Nuffnang

Selasa, 5 Mac 2013

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


Cemerlang Pra-SPM, <b>Najwa Latiff</b> Mahu Jadi Pensyarah | OHBULAN!

Posted: 05 Feb 2013 04:00 PM PST

image
Najwa Latiff dalam kenyataannya menerusi sebuah tabloid tempatan hari ini mendedahkan keputusan peperiksaan percubaannya sebelum ini ialah 5A.

Sehubungan itu, pelantun lagu 'Kosong' ini berharap agar keputusannya untuk SPM yang akan diumumkan tak lama lagi memberi berita yang lebih baik.

"Insya-Allah, saya harap keputusan yang bakal keluar awal Mac ini berpihak kepada saya. Sewaktu peperiksaan percubaan saya mendapat 5A," jelas Najwa dipetik dari Utusan Malaysia.

Najwa turut memberitahu hasratnya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan bercita-cita mahu menjadi pensyarah.

"Sejak dulu saya bercita-cita menjadi pendidik seperti ibu yang menabur bakti kepada anak bangsa."

Moga doa Najwa termakbul dan dapat meneruskan hajatnya untuk mendidik anak bangsa.

Tags:

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Isu Lahad Datu : <b>Remy Ishak</b> Mohon Doakan Keselamatan Adiknya <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2013 07:16 PM PST

Remy Ishak

Semua sedia maklum pada ketika ini penduduk Sabah sedang berada dalam keadaan berjaga-jaga terutamanya sekali bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan Lahad Datu.

Terbaru menerusi laporan Kosmo! Online, pencerobohan di Lahad Datu kini telah masuk ke lima buah kampung dengan didahului oleh Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, seterusnya diikuti pula Kampung Seri Jaya, Siminul dekat Semporna dan Kunak.

Menerusi laman Twitter milik pelakon terkenal Remy Ishak, aktor ini turut memaklumkan bahawa adiknya, Mohammad Fairul Azmi Ishak yang sedang berkhidmat di kem RAMD Seremban, kini telah dihantar ke Lahad Datu bagi mempertahankan keselamatan negara di sana.

Remy ishak

Dalam pada itu, isu pencerobohan di Lahad datu ini turut mendapat perhatian segelintir artis tempatan, di mana ramai yang mendoakan agar Sabah kembali aman seperti sediakala dan tidak ketinggalan juga ada yang mengucapkan takziah atas kepergian perwira-perwira negara yang tumpas di medan perang.

Lahad Datu

Tags: , ,

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Sehangat Asmara <b>Rita Rudaini</b> & Adi Putra | OHBULAN!

Posted: 03 Feb 2013 06:26 PM PST

Drama Sehangat Asmara Astro Mustika HD Episod 1 Hingga Tamat

Jika anda peminat setia drama bersiri "Adam & Hawa", kami yakin anda juga bakal meminati sebuah lagi drama berjudul "Sehangat Asmara". Hasil adaptasi novel dari penulis yang sama, drama arahan Mohd Feroz Kader ini bakal menemui anda dalam bentuk definisi tinggi sama seperti drama "Adam & Hawa".

Menerusi saluran Mustika HD, drama bersiri 33 episod ini menemui para penonton pada setiap hari Isnin – Rabu jam 10.00 malam secara eksklusif hanya di saluran 134.

Drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini berkisarkan tentang kisah cinta yang mengangkat semangat dan ketabahan seorang wanita muda untuk berdepan dengan pelbagai rintangan, dugaan, tohmahan, dan semangat dalam menjalani kehidupan seharian setelah suaminya meninggalkan beliau tanpa sebarang pesanan.

Kisah cinta menyayat hati ini bakal menyaksikan lakonan mantap gandingan Rita Rudaini dan Adi Putra selaku teraju utama yang masing-masing memegang watak sebagai Kamilia Najwa dan Zainal Arief. Turut membintangi drama ini termasuklah barisan pelakon baru dan lama seperti Shaz Jaszle selaku Azman, Fureena Ezlin selaku Misha, Izreen Azminda selaku Mimie, Hafizuddin selaku Tan Sri Ahmad Sharifudin, Dian P. Ramlee selaku Puan Sri Zaharah dan Maimon Mutalib selaku Mak Leha.

Kejayaan drama bersiri Adam & Hawa yang baru sahaja tamat siarannya pada 10 Januari lepas sejak mula disiarkan pada 27 Ogos 2012 sudah ternyata telah mencetuskan fenomena yang amat positif daripada orang ramai sekaligus berjaya mengumpul kelompok peminat tegar "Adam & Hawa" yang setia.

Drama bersiri "Sehangat Asmara" ini mengisahkan tentang pasangan Kamilia Najwa dan Zainal Arief. Pandang pertama mereka telah memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di Sydney tanpa restu keluarga.

Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Anda pasti tak sabar untuk mengetahui bagaimanakah jalan ceritanya kan? Jadi, cepatlah langgan dan ikuti langkah dibawah.

Untuk menikmati saluran Mustika HD, para pelanggan Pakej Mustika hanya perlu melanggan perkhidmatan Astro B.yond dengan bayaran serendah RM20.00 sebulan. Manakala bagi para pelanggan perkhidmatan Astro B.yond pula, mereka hanya perlu melanggan Pakej Mustika dengan bayaran RM12.95 sebulan untuk menikmati saluran ini. Untuk melanggan, sila ke Astro Service Portal (saluran 200) atau layari www.astro.com.my/shop.

Tags:

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


“Saya Rela Tunggu Miss Right” – <b>Hans Isaac</b> | OHBULAN!

Posted: 24 Jan 2013 04:45 PM PST

Hans Isaac-1Umum tahu, gosip cinta diantara Hans Isaac dan juga selebriti sensasi, Neelofa masih menjadi tanda tanya dikalangan peminat. Pelbagai persoalan timbul dan jawapan yang diberikan dari kedua-dua selebriti ini sehingga kini masih belum menunjukkan tanda-tanda mereka serius bersama.

Menjawab pada isu yang masih belum menemui penamat ini, Hans Isaac ketika ditemui di majlis pelancaran filem "Lawak Ke Der 2″ menjelaskan, dia dan Neelofa hanyalah sekadar sahabat rapat sahaja dan enggan bercerita lebih lanjut mengenai tahap hubungan mereka yang sebenar.

"Persahabatan itu sama saja, tak ada beza. Kami tak pernah cakap yang kami mempunyai hubungan intim ataupun tidak, cuma sahabat rapat saja," ujar Hans memulakan perbualan.

Dia juga turut menyuarakan rasa kesal kerana gosip sebegini mungkin memberikan kesan negatif kepada filemnya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Lofa dan saya ada filem yang akan dikeluarkan tak lama lagi, saya tak nak filem itu keluar dengan gosip murahan.

"Saya sendiri sudah bosan dengan cerita-cerita pasal saya," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Hans yang kini sudah menginjak umur 42 tahun ini mengaku dia sememangnya mahu berkahwin.

"Saya memang hendak berkahwin tetapi soal kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Saya mahu perkahwinan yang kekal, bukan bercerai-berai selepas tempoh tertentu. Saya rela tunggu Miss Right," katanya.

Untuk pengetahuan, filem "Lawak Ke Der 2″ yang dihasilkan melalui rakaman pementasan di Istana Budaya bakal menemui penonton pada 7 Mac ini. Antara barisan pelakonnya termasuklah Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Harith Iskander, Nabil, Johan dan Zizan Razak.

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>Faizal Tahir</b> Buat Boot Camp Untuk Peminat - Gua.com.my

Posted: 20 Feb 2013 08:00 AM PST

Sempena pelancaran album terbarunya pada April nanti, Faizal Tahir tampil dengan strategi pemasaran menarik apabila bakal mengadakan sebuah boot camp bersama 30 peminat terpilih pada 26 Februari ini. Boot camp yang akan diadakan di Sri Pentas, TV3 itu bertujuan untuk mendapatkan maklum balas peminat  tentang album terbarunya itu.

"Untuk album terbaru ini saya ingin lakukan sesuatu yang berbeza. Idea bootcamp ini datang daripada saya sendiri.  Saya mahu lakukan boot camp ini kerana saya mahu mendengar pendapat setiap peserta berkenaaan hala tuju album terbaru saya itu nanti. Selain itu, saya juga mahukan idea-idea baru daripada golongan muda untuk memasarkan album ini. Saya percaya golongan ini mempunyai idea-idea  yang mungkin di luar kotak pemikiran kita," ujar Faizal Tahir mengulas tentang projek terbarunya itu.

Tambah Faizal lagi, boot camp itu bukan hanya terbuka kepada peminatnya, tetapi  juga kepada sesiapa sahaja yang berminat. Bagaimanapun, mereka yang berminat mestilah berumur di antara 19 tahun ke 26 tahun.

          

"Sebelum mereka menghantarkan penyertaan, ingin saya ingatkan bahawa boot camp ini bukanlah sekadar suka-suka. Tetapi saya mahu mereka datang dengan persediaan. Ada kertas kerja yang perlu mereka buat nanti, sebab itulah objektif boot camp ini. Ia bukan sesi pertemuan artis dengan peminat yang biasa," tambah pelantun lagu 'Mahakarya Cinta' ini lagi.

Biarpun perlu memerah otak memikirkan idea-idea baru, boot camp ini tidak seharusnya dipandang sebelah mata kerana ada elemen eksklusif yang dijanjikan oleh penyanyi ini. Tidakkah anda mahu mendengar setiap lagu yang dimuatkan dalam album terbaru Faizal? Kalau mahu, inilah peluangnya. Faizal akan memperdengarkan 10 buah lagu terbarunya pada hari tersebut untuk diberi penilaian.

"Pada hari tersebut, setiap peserta boleh menemu bual saya pada bila-bila masa. Selain itu, saya juga akan memperdengarkan 10 buah lagu yang dimuatkan dalam album terbaru. Saya rasa ini nilai eksklusif yang ada untuk boot camp ini. Mereka yang datang adalah di golongan pertama yang dapat mendengar lagu-lagu terbaru itu," ujar Faizal teruja.

Menyentuh sedikit tentang album terbarunya itu , Faizal menjelaskan album ketiganya itu amat berbeza dengan album-album terdahulu.
 
"Album ini tidak menampilkan muzik rock tipikal. Sebaliknya, saya menampilkan muzik rock elektronik.  Saya banyak bereksperimen untuk album ini contohnya lagu 'Anti Graviti'. Ada orang ingat ada bunyi ayam berkokok, tetapi sebenarnya bunyi itu adalah suara seorang penyanyi wanita India.
 
Mungkin ada peminat saya nanti tidak suka atau tidak boleh terima album terbaru ini. Tetapi saya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Saya tidak kisah pasal kehilangan peminat kerana saya percaya akan ada peminat baru untuk saya. Saya tidak mahu orang kenal saya sebagai penyanyi yang tidak ada kelainan. Lagipun untuk terus maju, kita perlu berani melakukan perubahan," ujar Faizal mengakhiri perbualan.

Mereka yang berminat untuk menyertai boot camp ini boleh menghantar butiran anda ke gua.editorial@gmail.com. Sila sertakan nama penuh, nombor telefon, jurusan pembelajaran dan juga nama Universiti atau kolej tempat anda belajar.

Untuk makluman, tiada yuran penyertaan dikenakan untuk boot camp bersama Faizal Tahir ini. Bagaimanapun, GUA ingin mengingatkan, setiap peserta terpilih harus membawa komputer riba sendiri. 

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


Warung Muzik - <b>KRU</b> cari peluang bisnes di Eropah

Posted: 26 May 2008 01:41 AM PDT

Ladylike kumpulan pertama KRU lebar sayap ke peringkat global

LANGKAH KRU untuk mengembangkan perniagaannya nampaknya tidak terhenti setakat di peringkat Asia semata-semata.

Selepas melancarkan KRU Studios di Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia dan Hong Kong, empayar perniagaan yang diasaskan oleh trio adik beradik, Norman, Yusry dan Edry ini terus mengorak langkah dengan menembusi pasaran Eropah menerusi syarikat KRU Europe Ltd yang ditubuhkan pada 7 April 2008 di London, England.

Berfungsi sebagai ibu pejabat operasi KRU di Eropah, KRU Europe Ltd juga turut menguruskan hal ehwal pemasaran filem dan muzik khususnya produk dalam bahasa Inggeris. Di negara ini, syarikat KRU diketuai oleh Robert Bromley - seorang yang pernah berkhidmat di sebuah agensi berita, Reuters dan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi, Nortel di benua Eropah.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios Sdn Bhd, Norman Abdul Halim berharap perlantikan Robert itu mampu merealisasikan impian mereka untuk terus bertapak di negara ini.

"Pengalaman dan rangkaian perniagaan Robert sememangnya akan banyak membantu operasi KRU di benua berkenaan.

"Sebagai langkah pertama KRU Europe, pihak kami sudah pun mengadakan sesi uji bakat di seluruh negara berkenaan seperti Sweden, Norway, Denmark, Finland dan Iceland sejak Jun tahun lalu untuk mendapatkan anggota kumpulan gadis pertama di bawah KRU," kata Norman dalam satu kenyataannya kepada Hip.

Ternyata, sesi uji bakat itu mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih 600 peserta hadir untuk menyertai acara yang diadakan di Cosmos Studios itu. Cosmos Studio adalah sebuah studio di Stockholm yang pernah digunakan artis terkenal antarabangsa seperti ABBA dan juga Roxette.

Selepas melalui pelbagai peringkat saringan, akhirnya empat orang peserta berjaya di pilih untuk disatukan menjadi sebuah kumpulan gadis pertama KRU Europe. Mereka yang dianggotai Miranda Hortland, Valerie Wigardt, Louise Tomassino dan Isabel Billing menggelarkan diri mereka sebagai Ladylike.

Berkonsepkan pop rock, Ladylike dijadualkan akan turun ke ibu negara bagi memulakan rakaman album pertama mereka yang diterbitkan Edry pada Jun ini. Kesemua lagu sudah pun dikumpulkan dan hanya menunggu kehadiran anggota kumpulan ini untuk sesi rakaman vokal.

Di peringkat awal, album ini hanya akan diedarkan di peringkat Asia dan Eropah. Sekiranya mencapai kejayaan yang diharapkan, KRU tidak teragak-agak untuk mencuba memasarkannya di Amerika Syarikat.

KRU berharap dengan langkah pertama ini, bukan saja dapat membantu KRU mengeksport produk terbitan Malaysia dan mencapai kejayaan malah ia juga sekali gus mengharumkan nama negara di persada seni antarabangsa.

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Didie Alias</b> Teruja Bawa Rakan Artis & Peminat <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 09:17 AM PDT

Pelakon, pengacara serta pelawak popular, Didie Alias mengakui teruja apabila dapat membawa 12 rakan artis ke beberapa destinasi percutian menarik di seluruh dunia bermula Disember ini. Bukan itu saja, program kolaborasi Didie's Entertainment & Management dengan syarikat pelancongan Arlief Event & Management ini juga turut menawarkan pakej istimewa kepada peminat seni tanah air apabila mereka juga berpeluang untuk sama-sama meluangkan masa melancong bersama artis kesayangan mereka.

"Saya rasa bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh Arlief Event & Management untuk menjadi artis jemputan bagi program 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng'. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Arlief kerana dalam ramai-ramai artis yang ada, mereka telah memberi peluang ini kepada saya.

"Saya ingin mencerminkan sebuah konsep melancong yang berbeza di mana peminat atau sesiapa saja yang menyertainya akan merasai pengalaman tersendiri dengan kenangan melancong yang paling menyeronokkan," ujar Didie ketika ditemui pada sidang media dan majlis pelancaran program tersebut di Menara KL, petang Khamis.

Sebelum ini, Arlief Event & Management pernah menganjurkan program percutian bersama penyanyi terkenal, Awie ke Beijing dan Mongolia. Atas kejayaan program tersebut juga, syarikat pelancongan yang sudah beroperasi selama dua tahun ini sekali lagi terpanggil untuk melibatkan artis bagi setiap program percutian kelolaan mereka.

"Selepas membawa Awie bersama peminatnya bercuti ke Beijing dan Mongolia, kami tertarik untuk melibatkan selebriti tanah air dalam program kami sekali lagi kerana kami percaya dengan kehadiran mereka, peminat lebih teruja untuk pergi bercuti. Bila program sebegini diadakan, percutian mereka akan lebih seronok kerana selain melawat tempat-tempat menarik, mereka juga turut berpeluang mengenali dengan lebih rapat artis kesayangan mereka," ujar Pengarah Arlief Event & Management, Mohd Alif Haziq Azman sambil memberitahu Didie merupakan calon yang sesuai untuk program percutian syarikat mereka.

"Pemilihan Didie dibuat atas dasar karakter, personaliti serta profil seninya yang begitu baik di mana kami yakin Didie mampu memeriahkan lagi percutian pelanggan kami. Malah, karakter lucu serta lincahnya juga sesuai dengan kelainan program yang akan kami bawa kali ini di mana selain melancong, kami juga akan turut menjalankan aktiviti menarik di mana pelbagai hadiah termasuk wang tunai akan ditawarkan kepada peminat yang mengikuti pakej percutian kami."

'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng' akan membawa peminat meneroka pelbagai destinasi menarik di dalam serta luar negara antaranya Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Sipadan, Pulau Pangkor, Korea, Phuket, Krabi, China, Egypt, Morocco, Spain dan Hong Kong. Antara artis yang bakal terlibat dalam program percutian ini ialah Erra Fazira, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Hafiz Suip, Elfira Loy, Johan As'ari, Sharifah Shahora dan ramai lagi.

Program 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng' ini akan bermula pada Disember ini di mana peminat akan dibawa menaiki kapal peranginan ke Phuket dan Krabi, diikuti ke Beijing, China (25-30 Januari 2013) dan seterusnya Cairo Egypt (21 -26 Februari 2012). Maklumat lanjut mengenai pakej percutian bersama Didie Alias & D'Geng ini boleh didapati menerusi laman web www.arlief.com atau emel ke info@arlief.com. Anda juga boleh terus menghubungi talian 03-6142 8072 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Along Eyzendy - Google Blog Search

Along Eyzendy - Google Blog Search


Filem PE3 Full Movie | Kaki Lepak Movie

Posted:

sebuah filem komedi aksi arahan Farid Kamil menampilkan Kamal Adli, Farid Kamil, Diana Amir, Along Eyzendy dan ramai lagi bakal menemui penonton. Filem ini padat dengan aksi dan komedi baru. Sinopsis Filem Pe3 ...

