Nuffnang

Selasa, 6 Mac 2012

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Tiz Zaqyah dan <b>Remy Ishak</b> Putus Cinta?

Posted: 15 Feb 2012 05:44 AM PST

Dua pelakon yang hangat bercinta Tiz Zaqyah dan Remy Ishak dikatakan telah putus cinta? sebelum ini Tiz Zaqyah telah menyifatkan dakwaan kononnya hubungan cintanya dan aktor Remy Ishak sudah berakhir hanyalah gosip semata-mata.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 23, berkata spekulasi berhubung keretakan hubungan mereka sekitar dua minggu yang lalu mula tersebar di laman sosial Twitter dan Internet ekoran salah faham yang timbul di kalangan pengikut pasangan itu.

"Spekulasi yang mendakwa hubungan kami berakhir baru-baru ini adalah salah faham daripada orang ramai sehingga menyebarkan perkara yang tidak berasas itu," katanya

Tiz ditemui pada majlis pra tonton filem terbarunya Cinta Kura-Kura yang berlangsung di Cathay e@Curve, Mutiara Damansara, di sini, malam Selasa.

Ketika diminta untuk menjelaskan secara terperinci mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Tiz bagaimanapun enggan untuk mengulas lebih lanjut.

"Saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana dakwaan itu tidak berlaku.

"Apa yang terpampang dalam kemas kini akaun Twitter sebelum ini tiada kaitan dengan hubungan kami," katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon yang melonjak naik menerusi drama bersiri Nur Kasih ini, berkata pengalaman membintangi filem sulung arahan Nizam Zakaria itu mencabar dan menyeronokkan.

Tiz yang bergandingan dengan aktor Aeril Zafrel, Zizan Razak dan Fizz Fairuz dalam filem tersebut, mengakui berhadapan kesukaran untuk berkomunikasi dengan kura-kura sepanjang penggambaran berlangsung.

"Ini adalah pengalaman pertama saya perlu berkomunikasi dengan haiwan iaitu kura-kura di dalam filem.

"Ia adalah proses yang rumit dan mencabar serta menuntut imaginasi yang tinggi bagi membayangkan watak-watak yang tidak wujud di depan mata," katanya.

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


<b>Rita Rudaini</b> Dihina dalam twitter?

Posted: 14 Feb 2012 06:16 PM PST

Pelakon Rita Rudaini Mokhtar menuntut seorang pemilik Twitter@bob_azuan segera membuat permohonan maaf kepadanya kerana menghina, memfitnah serta memalukannya melalui laman Twitter akaun tersebut.

Rita berkata, tindakan individu itu benar-benar menjatuhkan maruahnya kerana turut terlibat untuk campur tangan dalam krisis rumah tangga yang sedang dihadapinya ketika ini.

"Saya menuntut individu tersebut membuat permohonan maaf kepada saya dengan seberapa segera.

"Saya telah diaibkannya dengan kata-kata kesat berbau penghinaan menerusi komen-komennya dalam Twitter berkenaan," katanya kepada wartawan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini, Selasa.

Rita diminta mengulas tindakan seorang individu yang menggunakan identiti@bob_azuan melemparkan kata-kata aib terhadapnya termasuklah menggelar Rita dengan perkataan "Ritaik".


Antara kata-kata individu yang dikenali sebagai bob_azuan terhadap Rita Rudaini. Bagaimanapun akaun tersebut telah dipadamkan pada pagi Selasa.

Pemilik Twitter tersebut turut memberi komen untuk mendedahkan kisah Rita bagi tujuan memalukannya selain menggunakan gambar adik ipar pelakon tersebut iaitu Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai gambar profil Twitter berkenaan.

Rita berkata individu tersebut mendakwa bekerja sebagai jurugambar sebuah syarikat produksi yang turut merakamkan gambar Zaquan Adha dan isterinya pelakon Ayu Raudhah ketika menjalani penggambaran drama di Sabak Bernam awal bulan ini.

Rita yang mendakwa mengenali pemilik Twitter berkenaan memberitahu, individu itu telah memohon maaf kepadanya melalui seorang kawan dan telah menutup akaun Twitter tersebut selepas mendapat kritikan daripada peminat-peminat yang melahirkan perasaan marah dengan tindakan itu.

"Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka. Saya kenal individu itu. Saya tahu dia kawan kepada pasangan Aidil Zaquan dan Ayu Raudhah tetapi dia tidak ada hak untuk masuk campur masalah rumah tangga saya," katanya.

Sementara itu Zaquan Adha dalam Twitter miliknya tidak mengulas panjang mengenai perkara itu sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyangka kononnya dia telah menyamar menjadi @bob_azuan.

"Terima kasih di atas andaian anda. Hanya Tuhan yang lebih mengetahui kebenaran. Tak perlu nak meraih simpati orang," katanya menerusi entri pada pukul 12.36 tengah hari, Selasa.

Masalah rumah tangga Rita dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak yang juga kembar kepada Zaquan Adha masih belum selesai apabila suaminya itu telah keluar rumah dan tidak pulang sejak awal Januari lalu.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dia orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia sepuluh bulan.-MStar

<b>Rita Rudaini</b> Digantung Tak Bertali |

Posted: 12 Feb 2012 07:00 PM PST

Semalam semasa membaca BiPop, Abang Nara sangat tertarik dengan tulisan Raja Nurfatimah Mawar. Tak lain tak bukan tentang kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi oleh Rita Rudaini. Izinkan Abang Nara berkongsi tulisan Raja untuk tatapan anda semua.

rita

Di bawah ialah nukilan Raja BiPop:-

Kasihan mengenangkan nasib aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar. Beliau seolah-olah digantung tidak bertali suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak. Sehingga hari ini, masih belum ada kata putus berhubung rumah tangga mereka yang boleh diumpamakan retak menanti belah itu.

Sudah lebih sebulan Aidil meninggalkan Rita dan dua cahaya mata, Airit Rayyan, 3 dan Airit Qara Arjuna, 8 bulan. Lebih menyedihkan, Aidil langsung tidak pulang menjenguk anak-anaknya. Memberi nafkah jauh sekali.

Kalau Aidil ingatkan anak-anak, meskipun berdepan dengan gelora tsunami atau lautan api sekalipun, , beliau sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan kerinduan pada anak-anak. Tidak begitu? Tapi, hingga saat dan detik ini, bayangan Aidil langsung tidak nampak, bukan Aidil tidak tahu anak-anak sentiasa berada di rumah.

Satu Malaysia sudah tahu, hubungan Aidil dan Rita sedia keruh atau mungkin tidak dapat diselamatkan lagi tetapi jangan sampai abaikan anak-anak. Kalau sekarang ketika belum bercerai, Aidil sudah pada Rayyan dan Qaqa, apatah lagi kalau ikatan sudah terlerai nanti.

Nasib baik Rayyan dan Qaqa tidak bertanya langsung pasal bapanya. Hmmm, nampak sangat Aidil tidak rapat dengan anak-anaknya. Mungkin kalau sudah berbulan tidak balik rumah, anak-anak pun sudah tidak kenal. Dan Raja nak tanya Aidil, dia tahu ke apa hukumnya jika meninggalkan isteri lebih tiga bulan?

Raja pelik, sebelum ini, Aidil beriya-iya nak buat tuntutan berhubung anak-anak, tapi nasib Rayyan dan Qaqa tidak terbela pun. Sakit pening, susu, makan dan minum pun tidak ambil tahu, macam mana tu? Pening kepala Raja memikirkannya.

Ada beberapa teman Raja sering ternampak Aidil melepak bersama kembarnya, Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah di USJ, Subang Jaya sampai awal pagi. Amboi seronoknya… Itu yang Aidil mahukan agaknya, menjadi orang bujang dan tidak memikirkan tanggungjawab, jauh sekali memikirkan anak-anak. Raja dengar Aidil juga tinggal bersama Zaquan dan Ayu di USJ.

Ayu pun bukan main lagi, selalu saja kemas kini statusnya menerusi perkhidmatan mesej Blackberry(BBM), makan malam, keluar sana sini bersama Aidil. Tak payahlah membuatkan orang lain makin membenci, sudah-sudahlah menyakitkan hati Rita. Janganlah memporak-perandakah rumah tangga Rita dan Aidil lagi. Nak makan atau tergolek sekalipun, perlu ke beritahu satu dunia?

Yang kasihan adalah Rita, selepas penat mencari rezeki dan bekerja siang dan malam di lokasi penggambaran, beliau terpaksa pula bersengkang mata menjaga anak-anak sendirian. Bukan tak tahu ragam anak-anak yang masih kecil, memang penat dan tidak cukup rehat.

Tapi, hairan juga Aidil dan keluarganya beriya-iya membuat tuntutan terhadap anak-anak. Kalau hari ini pun tak pernah ambil tahu dan tak tahu nak jaga, bagaimana nak jaga anak-anak pada masa depan? Ibu bapa mentua Rita pun tidak pernah bertanya soal cucu, tak pernah hubungi Rita bertanya pasal Rayaan dan Qaqa tapi sibuk rebut cucu!

Raja bukanlah nak salahkan Aidil, tapi Raja rasa tindakan Aidil tidak betul. Walaupun berdepan dengan konflik dalaman dengan Rita, tapi beliau tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Nafkah anak-anak tidak seharusnya diabaikan. Aidil kena ingat, anak-anak adalah saham untuk akhirat.

Soal siapa yang menjadi dalang keretakan dan kehancuran rumah tangga Rita, Raja tidak mahu mengulas. Dulu, ibu bapa Aidil dipersalah, kini kembar Aidil, Zaquan dan isterinya, Ayu pula dituduh menjadi puncanya. Nampaknya semua sengketa bermula daripada keluarga Aidil. Susah nak cakap jika membiarkan orang lain membaut keputusan dalam hidup. Inilah jadinya.

Nasihat Raja kepada Aidil, kalau sudah benci dan tidak boleh memandang muka Rita lagi, lepaskan saja… Rita boleh hidup bahagia bersama dua cahaya mata yang menjadi pelengkap hidupnya. Aidil pula carilah kebahagiaan baru, kalau itu yang Aidil inginkan.

