Nuffnang

Ahad, 4 Mei 2014

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


<b>Fasha Sandha</b> Bidas Amyra Rosli | - Beautifulnara

Posted: 30 Mar 2014 07:10 PM PDT


Kan Abang Nara dah cakap ada sesuatu yang pelik apabila pelakon baru, Amyra Rosli mempertikaikan Fasha Sandha baru-baru ini. Setahu Abang Nara, Fasha merupakan seorang yang sangat tinggi displinnya dan tidak pernah menimbulkan masalah di lokasi penggambaran. Agak pelik juga apabila Amyra sanggup bersumpah tidak pernah datang lewat sehingga menyebabkan Fasha Sandha meninggalkan lokasi.

amyra dan fasha sandha

Menerusi BiPop semalam, Fasha Sandha telah tampil untuk memberikan penjelasan mengenai perkara sebenar yang telah berlaku. Paling penting, Fasha menjelaskan yang dia tidak memberi kenyataan pada mana-mana wartawan sebaliknya isu ini timbul bersumberkan pihak produksi sendiri. Kata Fasha:-

Ya memang benar saya pernah tinggalkan lokasi penggambaran telefilem Baju Raya Yaya kerana kelewatan Amyra. Saya tidak tahan menunggu berjam-jam di lokasi kerana kelewatan artis.

Kalau menunggu pembikinan cahaya atau perkara lain tidak mengapa, tapi bukanlah masalah kelewatan artis. Dua hari sebelum itu ada artis lain datang lewat dan hari ketiga, Amyra pula lewat, jadi saya tinggalkan set. Tapi keesokan harinya saya datang ke lokasi dan keadaan kembali normal.

Ramai saksi di lokasi penggambaran tahu mengenai perkara itu. Dia sendiri memohon maaf kepada semua di set itu atas kelewatannya. Amyra memberika alasan dia tidak tahu masa dia patut datang.

Saya pun hairan mengapa Amyra menafikan dan bersumpah di tidak lewat. Walau apa pun juga alasan, memang Amyra lewat sedangkan saya sampai di lokasi seawal jam 8 pagi dan sudah siap bersolek setar bersedia masuk set.

Amyra sampai jam 10 pagi dan masih belum bersiap sedia. Saya harus menunggu beberapa jam lagiuntuk dia bersiap. Apa pun, saya sudah memaffkan Amyra. Saya yakin dia tidak berfikir panjang sebelum memberikan kenyataan.

fasha sandha

Dalam artikel yang sama juga, pengarah telefilem tersebut, Shuhaimi Lua mengesahkan bahawa Amyra Rosli memang hadir lewat ke set penggambaran. Jadi ini bermakna Amyra di dalam kenyataannya kepada akhbar sebelum ini telah pun berbohong. Apa pun, selaku pelakon haruslah ada displin terutama bab menepati masa kerana kita bekerja dengan ramai orang. Dengar ceritanya, Fasha Sandha teringin membuka bengkel mengenai hal displin kepada artis baru yang berbakat tetapi lemah daripada segi pengurusan masa. Satu inisiatif yang sangat bagus pada pendapat Abang Nara.

Baca Yang Ini Pulak:-

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


Anak menangis tidak kenal <b>Zahiril Adzim</b>, pelakon itu <b>...</b> - Blogger

Posted:

Itulah yang berlaku antara Zahiril Adzim dan anak sulungnya yang diberi nama Nadi Anaqi, yang kini berusia sembilan bulan. Entah bagaimana, Nadi tidak mesra dan tidak mengenali Zahiril akibat ayahnya sibuk berlakon filem berjudul ...

Nur Fazura - Google Blog Search

Nur Fazura - Google Blog Search


<b>Nur Fazura</b> Gaduh dengan Wartawan? | Oh! Media

Posted: 30 Apr 2014 02:21 AM PDT

ohartis.com-nurfazura

Sejak kebelangan ini, banyak isu yang kurang enak dikaitkan dengan aktres cantik Nur Fazura. Bermula daripada kontroversi yang kononnya dia telah kantoi bercium dengan kawan baik lelakinya di lapangan terbang, kini timbul pula isu Fazura gaduh dengan wartawan.

