Nuffnang

Sabtu, 27 Julai 2013

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Ana Dahlia Kesayangan <b>Rosyam Nor</b>? - MyNewsHub

Posted: 02 Jul 2013 12:27 PM PDT


PELAKON dan penerbit drama terkenal, Rosyam Nor menegaskan penglibatan pelakon Ana Dahlia sebagai teraju utama dalam kedua-dua drama terbaru terbitan Suhan Movies berjudul Dia Tetap Ayah dan Cinta Yang Satu, cuma kebetulan rezeki aktres itu.

Menurut Rosyam yang juga merupakan pemilik syarikat produksi berkenaan, beliau sebenarnya mengutamakan anak didiknya daripada program realiti TV, Pilih Kasih seperti yang beliau berikan kepada Ana.

"Sebenarnya saya memang mengutamakan anak didik saya daripada program realiti TV, Pilih Kasih seperti yang saya berikan kepada Ana.

"Hakikatnya, bukan senang untuk artis dapat watak yang betul-betul kena dengan watak yang diberi, malah saya sudah berjanji pada mereka dalam masa dua tahun mereka akan dikenali dengan syarat mereka ada komitmen dan kekuatan sendiri," ujarnya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Rosyam juga memberitahu, biarpun kedua-dua karya tersebut menggunakan khidmat bekas isteri Chef Riz itu, watak yang dimainkan aktres tersebut cukup berbeza antara satu sama lain.

Cinta Yang Satu akan ditayangkan setiap hari Jumaat pukul 9 malam di TV2 bermula 5 Julai ini. Manakala Dia Tetap Ayah pula bakal disiarkan selama setengah jam, setiap Isnin hingga Khamis bermula pada 8 Julai di saluran Astro Prima. – Malaysian Insider

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


<b>Aqasha</b> Respon Isu Poligami Ashraf Muslim? - iskandarX Society

Posted: 19 Jul 2013 07:11 AM PDT



Sejak berita mengenai perkahwinan kali kedua Ashraf Muslim bersama bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand tersebar di media, ramai pihak yang cuba menyatakan pendapat serta memberi respon berhubung isu tersebut. Mungkin ada yang memandang perkara berkenaan ke arah sudut yang positif dan ada juga sebaliknya.

Namun begitu, menerusi laman Twitter milik Aqasha, pelakon drama Dejavu Di Kinabalu itu turut memberi respon mengenai isu poligami dengan memuat naik status berbunyi :


Orang bercerai ada yang bising, orang tambah isteri pun ada juga yang bising. Inilah hakikat, yang patut ada 1 tu tuhan je. Hehehe.
Status Aqasha itu bagaimanapun mendapat perhatian seorang peminat dan menerusi respon berbalas yang diberikan oleh individu terbabit, Aqasha telah menegur dengan menyatakan bahawa, jangan bercakap mengenai isu rumahtangga jika anda belum berkahwin.




Dalam pada itu, Aqasha turut menegaskan bahawa tidak salah untuk berkahwin di Siam dan melihat perkara tersebut sebagai satu isu yang positif.




Bagaimanapun isu poligami ini hanya boleh dijawab oleh mereka yang arif sahaja dan sebagai orang luar, lebih elok sekiranya isu seperti itu tidak diulas dengan lebih lanjut kerana dikhuatiri akan mengguris hati pihak tertentu.

Untuk makluman, Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Aqasha Rosli telah bernikah dengan wanita pilihannya, Noor Baizura pada tanggal 10 Oktober 2010 dan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Remy Ishak</b> Dedah Ditipu - Gua.com.my

Posted: 12 Jun 2013 09:00 AM PDT

Dalam industri hiburan tanah air ini, pelbagai ranjau dan duri perlu ditempuhi oleh seseorang artis itu sebelum mereka dikenali ramai. Perkara-perkara seperti ditipu dan tidak mendapat bayaran selepas membuat persembahan telah menjadi lumrah dalam kehidupan penuh glamor ini.

Pelakon kacak Remy Ishak juga pernah berhadapan dengan situasi di mana dia tidak mendapat sebarang bayaran selepas terbabit dengan sebuah penerbitan.

"Biasalah bagi saya benda itu normal. Buat masa sekarang tidak ada lagi perkara itu timbul dan saya kini lebih dewasa dan sudah bersedia sekiranya perkara sebegini berlaku lagi. Sekarang ini saya tidak lagi berhadapan dengan masalah tidak dibayar tetapi ada yang lewat membuat bayaran. Biasalah orang bisnes, ada yang naik dan ada yang turun. Apa yang penting kita mestilah berfikiran positif," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran filem CEO.

Dalam filem terbaru arahan Razaisyam Rashid, Remy diberikan peranan sebagai Adam yang merupakan seorang CEO dalam sebuah empayar korporat yang berjaya. Jelas Remy, dia bersetuju untuk terlibat dengan CEO kerana berpendapat watak dan skrip filem tersebut  agak unik.

"Semasa mula-mula ditawarkan watak ini, saya membaca terlebih dahulu skrip yang diberikan dan saya dapati skrip dan jalan cerita filem ini sangat berbeza daripada filem-filem yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Lagipun, berlakon bersama-sama dengan Beto, dan Deanna Yusof membuatkan saya begitu teruja untuk memasuki lokasi penggambaran yang dijangkakan pada minggu hadapan," katanya kepada GUA.

Bekerja dengan pengarah baru merupakan sesuatu yang agak janggal sekiranya mereka tidak tahu bagaimana untuk mengarah dan mengambil hati setiap krew mahupun pelakon yang terlibat. Ternyata tanggapan itu berbeza apabila Remy Ishak dengan sejujurnya memberikan komen positif terhadap pengarah baru itu.

"Sudah lapan tahun saya bekerja dengan bermacam-macam pengarah, dan pelbagai ragam yang saya tempuhi. Tetapi apabila dengan pengarah ini, saya telah melakukan latihan, bacaan skrip, dan ternyata dengan cara sebegitu membuatkan saya lebih berkeyakinan untuk bekerjasama dengannya," tambah Remy lagi.

Berkongsi tentang perancangannya pada masa hadapan, Remy memberitahu dia tidak pernah terfikir untuk memulakan perniagaan, kerana baginya rezeki ada di mana-mana dan berlakon adalah sumber rezekinya.

"Saya tidak pernah terfikir untuk membuka bisnes kerana bagi saya sumber pendapatan saya adalah daripada lakonan. Semuanya bergantung pada niat, sekiranya niat kita untuk berada di industri hanyalah untuk mencari glamor dan suka-suka maka sekejap sahajalah kita di industri ini. Tetapi apabila niat untuk mencari rezeki, InsyaAllah kita akan berada lama dalam industri ini. Bagi saya biarlah kita fokus terhadap sesuatu kerja kita terlebih dahulu. Kalau buat dua perkara dalam satu-satu masa, saya takut sekiranya tidak mampu untuk melakukannya. Terpulang kepada individu untuk menilai,"ujarnya mengakhiri perbualan.

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


Gambar Terbaru Bayi Comel Shera Aiyob Dan <b>Zahiril Adzim</b> | Katak <b>...</b>

Posted:

Pelakon terkenal yang baru sahaja bergelar ibu, Shera Aiyob telah memuatnaik beberapa gambar bayi lelakinya yang tersangat comel buat pertama kali di laman Instagram miliknya.

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


<b>Juliana Evans</b> Hot dan Cantik di USA | cerita apakah??

Posted: 21 Jul 2013 02:56 PM PDT


Juliana Evans Hot dan Cantik di USA:-Pelakon tanah air yang berwajah Pan-Asia, Juliana Evans ketika ini sedang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat (USA). Mari kita tengok gambar Juliana Evans ketika di USA.

source:http://miraakim.blogspot.com/2013/02/gambar-hot-juliana-evans-di-amerika.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MiraAkim+%28mira+akim%29
ANDA MUNGKIN MEMINATI

Nashrin - Google Blog Search

Nashrin - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jul 2013 09:05 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2013 09:19 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jun 2013 09:11 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jun 2013 09:20 PM PDT


<b>Nashrin</b> Terpegang Payu Dara Misha Omar?

Posted: 30 Mar 2013 08:58 AM PDT


Helluuuuu you all, Hari ini cik gayah kebaya sendat nak gossip sikit pasal duet si nashrin and akak misha omar yang feelling habis di atas pentas.. wow! Hangat di perkatakan adegan misha omar dan nashrin di atas pentas MY STARZ LG musim ke 2 yang asik feeling mereka, cik gayah kebaya sendat belek gambar2 yang di tangkap oleh photografer tersohor malaysia yang menampakan nashrin terpegang payudara misha omar? hurrmmm mungkin tak pegang kot or alahaiii korang komen sendiri la..