Kepada Raja, artikel anda kali ini memang terbaik. Abang Nara respek sangat-sangat. Semoga Aidil membaca artikel anda dan seterusnya terbit rasa keinsafan dalam dirinya.

Baca Yang Ini Pulak:-


rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


<b>Rosyam Nor</b> Bakal Senator Yang Kedua?

Posted: 15 Feb 2012 08:01 PM PST

Tiga tahun Tan Sri Jins Shamsuddin menjadi wakil pertama industri seni sebagai Senator, pelbagai isu dibangkitkan berkaitan permasalahan karyawan tanah air. Sebanyak 15 isu diperdengarkan kepada ahli persidangan Dewan Negara termasuk isu Akta Hakcipta 1987 dan membentangkan usul kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan supaya menguatkuasakan peraturan kepada semua stesen televisyen membayar saguhati kepada pelakon di atas penayangan filem-filem dan lagu-lagu mereka.

Tidak kurang juga usahanya mencadangkan agar potongan sebanyak 11 peratus dikenakan bagi setiap bayaran yang diterima oleh pelakon dan 11 peratus lagi pula dipotong daripada bayaran yang diterima oleh pelakon untuk dicarumkan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Semua ini antara cara untuk menjaga kebajikan karyawan seni seperti pelakon supaya apabila mereka tua nanti, simpanan itu boleh digunakan bagi keperluan mereka sendiri.

Bagaimanapun selepas Jins tamat tugas sebagai Senator pada 2010, belum timbul ura-ura perlantikan baru wakil industri seni bagi jawatan itu untuk meneruskan 'suara' anak seni di dalam Dewan Negara. Apakah industri seni tidak memerlukan lagi wakil sebagai suara mereka di dewan penting itu? Atau apakah tiada yang layak untuk diangkat sebagai Senator baru di kalangan karyawan seni tanah air?
Menurut Pensyarah Kanan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah, perkembangan industri seni yang beriringan kemajuan teknologi kemanusiaan hari ini secara totalnya memerlukan mereka yang tahu menguruskan industri keseluruhan.

"Sebaik muncul kurun ke-21, sebagai Kurun Informasi maka fungsi, peranan dan pengaruh industri hiburan telah berkembang ke period yang lebih besar, lebih luas dan lebih penting berbanding kepentingannya dalam kurun-kurun sebelum ini yang rata-rata hanya berlegar tentang posisi hiburan khususnya pada media-media seperti filem, televisyen dan bahan bercetak misalnya akhbar dan majalah.

"Kandungan hanya berpusat pada hal ehwal kehiburanan seperti naskhah-naskhah filem, drama, lagu, artis dan sebagainya. Sebaliknya sekarang adalah era ekonomi kreatif dengan industri kreatif sebagai salah satu industri utama, atau industri ketiga dalam KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara bahkan dunia seluruhnya.

"Maka tentulah untuk menguruskan industri kreatif memerlukan mereka yang memiliki keupayaan pengetahuan yang mendalam tentang makna, bentuk, kandungan, dasar-dasar, rencana strategi dan masa depan bukan sekadar hanya berasaskan pengalaman dalam industri hiburan semata-mata. Industri kreatif adalah industri masa depan, dan sebagai industri masa depan suatu pemikiran baru yang memahami posisi mengendalikan industri ini amat penting. Industri ini bukan lagi industri bakat, sebaliknya suatu industri intelektual dan futurisme yang memerlukan kecekapan ilmu dan keupayaan pengetahuan sepenuhnya," katanya.

Jelas Abu Hassan yang juga penganalisi politik dan seni Malaysia lagi, memandangkan industri kreatif adalah sebuah industri yang sangat penting peranannya dalam pemajuan ekonomi dan sosial masyarakat di masa depan, sudah tentu industri ini memerlukan bukan sahaja profesional dan cendekiawan, pemaju dan pengusaha yang serius dan bijak, handal dan futuristik, malah turut menuntut keperluan para pemikir dan pelaksana polisi yang juga cekap dan intelektual.

Baginya, industri kreatif adalah industri intelektual. Industri ini memerlukan pakar-pakar kepimpinan dalam merencanakan strategi pembangunannya secara menyeluruh dan meluas. Jika merujuk pada demokrasi di negara kita, industri ini memerlukan lebih daripada seorang wakil yang boleh bersama merancang dasar-dasar masa depan di Parlimen.

Besar fungsinya untuk industri, kata Abu Hassan.

"Misalnya pelantikan sebagai Senator dan tentulah peranan mereka bukan sekadar untuk menjadi pelakon dan watak penghias di Parlimen kononnya ada wakil bagi industri kreatif ini sebagaimana ada wakil bagi kumpulan masyarakat yang lain.

"Industri kreatif adalah industri terbesar menjelang 2015 dan akan menjadi industri yang paling lama berpengaruh bukan sahaja terhadap ekonomi malah seluruh sistem sosial masyarakat. Senator yang hendak dilantik mestilah mereka yang memiliki kebolehan luarbiasa dalam merencanakan polisi industri kreatif secara mikro dan makro, dan juga berupaya menterjemahkannya dalam pelan tindakan strategikal yang sempurna dan jelas.