Tidak tahan dengan pelbagai isu, Fazura meluahkan isi hatinya melalui media bahawa dia bukan berniat untuk bermusuh dengan wartawan apatah lagi mencaru gaduh dengan sesiapa pun. Malah Fazura turut menyifatkan perkara yang terjadi kepadanya adalah bermotifkan dendam.

"Semuanya bermula kerana dendam. Sebelum ini saya pernah menegur seorang wartawan kerana tersilap ejaan nama bapa saya. Bagaimanapun, selepas itu perkara ini menjadi lebih besar. Bagi saya jika beliau mengambil teguran saya secara positif dan memohon maaf, tentu ramai pihak akan lebih menghormatinya.

"Tetapi, saya dapat tahu kejadian menegur kesalahan itu membuatkan segelintir wartawan tidak berpuas hati dengan saya dan merancang untuk mengenakan saya." jelas Fazura.

ohartis.com-nurfazura-gaduh-wartawan

OHMEDIA: ARTIS DAN WARTAWAN SAMA-SAMA MEMERLUKAN. JAGA LA HUBUNGAN SEBAIK MUNGKIN.

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


"Jangan Hina Isteri Saya" - <b>Fizo Omar</b> | Oh! Media

Posted: 11 Apr 2014 09:27 AM PDT

Pelakon Fizo Omar kecewa dengan tohmahan dan hinaan yang dilemparkan segelintir individu terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim, 25, gara-gara tidak berpuas hati dengan rekaan tudung Fareeda.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, sebagai suami dan Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, dia berhak untuk bersuara bagi menjelaskan tuduhan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti isterinya serta perniagaan mereka.

Mengulas tentang isu tentang tudung Fareeda yang dikatakan tidak menepati kehendak syariat Islam sehingga mengudang tohmahan daripada segelintir pihak malah lebih menyedihkan mereka turut mengecam Mawar setiap kali memuatnaik gambar isterinya di laman sosial.

"Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah.

"Isteri saya menjual tudung… bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung.

"Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yang saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif.

"Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengannya," soal Fizo.

Tambah Fizo lagi, jenis tudung yang dipakai oleh Mawar merupakan salah satu daripada lebih 20 jenis rekaan tudung yang dijual di butik Fareeda.

"Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yang lain, di Fareeda kita jual pelbagai jenis tudung mengikut saiz yang bersesuaian dengan mereka.

"Cuma permintaan tinggi terhadap tudung yang dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yang labuh," katanya.

"Dia tidak ada Facebook, Twitter dan Instagram. Yang ada sekarang semua saya. Yang jaga (akaun laman sosial) itu juga saya kerana dia tidak ada masa.

"Saya sangat kagum dengan usaha gigih isteri saya kerana dia berjaya menjadikan jenama Fareeda sehingga terkenal di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu Fizo juga tidak menolak kebanyakan individu memberi komen negatif kerana berasa cemburu dengan kejayaan mereka dalam perniagaan yang semakin berkembang itu.



OHMEDIA: KAN ABE JOE DAH MARAH TUU! HAHA.

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> Dihalau Kerana Tidak Berdisiplin? | MummyNemo

Posted: 01 May 2014 09:03 PM PDT

Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

elfiraPenerbit Teater Di Bawah Lindungan Kaabah, Siti Rohayah Atan menafikan dakwaan gosip kononnya pihaknya ada menghalau pelakon, Elfira Loy kerana tidak berdisiplin setelah beberapa kali tidak hadir ke latihan dan majlis sidang media.

Sebaliknya, Siti Rohayah yang juga penerbit CTRA Productions itu berkata semasa hari pelancaran tersebut pelakon utama teater berkenaan telah pulang dengan sendirinya tanpa pengetahuan sebelum majlis pelancaran yang dihadiri Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlangsung.

"Khabar angin kononnya saya menghalau itu tidak benar dan ianya satu fitnah besar. Cuma pada hari itu, kami ada masalah teknikal dan Elfira hadir setelah dua kali tidak datang latihan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

"Semasa ketiadaannya saya sendiri telah menukarkan wataknya dengan seorang pelakon stand in. Pelakon baru itu yang telah menjalani latihan di tempat majlis pelancaran di aman persembahan ringkas teater itu diadakan.

"Jadi Elfira tidak dapat adakan persembahan pada hari itu kerana dia tidak menjalani latihan untuk persembahan khas pada majlis pelancaran tersebut. Tapi ketika curtain call, kami dapati dia sudah tiada dan dikhabarkan sudah pulang.

"Saya kecewa juga dia tiada di majlis pelancaran itu, tapi saya juga tak tahu apa masalah yang dia hadapi sehingga terpaksa pulang awal," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Istana Budaya pada 28 April lalu itu turut dihadiri pelakon-pelakon lain teater tersebut seperti Adi Putra, Nasha Aziz, Yasmin Hani, Liza Abdullah, Fizo Omar Dafi dan ramai lagi.

Teater Di Bawah Lindungan Kaabah bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan.

Tiket dijual serendah RM30 hingga RM200. Ia boleh dibeli dengan melayari www.AirAsiaRedTix.com.

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


with or without you: Rindu Itu Menyeksakan - <b>Ramlah Ram</b>

Posted: 29 Apr 2014 11:00 PM PDT

Assalammualaikum..selamat sejahtera..
Tima kasih pada kengkawan yang sudi singgah dan komen2 kat blog aku ni..dan yang banyak bagi kata2 semangat masa aku sedih bangat aritu.. aku hargai tau..entry kali ni takdak gambaq kek..jadi + sally dunt hate me bebeh.hahaha..saja layan lagu ramlah ram sesekali ni..
Rindu itu menyeksakan- ramlah ram
Berderai airmata dipipiku..
Mengenang kau tiada disisiku
Rindunya dihatiku menikam kalbu 
Rindunya dihatiku menyiksa kalbu
Setiap saat kuingati setiap waktu tak menentu
Bagaimanakah harus kulupakan
Engkaulah kekasihku kau penawar rinduku
Engkaulah kekasihku kau penawar rinduku
Rindu itu amat menyeksakan
Pilunya tak tertanggung oleh jiwa
Siang dan malam hatiku resah selalu
Bagaikan ombak gelora merindu pantai
Setiap saat kuingati setiap waktu tak menentu
Bgaimnakah harus kulupakan
Engkaulah kekasihku kau oenawar rinduku
Engkaulah kekasihku kau penawar rinduku
Rindu itu amat menyiksakan
Pilunya tak tertanggung oleh jiwa
Siang dan malam hatiku resah selalu
Bagaikan ombak gelora merindu pantai



P/s: entry terjiwang..maafkan aku eh..huhu

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


gambar fesyen seksi <b>juliana evans</b> dikritik peminat di instagram

Posted: 10 Apr 2014 04:51 PM PDT

Gambar Fesyen Seksi Juliana Evans Dikritik peminat Di Instagram

juliana evans terkini seksi 2014gambar fesyen seksi juliana evans dikritik peminat di instagram

Gara-gara memuat naik beberapa keping foto di laman akaun Instagram yang menampilkan dirinya sebagai model catwalk di MODA 2014, Amerika Syarikat, Juliana Evans dikritik oleh peminat berhubung penampilannya yang dianggap seksi pada pertujukan fesyen terkemuka itu baru baru ini

Foto-foto yang dimuat naik itu menjadi subjek kepada peminat untuk memberi kritikan terhadap dirinya

