Nuffnang

Jumaat, 23 Ogos 2013

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Anugerah SKRIN 2012 (ASK) : <b>Rosyam Nor</b>? - Berita Semasa

Posted: 10 Nov 2012 09:57 AM PST

anugerah skrin 2012 ask

Isu Anugerah Skrin 2012 : Tidak perlu rasanya untuk kami kongsikan siapa yang menang, siapa yang kalah. Samada meriah atau tidak Anugerah Skrin 2012 pada malam tersebut? Seperti yang kami yang kongsikan DI SINI, bukan kerja kami untuk hebahkan perkembangan terkini dunia hiburan termasuklah gosip artis Malaysia.

Kami lebih berminat untuk melihat…..perubahan anjakan paradigma & & membincangkan yang boleh dirasakan patut dilakukan dalam dunia hiburan hari ini supaya tidak terus terbabas & tergelongsor. Termasuklah isu yang membabitkan Anugerah Skrin 2012 baru-baru……

Di mana dikatakan terdapat perlakuan lawak yang cuba dilakukan oleh Rosyam Nor yang dikatakan menyindir TV Al Hijrah. Sehinggakan ada sesetengah pihak berpendapat tindakan artis Malaysia seperti Rosyam Nor pada malam itu, tidak sensitif dan telah menghina Islam. Di bawah ialah petikan lawak yang dibuat oleh artis Malaysia yang bernama Rosyam Noor ini pada malam Anugerah Skrin 2012 TV3 yang telah mencetuskan kontroversi :

"Nasib baik kita kat TV3 boleh cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh"

Sebelum ini pun pernah tercetus kontroversi berdasarkan laporan berita bertajuk "Artis Malaysia di Anugerah Skrin Berbogel"?".

Berdasarkan semakan kami pada laporan berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, bagi kami tindakan Rosyam Nor di malam Anugerah Skrin 2012 TV3 hanya kenyataan beliau sendiri sekitar 6 tahun lepas jugalah yang mampu menjawab apa yang bermain difikiran & pendirian beliau sebenarnya…..

Sumber : Kenyataan Rosyam Nor di Utusan Malaysia

Baik artis Malaysia terutamanya ataupun sesiapa sahaja, bagi kami janganlah disebabkan mahu menghiburkan peminat & orang ramai mempermain-mainkan segala hukum-hakam. Apabila sudah tahu hukum-hakamnya, tidak perlulah mempersoalkan tuntutan agama, menegakkan apa yang dirasakan betul sehingga sanggup menghalalkan apa cara sekalipun atas alasan berlakon ataupun tuntutan kerja.

anugerah skrin 2012 ustaz azhar idrus

Anugerah Skrin 2012 : Bagaimana Artis Malaysia Yang Lain. Konsep Acaranya? Ok? 

Bagaimana dengan Zizan Razak? Ya…..Termasuklah tindakan Zizan Razak. Zizan Razak pun ada sebut mengenai batal air sembahyang tidak boleh pegang perempuan. Jujurnya hari ini, ramai sebenarnya yang menggunakan alasan/gurauan sebegini untuk melawak dengan harapan supaya ramai yang gelak ketawa mendengarnya, kononnya tidak boleh pegang tangan bukan muhrim ditakuti batal air sembahyang. Bukankah yang sebetulnya tidak boleh pegang disebabkan bukan muhrim. HARAM hukumnya bersentuhan sesama bukan muhrim.

Lagipun, kalau nak diceritakan soal wuduk ini & menyentuh bab batal air sembahyang, suami isteri yang berwuduk pun mengikut (mazhab imam Syafi'i) kalau bersentuhan jadi batal wuduknya & kena ambil wuduk semula. Kemudian sebut pula perkataan yang tidak senonoh seperti ________________. Perlukah cara sebegitu untuk melawak & menghiburkan hati orang ramai?

Peminat Tegar ________ : Apa ini Berita Semasa? Tidak sportinglah, semuanya tidak boleh. Ini tidak boleh, itu tidak boleh.