"Pengalaman sebagai pengarah filem, atau penari kebudayaan tentulah tidak cukup meskipun boleh, dan penglibatan dalam hubungan politik juga bukan bermakna apa-apa pada industri ini sekira Senator yang sepatutnya menjadi penggerak kebijakan hanya sekadar seorang pelakon tambahan di Parlimen," katanya yang turut menjadi panel kritik untuk Pilih Kasih musim ke-3 ini.

Selepas Jins, Abu Hassan berasakan terdapat beberapa tokoh baru yang boleh menerajui perubahan bagi industri ini, antaranya ialah Aziz M Osman, Aznil Haji Nawawi, Rosyam Nor, Erma Fatima dan mungkin dari lapangan selain filem misalnya Datuk Faridah Merican.

Rosyam Nor

"Industri kreatif memerlukan tokoh yang memahami lingkaran industri dan ekonomi kreatif ini sepenuhnya, bukan orang politik. Industri ini adalah industri intelektual yang melibatkan keperluan sebuah gerakan yang serius dan genius.

"Aznil Haji Nawawi bukan sahaja seniman dan artis yang mendapat sokongan masyarakat, malah mempunyai pendidikan tinggi yang mampu merencanakan pemikiran dan tindakan sewajarnya bagi pemajuan industri ini.

"Aziz M Osman selain dari kemampuan sebagai pemain utama dalam industri, dia mempunyai kepimpinan dan kebolehan yang sangat dinamik dan pragmatik, menjadi contoh penglibat seni budaya tanah air yang serius dan berpandangan jauh. Beliau adalah ciri pemimpin yang boleh membantu usaha memajukan industri.

"Begitu juga Rosyam Nor, selain daripada seniman yang cemerlang, beliau turut berjaya dalam industri seni budaya tanah air dengan segala macam produk dan penerbitan, malah telah menjayakan pemajuan industri kreatif secara tersendiri. Beliau telah menunjukkan arah yang tepat dalam membawa industri ini.

"Kedudukan ini sama dengan Erma Fatima, begitu juga Faridah Merican. Mereka adalah sosok tokoh seniman yang berjuang memartabatkan industri kreatif secara dinamik dan pragmatik maka wajar untuk menempatkan mereka dalam menguruskan industri ini ke masa depan yang lebih berjaya," katanya.

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


FightBah!: Tomoi Movie: Bunohan

Posted: 06 Mar 2012 05:56 PM PST

A new Malaysian made movie called Bunohan is out for fans of Tomoi/ Muaythai kickboxing!
Check out the trailer here:
What we also found out about the movie is that it actually won some awards overseas:
World Premiere @ Toronto Int'l Film Festival (8-18 Sept 2011) - Discovery 

US Premier @ Austin Fantastic Festival (22-29 Sept 2011)

Asian Premier @ Taipei Golden Horse (Nov 2011)

*** *** ***
Here are some info about the movie as from
their facebook page:
Plot:


BUNOHAN is set in the secluded mangroves of Malaysia. Three brothers return to their home, each with their own path and each with their own fate. Kickboxer Adil, the youngest, is on the run from an illegal fight, while Ilham, a hired assassin and the oldest brother, hunts for his next prey. It is the middle brother, Bakar, an opportunist, that sets them all on a collision course of deceit, regret and murder. As quickly as their lives reunite, their ties are forever ripped apart.


Starring


Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Namron, Wan Hanafisu, Hushairy Hussin, Amerul Affendi, Jimmy Lor, Tengku Azura

Directed, Screen Played & Written by:

Dain Said

*** *** ***

We also found this trailer at their official youtube account here.

Check out this "the making video".

What got us most excited is that (at minute 10:45) we see Mr. Marzuki helping to choreograph the Tomoi fight scenes for the movie. For the readers info, Mr. Marzuki is also the organiser for the recent F3 event & a very active Muaythai activist. He is a legit Muaythai teacher and with his guidance FightBah believes the movie to pack some interesting fight scenes to watch.

In fact (at minute 12:10) "Kipas Lanun" a well known Malaysian Muaythai fighter will cameo as 1 of the fighters in the movie for the Malaysian fight fans.

Bunohan will be showing in the following location:


JOHOR

- Cathay Cineplex City Sq. 

- GSC Pelangi Leisure Mall JB
- LFS Segamat

KUALA LUMPUR

- GSC Mid Valley (w/ English subtitles)
- GSC Pavillion (w/ English subtitles)
- GSC Berjaya Times Square
- MBO Festival City Mall Danau Kota

KEDAH:

- Grand Cineplex Sg. Petani
- LFS Mahkota

NEGRI SEMBILAN

- GSC Mega Mall Kuantan

PERAK

- TGV Kinta City, Ipoh

PULAU PINANG

- LFS Bukit Jambul

PUTRAJAYA

- LFS Riverside Kuching

SELANGOR

- TGV Sunway Pyramid (w/ English subtitles)
- TGV Bukit Tinggi, Klang
- TGV Mines Sri Kembangan
- Cathay Cineplex Mutiara Damansara
- MBO Space U8 Mall Shah Alam
- LFS Kuala Selangor

TERENGGANU

- TGV Mesra Mall

BRUNEI (Dari 15 Mac)



- Jing Hua Cineplex 


For more info on Bunohan check out their official site here. See you in the movies!