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


<b>Dayang Nurfaizah</b> takut lelaki ? ~ relevan sokmo

Posted: 04 Mar 2013 10:00 PM PST

FIGURA yang memiliki vokal gemersik ini enggan berkongsi kisah peribadi dirinya dengan umum.


SEHINGGA kini penyanyi bersuara gemersik, Dayang Nurfaizah Awang Dowty atau Dayang, mengakui belum pernah bercinta dan tidak mempunyai kekasih.

Bukan sebab memilih atau tiada lelaki yang mendekati dirinya, tetapi ujar Dayang yang kini sudah menginjak usia 33 tahun itu, dia fobia untuk bercinta dan juga takut untuk mempunyai ikatan dengan insan bergelar lelaki.

Ditemui pada majlis sidang akhbar Pencalonan Anugerah Tribute P. Ramlee anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Kumpulan Utusan serta Syarikat Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. (Suhan Movies) di Hotel Holiday Villa, Subang, Dayang juga bercerita tentang nilai eksklusif diri serta perkembangan terbaharu karier seninya.

Kosmo!: Kenapakah Dayang fobia dengan lelaki dan takut untuk bercinta?

DAYANG: Setelah melihat dan membaca mengenai gosip percintaan rakan-rakan artis, saya jadi fobia dan takut untuk bercinta. Sebabnya, saya takut jika berkenalan dan bercinta nanti akan timbul gosip-gosip liar seterusnya memusnahkan karier nyanyian saya.

Adakah anda takut dengan gosip-gosip liar mengenai anda?

Gosip-gosip seperti itu (bercinta) tidak membantu dalam karier saya. Gosip percintaan artis menakutkan saya.

Mungkin juga anda terlalu memilih sehingga menyebabkan anda masih belum menemui lelaki dalam usia yang sudah mencecah 33 tahun?

Ya, saya akui agak memilih kerana saya percaya setiap wanita di dunia ini ada hak untuk memilih pasangan hidup. Kalau boleh saya mahu jumpa dengan seorang lelaki, bercinta dan berkahwin. Saya mahu buat semua itu sekali seumur hidup.

Apakah ciri-ciri lelaki idaman anda?

Saya tidak mahu meletakkan sebarang ciri-ciri kerana ia akan menutup peluang saya berkenalan dengan lelaki. Kalau saya letak dan tidak jumpa dengan ciri-ciri yang dimahukan, saya juga yang kecewa nanti.

Anda kini dilihat kurang muncul dalam sebarang majlis hiburan yang melibatkan media. Adakah anda meletakkan diri terlalu eksklusif?

Saya tidak pernah rasa diri eksklusif. Saya sebenarnya sibuk dengan jemputan mengadakan persembahan di majlis-majlis makan malam dan juga korporat.

Bagaimanakah peminat mahu tahu perkembangan terbaharu mengenai anda?

Saya ada Facebook dan Twitter. Jika saya ada persembahan, saya akan beritahu peminat menerusi dua medium tersebut. Saya juga baru ada Instagram dan menggunakan medium tersebut untuk lebih mendekatkan diri dengan peminat. Tetapi, perkara peribadi saya tidak akan kongsikan. Peribadi tetap peribadi bagi saya.

Beralih pada karier nyanyian, apakah perkembangan terbaharu anda?

Walaupun orang kenal saya, ia tidak bermakna saya perlu leka dan tidak mengeluarkan sebarang produk. Saya kini sedang mengumpul bahan untuk album terbaharu. Album rakaman konsert Anuar Zain bersama Dayang Nurfaizah yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas tahun lepas juga sudah berada di pasaran. Saya juga merancang untuk mengadakan mini showcase buat peminat-peminat pada tahun ini.

* Sumber kosmo! Online

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


“Saya Tidak Akan Hantar Rombongan Merisik” – <b>Sharnaaz Ahmad</b> <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 08:36 PM PST

Shila-Dan-Sharnaaz

"Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini."

Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Sharnaaz sendiri. Menerusi laporan Sinar Harian hari ini, Sharnaaz memberitahu bahawa dia sudah tidak mahu ambil tahu apa-apa lagi isu yang terjadi.

"Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya."

Pelakon filem Juvana ini juga meluahkan perasaan kecewanya terhadap perkara yang berlaku dan mengambil keputusan untuk berhenti bercakap mengenai Shila Amzah.

"Seperti yang saya katakan, saya dah malas nak layan semua ni lagi. Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi."

