najwa latif - Google Blog Search |
Penampilan <b>Najwa Latif</b> Di ABPBH2011 Dikritik? Posted: 09 Apr 2012 12:11 AM PDT Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) baru sahaja melabuhkan tirai semalam dengan memperlihatkan aktor kacak, Aaron Aziz muncul sebagai artis paling popular. Sudah menjadi lumrah, dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis anugerah itu akan ada pihak-pihak yang menjadi mata-mata untuk melihat penampilan bagi setiap artis yang muncul pada malam itu. Penyanyi muda, Najwa Latif sendiri tidak terlepas dari menerima kritikan dari pelbagai pihak termasuklah peminat-peminat industri seni tanah air. Pada malam anugerah itu berlangsung, Najwa memperagakan pakaian rona merah jambu terang yang direka oleh Wan Huzairil. Ditambah dengan pemakaian selendang berwarna kelabu berkilat di kepalanya, penyesuaian itu tidak menaikkan seri atau tanda tarikan pada dirinya. Bukan itu sahaja, sewaktu penyanyi muda yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku itu membuat persembahan nyanyian bersama artis lelaki, Black di atas pentas, para penonton sekali lagi terkejut dengan penampilan 'pelik' Najwa. Najwa dilihat memakai baju seperti 'rompers' berwarna merah terang bermotif corak bunga warna hitam menampakkan fesyennya sedikit 'keliru' dan 'kelam-kabut'. Sejurus selepas persembahannya muncul bersama Black, ramai peminat yang mengkritik penampilan Najwa di ruangan sosial Twitter yang rata-ratanya tidak 'berkenan' dengan penampilan Najwa. Selain itu, beberapa orang artis lain turut tampil memperagakan pakaian yang pelik seperti Didie Alia yang diberi gelaran Lady Gaga Malaysia dan Fifie Natasya yang merupakan pelakon baru dalam drama Vanilla Coklat. Oleh: NAIMAH SHAARI Iklan Teks:Berita Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from najwa latif - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |