Ada sesetengah pihak yang menyalahkan David Teo di dalam kontroversi perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal baru-baru ini. Malah alasan yang diberikan oleh pasangan ini untuk berkahwin secara sorok-sorok ialah kerana kontrak MIG yang menghalang artisnya bercinta. Agak pelik juga kerana banyak artis MIG seperti Diana Amir, Farid Kamil dan Intan Ladyana yang secara umumnya diketahui kisah percintaan mereka.
Hari ini menerusi Berita Harian, Intan Ladyana memaklumkan bahawa boss MIG, David Teo ialah seseorang yang sangat memahami. Abang Nara yakin anda pasti tahu yang Intan Ladyana dan Kamal Adli sudah begitu lama bercinta. Kata Intan Ladyana:-
Sewaktu kami mula bercinta, memanglah rasa bimbang dengan reaksi pihak pengurusan. Namun, saya mengambil langkah untuk berterus-terang. Berlaku jujurlah dengan mereka, duduk berbincang elok-elok dan ceritakan situasi sebenar. David adalah seseorang yang sangat memahami.
Apa yang penting bagi mereka, kita kena beritahu supaya tidak timbul perkara berbangkit kemudian hari. Iyalah, perkara seperti ini bukannya boleh dibuat main-main kerana turut membabitkan pihak ketiga seperti produk yang melantik kita sebagai duta. Tak mahulah nanti perancangan yang sudah diatur musnah kerana sikap kita
Intan Ladyana juga sempat memberikan nasihat kepada mana-mana artis yang menandatangan kontrak dengan mana-mana syarikat. Menurut Intan, kontrak perlu dibaca dengan sedalamnya sebelum ditandatangani. Kata Intan:-
Apa yang berlaku sebenarnya atas sebab salah faham terhadap kontrak yang ditandatangani. Mereka tidak faham kontrak yang menghalang artis daripada bercinta itu sebenarnya mempunyai pengertian yang lebih daripada itu.
Ia bukannya sekadar melarang mereka bercinta. Pihak pengurusan berbuat demikian kerana mahu menjaga reputasi artis itu sendiri. Mereka tidak mahu nama artis tercalar disebabkan terlalu banyak kisah cinta dipaparkan. Contohnya, jika berlaku cinta lokasi.
Sebagai artis yang pernah melalui situasi sedemikian, nasihat saya kita kenalah faham betul-betul maksud kontrak itu. Kalau tak faham, tanya. Pihak pengurusan pun kenalah beri penerangan dengan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan.
Ada betulnya juga kata-kata Intan Ladyana ini. Kalau tak faham, kenalah tanya. Tak tanya dan buat keputusan sendiri memang akan menyukarkan semua pihak. Sekurang-kurangnya kalau tahu status anda yang sedang hangat bercinta, pihak pengurusan boleh buat apa yang patut untuk membantu daripada segi persiapan perkahwinan dan sebagainya. Apa pula kata anda?
P.S: Pening tak tahu nak pilih vitamin apa sebagai supplemen? Jangan risau. LIKE sahaja Facebook Doktor Vitamin Anda untuk mendapat maklumbalas yang jitu, tepat dan padat. Segala persoalan anda akan dijawab oleh mereka yang pakar. Confirm anda dah tak perlu risau dan takut untuk ambil vitamin yang dicadangkan oleh Doktor Vitamin Anda.
elok punya termenong, teringat la dekat E R U L A F -9, ee kesian nya dye,kalo aku jadi dye mst aku over excited cm dye.. yea dalam kepala otak mesti nak sangat masuk final, tak patut paknil wt dye mcm 2, patut nya dowg direct annouce sape yang terkeluar.. kate da bertaun jadi pengacara, cm 2 ke wt kat orang..dala E R U L siap sujud gembira.. last2 dye terkeluar... kalo aku jadi tempat dye mesti malu, dala family dok ats pentas sekali.. tak sangka betol a AF-9 nie .. asal tah dari STAT AF- 9 aku tak berminat nak tengok..walaupun aku nie bukan la
P E M I N A T - E R U L, tapi aku paham doe perasaan dye time tuh...nampak gila muka dye sedih... aku tengok pun S E N T A P sekejap... pe a astro nie saje nak malu kan orang nie ke di namakan KEJUTAN AF-9... paknil pun satu, tawu la tuh keje awok..tapi tak kan tak bole pikir...adoyaiiii....laen kali bagi la tahu awal² de 2 kad merah n biru... yang biru dapat masuk final yang merah tersingkir ni tidak MEN serbu je... maybe bukan rezeki ERUL...ANNYEONGHASEYO! :))
[artismsia]_(tahniah)erul Af Naib Juara K-pop Star Hunt Musim Kedua
(TAHNIAH)Erul AF Naib Juara K-Pop Star Hunt Musim Kedua
*****(name=middle) -->
*****
Masihkah anda ingat dengan Erul? Erul merupakan salah seorang produk daripada rancangan realiti Akademi Fantasia. Lama mendiamkan diri tanpa khabar berita, rupa-rupanya Erul menyertai pertandingan Kpop Star Hunt musim kedua.
Kpop Star Hunt 2 mengumpulkan peserta-peserta daripada seluruh Asia untuk bertarung sesama sendiri. Selain Malaysia, peserta-peserta hebat dari Filipina, Jepun, Singapura dan Thailand turut sama berentap. Mengkagumkan apabila Erul berjaya memasuki peringkat akhir sebagai Top 3.
Kalau dulu Erul sebut "Anyeonghaseyo" pun tak betul, namun daripada video yang Abang Nara tonton, sebutan bahasa Korea Erul semakin maju. Yang membanggakan ialah apabila Erul berjaya merebut gelaran naib juara Kpop Star Hunt musim kedua. Tahniah diucapkan kepada Erul atas kejayaan ini.
Kepada Erul, semoga selepas ini bintang anda akan lebih bersinar. Jadikan pengalaman menyertai K-pop Star Hunt 2 sebagai pemangkin kejayaan anda di masa depan. Tahniah sekali lagi diucapkan.
terima kasih kerana membaca..jangan lupa komen tau....
Erul. Dlu AF8 rasanya. (*xtgk AF selepas AF2) di Malaysia, Erul xdipandang serius pun. Mgkn sbb rupa? mgkn sbb gaya kpop nye? well,amek hang..kt Korea org siap kata dia - a great singer! Kpop idol pun kagum ngn suara die n dgr cte die dpt NAIB JOHAN in Kpop Star Hunt season2!! (btol ke? Xtau sbb tgk yg kt astro je. Mgkn siaran ulangan?)
It shows that xbermakna bile kte sucks at doing this one thing,its the end of d world. Mgkn we r great at something else yg orang lain xde.
Or if grup A xsuka nak kwn ngn kte, xperlu rasa down. Coz mgkn grup B yg jauuuh lg brilliant akan suka bkawan ngn kte.
Mane tau, Erul ni akan meletop kt Korea n make giant money kt sana?!?! Kte kt Msia ni yg kutuk sakan mamat ni dlu..amacam?? (termasuk la aku pun dulu. Hehe. )Ampuunn. Dia wakil Msia yg bole dibanggakan dlm bidang kpop ;)
Masihkah anda ingat dengan Erul? Erul merupakan salah seorang produk daripada rancangan realiti Akademi Fantasia. Lama mendiamkan diri tanpa khabar berita, rupa-rupanya Erul menyertai pertandingan Kpop Star Hunt musim kedua.
Kpop Star Hunt 2 mengumpulkan peserta-peserta daripada seluruh Asia untuk bertarung sesama sendiri. Selain Malaysia, peserta-peserta hebat dari Filipina, Jepun, Singapura dan Thailand turut sama berentap. Mengkagumkan apabila Erul berjaya memasuki peringkat akhir sebagai Top 3.
Kalau dulu Erul sebut "Anyeonghaseyo" pun tak betul, namun daripada video yang Abang Nara tonton, sebutan bahasa Korea Erul semakin maju. Yang membanggakan ialah apabila Erul berjaya merebut gelaran naib juara Kpop Star Hunt musim kedua. Tahniah diucapkan kepada Erul atas kejayaan ini.
Kepada Erul, semoga selepas ini bintang anda akan lebih bersinar. Jadikan pengalaman menyertai K-pop Star Hunt 2 sebagai pemangkin kejayaan anda di masa depan. Tahniah sekali lagi diucapkan.
Walaupun tidak pernah tampil dengan pengakuan secara rasmi, umumnya ramai yang menganggap Nedim Nazri dan Nora Danish kini adalah dalam fasa percintaan. Kemesraan mereka berdua memang sering dipaparkan menerusi akaun Instagram masing-masing. Ramai yang tertanya-tanya bilakah mereka berdua bakal menamatkan zaman solo kerana tidak sabar melihat kelibat pasangan bak pinang dibelah dua ini di atas pelamin.
Menerusi Harian Metro hari ini, Nedim menafikan khabar angin bakal melamar dan berkahwin dengan Nora Danish pada tahun ini. Kata Nedim:-
Kami pernah melalui pengalaman bercerai dan masing-masing mempunyai seorang cahaya mata. Jadi bagi kami, soal kahwin bukanlah keutamaan buat masa sekarang. Nora sendiri seperti yang umum tahu sibuk dengan pelbagai projek filem dan juga drama sepanjang tahun ini.
Bagaimanapun ini situasi yang berlaku sekarang, namun segala di tangan Allah, andai ditemukan jodoh antara kami, sudah tentu perkara itu tidak dapat dielak. Namun buat masa ini kami selesa dengan hubungan terjalin seadanya sekarang.
Walaupun begitu, Nedim mengakui Nora adalah wanita yang paling rapat dengan dirinya buat masa ini. Kata Nedim lagi:-
Saya kurang selesa berbicara mengenai perkara ini, kalau boleh saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan. Namun kerana Nora seorang selebriti, saya faham situasi ini dan apa yang boleh saya katakan setakat ini kami rakan rapat dan Nora adalah wanita yang paling rapat dengan saya.
Saya senang apabila bersama Nora, dia seorang yang mempunyai pendirian dan berpandangan luas. Lagipun saya memang sukakan wanita berkerjaya sepertinya. Apa yang boleh saya katakan Nora memiliki ciri wanita yang saya suka.
Dulu orang gelar saya macam-macam tetapi Nora selalu mempertahan dan memperjelaskan perkara yang dia tahu dan nampak mengenai saya kepada peminat di luar sana. Saya terharu
Tak apalah Nedim. Bab kahwin ini tak perlu tergesa-gesa. Perlahan-lahan buat keputusan. Banyakkan berdoa agar dipermudahkan sekiranya memang benar Nora Danish adalah jodoh anda. Lagipun anda berdua memang solo. Kenali diri masing-masing dengan lebih mendalam sebelum mengambil keputusan apa-apa. Tak gitu?
Gambar Gambit Saifullah kemalangan teruk langgar tembok - Pelakon yang sering dihimpit kontroversi, Gambit Saifullah semakin menyepi sejak kebelakangan ini. Kali terakhir pelakon ini muncul di kaca TV ialah menerusi rancangan realtiti Fear Factor Selebriti Malaysia namun beliau dihentam teruk dan dikritik peminat kerana bermulut celupar dan egois.
Sekitar petang tadi, admin difahamkan Gambit Saifullah telah terlibat dalam satu kemalangan kecil melanggar tembok pagar simen sebuah rumah. Menurut saksi, mereka melihat sebuah kereta berwarna putih yang dikatakan milik Gambit Saifullah terbabas hingga memasuki kawasan kaki lima jalan. Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan masih belum dikenalpasti. Berkut ialah beberapa keping gambar sekitar kawasan kemalangan Gambit Saifullah.
Pijakan kaki bagai tak terasa Setiap kali lihat kau tersenyum mesra Tapi hati masih tak berani lagi Menghampiri Denyutan jantung aku tergendala Kerana hati aku berkata-kata Jangan terkena untuk kali kedua Kan sengsara
Chorus Bukan aku tak sudi bersama Cuma diri tak sanggup terluka Dulu terlalu percaya Tak sangka aku mangsa Fobia cinta Kini kau datang tawarkan segala Bulan dan bintang seluruh angkasa
Namun aku masih ragu-ragu jua Tak terima
Ulang Chorus
Entah bila Akan dapat percaya semula Oh manusia yang kata Cintai mereka Adakah aku fobia cinta
Kira-kira jam 10.30 pagi tadi, Farawahida telah pun selamat bergelar isteri kepada Abdul Shukur Bin Mohd Zain dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan telah berlangsung di Taiping, Perak dalam keadaan yang sederhana. Farawahida menerima tujuh dulung hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang. Fara menerima mas kahwin RM1000 beserta dua bertuk cincin.
Menariknya pengantin lelaki dilihat mengalirkan air mata di saat ijab kabul disahkan sementara Farawahida kelihatan tenang sekali. Apa pun, Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan atas perkahwinan ini. Semoga ia berkekalan sehingga ke akhir hayat. Tahniah Farawahida dan Shukur. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit info Media Hiburan.
P.S: Tampil lebih menawan, menarik dan mempesonakan dengan tudung Fareeda Aisya yang berkualitI tinggi. Pasti buah hati tersayang akan memuji penampilan anda. Banyak pilihan boleh dilihat di Facebook Fareeda Nyata Jelita. Harga berpatutan dan pasti akan memuaskan hati anda.