Jadi, apakah kesudahan kisah cinta Shila & Sharnaaz selepas ini? Setelah pelbagai kontroversi dilalui, adakah mereka berdua akan berhenti di tengah jalan? Atau mungkin Shila akan memilih untuk bersama Sharnaaz?

Walau apa pun, jika ada pengarah yang mahu memfilemkan kisah cinta realiti kedua selebriti ini, OHBULAN! pasti ramai yang akan menunggu untuk menontonnya. Setuju tak?

Anda boleh baca artikel berkaitan disini.

  1. Tak Telus & Macam Budak-Budak – Sharnaaz Ahmad Respon Kenyataan Shila Amzah
  2. Sharnaaz Ahmad Cabar ND Lala Jadi Lelaki
  3. ND Lala Anggap Sharnaaz Biadap
  4. Shila Amzah Tak Sanggup Lukakan Hati Ibu Bapa
  5. Shila Amzah, Kembali Lah Ke Pangkuan Keluarga…

Tags:

Amyza Aznan - Google Blog Search

Amyza Aznan - Google Blog Search


<b>Amyza Aznan</b> Disantau Oleh Rakan Baiknya Sendiri | ANa Ahmad

Posted: 04 Mar 2013 10:26 PM PST


Santau sememangnya sudah sinonim dengan masyarakat Melayu kita. Contoh yang selalu kita dengar ialah santau restoran pesaing supaya tak ada orang pergi makan kedainya. Dan jangan tak percaya, dunia artis Malaysia pun ada juga santau menyantau ini.
Amyza Aznan menerusi Twitternya mendakwa yang dirinya telah disantau oleh rakan baiknya sendiri. Kata Amyza:-
Ya, akak terkena santau. Masa kena santau, akak asyik nak pengsan. Akak selalu kebas tangan kiri, leher seperti tercekik tulang dan jantung sempit. Akak buat pemeriksaan doktor semuanya OK. Akak tidak percaya ilmu sihir tapi apabila terkena pada diri sendiri, barulah akak percaya benda-benda ini wujud.
Seram gila kan? Sememangnya kalau kena buatan orang ini pergi check doktor pun diorang takkan tahu apa yang terjadi. Yang misterinya, kenapa rakan baik Amyza sendiri nak santaukan dia? Macam-macam sungguh manusia ini kan? Kata Amyza lagi.
Orang yang menghantar santau kawan baik sendiri. Dulu, dia susah tiada pekerjaan, akak banyak bantu dia. Bila nama mula meletup, dia ingat akak ini pencabar dia! Sihir ni akan makan dirinya sendiri. Tujuan dia supaya akak tidak boleh bekerja. Kena santau dengan kawan wanita, orang dalam industri. Akak kenal baik dengannya. Muka sudahlah buruk, ditambah lagi dengan perangai buruk.
Aduh ~~ Kesian sungguh. Buat baik dibalas jahat. Memang tak mengenang budi sungguh kawan Amyza Aznan ini. Bersabarlah. Mungkin boleh cuba pergi buat rawatan Islam yang popular seperti yang dikendalikan oleh Ashraf Muslim. Mana tahu berkesan. Semoga Amyza cepat sembuh dan kembali berlakon semula.







Best regards,

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Ahmad hargai . Tq :)

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


L4GU D4N KEN4NG4N: Kau Pergi Demi Pertiwi - <b>Jamal Abdillah</b>

Posted: 05 Mar 2013 05:44 AM PST



Kau Pergi Demi Pertiwi - Jamal Abdillah
Usah kau tangiskan perpisahan ini
Dengan airmatamu
Usah kau nantikan bila ku kembali
Ke pangkuan kasih

Setulus doamu cukuplah bagiku
Sebagai azimat
Senyuman manismu kasih dan cintamu
Menjadi temanku

Kau melangkah demi kebaktian
Kau berjuang demi keamanan
Ku iringkan doa dan harapan
Ku menanti saat kepulangan

Usah kau pintakan sejuta harapan
Dariku yang berjuang
Telah ku serahkan jiwa dan ragaku
Demi ibu pertiwi

Andainya ku gugur sebelum kembali
Usah kau ratapi
Jangan kau kesalkan pengorbanan ini
Demi bakti yang suci

Ku relakan perpisahan ini
Ku kalungkan kasih dan sayangku
Kau berjuang dengan ketabahan
Ku menanti dalam kesetiaan

Download
Mp3

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


<b>Akim</b> kembali dengan Menunggu - Halaman Gambar Menarik, Pelik <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 07:51 PM PST


SELEPAS popular dengan lagu Bengang, Inikah Cinta, Janji dan Mesti Ada Cinta duet bersama Fiq, penyanyi Afiq Hakim Ahmad atau Akim kembali dengan lagu ciptaannya sendiri berjudul Menunggu.
Selain melancarkan lagu single, Akim turut melancarkan klip video lagu tersebut di Red Box, The Gardens baru-baru ini.
Menurut Akim, klip video itu cukup bermakna buat dirinya apabila telah diarahkan oleh pengarah berbakat besar, Ghaz Abu Bakar.
"Saya tidak pernah bekerja dengan Ghaz tetapi saya tahu produk yang dihasilkannya cukup berkualiti dan kreatif. Memang agak teruja apabila mendapat tahu saya akan bekerja dengannya.
"Alhamdulillah, melihat hasil penuh klip video Menunggu, saya amat berpuas hati," kata Akim.
Ditanya, bagaimana pengalaman bekerja dengan Ghaz di samping pelakon Bront Palarae dan seorang model baharu pilihan Ghaz, Akim menjelaskan, dia mempunyai masa yang seronok sepanjang proses penggambaran dilakukan.
"Penggambaran mengambil masa sebanyak tiga hari, proses suntingan dan sehingga klip video disiapkan mengambil masa sehingga sebulan.
"Tiada tekanan dan saya cukup seronok bekerja dengan Ghaz. Jalan cerita klip video semuanya idea daripada Ghaz seperti menutup akaun Facebook dan segala laman sosial selepas putus cinta.
"Walaupun, kekasihnya telah berkahwin, dia tetap menunggunya. Itu jalan cerita daripada Ghaz," ujar Akim.
Ditebak mungkinkah, lagu Menunggu ini ditujukan khas buat penyanyi Stacy, Akim membalas, lagu itu dedikasi buat Rasulullah SAW.
"Lagu Menunggu bukan menggambarkan saya sedang tunggu Stacy. Saya cipta sepenuhnya lagu ini sebagai gambaran saya menunggu Rasulullah di akhirat kelak.
"Saya akui mesej yang saya sampaikan pun agak berat. Namun, saya dedikasikan lagu ini demi Rasul tercinta. Saya mohon bantuan Baginda di Padang Mahsyar nanti.
"Selain daripada itu, saya tidak kisah andai orang yang mendengar lagu ini memberi gambaran berbeza seperti berkenaan cinta dan perkara lain kerana judul Menunggu itu sangat umum. Saya dapat ilham buat lagu ini selepas saya mendapat petunjuk dari Allah," jelasnya.
Akim sebelum ini yang kerap digosip bercinta dengan penyanyi Stacy bakal muncul dengan lagu single terbaharu yang berjudul Kembali, duet bersama Stacy pada penghujung bulan ini selepas lagu Menunggu.
Jodoh
Kerjasamanya bersama Stacy bakal menghangatkan kembali gosip yang semakin hilang ditelan waktu. Bagaimanapun anak kelahiran Johor Bahru ini, mengakui sudah penat dan bosan cerita gosipnya bersama Stacy.
"Penat dan bosan jugalah untuk saya menjawab soalan yang sama. Memang kami rapat sebagai rakan dan untuk mengulas lebih lanjut belum tiba masanya kerana fokus saya hanya kerjaya buat masa ini," katanya.
Menguatkan lagi gosip cintanya itu, selepas lagu Menunggu, Akim bakal muncul dengan lagu single Kembali duet bersama Stacy.
Disoal mengapa memilih Stacy, sambil tersenyum, Akim mengatakan Stacy merupakan tiga penyanyi wanita terbaik yang pernah ditemuinya dari segi vokal dan penghayatan lagu.
"Saya pilih dia kerana kami serasi dan mudah untuk menyanyikan lagu duet bersama. Bagi saya Stacy seorang penyanyi yang hebat.
"Kualiti vokal serta penghayatannya dalam lagu cukup bagus. Jadi, tidak ada sebab lain saya berduet dengannya ditambah lagi dia merupakan rakan saya," kata Akim.
Disoal sejauh manakah hubungannya dengan Stacy dan tidak terfikirkah untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat?
Jawab Akim: "Kami rakan yang rapat dan saya juga cukup selesa berkawan dengannya. Buat masa ini kami berdua fokus terhadap kerjaya sahaja, tidak ada agenda lain.
"Jika ditakdirkan jodoh bersama, itu takdir Allah, saya sebagai hambanya reda dengan ketentuan yang diberikan. Rasanya untuk menamatkan zaman bujang belum lagi kerana saya baru 22 tahun.
"Masih muda untuk berkahwin. Jika saya ingin berkahwin mungkin 25 tahun ke atas sebelum usia 30 tahun. Doakan yang terbaik buat saya."
Lagu Menunggu dan Kembali dimuatkan dalam album pertama Akim berjudul Akim Ahmad yang dilancarkan pada Jun tahun lalu bersama lapan buah lagu yang lain.

