang anak-anak masih di sisi dan merekalah kekuatan dan kebahagiaan saya. Saya nak anak-anak lebih bahagia dan tiada lagi masalah seperti sebelum ini sebab mereka adalah tumpuan saya. Saya nak cari rezeki dan besarkan anak-anak dan saya berdoa tak ada siapa boleh pisahkan saya dengan anak-anak. Hanya Tuhan saja boleh pisahkan kami dan saya tak nak menangisi masa silam sebab saya susah nak menangis dan tak suka menangis,

Apa pun Abang Nara respek apabila mendengar kata-kata Rita yang tampak yakin menempuh kehidupan sebagai seorang ibu tunggal bersama 2 orang anaknya:-

Alhamdulillah, saya masih boleh bertahan sejak hari pertama berkahwin sampai ke hari ini. Jujurnya, saya berkahwin sebab rasa cinta, bukan sebab harta. Saya bukan jenis memilih duit, tapi bila dah berkahwin dan jadi begini saya sedih. Duit boleh dicari tapi kasih sayang tidak boleh dijual beli

Semoga episod duka ini dapat dipadamkan dengan segera di dalam memori Rita sekaligus dapat hidup bahagia di samping anak-anak yang tercinta. Kredit berita Utusan Malaysia.

Baca Yang Ini Pulak:-


najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


MalayOLGA : <b>Najwa Latif</b> - Kosong

Posted: 16 Apr 2012 08:49 PM PDT

Rating: 0/5 (0 votes cast) Please 'log in' to cast vote.

Intro: Am Dm G C E    Am  Kau melihat diriku  Dm  Seperti sesuatu  G  Yang mencabar dirimu  C E  Akal dan mindamu  Am  Kau mendustaiku  Dm  Kau bilang mereka tak tahu  G  Siapa diriku  C E  Sedangkan kau juga begitu    Am  Segala kata cacian  Dm  Yang telah engkau berikan  G  Membuatku rasa  C E  Kosong…kosong    Am  Setiap detik diperhatikan  Dm  Kau cari cara putar belitkan  G  Kau jadikan diriku  C E  Kosong…kosong    Am Dm G C E    Am  Kini aku bangkit  Dm  Membuktikan yang ku tak sakit  G C E  Dengan segala perit yang kau berikan  Am  Kini aku pantas berjalan  Dm  Bergerak ke hadapan  G  Dan akan ku buktikan  C E Am  Siapa diriku yang sebenar  Dm G  owh..owh..  C E  Kosong…kosong    Am  Segala kata cacian  Dm  Yang telah engkau berikan  G  Membuatku rasa  C E  Kosong .. kosong    Am  Setiap detik diperhatikan  Dm  Kau cari cara putar belitkan  G  Kau jadikan diriku    C E  Kosong…kosong    F C G Am - F F Dm E E Am    Am  Kini aku bangkit  Dm  Membuktikan yang ku tak sakit  G C E  Dengan segala perit yang kau berikan    Am  Segala kata cacian  Dm  Yang telah engkau berikan  G  Membuatku rasa  C E  Kosong .. kosong    Am  Setiap detik diperhatikan  Dm  Kau cari cara putar belitkan  G  Kau jadikan diriku    C E  Kosong…kosong    Am  Segala kata cacian  Dm  Yang telah engkau berikan  G  Membuatku rasa  C E  Kosong .. kosong    Am  Setiap detik diperhatikan  Dm  Kau cari cara putar belitkan  G  Kau jadikan diriku    C E  Kosong…kosong    Final Verse (Play once)  Am  Segala kata cacian  Dm  Yang telah engkau berikan  G  Membuatku rasa  C E  Kosong .. kosong

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


pelamin-bernikah-<b>eira</b>-<b>syazira</b>-azad-jasmin | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 29 Oct 2011 08:43 PM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Empayar Pemuda: PANAS : <b>NORA DANISH</b> BAWA DIRI <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2012 02:10 PM PDT





Pelakon cantik, Nora Danish ketika ditemui GUA petang tadi mengesahkan yang beliau tidak akan hadir ke majlis perkahwinan bekas suaminya, Jejai dengan pelakon, Fasha Sandha yang bakal berlangsung pada 27 April ini. Menurut pelakon Tentang Dhia ini selain tidak menerima kad jemputan, beliau juga memberitahu tidak akan berada di tanah air ketika hari majlis perkahwinan tersebut berlangsung.
"Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari," ujar Nora ketika ditemui pada majlis pra pelancaran filem 'Mencari Cinta', di Perak Techno-Trade Centre, Ipoh, petang tadi.
"Bagi Nora, tak ada isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, Nora rasa lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Bagi Nora, biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama."
Ditanya sama ada anaknya Putera Rayqal Ramli akan berada di majlis perkahwinan ayahnya dan adakah Nora menerima Fasha untuk menjadi ibu kepada Rayqal, Nora memberitahu, "Saya tak tahu anak akan pergi atau tidak, terpulang, sebab bila saya pergi umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai.
"Mengenai hubungan Fasha dengan anak saya pula, biarlah dia menggelarkan dirinya 'aunty' saja kerana bagi saya, ibu biarlah seorang."
Nora yang masih berhubung baik dengan bekas suaminya itu turut mengharapkan dengan perkahwinan Jejai dan Fasha, hubungan mereka semua akan kembali jernih.
Diusik bila pula giliran Nora untuk mengikut jejak seperti bekas suaminya itu mendirikan rumahtangga, Nora memberitahu, "Selalunya lelaki yang cepat kahwin. Nora tak fikir lagi kerana ingin fokus terhadap kerjaya dan anak dulu. Soal jodoh pertemuan, Nora serahkan pada Allah."
Sebelum mengakhiri perbualan, Nora sempat mengucapkan selamat pengantin baru kepada bakal pasangan suami isteri itu.
"Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh mereka tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat." – Gua.com.my

MatKilau Penang: <b>NORA DANISH</b> MASIH RAMAI MENANTI?

Posted: 25 Apr 2012 08:05 AM PDT

Siapa sangka gosip desas desus yang sebelum ini hanya gosip liar, kini sudah menjadi kenyataan bahawa Fasha Sadha dan Jejai bakal melansungkan perkahwinannya pada 27 April ini. Pastinya dua pasangan ini tidak sabar menunggu detik detik kegembiraan ini.

Menurut bekas isteri Jejai, Nora Danish memberitahu pada hari perkahwinan mereka dia tidak hadir pada hari perkahwinan berlansung. Pertamanya Jejai dan Fasha Sandha tidak memberikan Kad Jemputan pada gadis yang cukup popular didalam lakonanTentang Dhia. Wah Jejai kalau tak sabar pun dapat isteri baru janganlah tak dijemput lansung isteri lama, paling kurang pun berilah kad, samaada dia ingin datang ker idak lain lah ceritanya itu.

Walaubagaimanapun pelakon cantik ini menjelaskan kepada media bahawa dia tidak dijemput
mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. ( Wah Nora still cover line) Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari.

MKP Ayat Sempoi ; Nora masih ramai yang ada diluar sana menanti dan pasti jidoh dan pertemuan ditangannya.......

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>Faizal Tahir</b> Sudah Terbuka Dedahkan Keluarga

Posted: 24 Apr 2012 10:45 PM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

PETALING JAYA, 24 APRIL 2012: Jika sebelum ini penyanyi, Faizal Tahir sangat berkeras untuk tidak mendedahkan keluarganya tetapi kini tidak lagi selepas dia dan anak-anaknya muncul dalam sebuah kempen.

Kempen itu adalah kempen kesihatan mulut yang berlangsung sepanjang bulan April ini.

Bukan sengaja mahu melanggar prinsipnya sebelum ini, tetapi Faizal Tahir berkata dia bersetuju untuk mendedahkan keluarganya ke dalam kempen itu atas sebab yang kuat.

"Sebenarnya saya dan anak sahaja diambil sebagai model untuk mempromosikan kempen bulan kesihatan mulut.

"Saya menerima tawaran ini kerana bagi saya ianya sesuatu aktiviti dan amalan yang baik untuk anak saya dan masyarakat.

"Memang sebelum ini saya tidak akan membenarkan atau bersetuju untuk anak saya dikenali selain hanya saya sahaja sebagai penyanyi.

"Namun, kali ini berbeza kerana anak saya dikenali untuk menjayakan sesebuah kempen yang berfaedah begini.

"Walaubagaimanapun jika untuk tujuan publisiti kepada keluarga saya, mungkin ia tidak akan berlaku.

"Terus-terang saya akan menolak jika media mahu keluarga saya terlibat dalam penggambaran gambar untuk mana-mana surat khabar atau majalah," katanya yang ditemui selepas sidang media Dutch Lady dan dia sebagai penyanyi lagu tema produk tersebut.

Anak-anak Faizal Tahir yang terlibat adalah Ahmad Mikael Zidane, 7, Siti Raudhah Nur Iman, 5, Ahmad Rifa'ie Zidane, 3, dan Siti Rawdha Nur Jannah, setahun.

Buat pertama kalinya tahun ke-9 kempen kesihatan mulut anjuran ubat gigi Colgate itu menampilkan selebriti sebagai strategi promosi.

Meksipun melibatkan hampir kesemua keluarganya, namun Faizal Tahir masih lagi tidak mahu mendedahkan isterinya dari dikenali umum seperti sebelum ini.

"Dalam kempen ini saya dan anak saya sahaja menjalankan penggambaran video promosi sebelum menjelangnya bulan kempen iaitu April.

"Isteri saya sahaja tidak terlibat dalam promosi kempen ini dan saya rasa sampai bila-bila pun tidak mungkin dia akan tampil ke depan.

"Lagipun, ini permintaan isteri saya juga yang tidak mahu dikenali dan terkenal sama seperti saya untuk menjaga privasi," luahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Faizal yang akan muncul dalam perayaan Hari Susu Sedunia anjuran Dutch Lady pada 27 May ini bakal menyanyikan lagu khas ciptaanya dan Audi Mok berjudul Go Malaysia, Go! pada hari tersebut.

Selain itu, dia yang masih dalam proses menyiapkan album terbaru bakal muncul dengan album tersebut dalam dua bahagian atau volume. Album volume pertama dijangka akan muncul pada Jun ini

"Dalam perancangan setiap volume akan keluar dengan 10 buah lagu.

"Saya kini baru selesai merakamkan 7 buah lagu untuk volume 1.

"Apa yang pasti album yang mengambil masa lebih dua tahun untuk dihasilkan ini akan menampilkan sesuatu yang sangat berbeza daripada diri saya sebelum ini,"tambahnya lagi yang dijangka muncul dengan album volume 2 pada penghujung tahun ini juga.

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


Producers Eye Saif&#39;s Daughter <b>Sara Ali</b> Khan | PakiWorld

Posted: 18 Apr 2012 09:47 PM PDT

Saif's daughter Sara Ali Khan to turn producerSaif Ali Khan's 16 yr old daughter Sara Ali Khan turns hot favorite of the producers after she posed with her mother Amrita Singh on the cover page of 'Hello' magazine and young Sara has caught many filmmakers' attention.

According the reports, they heard a rumor that Sara has become one the hot property in Bollywood Industry.

According the news, all the top filmmakers and producers are back of Sara to take her in their film. It is also heard that Sara got around five interesting offers by the producers, they are just waiting for Amrita's permission to let her daughter to enter the world of showbiz.

When media asked Amrita about this, she agreed with the news that was revealed and said, "As she was seen in the magazine's cover page, she got many offers by the top filmmakers who wanted her to be the leading actress in their films"

Actually, Sara is just 16-years-old and she aims to become a doctor, she is willing to join Yale University for her further studies. She got two options in her life (Film world or Education)? We have to wait and watch for her decision.

Tags

Saif&#39;s daughter Sara gets film offers, <b>Sara Ali</b> Khan | Fashion Central <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2012 01:21 AM PDT

Saif's daughter Sara gets film offersBollywood actor Saif Ali Khan's daughter, Sara, has caught the eye of various filmmakers after they saw her pictures in a glossy magazine.

Sixteen-year-old Sara was on the cover of Hello magazine with mother Amrita Singh three months ago. Amrita Singh confirmed the reports and said: "Five eminent filmmakers called and said they wanted her to be a heroine in their next project."

However, Sara has no stars in her eyes just yet and her current plan is to go to Yale for further studies.

But if she ever does plan to follow in her famous dad's footsteps, it looks like she won't need him to open any doors.

Source: NDTVMovies

Tags:

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Pengakuan <b>Fizo Omar</b> dan Diana Nasir bercinta? ~ Gossip Artis <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2012 10:31 PM PDT


Wajah ceria Fizo Omar dan Diana Nasir bersatu

Hari ini Melodi telah membongkarkan rahsia percintaan diantara Fizo Omar dan Diana Nasir. Pada temuramah kali ini Fizo Omar menjelaskan dan menganggap gambar mereka berdua yang tersebar habis di Internet adalah pertalian sebagai hubungan persahabatan sahaja. Menurutnya lagi memang gambar itu diambil sewaktu perlumbaan F1 2012 di Sepang tetapi saya menganggap Diana Nasir iaitu Kakak kepada Anzalna Nasir umpama peminat yang ingin bergambar dengan seorang artis.

Fizo Omar jarang sekali kita mendengar gosip - gosip murahan seperti ini tetapi ini adalah kehendak peminat itu sendiri dimana inginkan kepastian. Jelasnya lagi itu adalah sebuah gambar diantara artis dengan peminatnya. ( bunyi cam cover line jer ahak's)

Gambar tersebut menunjukkan Fizo Omar dan kakak Anzalna, Diana Nasir kelihatan ceria dan selesa bergambar bersama. Fizo Omar pula hanya memakai baju 'Superman', biasalah duta produk Superman.


Nampaknya persoalan yang ingin diketahui oleh peminat peminat Fizo Omar pastinya menarik nafas lega kerana jawapan yang diberikan oleh Fizo Omar pastinya memberi nafas baru kepada awek awek diluar sana :)

Aida Aris - Google Blog Search

Aida Aris - Google Blog Search


<b>Aida Aris</b> Tiada Masa Berbulan Madu | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2011 06:47 PM PST

Pelakon Aida Aris mengakui kesibukannya dengan aktiviti lakonan membataskan dia untuk berbulan madu selepas mendirikan rumah tangga pada 4 September tahun lalu.

Menurut Aida, dia dan suami Husfarid Shaikh Ali berhasrat untuk berbulan madu, namun sehingga kini masih belum berkesempatan melakukannya.

"Selepas kahwin memang kami ingin berbulan madu tetapi melihat jadual saya penuh sampai bulan April ini hasrat itu tergendala. Isya-Allah April nanti kami akan cuba mencari masa yang sesuai.

"Namun begitu kami tetapi mempunyai masa bersama dan kadang kala saya ikut dia pergi bekerja. Namun itu bukanlah dikira bulan madu kerana ia tidak dirancang," katanya.

Dalam pada itu, Aida turut mengakui tidak pernah merancang tentang kehadiran cahaya mata dalam perkahwinan keduanya ini.

"Saya tidak pernah merancang sama ada mahu anak atau tidak. Bagi saya jika ada rezeki saya terima dan jika tidak saya hanya bersabar. Sekarang belum ada apa-apa tanda lagi.

"Mungkin juga disebabkan kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing, Insya-Allah kalau ada rezeki saya terima," katanya.

Bagaimanapun, kata Aida, hidupnya lebih bahagia disamping suami tercinta.