Owh…kami kena marah pula? Erm…..

Teringat kami satu bual bicara yang dihoskan juga Rosyam Nor, antara yang hadir ialah Fauziah Nawi, Ustaz Zawawi (antara ustaz pilihan Berita Semasa) dan Nazrey Raihan di TV1 yang bertajuk 'Hiburan…Jalan ke…?'. Dalam rancangan itu, Ustaz Zawawi ada beritahu & menjelaskan hiburan memang tiada salahnya tetapii jatuh haram jika ia bertentangan dengan syariat.

  1. Waktu itu, Rosyam Nor ada bertanya kepada Ustaz Zawawi bagaimana sekiranya ada 'part-part' pelukan dan sentuhan antara ibu dan anak yang dilakonkan oleh Rosyam dan Fauziah. Niat mereka baik untuk tunjukkan kepada penonton tentang pentingnya kasih sayang seorang ibu dan anak. Apa jawapan Ustaz Zawawi?
  2. Ustaz Zawawi menjawab, matlamat tidak menghalalkan cara sebab ia bertentangan dengan syariat kita. Walaupun hanya lakonan sebab kedua-dua mereka bukanlah mahram. Banyak lagi cara untuk menunjukkan kasih sayang ibu dan anak. Katanya lagi, di Iran juga membuat cerita mengisahkan kasih sayang ibu dan anak tapi tidak menunjukkan sebarang sentuhan antara pelakon yang bukan mahram. Tapi tetap boleh berjaya merangkul anugerah. (Ulasan Berita Semasa : Benar kata Ustaz. (dalam laporan Berita Semasa yang bertajuk "Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata?" ada kami senaraikan beberapa filem Iran yang sangat berjaya walaupun tanpa adegan bersetuhan bukan muhrim)
  3. Kemudian Fauziah Nawi tetap melenting lagi, dia ada mengatakan bagaimana nak sara keluarga sedangkan punca pendapatannya daripada hasil lakonan untuk tanggung adiknya belajar, buat kebajikan dan lain-lain lagi. Apa agaknya jawapan balasan daripada Ustaz Zawawi?
  4. Ustaz zawawi balas, yang dibincangkan sekarang adalah sumber rezeki itu datang daripada mana bukanlah dibelanjakan ke arah mana. Yang haram tetap haram.

Lihat bagaimana orang yang tinggi ilmu agamanya menjawab setiap persoalan daripada kalangan mereka yang masih perlukan bimbingan.

Sebenarnya, kalau nak sebut pasal permainkan hukum agama boleh dikatakan keseluruhan rancangan semalam itu "merapu" dan "meraban jauh terpesong" dengan pakaian artis Malaysia yang hadir yang dedah & terkoyak sana sini, bab sentuhan tangan, dukung artis __________ ini sesuka hati  dan lain-lain lagi.  Bukan setakat semasa Anugerah Skrin 2012 (ASK) TV3 sahaja, bahkan anugerah-anugerah yang lain sama sahaja.

P/S : Doakan sahaja moga-moga kalangan artis Malaysia diberikan hidayah oleh Allah S.W.T untuk kembali ke pangkal jalan.

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Najwa Latif</b> Dapat Duit Raya RM500 - Gua.com.my

Posted: 15 Aug 2013 09:00 AM PDT

Penyanyi Najwa Latif, 18, masih lagi mendapat duit raya daripada ahli keluarganya walaupun mempunyai pendapatan sendiri melalui kerjayanya sebagai seorang penyanyi.  Najwa menjelaskan sudah menjadi kebiasaan bagi keluarganya memberikan duit raya kepada ahli keluarga yang belum berkahwin.

"Tahun ini saya masih lagi mendapat duit raya. Saya dapat kumpul kira-kira RM500 dari sanak saudara dan keluarga saya. Sudah menjadi satu tradisi bagi keluarga saya iaitu bagi sesiapa yang masih bujang, mereka masih layak untuk mendapat duit raya walaupun telah bekerja," cerita Najwa ketika ditemui di Rumah Terbuka Johara ERA fm pada Khamis.

Mengulas mengenai perkembangan seninya, Najwa menjelaskan kerjayanya dalam lapangan hiburan berlangsung seperti biasa. Namun begitu, Najwa kini memperlahankan aktiviti seninya buat seketika kerana pada minggu hadapan, dia bakal menghadapi peperiksaan akhir semester.

"Kerjaya seni saya berjalan seperti biasa. Saya ada perancangan untuk membuat 'gathering' sempena Hari Raya bersama peminat, namun semuanya masih dalam perancangan. Memandangakan saya akan menempuhi peperiksaan akhir semester minggu hadapan, jadi buat masa sekarang saya hanya fokus untuk mengulang kaji pelajaran," tutur Najwa lagi.

Menceritakan mengenai sambutan Syawalnya tahun ini, Najwa menjelaskan Syawal kali ini diraikan dengan begitu meriah sekali.

"Seperti kebiasaannya, saya pulang berhari raya di Batu Pahat, Johor. Kali ini, saya telah pulang ke sana empat hari sebelum raya untuk melakukan persiapan. Saya rasakan raya tahun ini lebih meriah dari tahun lepas kerana kami sekeluarga dapat berkumpul beramai-ramai bagi merapatkan lagi jalinan silaturrahim," jelas gadis manis ini.

Ketika ditanya adakah dia menyambut Aidilfitri bersama ayahnya, Najwa enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

"Maaf, kalau boleh saya enggan mengulas lanjut mengenai perihal peribadi dan keluarga saya. Saya mahu dikenali sebagai seorang penyanyi melalui bakat, muzik dan lagu yang saya pertaruhkan dan bukannya melalui kisah-kisah peribadi. Saya harap semua dapat faham dengan situasi dan pendirian saya ini," ujar Najwa mengakhiri perbualan.

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


~WW - <b>Mia Sara</b> Nasuha Punya Pasal ~ | cIntªI. ªku.SeªDªnYa

Posted: 20 Aug 2013 05:00 PM PDT

konon nk buat entri wordless hari ni..hampeh… hahaha..
back to the stories, Anak soleh & Solehah Seri & Faiz ni dok la berzikir kat telinga Ummi..
"Nak Susu Mia.." "Nak Susu Mia"
SUSU MIA mane yg dimaksudkan..
Sekali, iklan tu kuar kat Tb.. OOOOOOooooo.. Iklan Susu Dutch lady Mia yg dengan MUG tu..Faham la den.. adoyai.. pengaruh tb kuat betui.. bahaya.. bahaya…
Makanya.. dengan penuh rasa sukcita kami ummi&abah anakanda berdua ni pun meluru la ke MYdin USJ tempat shopping kami tiap2 bulan mencari membeli susu ni..

Harga blh tahan kepuk poket. 1kgx3pek free 1 mug= RM49.90.
Jadi kami beli Dua.bagi mengelakkan adik beradik penyayang ni berebut..
Tapikan..agak tertipu jgk, sbb tgk kt iklan tu, mug disediakan dengan penyedut..tapi bila beli, penyedut pun tarak,jadinya rase tak pueh hati disitu..tak puas hati sebab anakanda berdua tu berzikir lagi nk straw *penyedut* mcm yg diiklan kan.. ape salah dakuuuuuuuu??? Huhuhu…
Hmmm… CMa yg tak pueh hati..ataupun mmg Mug tu didatangkan dgn 2 design?? Tp tgk kat kotak utk Susu 123 tahun dgn 456 tahun sama jeee…kuciwa beb.. :(
Notacomot~ Nasib baik jugak mau diorg minum susu dlm Mug ni..huhuhu…

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Lirik Lagu Selalu - <b>Faizal Tahir</b> | Lirik

Posted: 01 Aug 2013 03:01 AM PDT

Lirik Lagu Selalu - Faizal Tahir

Selalu
Ada saja kamu untuk ku cari
Melengkapkan hariku

Selalu
Hanya sentuhanmu mampu menyembuh
Mendamaikan jiwaku

Selalu
Ada saja kau menunggu diriku
Biar waktu berlalu

Selalu
Hanya diriku saja yang kau cari
Namun kini kau biar ku mencari

Salahkah untuk ku mencintaimu
Salahkah ku untuk menyanyangimu
Terlalu ku rindu

Salahkah
Berdosakah aku mencintaimu
Berdosakah aku menyanyangimui
Hingga harus kau pergi

Berlalu
Meninggalkanku
Kau pergi dan kau biar ku cari sendiri

Di mana salahku mencintaimu
Apalah dosaku menyayangimu
Mungkinkah terlalu cinta

Maafkan aku
Tunggu diriku
Ku kan menunggu
Selalu
Kamu

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Selalu - Faizal Tahir @ Lirikami

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


Gambar Hot <b>Juliana Evans</b> Ketika Di USA! - DONNYIEN.COM

Posted: 19 Aug 2013 06:20 PM PDT

Wowww!! Lawa benooooo…. Juliana Evans Hot dan Cantik di USA:-Pelakon tanah air yang berwajah Pan-Asia, Juliana Evans ketika ini sedang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat (USA).

Mari kita tengok gambar Juliana Evans ketika di USA>>>

Sumber : ceritaapakah.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


<b>6ixth Sense</b> Hari Ini Dan Semalam - WhoSampled

Posted: 09 Apr 2013 09:56 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]"Hari Ini Dan Semalam" by 6ixth Sense is a cover of J. Mizan's "Hari Ini Dan Semalam". Listen to both songs on WhoSampled, the ultimate database of sampled music, remixes and cover songs.

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b> Kongsi Kisah Putus Cinta di MeleTop? - Murai.com.my

Posted: 15 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 15 JULAI 2013: Sekitar Mac awal tahun ini, aktor Fizo Omar telah mendedahkan kepada umum bahawa dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang gadis yang merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan di Universiti Lim Kok Wing.

Namun percintaan mereka tidak bertahan lama apabila selepas dua bulan, aktor tersebut mengakui sendiri yang hubungannya dengan gadis yang dikenali sebagai Haas Jaafar telah pun berakhir. Memang sesiapapun tidak akan menyangka hubungan pasangan yang sama cantik dan sama padan ini akan berakhir sebegitu cepat namun itulah yang terpaksa dilalui oleh Fizo Omar.

Eksklusif buat peminat MeleTop malam ini, aktor tersebut akan tampil berbicara bersama hos Neelofa dan Nabil Ahmad. Apakah yang akan dikongsi oleh Fizo pada malam ini?

Saban tahun menjelang Ramadan, dia menjadi antara selebriti yang aktif menjalankan bisnes. Bisnes apa yang akan dilakukan Fizo pada Ramadan kali ini? Apa pula perkembangan terbarunya sama ada produk dari siri TV atau filem? Dan mungkinkah Fizo akan bercerita tentang pengalamannya yang telah beberapa kali putus cinta?

Ketahui juga perkembangan terbaru Diana Amir yang kini berkolaborasi bersama Melinda Ooi untuk fesyen muslimah terbarunya.

Juga tampil dalam program MeleTop ialah penyanyi Hafiz Hamidun yang akan mendendangkan lagu terbaru, Habibi.

Semuanya dapat anda saksikan di program MeleTOP di Astro Ria, jam 10 malam ini bersama hos Neelofa dan Nabil Ahmad.

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


Gambar Majlis Perkahwinan <b>Pierre Andre</b> dan Siti Nur Hidayah (15 <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2013 06:30 PM PDT


Pierre Andre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Bin Nazrul Andre, 28 tahun telah sah bergelar suami kepada pasangannya, Siti Nur Hidayah dengan sekali lafaz di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang, Selangor pad jam 2.00 petang tadi.

Majlis diadakan serba sederhana dihadiri lebih kurang 200 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat, rakan taulan, beberapa rakan artis dan rakan media.

Pihak perempuan menerima 7 dulang berbalas 9 dulang yang terdiri daripada beg tangan jenama Guess, satu set barangan kemas jenama Habib Jewel, iPhone5, kasut jenama New Balance dan satu set minyak wangi.

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


KRITIKAN TAK HALANG <b>FIDA IBRAHIM</b> SERTAI <b>...</b> - MYARTIS.COM

Posted: 14 Aug 2013 07:09 PM PDT


Meskipun teruk dikritik, namun pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida, 27, tetap akan menyertai program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF10). Malah katanya, penyertaannya itu bukan suka-suka, tetapi ia satu proses pembelajaran untuk mendalami ilmu muzik dan nyanyian.

"Walaupun saya sudah mempunyai karier nyanyian tetapi ilmu dalam bidang tersebut masih belum cukup dan penyertaan dalam AF 2013 adalah sebagai proses pembelajaran.


"Kata-kata negatif daripada sesetengah pihak tentang keputusan itu tidak pernah melemahkan semangat saya," ujarnya pada media.

Untuk info, Nama Fida antara peserta yang diumumkan dalam senarai pendek program AF10 yang bakal bermula tidak lama lagi.

"Saya tidak fikir apa-apa selain ingin melakukan yang terbaik untuk kerjaya saya. Apa juga komen orang saya anggap itu sebagai pemangkin semangat sekiranya terpilih nanti," tambahnya.

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


Gambar <b>Azhar Sulaiman</b> Murtad Di Facebook? - Berita Semasa

Posted: 19 Nov 2012 07:05 PM PST

Azhar Sulaiman Facebook

Gosip Artis Malaysia terbaru

Azhar Sulaiman murtad? : Barulah kami mengetahuinya artis Malaysia yang seorang ini, Azhar Sulaiman seorang ahli UMNO dan penyokong Barisan Nasional selepas Azhar Sulaiman sendiri yang mengumumkan di Facebook.Biasalah hak masing-masing tidak kira apa parti yang yang mahu disokongnya. Tetapi yang paling pentingnya, Azhar Sulaiman mengumumkan beliau sudah murtad. Sampai begitu sekali?

Assalamualaikum Ustaz….. Saya ni sebenarnya sudah Murtad sebab saya ahli UMNO dan penyokong Kerajaan Barisan Nasional..Jadi macam mana untuk saya pulang semula kepangkuan agama Islam…. Harap bantu… Tq

Hati kuat kami mungkin merasakan yang Azhar Sulaiman bertindak mengeluarkan kenyataan sebegini di facebook gaga-gara membaca laporan berita yang disediakan Utusan Malaysia seperti di bawah ini.

Laporan Utusan Malaysia : UMNO Murtad? 

azhar sulaiman murtad

Kalau dilihat pengakuan Azhar Suaiman murtad di Facebook berkemungkinan tindakan spontan Azhar Sulaiman sebenarnya mahu memerli tindakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang dikatakan mengelarkan "UMNO MURTAD" seperti yang telah dilaporkan Utusan Malaysia. Apa kata anda pula?

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> Kurangkan Imej Pelik Kerana Anak Bertudung | Oh! Artis

Posted: 19 Aug 2013 10:38 PM PDT

ohartis-didie-alias-1

Pelakon Didie Alias yang sinonim dengan imej yang pelik dan unik setiap kali muncul ke majlis anugerah kini mengambil langkah untuk mengurangkan sedikit imej peliknya selama ini kerana menghormati empat anak perempuannya yang sudah bertudung.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, yang tampil di majlis Anugerah Lawak Warna baru-baru ini dengan imej yang lebih elegant berkata, sebagai ibu dia perlu menjaga penampilan diri dan tidak terlalu berlebih-lebih kerana enggan anak-anaknya pula terkena tempias kritikan masyarakat.

"Sekarang ini anak-anak perempuan saya semua sudah berhijab. Dan saya sebagai ibu tidak mahulah melihat mereka dikritik hanya kerana penampilan saya. Bagaimanapun unsur-unsur pelik masih lagi ada, cuma ia tidaklah keterlaluan seperti sebelum ini. Dan fesyen yang dibawakan mengikut kesesuaian tema majlis," jelas Didie Alias.

Didie mempunyai lima orang anak termasuk seorang anak lelaki iaitu Nur Dania, 20, Muhammad Danial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Danie, 15 dan Nur Diana, 14. Didie juga memberitahu bahawa perubahan imejnya juga dibuat berdasarkan komen-komen umum di laman sosial dan akan menukarkannya jika ada gaya yang kurang disenangi masyarakat.

Bagaimanapun, dalam usaha Didie memperbaiki gaya penampilannya, dia bersedia menerima kritikan.

ohartis-fesyen-didie-alias

Sumber: mStar Online

OHARTIS: BAGUSLA TU. KALAU TAK BERIMEJ PELIK PUN DIDIE ALIAS VOGUE!!

Zul Huzaimy - Google Blog Search

Zul Huzaimy - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Zul Huzaimy</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Aug 2013 07:20 PM PDT


Lirik Lagu Merah - <b>Zulhuzaimy</b> (OST Bunga Merah Punya) » BUKAN <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2013 10:51 PM PDT

Lirik Lagu Merah - Zulhuzaimy (OST Bunga Merah Punya)

Indah harumnya bungaku
merah dikelopak madu
tanya hati siapa mahu
bila cinta diam membisu

Korus
Kau bunga yang penuh durinya
ku selalu memuja...

Biarpun terluka diriku
namun bungaku tetap dihati
selalu...

Ulang Korus

Tag :

Along Cham - Google Blog Search

Along Cham - Google Blog Search


Gambar isteri <b>Along Cham</b> yang semakin cantik dan berisi (8 Photo)

Posted: 02 Aug 2013 02:00 AM PDT

Gambar isteri Along Cham yang semakin cantik dan berisi - Sedar tak sedar, pelakon dan pelawak Along Cham kini sudah dikaruniakan seorang anak lelaki hasil perkahwinannya dengan bekas peserta Akademi Fantasia Musim ke-4, Zila. Diberi nama Ahmad Danial, kehadiran si comel yang kini berusia 1 tahun 8 bulan ternyata melengkapkan kehidupan mereka sekeluarga.
Di sini, admin ingin berkongsi beberapa keping gambar isteri Along Cham yang semakin cantik dan berisi. Difahamkan, gambar-gambar ini diambil ketika mereka bertiga menghadiri pra-tonton filem terbaru lakonan Along iaitu Adnan Sempit 3.





(6 GAMBAR)Keluarga Bahagia <b>Along Cham</b> - Berita Sensasi

Posted: 01 Aug 2013 11:21 PM PDT

Pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik sudah hampir 1 tahun 8 bulan usia anak sulung Along Cham (Raja Lawak) dan Zila AF4. Diberi nama Ahmad Danial, kehadiran si comel ini ternyata melengkapkan kehidupan mereka sekeluarga. Memang terserlah kebahagiaan.

Mereka bertiga telah hadir ketika pra tonton filem terbaru lakonan Along iaitu Adnan Sempit 3. Semoga dengan kehadiran si comel ini akan memurahkan lagi rezeki Along sekeluarga. 5 lagi gambar terbaru mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

______________________________________________________

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


<b>Farawahida</b> Cerita Tentang Raya & Kahwin - Gua.com.my

Posted: 05 Aug 2013 09:00 AM PDT

Penyanyi yang pernah mencetuskan kontroversi, Farawahida Razali memberitahu GUA tahun ini merupakan tahun terakhir dia menyambut Ramadan dan Syawal sebagai orang bujang.  Ini kerana pada Disember ini dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya.

"Persiapan saya untuk menyambut Syawal ini sederhana sahaja. Saya lebih fokus dalam menyediakan kelengkapan raya untuk adik-adik saya. Tapi tahun ini saya menikmati sebaik-baiknya sambutan raya bersama keluarga. Sebab tahun depan, insyaAllah saya sudah menyambut raya berdua. Jadi untuk lebaran kali ini, seperti biasa saya berhari raya di kampung halaman di Taiping, Perak," ujar Farawahida yang ditemui baru-baru ini.

"Saya juga akan mengunjungi rumah bakal suami saya di Pulau Pinang. Semenjak kami menjalinkan hubungan, tiap-tiap tahun kami akan ke rumah keluarga masing-masing untuk berhari raya. Saya rasakan itu adalah permulaan untuk saya mengenal keluarganya dan dia mengenal keluarga saya," jelas Farawahida lagi.

Bercerita mengenai juadah dan kuih raya yang digemari olehnya, Farawahida menceritakan yang dia sangat gemarkan masakan jiran sebelah rumahnya.

"Seperti tahun-tahun lepas di malam raya, saya ditugaskan untuk memasak rendang ayam. Tetapi apa yang peliknya, saya kurang gemar makan hidangan yang saya masak sendiri. Saya amat menggemari Rendang Ayam Pencen yang dimasak oleh jiran sebelah rumah. Setiap kali selepas habis Solat Sunat Aidilfitri, saya akan singgah ke rumah jiran saya untuk merasai kelazatan rendang itu. Selain itu, saya juga gemarkan kuih tart nenas untuk dimakan di pagi raya," cerita pelantun lagu 'Tanpamu' ini.

Serah tugas pada perunding perkahwinan

Mengulas mengenai persiapan perkahwinan, Farawahida menjelaskan yang dia menyerahkan 90% tanggungjawab mengenai persiapan hari bahagianya bersama jejaka idaman kepada perunding perkahwinan mereka, Chedet. 

"Untuk hari bahagia saya pada Disember nanti, hampir 90% persiapan saya serahkan kepada perunding perkahwinan kami, Chedet. Selepas sambutan Aidilfitri tahun ini, baru saya akan betul-betul memberikan fokus kepada persiapan perkahwinan . Masing-masing agak sibuk, bahkan kursus perkahwinan pun belum sempat kami hadiri. InsyaAllah, semuanya akan dilakukan selepas sambutan Syawal nanti," tambah Farah.

Mengenai perkembangan terbarunya, Farawahida kini sedangmencari material terbaru untuk dijadikan 'single' keduanya selepas lagu 'Jangan Tanya Aku Lagi'. Farawahida menjelaskan yang lagu keduanya bakal berentak 'moderate', santai dan juga relaks di halwa telinga pendengar.

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


<b>Yuna</b> – “Falling (Prod. Robin Hannibal)” | Pigeons & Planes

Posted: 23 Aug 2013 12:35 PM PDT

fc4da300abf0d11cfb86e6af89b7a3db Yuna   Falling (Prod. Robin Hannibal)

Since her U.S. debut in 2011, Yuna has been serving up buttery smooth offerings alongside industry heavyweights like Pharrell. Now, as she gears up for the release of her sophomore album Nocturnal, the singer/songwriter has unveiled a seductive new song titled "Falling." Her delicate voice glides over the disco-tinged production courtesy of Robin Hannibal (member of Quadron, Rhye), yielding a sophisticated slice of dance-inspiring music. Check it out below, and be on the look out for Nocturnal, due October 29.

MissInfo.tv » New Music: <b>Yuna</b> “Falling”

Posted: 23 Aug 2013 01:25 PM PDT

yuna

MissInfo.TV favorite Yuna has already treated fans to the Sixth Street EP this year, but she's still got one more gift in store. On October 29, the Malaysian songbird will release her sophomore album, Nocturnal, which will include this Robin Hannibal-produced number called "Falling." It's another typically soothing effort from Yuna, but this one's got a nice spring in its step.