Is BUNOHAN This Century&#39;s Greatest Malay Movie?

Posted: 05 Mar 2012 02:13 AM PST

Bunohan is a movie that is starting to gain popularity regarding its greatness long before it is even screened in cinemas.

Since the movie trailer was shown on Youtube last year, local movie lovers and activist start to feel that it would bear its own standard in local and international film industry.

It is proven true.

Even earlier the movie was sniffed out by Universal Pictures who successfully obtained distribution rights.

Since it was screened at the Toronto International Film Festival, September last year, the movie produced by Nandita Solomon also managed to penetrate several other festivals including the 2011 Taipei Golden Horse Film Festival, 2011 Sao Paolo International Film Festival, Palm Spring International Film Festival, 2011 Asia Film Festival in Bali, 2012 Rotterdam International Film Festival and the 2011 Fantastic Fest in the United States of America.

Besides that, Bunohan's impressive storyline which features Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekan Ibrahim, Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan and many more has been marketed successfully in nearly 30 countries including United Kingdom (UK), France, Germany, Australia and New Zealand.

The latest, this movie was also highly praised by Rembau Member of Parliament who is also UMNO Youth Leader, Khairy Jamaluddin.

In an interview with a newspaper recently, its director Dain Said described Bunohan as a manuscript born from a sincere heart and is also close to his heart.

What more, raised in Tumpat, Kelantan, Dain was very impressed with tomoi activities which became a mandatory activity and generates economy from tomoi clubs.

"It could be said that Bunohan was born from my experience and perception when I was small who saw how tomoi activity which actually has a metaphor behind the definition of violence that is often labeled as.

"It really connects their family ties through business at the same time giving me an idea to write this manuscript.

"Maybe some do not know, Bunohan is also a place in Kelantan," he said telling that the story of Bunohan was already in his mind since five years ago before he directed his first movie, Dukun.

However said Dain, the tale of tomoi is not the backbone to Bunohan's narrative story but actually shows family relationship between three siblings played by Faizal, Zahiril Adzim and Pekin Ibrahim.

Bunohan is a story about Adil who was involved in a deathly tomoi competition in Thailand, however he was saved by his best-friend, Muski. Because he violated the rules, Adil is hunted by Ilham, a killer hired by the organizer of the illegal competition.

Muski brought Adil back to their hometown, Bunohan. Without realizing it, Ilham is his step-brother who has not return to his hometown since he ran away as a teenager, after his parents divorced. Ilham tracked Adil to Bunohan.

There, Adil's older brother, Bakar also returned to the hometown with an excuse of taking care their father who is sick. Actually, he has an evil agenda.


Wow…actually I am quite excited when I read the comments, trailer and the movie's storyline.

Could it be true that Bunohan is this century's greatest Malay movies?

Watch it in cinemas starting this March 8…. -Syahril A. Kadir (mynewshub.my)

<object width="560″ height="315″><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/_OgrPtRhdnY?version=3&amp;hl=en_US&amp;rel=0″></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/_OgrPtRhdnY?version=3&amp;hl=en_US&amp;rel=0″ type="application/x-shockwave-flash" width="560″ height="315″ allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Related posts:

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


<b>Fasha Sandha</b> Akui Sudah Dirisik Jejai, Bakal Berkahwin Tahun Ini |

Posted: 05 Mar 2012 10:47 PM PST

Hate her or love her (aceh speaking) nama Fasha Sandha tak pernah lekang daripada bibir setiap manusia yang mengikuti perkembangan dunia hiburan. Dan selepas tersebarnya gambar Fasha Sandha dan Jejai menghadiri kursus kahwin, Harian Metro hari ini melaporkan yang Fasha sudah pun dirisik oleh Jejai.

fasha dan jejai

Kata Fasha Sandha:-

Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik. Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini.

Dan Fasha Sandha mengakui yang dia sememangnya menghadiri kursus kahwin minggu lalu:-

Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya. Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.

Buat masa ini, tempat dan tarikh perkahwinan masih dirahsiakan oleh Fasha. Harap-harap Abang Nara nanti dapatlah jemputan daripada Fasha. Tak sabar nak tengok Fasha dan Jejai bersanding. Confirm meriah. Info kredit Harian Metro.

Baca Yang Ini Pulak:-


Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


<b>Elly Mazlein</b> Tak Gentar

Posted: 04 Mar 2012 01:57 AM PST

Elly Mazlein tak gentar bergelar isteri? Elly Mazlein tak gentar sedikit pun untuk bergelar seorang isteri yang dijangka hujung tahun ini.

Elly Mazlein mengakui dia sebenarnya sudah lama bersedia untuk bergelar isteri kepada tunangnya, Azmi Hata dan ibu kepada dua bakal anak tirinya selepas mengikat tali pertuanangan selama setahun setengah.

Menurutnya pelakon drama Amukan Pocong ini berkata, persiapan perkahwinan mereka lebih 50% siap walaupun sibuk dengan kekangan masa dan komitmen kerja.

"Walaupun sibuk, kami tetap membuat persiapan perkahwinan yang dijadualkan akan berlangsung pada akhir tahun ini. Alhamdullilah, keluarga turut membantu untuk merealisasikan impian saya yang mahukan sesuatu yang indah di majlis perkahwinan nanti."

"Majlis nikah & resepsi dijangka akan diadakan di Bukit Kiara Ekuastrian Resort pada hari yang sama. Walaupun begitu, saya tetap ingin berserdahana," uajrnya.

Ketika ditemu bual ternyata terdapat sedikit kesan lebam di dahinya. Apabila ditanya mengenai hal itu, Elly menjawab dengan tersenyum bahawa ia adalah kecuaian dirinya sendiri yang terjatuh di lokasi ketika penggambaran sedang dijalankan. Darah yang keluar tidak banyak tapi cukup membuat semua krew kelihatan panik dan terus dibawa ke klinik.

Bagaimanapun tahniah diucapkan kepada Elly Mazlein yang tak gentar bergelar isteri hujung tahun ini.

Rating: 10.0/10 (2 votes cast)
Rating: +3 (from 3 votes)
Elly Mazlein Tak Gentar bergelar Isteri, 10.0 out of 10 based on 2 ratings

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


Sah dan Tak Sah: Ada kesah??!!<b>Gambit Saifullah</b> kecewa dengan <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 07:15 PM PST

Aida Aris - Google Blog Search

Aida Aris - Google Blog Search


<b>Aida Aris</b> Tiada Masa Berbulan Madu | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2011 06:47 PM PST

Pelakon Aida Aris mengakui kesibukannya dengan aktiviti lakonan membataskan dia untuk berbulan madu selepas mendirikan rumah tangga pada 4 September tahun lalu.

Menurut Aida, dia dan suami Husfarid Shaikh Ali berhasrat untuk berbulan madu, namun sehingga kini masih belum berkesempatan melakukannya.

"Selepas kahwin memang kami ingin berbulan madu tetapi melihat jadual saya penuh sampai bulan April ini hasrat itu tergendala. Isya-Allah April nanti kami akan cuba mencari masa yang sesuai.

"Namun begitu kami tetapi mempunyai masa bersama dan kadang kala saya ikut dia pergi bekerja. Namun itu bukanlah dikira bulan madu kerana ia tidak dirancang," katanya.

Dalam pada itu, Aida turut mengakui tidak pernah merancang tentang kehadiran cahaya mata dalam perkahwinan keduanya ini.

"Saya tidak pernah merancang sama ada mahu anak atau tidak. Bagi saya jika ada rezeki saya terima dan jika tidak saya hanya bersabar. Sekarang belum ada apa-apa tanda lagi.

"Mungkin juga disebabkan kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing, Insya-Allah kalau ada rezeki saya terima," katanya.

Bagaimanapun, kata Aida, hidupnya lebih bahagia disamping suami tercinta.

"Banyak perbezaan hidup sendiri dan berumah tangga, saya sedar komitmen terhadap keluarga lebih tinggi berbanding hidup bujang dahulu," katanya.

Bercakap soal kerjaya, Aida memberitahu dia masih aktif sebagai pelakon biarpun kini bergelar isteri.

Tambah Aida, dia belum berniat untuk bersara atau menjadikan perkahwinan sebagai penghalang kerjayanya.

"Setakat ini saya masih aktif dalam bidang ini dan belum pernah terfikir untuk berhenti berlakon. Suami juga tidak pernah menghalang saya untuk teruskan kerjaya ini.

"Bagi saya lakonan sudah seperti sumber rezeki utama. Saya akan berlakon selagi diperlukan," katanya.

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


Lisa Surihani, Aznil, <b>Altimet</b> Jayakan MSMW

Posted: 13 Feb 2012 09:03 AM PST

Selebriti terkenal, Lisa Surihani, Aznil Hj Nawawi dan Altimet telah hadir bagi menjayakan hari pertama Minggu Sosial Media Malaysia (MSMW) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Mereka telah dilantik sebagai duta MSMW bagi mewujudkan kesedaran masyarakat di negara ini akan kepesatan serta kepentingan dunia sosial media dalam kehidupan masa kini dan juga akan datang.

Penganjuran MSMW dimulakan dengan dua hari persidangan World Bloggers Summit.Com yang akan berakhir esok, diikuti den gan beberapa program menarik seperti peraduan fotografi, pameran produk elektronik dan juga bengkel kefahaman berkenaan sosial media.

Persidangan telah dihadiri hampir 500 deligasi dari Singapura, Indonesia dan juga Malaysia serta dikendalikan oleh 'freelancer' juga jurucakap bertaraf antarabangsa.

MSMW dianjurkan oleh Social Media Chambers dan disokong oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. MSMW juga mendapat tumpuan dari para blogger tempatan yang sama-sama memeriahkan MSMW kali ini.

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


<b>Ramlah Ram</b> feat. Sleeq – Sesaat Kau Datang | Yoyooh!

Posted: 25 Feb 2012 10:01 PM PST

Ingatkah anda pada lagu syahdu Ramlah Ram yang popular pada lewat 80an seperti Kau Kunci Cintaku dalam Hatimu dan Apa khabar mu disana? Bila dengar lagu single terbaru Ramlah Ram terbaru Sesaat Kau Datang, macam tak percaya Ramlah Ram berduet bersama Sleeq penyanyi rap yang berasal daripada Singapura. 2 artis dari genre muzik yang berbeza.

Album baru Ramlah Ram ini adalah kerjasama antara RRG dan FMC. Single Sesaat Kau Datang ini adalah diilhamkan daripada komposer baru, ID Mifzal, dan lirik ditulis oleh Zie Shafuddin, manakala susunan muziknya hasil gubahan komposer sedang meningkat naik, Ady 6ixth Sense. Lagu ini mengangkat tema kekecewaan dalam percintaan atau perkahwinan, dan dalam masa yang sama terpaksa melepaskan orang tersayang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Tahniah kepada Ramlah Ram kerana berani mencuba sesuatu yang baru dalam lagunya kali ini. Harap lagu ini akan digemari ramai. Menurut sumber, album penuh penyanyi ini akan menyusul pada penghujung tahun ini, yang juga akan menampilkan sebuah lagu balada berkonsepkan ketuhanan berjudul Sejadah Cinta.

Bagaimana agaknya penerimaan pendengar muzik terhadap lagu single terbaru tersebut?

Beberapa minggu lepas, muzik video rasmi lagu nyanyian Ramlah Ram duet bersama Sleeq telah di muatnaik ke Youtube. Terdapat dua versi dimuatnaik iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Jom check it out kedua-dua muzik video tersebut.

Versi Bahasa Melayu

Versi Bahasa Inggeris

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


AAKJ.COM: <b>SAZZY FALAK</b> SAMBUT VALENTINE, PEMINAT TAK <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2012 07:35 AM PST

Sazzy Falak telah mengupdate status twitternya yang berkaitan dengan sambutan Valentine seperti di bawah.
Ternyata status yang diupdate ini telah menimbulkan rasa kurang senang kepada pengikut Sazzy Falak di Twitter. Sebelum anda juga rasa kurang senang, sila baca penerangan daripada Sazzy Falak.
Mungkinkah pengikut twitter Sazzy Falak terlalu emosional? Atau sememangnya tidak wajar untuk selebriti terkenal untuk mengupdate status berkaitan Valentine? Apa pendapat anda?
Sazzy Falak telah mengupdate status twitternya yang berkaitan dengan sambutan Valentine seperti di bawah.
Ternyata status yang diupdate ini telah menimbulkan rasa kurang senang kepada pengikut Sazzy Falak di Twitter. Sebelum anda juga rasa kurang senang, sila baca penerangan daripada Sazzy Falak.
Mungkinkah pengikut twitter Sazzy Falak terlalu emosional? Atau sememangnya tidak wajar untuk selebriti terkenal untuk mengupdate status berkaitan Valentine? Apa pendapat anda?

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>Pierre Andre</b> Cinta Bibik Indonesia dalam CHANTEK | Sensasi <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 05:42 PM PST

KISAH CINTA SECANTIK NAMANYA, CHANTEK

Ejaannya mungkin nampak tidak kena. Namun hakikatnya, CHANTEK adalah satu nama empunya watak utama di dalam filem ini dan bukannya satu sifat manusia iaitu cantik. Walaubagaimanapun, tetap ada satu kecantikkan yang ingin ditonjolkan menerusi nama CHANTEK ini. Ianya tidak berkait langsung dengan paras rupa. Ianya adalah cerita cinta. Inilah yang cuba disampaikan oleh pengarah berkaliber, Pierre Andre menerusi sentuhan filem romantik komedinya kali ini, sebuah kisah cinta yang secantik nama judul filem ini, CHANTEK.

Nampak seperti agak jiwang namun pengisiannya disulami dengan elemen komedi santai yang pasti akan membuatkan penonton tersenyum simpul. "Bukan senang untuk mencari pemegang watak CHANTEK. Dia mestilah pandai bertutur bahasa Indonesia, berkebolehan bersuara seperti lelaki dan menari kerana ini semua tuntutan untuk perwatakan CHANTEK. Selama seminggu berkampung di Indonesia dengan kehadiran kira-kira 700 peserta, akhirnya pelakon baru Indonesia yang sedang meningkat naik, Nurul Ekasari menjadi pilihan Pierre", jelas produser filem CHANTEK.

Nurul Ekasari memulakan perjalanan kariernya pada tahun 2009 dengan kemunculannya dalam iklan komersial, penghias majalah dan membintangi beberapa buah sinetron. Selain CHANTEK, beliau juga turut beraksi dalam filem Indonesia bertajuk 'Bait Surau' dan 'Soulquest'. Bakat lakonan yang dimiliki gadis ini jelas menambat hati Pierre untuk dijadikan sebagai heroinnya sekaligus memegang peranan sebagai tulang belakang filem ini.

