Nuffnang

Ahad, 10 Mac 2013

Dafi af - Google Blog Search

Dafi af - Google Blog Search


15 Gambar Elfira Loy Sambut Harijadi | ! Syoknya Download Update <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2013 11:52 PM PST


Sekiranya semalam kami telah berkongsi foto sambutan ulangtahun kelahiran Nora Danish yang ke-31, hari ini kami ingin kongsikan pula foto sekitar sambutan ulangtahun kelahiran pelakon genit, Elfira Loy yang jatuh pada hari ini, 8 Mac 2013.

Menerusi laman Instagram milik pelakon 'Dalam Hati Ada Taman' ini, Elfira telah diraikan dengan "surprise birthday party" yang telah dirancang oleh teman-teman rapatnya dan melalui foto-foto yang dipaparkan, terdapat juga beberapa rakan artis yang turut hadir ke majlis tersebut, antaranya adalah Dafi (AF), Hairul Azreen, Sari Yanti, Alam (Wakaka Crew), Iz (OIAM) serta Farish.

Baca: Elfira Loy Tak Mengaku Berlagak Dan Lupa Diri

Untuk makluman, hari ini juga merupakan ulangtahun kelahiran model dan pelakon terkenal Dynas Mokhtar.-OhBulan.com









Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Peminat Fanatik <b>Nora Danish</b> Meroyan dekat Aku???

Posted: 05 Mar 2013 08:21 AM PST


Wohhh...sedey2...ak kne marah la pulok...sob3, tapi xpe yang penting niat tu ha..toi tak...hehehe...senanye cam ni..ngah scroll pix2 instagram tetibe ngan tesengajanya ak leh rajin kekomen gambar sorang artis comey lotey negara nih...spe lagi klu bukan kak nora danish...yeayy...ak salah sorg peminat sis nihh...sejak zaman sitkom puteri kat tv3 dulu nuh...tp xde la fanatik sgt..just suka...not FANATIKKK..
ditakdirkan..tadi gambar sis nora tu dijadikan isu pendebatan la pulok..klu nak ikotkan xde ape hal sangat...just gambar sis nora wat sign tangan like rockers2 selalu buat tu...yeahh yeahhh tuu..hahaha...
So, mostly rasanya ramai yang tahu maksud simbul tu kalau zaman2 black metal its call simbul sembah kambing hitam..or what so eva...but untuk kesimpulan secara menyeluruh simbul tu pasal sembah setan...sorry if im wrong...just from my lite reading...tu la katanya...n for sure jugak simbul tu diajar oleh orang2 yahudi...its not islamic at all...
Dan ditakdirkan jugam seorang hamba allah ni yang jugak peminat sis nora kasi la komen...dia cakap simbul tu simbul sembah setan, hope x buat lagi lepas ni...simple je ayat dia...bagi ak ayat dia xde kasar or menusuk jiwa mana pun, juat bagi tahu maksud n nasihat yang sangat ringkas...hope x buat lagi..titikl...but howevaaa...
Fanatik fans pun muncul...entah dari sekolah pondok mana dikatanya yang bagi nasihat ni terlampau sarcsm or whatsoeva...bahasa dia pun sangat x mencerminkan seorang muslim or orang melayu yang mementingkan bahasa yang sopan...orang lain ada komen jugak, bahasa semua simple2 je...tapi tulah...ntah kenapa, fans sorang ni abis serang sape aje yang menyokong hamba Allah yang sorang tu...hufttt...sadisss...
Macam ak kata dalam entry lepas, nak sokong artis tu boleh...tapi jadilah peminat yang berilmu...xlan artis buat dosa kira cakap..wahhh, elok2 bagusss...then artis tu buat lagi...xke kita kejam...aniaya artis tu terusab buat dosa...plus kita pun dapat tenpias dosa sama...x gitu...
Ak punya komen..hemm..ak cakap cam ni... xpe la sis xxxxx , at least u dah jalankan tanggungjawab sebagai saudara seislam..no hall lah.. titikkk...erkkk, ada mana2 bahasa yang kasar ke kat situ...wuwwuuwuw...minta maaf sesangat kalau ada..mintak tolong ajar betulkan macam mana cara nak berbahasa dengan lebih sopan..huhuhhuu......
Then dia balas macam nie...

So....dia cakap kat ak jangan memandai???? Eekkk...apa salah ak??? Ak memandai tang mana...ak cuma cakap ayat simple je kot....parokk cam nihh...sumbak mung...hahahhaa....
Potpetpotpet : manusia manusia...haishhh

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


15 Gambar <b>Elfira Loy</b> Sambut Harijadi | ! Syoknya Download Update <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2013 11:52 PM PST


Sekiranya semalam kami telah berkongsi foto sambutan ulangtahun kelahiran Nora Danish yang ke-31, hari ini kami ingin kongsikan pula foto sekitar sambutan ulangtahun kelahiran pelakon genit, Elfira Loy yang jatuh pada hari ini, 8 Mac 2013.

Menerusi laman Instagram milik pelakon 'Dalam Hati Ada Taman' ini, Elfira telah diraikan dengan "surprise birthday party" yang telah dirancang oleh teman-teman rapatnya dan melalui foto-foto yang dipaparkan, terdapat juga beberapa rakan artis yang turut hadir ke majlis tersebut, antaranya adalah Dafi (AF), Hairul Azreen, Sari Yanti, Alam (Wakaka Crew), Iz (OIAM) serta Farish.

Baca: Elfira Loy Tak Mengaku Berlagak Dan Lupa Diri

Untuk makluman, hari ini juga merupakan ulangtahun kelahiran model dan pelakon terkenal Dynas Mokhtar.-OhBulan.com









Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Tak Mahu Bicara Tentang Agama - Gua.com.my

Posted: 26 Feb 2013 07:00 PM PST

Semasa tayangan perdana 'Lawak Ke Der 2' baru-baru ini, GUA sempat menemubual Hans Isaac untuk mendapatkan komen lanjut mengenai hubungannya bersama aktres Neelofa.

Dalam sesi temubual itu, Hans berkata bahawa dia sudah bersedia untuk ke peringkat seterusnya dan berpendapat bahawa restu keluarga amat penting supaya proses perhubungan seseorang itu berjalan lancar.

"Saya sudah bersedia untuk ke peringkat seterusnya dalam proses perhubungan ini dan sekiranya mahu lebih rapat dalam sesebuah perhubungan, mestilah minta restu keluarga kedua-dua belah pihak bagi melancarkan semua proses perhubungan agar tidak timbul benda-benda yang tidak baik di kemudian hari," ujar Hans.

Dalam pada masa yang sama, Hans juga mengakui bahawa dia lebih selesa dan senang berkawan dengan Neelofa kerana masing-masing saling memahami antara satu sama lain.

"Tidak susah untuk berkawan dengan Lofa kerana dia senang untuk diajak bercerita dan berbincang.  Sangat selesa dan senang," ujarnya ringkas.

Sebelum ini dalam suatu kenyataan yang lain, Neelofa pernah memberitahu bahawa dia mahu menamatkan zaman bujangnya pada usia 27 tahun, dan bagi Hans sendiri itu semua terpulang pada individu.

"Kalau sesiapa hendak berkahwin pada usia tersebut, saya tiada masalah dan itu terpulang pada individu tersebut. Sekiranya seseorang itu sayang kepada kekasihnya, tidak salah untuk dia menunggu sehingga mereka berkahwin.

Tak sedia bincang soal agama

Memandangkan Hans sudah membayangkan dia serius  untuk bersama Neelofa, aktor ini turut diminta mengulas sama ada bersedia atau tidak untuk menukar agamanya.

Hans secara tegasnya tidak ingin membicarakan mengenai soal agama, kerana baginya soal agama amat sensitif dan sekiranya tidak ada 'hitam putih' dia tidak mahu lagi membincangkan persoalan ini, berikutan peristiwa lepas yang banyak mengajarnya supaya lebih berhati-hati apabila bercakap mengenai isu sensitif ini.

"Bab-bab agama ini saya tak mahu sentuh. Lagipun saya memang tidak suka untuk berbincang soal berkaitan agama. Perkara seperti ini bukan sesuatu yang elok untuk dibincangkan secara terbuka. Lagipun nak membincangkan ke tahap sehingga sampai soal tukar agama ni, bukan sesuatu yang mudah.

"Andai kata apa yang awak semua mahukan ini (tujar agama) tidak terjadi siapa yang akan tanggung malu? Cukuplah saya kena 'kaw-kaw' dahulu. Pengalaman lalu jadi pengajaran dan saya tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama," ujar Hans berterus-terang.

Dalam perkembangan lain, Hans akan ke Kuching selama tiga hingga ke empat minggu untuk menjalani penggambaran filem 'Nota' bersama-sama dengan Maya Karin.

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Didie Alias</b> Teruja Bawa Rakan Artis & Peminat <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 09:17 AM PDT

Pelakon, pengacara serta pelawak popular, Didie Alias mengakui teruja apabila dapat membawa 12 rakan artis ke beberapa destinasi percutian menarik di seluruh dunia bermula Disember ini. Bukan itu saja, program kolaborasi Didie's Entertainment & Management dengan syarikat pelancongan Arlief Event & Management ini juga turut menawarkan pakej istimewa kepada peminat seni tanah air apabila mereka juga berpeluang untuk sama-sama meluangkan masa melancong bersama artis kesayangan mereka.

"Saya rasa bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh Arlief Event & Management untuk menjadi artis jemputan bagi program 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng'. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Arlief kerana dalam ramai-ramai artis yang ada, mereka telah memberi peluang ini kepada saya.

"Saya ingin mencerminkan sebuah konsep melancong yang berbeza di mana peminat atau sesiapa saja yang menyertainya akan merasai pengalaman tersendiri dengan kenangan melancong yang paling menyeronokkan," ujar Didie ketika ditemui pada sidang media dan majlis pelancaran program tersebut di Menara KL, petang Khamis.

Sebelum ini, Arlief Event & Management pernah menganjurkan program percutian bersama penyanyi terkenal, Awie ke Beijing dan Mongolia. Atas kejayaan program tersebut juga, syarikat pelancongan yang sudah beroperasi selama dua tahun ini sekali lagi terpanggil untuk melibatkan artis bagi setiap program percutian kelolaan mereka.

"Selepas membawa Awie bersama peminatnya bercuti ke Beijing dan Mongolia, kami tertarik untuk melibatkan selebriti tanah air dalam program kami sekali lagi kerana kami percaya dengan kehadiran mereka, peminat lebih teruja untuk pergi bercuti. Bila program sebegini diadakan, percutian mereka akan lebih seronok kerana selain melawat tempat-tempat menarik, mereka juga turut berpeluang mengenali dengan lebih rapat artis kesayangan mereka," ujar Pengarah Arlief Event & Management, Mohd Alif Haziq Azman sambil memberitahu Didie merupakan calon yang sesuai untuk program percutian syarikat mereka.

"Pemilihan Didie dibuat atas dasar karakter, personaliti serta profil seninya yang begitu baik di mana kami yakin Didie mampu memeriahkan lagi percutian pelanggan kami. Malah, karakter lucu serta lincahnya juga sesuai dengan kelainan program yang akan kami bawa kali ini di mana selain melancong, kami juga akan turut menjalankan aktiviti menarik di mana pelbagai hadiah termasuk wang tunai akan ditawarkan kepada peminat yang mengikuti pakej percutian kami."

'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng' akan membawa peminat meneroka pelbagai destinasi menarik di dalam serta luar negara antaranya Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Sipadan, Pulau Pangkor, Korea, Phuket, Krabi, China, Egypt, Morocco, Spain dan Hong Kong. Antara artis yang bakal terlibat dalam program percutian ini ialah Erra Fazira, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Hafiz Suip, Elfira Loy, Johan As'ari, Sharifah Shahora dan ramai lagi.