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


<b>Farid Kamil</b> Komen Laporan Akhbar — “Ia Seolah Olah Cuba Untuk <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2013 04:41 AM PST

Semalam, dunia hiburan Malaysia di'kejutkan dengan satu laporan akhbar yang menulis penafian Farid Kamil akan dakwaan isterinya Diana Danielle di'tahan di lapangan terbang.

Laporan tersebut menyebut yang Diana Danielle kononnya di'tahan oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney tidak di'benarkan untuk terbang kerana usia kandungan melebihi had di'benarkan.

Hari ini melalui sebuah video terbitan MIG, Farid Kamil tampil memberikan penjelasan yang beliau di'ajukan soalan yang sedikit lain daripada apa yang di'laporkan dalam artikel tersebut.

"Saya ditanya sama ada benar Diana Danielle ditahan di sana (Sydney) — saya tanyakan kembali kenapa ditahan tetapi wartawan tersebut berkata dia tidak tahu," ujar Farid Kamil.

"Apabila (keluar) kenyataan pagi ini, saya turut hairan kenapa Diana Danielle dikaitkan dengan isu ditahan sedangkan dia pergi ke sana untuk melanjutkan pelajaran"

"Apa yang tertulis dalam akhbar tersebut seolah olah cuba mereka cerita untuk mengaibkan diri saya," anda boleh dengarkan penjelasan penuh Farid Kamil berkaitan isu ini dalam video di'atas.

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


Foto Romantik <b>Liyana Jasmay</b> & Suami Di New York | OHBULAN!

Posted: 03 Mar 2013 11:29 PM PST

Liyana Jasmay

Baru-baru ini Liyana Jasmay telah terbang ke kota New York bersama suami tercinta, Fathuddin Mazlan bagi mengikuti penggambaran telemovie berjudul 'NY Cinta.'

Sepanjang mengikuti penggambaran di sana, Liyana Jasmay telah sempat merakamkan beberapa foto romantik dirinya bersam suami untuk tatapan peminat di Malaysia dan aktres ini turut merakamkan beberapa video pendek yang menceritakan situasi dirinya ketika berada di New York.

Video tersebut telah dimuat naik menerusi laman YouTube Rasmi Liyana Jasmay sendiri.

Untuk makluman, telemovie 'NY Cinta' ini turut menampilkan pelakon kacak Bront Palare sebagai pasangan Liyana.

Berikut kami paparkan beberapa foto Liyana Jasmay untuk tatapan anda semua :

Sumber : Instagram & Twitter Liyana Jasmay

Tags: , ,

Alif Satar - Google Blog Search

Alif Satar - Google Blog Search


Lirik Lagu Pendusta - <b>Alif Satar</b>

Posted: 04 Dec 2012 04:54 PM PST

KaizenZone: MusicZone: Abdul by <b>Alif Satar</b> with lyric

Posted: 03 Nov 2012 02:37 AM PDT

Aku punya seorang sahabat
Namanya Abdul Junior bin Abdul
Perasan lelaki paling hebat
Sekali lirik wanita terus terpikat
Tapi itu tak pernah terbukti
Buktinya ia masih sendiri
Inilah liku-liku laki-laki tak laku-laku
Yang penting exist exist
Abdul Abdul Abdul dul betul
Abdul Abdul macam betul
Abdul Abdul Abdul dul betul
Abdul Abdul macam betul
Pernah satu ketika dirinya
Ungkapkan cinta pada wanita
Konsert nyanyi di atas menara
Sungguh bikin rasa sekampung senegara
Mesti berkali terkena reject
Baginya macam tak ada effect
Ini betul-betul kisah Abdul Junior bin Abdul
Yang penting narsis narsis
Abdul Abdul Abdul dul betul
Abdul Abdul macam betul
Abdul Abdul Abdul dul betul
Abdul Abdul macam betul
Tapi ia paling setia
Meski kadang terlalu banyak gaya
Dia yang selalu menceriakan suasana
Kurangnya adalah saat beraksi dekati wanita
Abdul meski dia susah
Tak pernah nampak gelisah
Sedikit berkeluh-kesah
Tak buat dia jadi marah-marah
Abdul tak putus asa
Walau selalu gagal bercinta
Jodoh takkan ke mana
Apa saja cara menjemputnya
Abdul siapa mahu jangan ragu dia
Sahabatku
Abdul takkan lari jangan pergi dia
Sahabatku paling juara
Abdul Abdul Abdul dul betul
Abdul Abdul macam betul
Abdul Abdul Abdul dul betul
Abdul Abdul macam betul