Chantek

"Filem yang menelan kos RM1.4 juta ini mengambil masa selama 30 hari penggambaran di sekitar Cherating dan Kuala Lumpur dan semuanya berjalan lancar walaupun kita bekerjasama dengan pelakon dari seberang yang masih baru ini. Ini menunjukkan pilihan Pierre cukup tepat dengan keserasian yang diingini melalui pasangannya menerusi mood filem ini," tambah produser filem CHANTEK ini.

Chantek

Filem terbitan Empat Semudra Plantation Sdn Bhd ini sekali lagi menggunakan khidmat Pierre Andre sebagai pengarah dan lakon layar filem terbitan mereka setelah berjaya dengan Al-Hijab, filem terbitan pertama mereka pada tahun lepas. Filem yang berkisarkan tentang CHANTEK (Nurul Ekasari), seorang gadis Aceh yang masih dibayangi peristiwa hitam tsunami yang melanda negaranya telah membawa diri ke Malaysia untuk mencari rezeki sekaligus membina kembali keyakinan dirinya. CHANTEK akhirnya ditawarkan kerja sebagai pembantu rumah kepada Ad Adi (Pierre Andre), seorang pelakon Malaysia terkenal yang membawa diri ke sebuah pulau setelah mengalami kemalangan yang mengakibatkan dirinya menjadi buta.

Chantek

Plot cerita menjadi semakin lucu kerana sepanjang CHANTEK bekerja bersama Ad, dia terpaksa menyamar menjadi lelaki kerana Ad mengalami trauma terhadap perempuan kesan dipermainkan oleh tunangnya sendiri. Dari suara sehinggalah tingkah lakunya, CHANTEK terpaksa meyakinkan Ad yang dia adalah seorang lelaki. Namun, konflik mula terjadi apabila Ad mendapat tahu pembantu rumah yang disangkanya selama ini adalah lelaki rupa-rupanya ialah seorang perempuan. Walaupun telah dihalau, CHANTEK kembali kepada Ad demi cintanya yang mula mekar terhadap Ad. Ceritanya tidak berakhir disini, penonton bakal dikejutkan dengan satu perkara yang tidak terduga oleh mereka sendiri. Inilah kehebatan kisah cinta tersendiri karya Pierre Andre.

Memuatkan lagu tema nyanyian kumpulan tersohor Indonesia, Padi yang bertajuk 'Begitu Indah', filem ini turut dicantikkan dengan kemerduan lagu-lagu dari kumpulan Hujan, ciptaan Dimas, lagu Sadis nyanyian Afgan dan selitan lagu popular Awi Rafael, 'Pulanglah' yang bakal menghanyutkan penonton dalam menyelami kisah cinta CHANTEK dan Ad. Namun ada suatu perkara yang mengujakan apabila penonton juga berpeluang menyaksikan Pierre Andre menunjukkan bakat nyanyiannya menerusi lagu 'Madu dan Racun' yang dinyanyikan beliau sewaktu babak memujuk CHANTEK.

Menggunakan tagline 'Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan', penonton pasti memahami maksudnya diakhir cerita tanpa sebarang tekanan emosi atau penyimpangan mesej asal kerana filem ini adalah kisah cinta santai dan komedinya cukup menghiburkan seisi keluarga.

Filem Chantek yang bakal berada di pawagam pada 16 Februari ini juga menampilkan Abon, Man Kidal, Maimon Mutalib, Yuhang dan Zarina Anjolie sebagai cameo.

Chantek

Chantek

Chantek

Chantek

Chantek

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Filem Chantek
  • Quotes of the day: Pierre Andre Dibomoh Maya Darina?
  • Biodata Pierre Andre
  • Peraduan Tonton Filem CHANTEK di Budiey.com & Menangi iPad2
  • Budiey Mencari 10 Pembaca ke Tayangan Eksklusif Filem CHANTEK
  • Filem Jangan Tegur Lakonan Julia Ziegler
  • Drama Tiramisu
  • Video Pierre Andre Diterjah Zubir Berita Harian Part 2
  • Create a Tagline for ASAP
  • Pierre Andre & Fasha Sandha Cium Mulut?
  • 6ixth Sense - Google Blog Search

    6ixth Sense - Google Blog Search


    Musix4You: <b>6ixth Sense</b> Feat Saujana - Penerang Hati | Lirik | Video <b>...</b>

    Posted: 26 Feb 2012 07:00 PM PST

    Lirik Penerang Hati - 6ixth Sense ft Saujana

    Mencinta Mu terangkan jiwaku
    Merindu Mu hatiku selalu
    Hanya diri Mu satu cintaku

    Tak akan mampu ku jauh dari Mu
    Satu nafas ku harap Kau ada
    Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

    Chorus
    Ku akan mencinta Mu
    Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
    Kau terangi aku

    Engkau penjaga hatiku
    Pendamping jiwaku
    Cerahkan cintaku
    Cinta yang abadi

    Jangan pernah kau menjauh

    Ulang Chorus 2x