Program 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng' ini akan bermula pada Disember ini di mana peminat akan dibawa menaiki kapal peranginan ke Phuket dan Krabi, diikuti ke Beijing, China (25-30 Januari 2013) dan seterusnya Cairo Egypt (21 -26 Februari 2012). Maklumat lanjut mengenai pakej percutian bersama Didie Alias & D'Geng ini boleh didapati menerusi laman web www.arlief.com atau emel ke info@arlief.com. Anda juga boleh terus menghubungi talian 03-6142 8072 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Noorkhiriah - Google Blog Search

Noorkhiriah - Google Blog Search


(Gambar)<b>Noorkhiriah</b> Tampil Imej Bertudung

Posted: 05 May 2011 04:41 AM PDT

saleem iklim - Google Blog Search

saleem iklim - Google Blog Search


Hidayah - <b>Saleem Iklim</b> | <b>saleem iklim</b> - fans club

Posted: 20 Dec 2012 06:02 AM PST

# SaleemFC tidak bertanggungjawab di atas segala Artikel yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili SaleemFC. terima kasih

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


<b>Faizal Hussein</b> Mahu Kepercayaan Penonton - Gua.com.my

Posted: 04 Mar 2013 12:43 AM PST

"Ini merupakan watak paling sukar sepanjang kerjaya saya," kata pelakon Faizal Hussein yang meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25)  menerusi filem 'Bunohan' pada Sabtu lalu.

Membawa watak pembunuh upahan bernama Ilham, Faizal terpaksa berlakon di lubuk buaya, berjemur di bawah terik mentari dan rambutnya dipotong sendiri oleh pengarah Dain Iskandar Said bagi menjayakan filem ini.

"Segala susah payah ketika melakonkan watak Ilham berbaloi dengan penghargaan yang saya terima pada malam ini (Sabtu). Saya bersyukur kerana terlibat dengan projek 'Bunohan'," ujar Faizal.

Ketika berucap di pentas, pelakon lelaki ini sempat berseloroh bahawa dia bersyukur apabila pelakon Eman Manan tidak tercalon untuk FFM kali ini. Ini kerana sebelum ini dia pernah ditewaskan oleh Eman Manan untuk kategori yang sama pada tahun 1993. Ketika itu dia tercalon menerusi filem 'Kanta Serigala'.

"Saya tewas kepada Eman Manan pada tahun tersebut. Sejak daripada itu, saya tidak lagi bertanding untuk FFM sehinggalah tahun ini," ujar Faizal yang turut berkongsi bahawa Eman Manan merupakan pesaing terdekatnya dan dia sentiasa mengagumi pelakon itu.

Bakal tampil dengan filem 'Longkai' terbitan Metrowealth Sdn. Bhd (MIG), menurut Faizal dia ingin membawakan watak-watak yang sukar.

"Sejak dari tahun 2000, saya hanya memegang watak-watak antagonis. Selepas 'Bunohan', saya berharap  dapat membawa watak yang susah seperti watak Ilham ini," ujar Faizal lagi.

Anak kepada seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan ini turut berkongsi bahawa dia dan rakan-rakan seperjuangan yang 'sezaman' dengannya ingin meraih semula kepercayaan penonton bahawa mereka masih mampu memegang watak-watak utama dalam filem dan drama.

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


(Single) <b>Misha Omar</b> - Angin Syurga (2012) (iTunes Plus AAC M4A <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2013 10:45 PM PST

[unable to retrieve full-text content](Single) Misha Omar - Angin Syurga (2012) (iTunes Plus AAC M4A) · Download Here. Share this article : Related Album you might like to Download : (Single) KRU & Stacy - Semalam Tan... [Single] Tomok - Penipu (2012)(MP3) · [Single]Adzrin ...

<b>Misha Omar</b> Beri Sebab Kenapa Tangguh Kahwin? - Halaman <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2013 05:37 AM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Misha Omar menafikan hubungannya dengan juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly, 31, menghadapi masalah sehingga perkahwinan mereka tertangguh.
Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 31, berkata, dia sebenarnya sedang menanti waktu sesuai untuk disatukan sebagai suami isteri ekoran jadual kerja masing-masing yang padat ketika ini.
"Hubungan kami langsung tiada masalah cuma kami berdua sibuk sehingga sukar menepis tanggungjawab dalam kerjaya ketika ini.
"Kami berdua telah berbincang mengenai perkara ini dan berpendapat ia bukan masalah besar selagi kami berdua pandai menjaga diri," jelasnya kepada mStar Online.
Misha dan Firos mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga penyanyi itu di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan pada 20 Februari tahun lalu.
Mengikut perancangan awal, kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selama setahun.
Dalam pada itu, Misha berkata, dia menyedari kelewatannya melangsungkan perkahwinan selepas setahun bertunang akan menimbulkan tanda tanya ramai pihak.
Namun kata penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta ini, peminat dan masyarakat tidak perlu risau mengenai perkara itu sebaliknya meminta mereka berdoa agar hubungan berkenaan berjalan dengan baik.
"Saya faham peminat dan masyarakat risau dan ambil berat tentang saya dan berharap mereka mendoakan perkara yang baik untuk saya dan tunang," katanya.
Tambah Misha, menguruskan perkahwinan adalah perkara besar dan memerlukan masa. Sebagai wanita dia mahu majlis bersejarah itu nanti diuruskan dengan teliti.
"Saya kalau boleh sebulan atau dua bulan sebelum berkahwin saya nak bercuti dari sebarang aktiviti lakonan dan nyanyian supaya dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada kerja kahwin," katanya.
Dalam perkembangan lain, Misha berkata, dia semakin yakin bergelar seorang pelakon dan berhasrat untuk mengukuhkan namanya dalam bidang berkenaan.
Walaupun sibuk dengan karier nyanyian, Misha dapat membahagikan masanya dengan baik terhadap dua bidang tersebut yang menuntut tumpuan tinggi.
"Semakin lama saya terlibat dalam bidang lakonan ia memberi keyakinan dalam diri dan berhasrat untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai pelakon," jelasnya.
Dalam pada itu Misha juga bersyukur apabila 'single' terbaharunya berjudul Angin Syurga mendapat tempat di hati pendengar manakala album penuhnya pula akan berada di pasaran sekitar Mei depan.

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


Open World - <b>Akim</b> Fimin - CG Channel Forums

Posted: 10 Feb 2013 01:35 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Title: Open World - Akim Fimin Artist: Akim Fimin Software: Modo, Photoshop Description: Hi all! Hi Jonathan! This is my first entry in the community. I did this sketch few years ago at David Luong DMP workshop. I think Dave ...

Amyza Aznan - Google Blog Search

Amyza Aznan - Google Blog Search


<b>Amyza Aznan</b> Keguguran Kandungan Tiga Minggu - Speaker Pecah <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2012 12:30 AM PDT

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


<b>Scha Alyahya</b> Nafi Guna Pengaruh Suami - Gua.com.my

Posted: 03 Feb 2013 08:00 PM PST

Dalam kegembiraan dipilih untuk mengendalikan program carta lagu tempatan popular, Muzik Muzik musim ke-28, pelakon serta pengacara, Scha Alyahya dihimpit dengan kata-kata sinis segelintir pihak apabila ada yang mengatakan pemilihan Scha dibuat atas bantuan suaminya, Awal Ashaari.

Perkara ini mula dibangkitkan memandangkan penerbit program Muzik Muzik 28, Azman Ghaffar merupakan bekas penerbit 'Melodi'iaitu program yang dihoskan oleh Awal sekarang dan disebabkan itulah, Scha kononnya dengan mudah dipilih menjadi hos Muzik Muzik 28.

Ketika ditemui di majlis sidang media Muzik Muzik 28 baru-baru ini, Scha bagaimanapun tidak terkejut dengan perkara tersebut kerana dia sudah menjangka pemilihannya itu akan menjadi isu.

"Saya tanya juga kepada Awal adakah dia yang menjadi orang tengah, namun dia kata dia tidak cakap apa-apa mahupun terlibat mengenai pemilihan saya untuk program ini. Bukan dia yang beri idea atau cadangkan nama saya untuk menjadi hos program ini," ujar Scha ketika menjelaskan isu yang dibangkitkan.

"Saya juga seperti orang lain dipanggil untuk sesi pemilihan dan Alhamdulillah, saya diberi rezeki untuk mengacarakan program ini. Saya ambil masa agak lama juga untuk buat keputusan sama ada mahu menerima tawaran ini atau tidak. Akhirnya, saya sambar peluang yang diberi kerana yakin bukan semua orang boleh dapat peluang sebegini.

Lagipun tahun lepas saya memang dah niat untuk tahun 2013 ini saya nak cuba dalam bidang pengacaraan pula. Alhamdulillah, apabila dapat mengendalikan Muzik Muzik 28, saya boleh belajar sekaligus meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang pengacaraan , " ujar Scha lagi.

Bercerita lebih lanjut mengenai pemilihannya dalam program ini, Scha memberitahu Muzik-Muzik 28 adalah program pertamanya bersama Media Prima Berhad selepas tidak lagi terikat dengan Astro.

"Program Muzik Muzik 28 merupakan program pertama saya bersama Media Prima Berhad memandangkan saya kini bukan lagi 'Wajah Eksklusif Astro'. Kontrak saya sudah tamat tahun lalu dan saya kini bebas bergerak ke mana-mana sahaja.Bagi saya, tugas pengacaraan Muzik-Muzik 28 adalah satu tanggungjawab yang sangat berat dan saya akan cuba perbaiki cara pengacaraan saya dari masa ke semasa. Saya akan pelbagaikan karakter dan cuba memberikan kejutan pada setiap minggu. Saya akan pikul tanggungjawab ini sebaik mungkin dan harap penonton dapat terima kehadiran saya dan AG," ujar Scha.

Bagi penyampai radio Hot FM, AG, pula, dia mengharapkan gandingannya bersama Scha boleh diterima peminat dan berharap dia dan Scha boleh berikan yang terbaik.

"Ini merupakan satu pengalaman baru dan gandingan sulung antara saya dan Scha. Masing-masing baru belajar dalam program Muzik Muzik dan harap kami dapat bagi yang terbaik. InsyaAllah, jika ada masa terluang kami akan cuba bina 'chemistry' antara kami untuk memantapkan lagi program ini," ujar AG.

Masih mengekalkan carta 20 lagu terbaik serta pencalonan lagu-lagu baru setiap minggu, program berkonsepkan infotainment ini kini dimantapkan lagi dengan beberapa segmen baru seperti Buzz Buzz, HOT dan Gosip Fifi. Muzik Muzik 28 akan disiarkan pada setiap Sabtu jam 5.00 hingga 6.00 petang hanya di TV3. Penonton juga boleh menyaksikan program ini di laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Video : <b>Shila Amzah</b> Lancar &#39;Single&#39; Baru Lagi & &#39;Rapping <b>...</b> - OhBulan

Posted: 17 Feb 2013 06:49 PM PST

shila-amzah-642x523

Kalau orang lain putus cinta, mungkin sudah ada yang membawa diri dan lari jauh dari orang lain.

Tapi lain pula bagi penyanyi, Shila Amzah. Selepas melancarkan sebuah lagu berjudul 'Masih Aku Cinta' beberapa hari lepas, semalam anak ND Lala ini sekali lagi telah memuat naik sebuah video yang menyaksikan dia melancarkan sebuah lagi lagi berjudul ' Cinta Hati'.