Hakikatnya sudah menjadi lumrah kepada artis yang menjadi hak milik umum, Juliana tidak terkecuali dikecam kerana berpenampilan seksi

gambar seksi juliana evans terkini 2014gambar fesyen seksi juliana evans dikritik peminat di instagram

gambar seksi juliana evans terkini 2014 3gambar fesyen seksi juliana evans dikritik peminat di instagram gambar seksi juliana evans terkini 2014 1gambar fesyen seksi juliana evans dikritik peminat di instagram gambar seksi juliana evans terkini 2014 2gambar fesyen seksi juliana evans dikritik peminat di instagram

Rata-ratanya peminat tidak berkenan dengan penampilan dress pendek berwarna merah jambu separa peha dan gaya tudungnya itu dikatakan seolah-olah tidak sensitif dengan agama sendiri

Bagaimana pun ada juga yang memuji kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh Juliana dan memberi kata-kata perangsang kepadanya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia seni apabila dia kembali ke Malaysia nanti

Juliana Evans kini berada di Amerika Syarikat kerana melanjutkan pelajaran di sana

Disiarkan : Jumaat , 11.4.2014

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


AngelKein : <b>YUNA</b>

Posted: 16 Apr 2014 06:16 AM PDT

My current artist to help me cope with life is Yuna. She's not new and I've heard her many times before, but at this point of my life, her music resonates and heals me most. I never ever really listened to any Malay songs, Yuna's has been my love. These two right now have be on repeat.

'Decorate' in English.

'Lelaki' in Malay.
Lelaki translates to "man". The first verse goes "who do you think you are, this love you just dump?".

Anyway, to update you guys. It's been very rough these past few weeks, as seen in previous posts, but I think I've reached a point of numbness. I really don't feel anything anymore, or don't want to feel anything anymore. Some of you might think it's not good to not feel, but I've been feeling so much I just want it all to stop.

I am thankful however because I am so, so blessed to be surrounded by people who are so loving and helpful, even from people across few seas and continents.

I'll be okay.

AngelKein

All That Skate 2014 – <b>Yuna</b> Kim “Send in the Clowns” - All That <b>Yuna</b>

Posted: 04 May 2014 10:22 AM PDT

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


ekslusif! seluar dalam <b>farawahida</b> jadi bahan kontroversi

Posted: 04 May 2014 04:09 AM PDT

Post image for EKSLUSIF! SELUAR DALAM FARAWAHIDA JADI BAHAN KONTROVERSI

EKSLUSIF! SELUAR DALAM FARAWAHIDA JADI BAHAN KONTROVERSI | Kesian betul. Dalam kegembiraan penyanyi Farawahida Razali bergelar isteri kepada jejaka pilihan  hati, Abdul Shukur Mohd Zain, timbul pula kontroversi lain membabitkan dirinya yang tidak sedap didengar.

Kontroversi itu berkaitan dengan sekeping gambar Farawahida yang diambil dari akhar Kosmo telah menjadi bahan bualan mulut gatal penggiat-penggiat laman sosial.

Perkara yang dipertikaikan mereka ialah garis seluar dalam Farawahida yang ketara dilihat di sebalik skirt merah jambu yang dipakainya.

fara-2-199x300

Susulan itu, ada peminat menyarankan agar penyanyi lagu Tanpamu itu memakaiseluar dalam jenis g-string bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.

Macam-macam pula dengan karenah dan kelakuan peminat di laman sosial.

Tak senang dibuat mereka hidup sebagai seseorang selebriti itu. Kesian pula dengan Farawahida yang baru berkahwin.

Rating: 5.7/10 (3 votes cast)
EKSLUSIF! SELUAR DALAM FARAWAHIDA JADI BAHAN KONTROVERSI, 5.7 out of 10 based on 3 ratings Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BILA SUAMI <b>FARAWAHIDA</b> KENA GOSOK BAJU SENDIRI - Myartis

Posted: 21 Feb 2014 12:25 PM PST

"Saya memang malas nak gosok baju lebih-lebh lagi apabila melibatkan pakaian suami. Saya rasa kerja itu susah, tambah pula suami amat peka dengan garisan-garisan di baju," demikian kata Farawahida Razali, 29, yang berkahwin pada 16 Disember tahun lalu.

Oleh yang demikian, suaminya Abdul Shukur Mohd Zain, 30 terpaksa menggosok baju sendiri sekiranya mahu ianya sempurna. Heh.

"Sejak kecil lagi saya lebih senang memberikan tugas itu kepada ibu kerana risau jika pakaian tersebut hangus terbakar.

"Memandangkan suami tahu saya tidak pandai menggosok, dia tidak berani nak minta saya melakukan kerja itu dan baginya, lebih elok jika dia sendiri yang menggosok baju-baju kemejanya," kata Farawahida kepada media.

Berbulan madu si Universal Studio - klik untuk imej besar

Dia bersyukur apabila suaminya seorang lelaki yang tidak cerewet dalam apa saja perkara. Malah dalam hidangan makanan harian juga, suaminya lebih senang makan lauk biasa sahaja.

"Alhamdulillah suami saya tak cerewet lebih-lebih lagi bab makanan. Dia lebih suka kalau ada dua jenis lauk untuk dimakan dengan nasi.

"Memandangkan saya suka memasak, rasa tak puas pula kerana tak dapat nak masak macam-macam," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Mstar Online.

         ________________________

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Alyah</b> Bakal Dedah Status Hubungan Dengan <b>...</b>

Posted: 29 Apr 2014 07:48 PM PDT

Teka-teki mengenai hubungan penyanyi Alyah dengan konduktor muzik terkenal tanah air, Datuk Ramli MS bakal terjawab apabila pelantun lagu 'Kisah Hati' itu dikhabarkan akan membuat satu pengumuman mengenai status hubungan mereka sebelum hujung tahun ini.

Menerusi akhbar Bipop baru-baru ini, Alyah memberitahu dia akan merungkaikan segala perkara mengenai isu tersebut kerana tidak mahu perkara yang sudah berlanjutan sejak empat tahun lalu itu terus diperkatakan umum.

"Jangan salah faham, Alyah bukan mahu membuat satu pengumuman. Maksud Alyah, sekiranya waktu itu sampai, Alyah akan menjelaskannya kepada semua. Hampir empat tahun orang bertanya mengenai isu yang sama sehingga ayat yang keluar menjadi kontroversi. Sebab itu Alyah akan merungkaikan perkara tersebut jika sampai waktunya. Bila masanya, itu Alyah tak boleh nak jamin, tapi insyaAllah dalam waktu yang terdekat," tutur Alyah ketika ditemui pada majlis pengumuman Alyah sebagai duta Butik Aalia Tudung dan Selendang di gedung Euro Moda Gulati's , Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada Selasa.

Alyah ketika ditemui turut menjelaskan bahawa bukan niatnya untuk melarikan diri atau mengelak apabila ditanya mengenai status hubungannya dengan pemuzik itu. Namun, pelantun lagu 'Tak Mungkin Kerna Sayang' ini memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri selain perlu menjaga hati semua pihak.

"Bukan saya mahu melindungi, namun perkara ini bukan melibatkan saya saja, tapi ia melibatkan banyak pihak, jadi saya tak boleh nak memandai-memandai dalam perkara ini. Lagipun, saya sendiri faham apabila berada dalam industri ini, saya nak lari ke mana lagi. 

Namun, jika dipandang dari sudut saya seorang wanita, sudah tentu saya malu dan sebab itulah saya memang tak mahu bercakap lebih mengenai hal ini. Lagipun, cerita yang ditulis kebanyakannya bertanya kepada saya saja dan bukan dari pihak sana. Saya juga kena jaga hati keluarga saya dan sebab itulah apabila waktu itu sampai, saya akan cakap. Saya harap hujung tahun ini akan memberi sesuatu yang baik selepas empat tahun saya menyimpan perkara ini," ujar Alyah lagi.