"Banyak perbezaan hidup sendiri dan berumah tangga, saya sedar komitmen terhadap keluarga lebih tinggi berbanding hidup bujang dahulu," katanya.

Bercakap soal kerjaya, Aida memberitahu dia masih aktif sebagai pelakon biarpun kini bergelar isteri.

Tambah Aida, dia belum berniat untuk bersara atau menjadikan perkahwinan sebagai penghalang kerjayanya.

"Setakat ini saya masih aktif dalam bidang ini dan belum pernah terfikir untuk berhenti berlakon. Suami juga tidak pernah menghalang saya untuk teruskan kerjaya ini.

"Bagi saya lakonan sudah seperti sumber rezeki utama. Saya akan berlakon selagi diperlukan," katanya.

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


Juliana Evans Dan <b>Gambit Saifullah</b> Serasi Bersama Dalam <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2012 02:58 AM PDT

Apa dah jadi nie? Juliana Evans beralih arah dengan Gambit Saifullah pulak ke? Siap mengaku Serasi Bersama pulak?

Hehehe, "Serasi Bersama" itu hanyalah tajuk utama untuk artikel di dalam Majalah Remaja edisi 15 Mac 2012 ini. Juliana Evans dan Gambit Saifullah telah menjadi model untuk cover majalah tersebut.

Tapi, kenapa Gambit? Mengapa bukan Zizan Raja Lawak yang kita sudah sedia maklum dengan keakraban hubungan Juliana Evans dan Zizan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Anda?

kucingarong

Hi! I suka menulis mengenai hiburan yang berlaku di dalam atau di luar negara. Setiap artikel yang I tulis, mempunyai sumber dan bukannya gosip yang takde bukti yang sahih okay! Daaa...

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


<b>Intan Ladyana</b> Sanggup Tunggu Lamaran Kamal Adli | ct N honey

Posted: 09 Apr 2012 10:40 PM PDT

Pelakon Kamal Adli, 25, sangat kagum dan menghargai pengorbanan kekasihnya iaitu Intan Ladyana, 29, yang sanggup menunggu untuk dilamar sebagai isteri.


Kamal berkata, dia faham dengan situasi Intan yang sedang menanti untuk dipinang apatah lagi ketika keluarga dan saudara-mara mula berkata-kata mengenai perhubungan mereka, namun dia belum bersedia daripada segi hal kewangan.


"Saya hormat pada Intan dan hargai pengorbanannya kerana sabar menunggu saya yang masih lagi membina karier untuk lebih kukuh.


"Malah dia juga tidak kisah dengan persoalan orang di sekeliling yang bertanyakan tentang bilakah tarikh perkahwinan kami," katanya.


Bagaimanapun tambah Kamal, dia akan menamatkan zaman bujangnya sebelum berusia 30 tahun akan mengukuhkan sumber kewangannya sebaik sebelum bergelar suami.

"Kita nak jaga anak orang, jadi kalau boleh biarlah kita ada aset sedikit seperti rumah terutamanya, demi keselesaan bakal isteri.

"Saya juga mahu meyakinkan keluarga Intan yang saya boleh menjaganya," ujar Kamal.

Walaupun pelbagai gosip cinta yang melanda dirinya dengan pelakon-pelakon wanita lain, Kamal bersyukur kerana Intan bukanlah seorang yang mudah melenting kerana dia memahami tidak semua gosip itu benar.

"Memang kita tidak boleh nak elak daripada cakap-cakap orang, tetapi Alhamdulillah, kami saling mengenali antara satu sama lain dan faham dengan situasi yang berlaku.

"Harap-harap, jodoh kami panjang, doakan untuk kebahagiaan kami ya," tuturnya.

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


3 Temujanji menggandingkan dua kekasih lama, <b>Pierre Andre</b> dan <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2012 01:36 AM PDT

Pasangan Pierre Andre dan Yana Samsudin yang pernah bercinta satu masa dahulu kini digandingkan dalam filem terbaru terbitan Metrowealth (MIG) yang bakal keluar pada 5 April 2012.

Filem 3 temujanji mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Reanna (Yana Samsudin) yang sukar mempercayai lelaki. Atas sebab itu, Reanna meletakkan syarat hanya akan bertemujanji dengan lelaki tidak lebih daripada 3 kali sahaja.

Selepas 3 temujanji, Reanna akan meninggalkan lelaki terbabit dan mereka tidak perlu berhubung lagi untuk mengelakkan sengsara jika jatuh cinta. Namun semunya berubah apabila Reanna bertemu Mikhail (Pierre Andre) yang sangat teruja untuk berkahwin dengannya.

X-factor dan peribadi yang terdapat dalam diri Mikhail akhirnya memikat hati Reanna, mampukan mereka menahan perasaan hati selepas berakhirna 3 temujanji? jangan lupa saksikan filem ini di pawangam berhampiran pada 5 April depan.

Melihat kepada filem ini, nampaknya mereka berdua iaitu Pierre Andre dan Yana Samsudin begitu profesional dalam melakukan kerja mereka. Walaupun pernah bergelar 'kekasih' satu masa dahulu, itu tidak menjadi penghalang dalam meletakkan komitmen yang tinggi untuk lakonan yang mantap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Anda?

PROMO: Chantek Tampilkan Bakat Nyanyian <b>Pierre Andre</b>, Di <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2012 10:47 AM PST

Pernah anda dengar Pierre Andre menyanyi? Kalau berminat untuk tahu sama ada pelakon berbakat ini ada aura menyanyi, filem baru beliau mungkin ada jawapan.

Pierre Andre bakal tampil dengan sebuah filem baru arahan beliau bergenre romantik komedi dan berjudul Chantek.

Dalam filem Chantek ini, ada satu adegan di'mana memerlukan watak yang di'pegang Pierre Andre untuk menyanyi sebagai usaha memujuk si kekasih hati bernama Chantek.

Menarik'nya filem Chantek ini ialah ia'nya akan menampilkan seorang pelakon dari Indonesia sebagai heroin di'samping Pierre Andre sendiri yang bertindak menjadi teraju utama selain mengarahkan filem ini.

Nurul Ekasari akan memegang watak seorang pembantu rumah khas Indonesia yang bernama Chantek di'tugaskan untuk menjaga Ad (Pierre Andre) yang fobia dengan wanita dan cinta selepas tunang'nya curang. 

SINOPSIS: AD, seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan.

Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan.

Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.

Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya.

CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri. Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK.

Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali? Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!

Erul af - Google Blog Search

Erul af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Apr 2012 09:05 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Apr 2012 09:14 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2012 09:34 PM PDT


<b>Erul AF9</b> – Cakap Minat KPOP, Sebut Annyonghaseyo Pun Tak <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2011 08:51 PM PDT

Nak tergelak dan tergolek-golek bila baca komen Abang Nara mengenai si Erul ini di blog BeautifulNara.Haha..Apa tidaknya cuba korang baca komen abang Nara ini:-

Ok Abang Nara tengah bengang tahap gila-gila sekarang ini. Rage tahap gaban. Baru lepas habis tengok konsert Tirai AF9 dan sangat marah dengan si Erul AF9. Selaku seorang yang pernah belajar di Korea, Abang Nara sumpah kecewa apabila si Erul yang mengaku minat K-POP tapi sebut "Annyonghaseyo" pun tak betul langsung. Memang salah 100%.

Dan tambah membengangkan ialah apabila si Erul ini menyanyi lagu Korea untuk persembahannya. Apa kejadahnya? Dah tak ada lagu Melayu ke? Dah la sebutan sepatah haram pun Abang Nara tak faham. Kalau tak reti tak payah la. Buat sakit telinga je. Atau ini cara Erul untuk pancing undi peminat KPOP Malaysia? So cheap kalau betul ini cara pancing undian.