Lagu berdurasi 4.38 minit ini turut menampilkan Shila 'rapping' dan ini sememangnya satu lagi karya yang bakal meletup. Melalui lirik yang ditulis, OHBULAN! yakin lagu ini telah dicipta sebelum kontroversi perpisahannya bersama Sharnaaz Ahmad.

Tak dapat kami bayangkan jika bahagian 'rapping' itu dinyanyikan semula oleh Zizan. Anda rasa?

Mari dengar lagu 'Cinta Hati' selepas ini.

Lirik selepas ini.

Lirik Cinta Hati
Senangnya dalam hati ku
Lihat Kau disisi
Dari kejauhan mata
namun dekat dihati

Kau memelukku indah
Membisik nama ku
Kau tanyakan ku soalan
Yang buat ku terpaku

Bila Kau kata Kau Cinta
Ku juga cinta mu
Bila Kau bilang Kau rindu
Ku juga rindu mu
Lama telah ku menyimpan
Hasrat 'tuk hidup dengan mu
Oh sayang,ku cinta mu..

Satu dunia tahu aku adalah milikmu
Ku persembahkan cinta yang terbaik
Hanya lah untuk mu

Sudah berkali-Kali ku terjatuh cinta
Sudah berkali-Kali juga ku kecewa
Tapi ternyata segalanya berbeza
Bila aku dengan kamu,
Kamu dengan aku oh..
Tiada lelaki yang bisa jadi sehebatmu
Muzik Dan jenaka mu mencuri hatiku
Tak mungkin ku akan berpaling dirimu
Cuz baby I LOVE YOU.

Tags: , , , , ,

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


<b>Farid Kamil</b> Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang | OHBULAN!

Posted: 10 Jan 2013 05:57 PM PST

Laporan asal : Harian Metro

Farid bersama Diana yang melangsungkan perkahwinan pada 3 November lalu mencetuskan kontroversi pada majlis persandingan berlangsung pada 1 Disember di Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5, Putrajaya apabila Farid mengenakan pakaian seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tetamu hadir pada malam itu turut dipertontonkan dengan persembahan lapan ekor kuda daripada Unit Berkuda PDRM.

Katanya, kontroversi yang berlaku pada majlis persandingannya itu berpunca daripada tindakan seorang penulis blog yang memutar belit fakta bertujuan memalukannya.

"Konsep pakaian yang saya tampilkan pada malam itu ada adalah suatu yang istimewa mengikut kehendak saya. Pakaian seragam itu direka sendiri, jadi tidak perlu meminta surat kebenaran sesiapa," katanya.

Farid berkata, pakaian seragamnya itu tidak mewakili mana-mana pasukan beruniform. Malah, kontroversi itu sudah diselesaikan dan tiada apa-apa tindakan diambil dari PDRM mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Buat masa sekarang, pihak pengurusan saya iaitu Metrowealth International Group (MIG) sedang meneliti apa yang ditulis menerusi blog dan media. Jika perlu, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka," katanya.

Katanya, tindakan akan diambil kerana faktor memalukan dirinya, memutar belit fakta sebenar, memburukkan hubungannya bersama ATM dan PDRM serta bertindak menjatuhkan hukuman padanya sebelum dibawa bincang.

"PDRM sebenarnya sudah memberi lampu hijau untuk saya memakai pakaian seragam pada malam itu. PDRM mahupun ATM tidak mengambil apa-apa tindakan cuma saya menunggu keputusan MIG untuk membersihkan nama saya," katanya.

shahir af - Google Blog Search

shahir af - Google Blog Search


IamLiniey When I&#39;m Typing : Lirik Lagu Aku Yang Berdosa-<b>Shahir AF</b> 8

Posted: 21 Sep 2012 09:39 PM PDT


Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu

Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


iHeart : <b>Hujan</b> | Diyana Heart Faiz

Posted: 17 Jan 2013 09:44 PM PST

A kitten attempting to attack the rain drops on the window.