Nikah di Thailand?

Kontroversi mengenai hubungan Alyah dengan Datuk Ramli MS mula timbul apabila mereka berdua dikatakan menjalin hubungan cinta. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka mengambil pendekatan untuk tidak berbicara secara terbuka mengenai perkara tersebut. Namun, tahun lalu timbul pula gosip pasangan ini sudah mendirikan rumahtangga di negara jiran. Apabila ditanya kepada Alyah, apakah status sebenarnya sekarang, ini jawapannya.

"Dari dulu saya memang tak akan cakap ya atau tidak tentang status saya. Namun, sudah tentu saya juga mahu berkongsi perkara gembira dengan peminat. 14 tahun berada dalam industri merupakan satu jangka masa yang panjang. Saya sudah melalui macam-macam dugaan dalam karier, begitu juga dengan perhubungan saya. Walaupun hampir jatuh, saya tak mudah mengalah. Saya percaya, Allah menjanjikan sesuatu buat orang yang sabar. Jadi, saya harap semua dapat mendoakan sesuatu yang positif dan terbaik untuk saya," kata Alyah mengakhiri perbualan.

Erry Putra - Google Blog Search

Erry Putra - Google Blog Search


Lirik Tiada Bererti - <b>Erry Putra</b> ft Daus AF (Lirik) - Info Hiburan <b>...</b>

Posted: 02 May 2014 11:30 AM PDT

kumpulan Jinbara - Google Blog Search

kumpulan Jinbara - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Mar 2014 01:26 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Mar 2014 01:04 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Mar 2014 01:27 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2013 01:31 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jan 2013 01:33 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Sep 2012 01:50 PM PDT


Penjenamaan <b>Jinbara</b> | Rock It MySelebriti

Posted: 30 Aug 2012 10:20 PM PDT

DIAM bukan bererti menyepi. Diam-diam kumpulan yang popular dengan lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang), Jinbara, mereka sebenarnya ligat mempromosikan jenama 'Jinbara' dengan memberi peluang kepada peniaga muda di Kampung Kemensah, Hulu Klang, untuk berniaga melalui bantuan diberikan.

Menurut mereka, inisiatif ini dilakukan sebagai usaha membantu mengangkat nama Kampung Kemensah yang mula terkenal sejak kumpulan terbabit membuka pusat rekreasi iaitu Rimba Jinbara tujuh tahun lalu.

Masing-masing ligat mencari idea bagi mempertahankan Jinbara dengan membuktikan walaupun tanpa kehadiran album baru, mereka masih bergerak aktif.

Bagi pengasas projek, Mohd Jeffry Johari, 38, atau Cepot, peluang itu dilakukan bukan saja untuk mempromosikan kumpulan Jinbara, malah ia sebagai bantuan yang diberikan kepada mereka memerlukan selain anak kampung dan juga ibu tunggal.


Katanya, selain bantuan pekerjaan kepada beberapa ibu tunggal yang terpilih sepanjang bulan puasa lalu berniaga di bazar Ramadan, mereka juga sedang berjinak-jinak mengembangkan produk daripada makanan kini menjual aksesori wanita dan bakal menghasilkan pakaian tidak lama lagi.


"Untuk projek ini saya bekerjasama dengan Mohd Nizam Mohd, 36, atau Aqin dan kami baru saja membuka gerai jualan di Uptown Rampai Business Park, Kuala Lumpur. Sebagai permulaan kami menjual aksesori keperluan wanita dan insya-Allah jika berjaya kami akan mengeluarkan pelbagai produk atas nama Jinbara.

"Pastinya semua ini memerlukan modal yang besar dan perniagaan pula dijalankan oleh anak kampung yang terpilih justeru kami berharap segala-galanya berjalan lancar. Mungkin ada beranggapan kami sangat berani memberikan orang lain menguruskan perniagaan, bagi saya sebagai peniaga pastinya ada untung rugi dan segala yang kami berikan atas rasa kepercayaan jika ditakdirkan ditipu oleh mereka yang dibantu, saya anggap itu salah satu risiko yang perlu ditanggung," katanya.

Bukan saja Cepot dan Aqin, Abd Halim Hassan, 43, atau Anjang juga turut ligat melakukan perkara yang sama di mana baru-baru ini dia memberi dana kepada tujuh ibu tunggal di Shah Alam berniaga Nasi Ayam dan Ayam Penyet Jinbara di bazar Ramadan sekitar Shah Alam.

Katanya, minat membantu mereka timbul sejak dia menyertai Sukarelawan Kota Anggerik, Shah Alam di mana banyak masalah kewangan dihadapi beberapa ibu tunggal dan kurang mendapat perhatian pihak tertentu menarik perhatiannya.

"Setiap kami punyai cara masing-masing untuk mempromosikan jenama Jinbara, walaupun tidak tampil dengan lagu baru kami dengan cara yang kami lakukan diharap dapat terus mengekalkan ingatan peminat kepada kami. Walaupun masing-masing punya cara sendiri, matlamat kami tetap sama iaitu membantu mereka yang memerlukan di samping mengukuhkan nama Jinbara. Saya berharap projek membantu ibu tunggal pada Ramadan tahun depan akan lebih terbuka luas dan mencerahkan lagi peluang kami untuk bekerja keras dan sentiasa diingati peminat," katanya.

Selain Cepot, Aqin dan Anjang, Jinbara yang turut dianggotai oleh Shamsul Bakhtiar Zakaria, 42, (Tiar) dan Ahtan Shahrin Sabudin, 34, (Ahtan) sedang sibuk mempromosikan kompilasi lagu duet mereka bersama Fiq Mentor, Milik Siapakah Gadis Ini lagu asal nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Bagi Tiar dan Ahtan walaupun tidak terbabit secara langsung dalam projek penjenamaan kumpulan Jinbara mereka tetap memantau dan menyokong apa saja aktiviti yang dilakukan.

"Saya menyokong setiap pembabitan dilakukan mereka asalkan ia membawa kebaikan kepada kami semua. Sepanjang Ramadan lalu saya tidak terbabit dengan mana-mana kerja dan hanya menghabiskan masa menguruskan anak-anak yang sedang membesar dan insya-Allah selepas ini kami semua akan sibuk dengan promosi album Kolaborasi Mental yang akan berada di pasaran sedikit masa lagi," kata Tiar.

Pada Ahtan, semangat menaikkan nama Jinbara adalah peluang baik untuk mereka sama-sama mempertahankan kumpulan ini supaya tidak berkubur. Kewujudan Rimba Jinbara secara tidak langsung menjadikan mereka duta, sekali gus menarik perhatian peminat untuk berkunjung ke pusat riadah berkenaan.

"Sebagai salah seorang ahli kumpulan ini, pastinya saya menyokong penuh apa juga yang dilakukan oleh teman lain asalkan ia membawa kebaikan kepada semua. Mungkin saya tidak mampu menolong daripada segi modal dengan sokongan moral yang diberikan diharap Jinbara akan terus bertahan dan bertakhta di hati peminat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012

Harian Metro

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2013 01:44 PM PDT


SOFIA, BUNKFACE, <b>JINBARA</b> KONSERT DI UiTM SHAH ALAM <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2013 05:30 PM PST

SHAH ALAM 8 Mac - Buat julung kalinya, para peminat muzik tanah air berpeluang untuk melihat persembahan kumpulan rock dari tiga era dalam satu konsert yang akan diadakan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam pada 13 Mac ini.
Para peminat akan berpeluang untuk kembali menyaksikan kehebatan persembahan kumpulan rock yang pernah menggegarkan dunia muzik tanahair dengan lagu-lagu Bunga Padang Pasir, Anak Liar dan Hati Syaitan iaitu Sofea.
Sofea yang juga dikenali dengan nama SYJ akan berganding dengan kumpulan Jinbara yang popular dengan lagu Resah, Farhana, Patah Pusing, Nilai Cinta,
Jerangkung Bernyawa sekitar tahun 2000-2005
Selain itu, Konsert Di hatiku yang merupakan projek akhir pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi UiTM turut akan dijayakan oleh kumpulan Bunkface yang popular dengan lagu Revolusi dan Situasi.
Menurut pegawai publisiti penganjur konsert, Nur Syahirah Abd. Majid, apa yang menarik ialah, ketiga-tiga kumpulan berkenaan dipilih untuk membuat persembahan berdasarkan pungutan suara yang dilakukan ke atas lebih 100 pelajar fakulti tersebut.
"Kami cuba untuk membuat kelainan dengan mengadakan satu konsert mengikut citarasa penonton dan ketiga-tiga kumpulan inilah yang mendapat pilihan paling tinggi dalam pungutan suara yang kami lakukan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut Syahirah, setakat ini sebanyak 400 daripada 1,500 tiket-tiket konsert bernilai RM25 dan RM50 telah terjual sejak tiket-tiket berkenaan mula dijual dua hari lepas.
Jelas beliau, bagi mereka yang berminat, tiket-tiket konsert tersebut masih boleh diperolehi di UiTM Shah Alam, I-City Shah Alam, Space U8, Plaza Masalam, Giant Shah Alam, dan disekitar Lembah Klang.
Tambah beliau, maklumat lanjut mengenai konsert tersebut boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Publisiti, Konsert Di Hatiku di talian 013-7089805. - UTUSAN Online

Jika mahu sebar artikel ini sila klik "Blog This" setelah itu artikel terus masuk kedalam blog anda,pastikan blog anda sudah 'Log In'


Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


penjelasan <b>diana danielle</b> isu kontroversi gambar - ammboi dot com

Posted: 30 Apr 2014 03:57 AM PDT

Tiga hari lalu pelakon Diana Danielle ada memuat naik sekeping gambar dia dan suaminya Farid Kamil di laman peribadi Instagram miliknya. Bagaimanapun gambar tersebut telah mendapat perhatian ramai dan seterusnya menjadi perbualan hangat di kalangan pelayar laman sosial.

Tambahan lagi, gambar tersebut mempamerkan rambut Diana yang basah sedang berlaga pipi dengan Farid Kamil menyebabkan peminat kurang senang. Gambar tersebut disertakan dengan kapsyen yang berbunyi: "Tadi bermanja dgn dakcik.. Sekarang saya kacau daksar pula".

gambar mesra diana danielle dan farid kamil

Antara yang dibahaskan para peminat Diana ialah, mereka menyifatkan menyifatkan tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan. Ada juga yang berkata, kemesraan antara suami dan isteri tidak perlu dipamerkan pada khalayak lebih-lebih lagi mereka bergelar selebriti.

Bagaimana pun, Diana telah tampil memberikan penjelasan kepada seorang pengguna instagram yang menggunakan nama 'Liza' tentang gambarnya itu.

"Dear liza, i was sitting next to my husband while he was chilling on the sofa and i took a picture. Nothing wrong with that. Kids under 12 should be supervised while on the net anyway since there are many things they shouldnt be exposed to but this is not one of them"

p/s: Ini yang dah selalu pesan berkali-kali. Nak berkongsi gambar pun berpada-padalah. Bila peminat kritik dan kutuk mula rasa tidak senang. Biarpun gambar itu baik pada pandangan kita, tetapi belum tentu pada pandangan orang lain. Insya Allah, ambillah pengajaran dari apa yang berlaku ini…

Tags: , , , ,

Category: HIBURAN