Lain-lain pelajar persembahan ok-ok sahaja. Paling menyerlah sudah tentu Miza. Macam Beyonce. Kepada Erul, tak payah la cakap Korea. Buruk bebenor. Buat malu diri sendiri je.

haha…macam-macam dunia artis ini..biarkanlah itu pendapat Abang Nara,lain pula orang,lain pendapatnya.Mungkin budak itu masih baru dan masih banyak untuk dipelajari.Yang penting kita bagi sokongan kepada mereka.Mungkin hari ini mereka teruk,buat persembahan entah apa-apa,mana tahu selepas dua tiga persembahan mereka boleh menunjukkan performance yang lebih baik dari sekarang ini…Kita tunggu dah lihat…

Apa-apa pun harap si Erul ini lebih banyak berusaha selepas ini setelah membaca komen daripada Abang Nara itu.All De Best…

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Aug 2011 05:00 PM PDT


Android, <b>Erul</b> AF9 Bakal Lancar Single Terbaru | 101.met9 MEDIA

Posted: 16 Aug 2011 10:07 PM PDT

Erul AF9, 20 merupakan salah seorang penyanyi baru yang memperjuangkan muzik K-Pop berkongsikan pandangannya mengenai persepsi orang ramai mengenai genre muzik berkenaan.

"Erul memang minat K-Pop kerana melodinya agak unik. Namun, Erul masih mencari kekuatan yang boleh ditonjolkan dengan elemen tempatan. Bukannya meniru, cuma Erul merasakan setiap lagu boleh dimprovasi dengan identiti tersendiri. Sebagai contoh, K-Pop turut menggunakan susunan lagu daripada Eropah, tetapi mereka juga menyuntik elemen Korea dalam setiap penciptaan lagu. Itulah yang Erul cuba nak sampaikan kepada pendengar," jelas Erul yang diwawancara oleh OHBULAN! di PWTC, minggu lepas.

Erul juga menyatakan dia sebenarnya seorang dancer sebelum bergelar penyanyi. Malah, dia nyaris-nyaris menyertai rancangan realiti Showdown bersama sebuah kumpulan tarian Top 12.

"Sebelum menyanyi, Erul memang seorang dancer. Ketika itu, Erul dapat 3 tawaran, sama ada sertai Showdown, Akademi Fantasia atau ke Korea. Disebabkan Showdown lambat lagi bermula, Erul pilih masuk ke Akademi Fantasia. Jadi, bab tarian memang sudah sebati dengan diri Erul.

"Sebagai seorang pelajar Aswara, Erul telah dilatih untuk memperjuangkan tradisi melayu. Untuk mengabungkan tradisi melayu & K-Pop, Erul masih cuba membentuk persona & identiti tersebut. Kalau ada rezeki, Erul nak memasarkan lagu-lagu ke tahap antarabangsa, amin," kata Erul mengenai perancangannya kelak.

Erul juga akan muncul dengan single keduanya berjudul Android yang masih mengekalkan konsep K-Pop, namun disuntik dengan rentak dance house.

"Selepas lagu Legasi Cleopatra, Erul akan melancarkan single terbaru berjudul Android. Lagu ini sedang dirancang bersama pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) untuk tarikh pelancarannya. Istimewanya, lagu Android ini berkisarkan cinta dia ni bukan untuk dipermainkan. Dia adalah manusia, bukannya android," kata Erul mengakhiri temubual bersama OH BULAN!

OH BULAN!

Ditemui dari hasil carian:
  • android-erul
  • android erul
  • gambar erul af9
  • payudara yasmin hani
  • erul af android
  • lagu erul AF baru
  • erul af9 android
  • android-erul af 9
  • android(erul)
  • android erul mediafire
Ini mungkin yang anda cari:
  1. Siti Sarah dan Shuib Sepah bakal Timang 'Baby' Lelaki
  2. "WANA" Hadiah Buat Para Peminat
  3. Sah! Yasmin Hani Bakal Kahwin Shahrin (Black Rose) Hujung Oktober Ini
  4. Anonymous Bakal Serang Facebook, #opfacebook
  5. Bakal Kahwin Noraniza Idris 1 Oktober 2011?

Kategori: Hiburan