Musim hujan yang melanda negeri-negeri Pantai Timur di Malaysia sekarang ini mengingatkan aku fenomena yang pernah melanda di SDK pada 2012 pada musim Tahun Baru Cina di mana banjir yang teruk telah berlaku tanpa ramalan oleh pengkaji cuaca di Malaysia. Dan ini mengingatkan aku juga pengalaman Cikgu Bebiri bercuti di SDK pada masa itu yang membuatnya dapat merasa mandi air hujan kerana ketiadaan air di rumah Panda dan satu-satunya air yang boleh digunakan untuk mandi adalah air hujan (mujur musim hujan masa tu kan?).

Dan ini juga mengingatkan aku pada Ain yang mengikuti program sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor. Seronok dia bercerita kepadaku tentang aktiviti gotong-royong yang dilakukan oleh sukarelawan UPM bagi membantu mangsa banjir. Tidak pastilah 2013 macam mana pula sebabnya tahun ini dia nampaknya sibuk dengan tugasan tahun ke-3 UPM.

Apa-apa pun aku mengucapkan takziah dari kejauhan untuk mereka yang terlibat dengan banjir terutamanya di Terengganu. Harapnya musim tengkujuh begini dapatlah menjaga diri kerana air kalau sedikit memang kawan tapi kalau banyak (bah), sudah jadi musuh tu. Berhati-hatilah ya?

Apa yang aku suka tentang hujan adalah, selepas hujan nantu akan ada pelangi muncul. Kadang-kadang jelas, tapi kadang-kadang berbalam-balam. Dan kalau bernasib baik akan nampak dua lapis pelangi. Aku suka warna-warna pelangi tu (7 warna). Warnanya menceriakan suasana sedih dan muram selepas hujan dengan kemunculan matahari. Cantik kan?

Dan pelangi mengingatkan aku pada persembahan AJL (Anugerah Juara Lagu) ke-27 anjuran TV 3 baru-baru ini di mana Stacy dengan lagu Pelangi senjanya cuba menggunakan warna-warni pelangi pada pakaiannya tapi sayangnya tidak dapat menangkap hati para juri untuk mengundinya sebagai Persembahan Terbaik malam tu. Tidak mengapalah Stacy, yang penting kamu sudah lakukan yang terbaik (menjadi finalist pun sudah satu pencapaian yang bagus juga kan?).

Dan pada musim-musim hujan sebeginilah payung amatlah mustahak untuk dibawa ke mana-mana (standby dalam kereta atau handbag). Dan dengar ramalan kaji cuaca tu. Yelah, boleh buat persiapan awal-awal. Bukan apa, masa hujan macam ini ramai orang akan sakit (tak kira tua atau muda) dan tak peliklah kalau masa ini klinik-klinik akan penuh sokmo dengan pesakit tidak mengira waktu. Apa mahu buat, waktu beginilah para doktor hendak mencari rezeki. Kalau tidak hujan, tiada penyakit, tiadalah income. Ops, jangan marah ya para doktor di luar sana. Bergurau saja.

Orang kata hujan ni pembawa rahmat, sebab itulah tidak pelik kalau ada orang yang menamakan anak mereka dengan nama bermaksud hujan (tidak kiralah mana-mana bahasa pun). Dan aku pun rasa yang pakai nama hujan adalah orang yang bertuah memandangkan Kumpulan Hujan di Malaysia dan penyanyi Korea; Rain sangat popular dan banyak memenangi anugerah dalam bidang musik. Jadi, tak mustahillah kan nama ini ada "luck". Tapi, kalau setakat "luck" sahaja tanpa usaha, susah juga nak berjaya kan? Hehehe…

Jadi kalau aku letak nama "HUJAN" pada Jr, agak-agaknya terperanjat tak family aku dan FG? Yelah, macam pelik pula rasanya kan? Hahaha… Jangan-jangan, nanti kena karate aku nanti.

Favim.com-37254_large

Pssst… Teringat masa hujan aku suka buat kapal kertas dan main di kawasan air yang menurun dan lari ikut kapal kertas sambil bawa payung. Yelah, main hujan nanti kena sebat pula jadi nak main boleh tapi kena pakai payung. Hahaha…