Stream "Falling" after the jump…

Related:
New Video: Yuna "I Wanna Go"
New Music: Yuna Feat. Theophilus London "Live Your Life (Remix)"
Yuna is Back! Check Out "I Wanna Go" & "Let Love Come Through" Off Her 'Sixth Street' EP

<b>Yuna</b> – Falling | HYPETRAK

Posted: 23 Aug 2013 12:43 PM PDT

Thankfully, Malaysian singer-songwriter Yuna will be returning later this year to release her sophomore album, Nocturnal. Accordingly, today we present a new entry from the coinciding work, with a smooth number, dubbed "Falling." The soothing and infectious track was produced by Robin Hannibal who blessed Yuna with the perfect backdrop to breeze right over. You can enjoy the refreshing entry now below and look out for more from the October 29 drop-off.

Erry Putra - Google Blog Search

Erry Putra - Google Blog Search


<b>ERRY PUTRA</b> SEDIA BERKAHWIN TAHUN HADAPAN

Posted: 10 Aug 2013 04:01 AM PDT

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


Balik Kampung & <b>Dayang Nurfaizah</b> @ Prince Hotel | missyblurkit

Posted: 20 Jul 2013 06:20 AM PDT

Day 2 of Ramadhan was spent at Prince Hotel breaking fast to a 'Balik Kampung' theme. A lavish buffet spread of kampung delights to put a smile to the face after a day of fasting. This time I had the honour of being able to break fast with some kids from Majlis Kebajikan Kanak-kanak and Dayang Nurfaizah. 
Perhaps a little more challenging than other occasions is that we had in our company some deaf and mute kids. I confess that I quite hopeless in my sign language with only basic signs of how are you, what's your name and my alphabets. And even with the alphabets, I realised that I sign British while most folks know the American. Still it was good time as some understood me after all and we did have a good time breaking fast together!
With a nice setup of kampung house which was rather popular with the diners who wanted a picture n the kampung house, we also saw the use of batik and tiny details to give a traditional kampung feel to compliment the Balik Kampung theme. Adding to the festive feel is a traditional Ghazal band from Seri Nusantara II that will perform every night. The band consists of an accordion, acoustic guitar and Gendang.
Dinner was specialties from around Malaysia which includes kerabu pucuk paku, bubur lambok, beef rendang with lemang, rendang tok, nasi kandar, roti canai, udang goreng berlada, satay, ais kacang and more.  Other than kampung dishes, the buffet line also includes chilled prawns and smoked salmon, kerabu and salads. Completing the buffet line includes freshly prepared Chinese, Indian and Western dishes. Desserts includes Malay kuih, ice creams, pastries and fresh fruits.
My faves were Eccucino's specialties of Signature Hot Pot Soup, whole roasted lamb kuzi,  a Malaysian laksa stall featuring five different flavours of laksa. Not much food pics this time around as I was quite smitten with the kids and their beautiful smiles...
Kids having tonnes of fun with sand art. 
Dayang Nurfaizah arrived very early and was helping out the kids with their sand art. She's really good with kids!
These boys have their own share of fun with the kampung house.
Dinner time and the team from Prince Hotel were hands on to help the kids
Executive Chef Donald Pezar is also serving the kids!
Its not everyday that you get a celebrity like Dayang Nurfaizah serving you!
Happy kids with their table full off yummies.
More happy faces - these 2 boys are deaf and mute.
Lots of fun with balloons too. She is a princess!
Dayang Nurfaizah entertains the crowd
Kids singing along with Dayang.
very yummy soup with your choice of ingredients
my choice of laksas out of the 5 were Sarawak and Penang asam laksa
Good old fashion ulam with your choice of dips.
Sweet sour chicken is simple and such a happy dish
Photo op...kids all wanted their pics with Dayang when she went around singing.
Duit raya came early for the kids including this wheelchair bound girl!
The 'Balik Kampung' buffet dinner is available every night from 6:30pm to 10:30pm
• RM108++ per person 
•  Children under 12 years of age receive complimentary dinner for every one paying adult.
Lobby floor of Prince Hotel and Residence KL
 Like this post? Head on to Missyblurkit and show some love!