Cerita Artis: <b>Nashrin</b> Bertunang Dengan Kawan Sekolah Bernama <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2013 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Penyanyi lagu Fobia Cinta, Nashrin menafikan dakwaan bahawa dia cuba menyembunyikan statusnya yang kini sudah pun menjadi tunangan orang. Sebaliknya, Nashrin yang baru saja berhenti daripada bekerja dengan sebuah bank di Pulau Pinang memberitahu dia sudah pun 4 bulan mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya yang bernama Farah. "Ya. Saya memang sudah bertunang. Tunang saya bukan model. Dia hanyalah orang biasa yang bekerja di syarikat insurans di Pulau Pinang. Dia adalah teman sekolah saya. Saya kenal dia sejak kecil lagi. "Kalau hendak diikutkan, saya sudah lama tidak berjumpa dengan dia. Selepas berjumpa semula, saya merasakan dia sesuai untuk menjadi suri dalam hidup saya. Sebab itulah saya bertunang dengan dia. "Saya tidak tahu nak kata sebab utama saya bertunang dengan dia. Apa yang saya tahu, bila sudah sampai waktu, saya pun bertekad untuk bertunang dengan dia yang sebaya dengan saya iaitu 24 tahun," katanya kepada murai.com.my. Bercerita mengenai pertunangannya itu, Nashrin telah pun sah bertunang dengan Farah sejak November 2012 dan majlis tersebut hanya diadakan secara kecil-kecilan saja. "Tiada kenalan artis pun hadir di majlis tunang saya. Lagipun, saya hanya buat secara kecil-kecilan saja. Kami bertunang di Pulau Pinang. Hanya saudara mara terdekat saja yang hadir. "Waktu itu juga saya masih lagi bekerja di bank. Sekarang ini, baru sebulan saya berhenti bekerja. Saya pun sudah menetap di Kuala Lumpur sepenuhnya. Alhamdulillah, selepas bertunang tiada apa yang berubah kecuali saya lebih berhati-hati dengan kehidupan yang saya lalui sekarang. Saya juga merasakan lebih mudah bergerak berbanding dulu," jelasnya. Menyangkal dakwaan bertunang untuk menutup tohmahan yang mengatakan dia seorang lelaki buaya darat, Nashrin dengan tegas menepisnya. "Saya bertunang bukan sebab gosip itu. Saya juga bukan playboy. Sekarang saya lebih senang. Ibarat orang kata, saya sudah cuci tangan sikit. Saya juga sudah sign kontrak dengan label baru iaitu Hikayat Records. Insya-Allah, akhir bulan ini saya akan muncul dengan single terbaru. Tajuknya masih belum ada lagi. "Lagu ini adalah hasil ciptaan Kunci Demak. Alhamdulillah, peminat merestui pertunangan saya. Kalau ada fans yang kecewa pun saya tahu mereka akan buat-buat tak kecewa," ujarnya.

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


<b>Sazzy Falak</b> menafikan status facebook sokong Alvin & Vivian

Posted: 24 Jul 2013 06:00 AM PDT


sazzyfalaksokongalvin

Menerusi laporan berita di Utusan Malaysia, Sazzy Falak telah menafikan bahawa beliau menyokong tindakan pasangan kontroversi Alvin & Vivian mengenai gurauan berbentuk penghinaan melalui poster di Facebooknya.

Sazzy menjelaskan, artikel yang dikongsi melalui fanpagenya itu bukan dilakukan oleh beliau mahupun suami tetapi oleh rakannya yang juga mempunyai akses laman sosialnya itu. Adakah salah seorang ahli geng CELEPETS?

Jelas Sazzy lagi, beliau mungkin tahu siapa yang berkongsi artikel tersebut namun memberi kepastian bahawa tujuannya itu bukan untuk menjatuhkannya.

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


Percaturan baru <b>6ixth Sense</b> - iskandarX Society

Posted: 19 Jul 2013 06:13 AM PDT


SEMPENA Ramadan, 6ixth Sense muncul dengan single terbaru mereka, Bukan Milik Kita ciptaan sepenuh oleh vokalisnya, Adi.

Mula mendapat tempat di corong-corong radio serta di Youtube, Adi berkata, lagu tersebut membawa pendengar menghayati mesej keikhlasan dan kebenaran yang dilalui setiap insan.

"Lagu ini lebih ke arah Islamik dan diinspirasi berdasarkan kehidupan yang kita lalui seharian.

"Ia juga merupakan kelainan yang ingin kami tonjolkan. Sekali gus membuktikan 6ixth Sense bukan saja band yang mendendangkan lagu-lagu pop atau rock, sebaliknya juga lagu ketuhanan," katanya.

Dalam masa sama, 6ixth Sense yang turut dianggotai Gjie, Wan, Ayoy dan Athan, kini sedang giat mempromosikan album The Best 6ixth Sense, ke Indonesia.

"Ia merupakan kompilasi lagu-lagu terbaik kami dari album pertama hingga ketiga dilancarkan di sana.

"Pilihan lagu pula berdasarkan sambutan yang diterima oleh peminat terhadap lagu kami," katanya.

Ditebak mengenai sambutan peminat Indonesia terhadap album tersebut, Adi berkata, mereka masih baru di sana walaupun sudah ditubuhkan sejak 2005 lagi.

"Kami masih baru di sana. Sebelum ini pernah masuk ke pasaran Indonesia, tetapi tidak pernah membuat promosi dalam skala lebih besar.

"Kalau ditanya mengenai peminat, kami belum tahu lagi. Tapi penerimaan lagu kami setakat ini menerima maklum balas positif," katanya.

Dalam perkembangan lain, Adi berkata, 6ixth Sense akan memperkenalkan artis sulung di bawah syarikat produksi mereka, Puteh Enterprise tidak lama lagi.

"Kumpulan Sakura yang dianggotai lima anak muda ini akan diperkenalkan secara rasmi pada masa akan datang.

"Mereka merupakan percubaan pertama kami dalam bidang ini.

"Ia sebagai test market dan mereka akan membawa muzik genre pop nanti," katanya.

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


Impian <b>Intan Ladyana</b> tercapai - iskandarX Society

Posted: 23 Jul 2013 06:55 AM PDT

Impian Intan Ladyana tercapai

Setelah tujuh tahun menjadi anak seni, pelakon cantik berdarah kacukan Melayu-Siam, Intan Ladyana kini boleh tersenyum riang apabila impiannya untuk bergelar penerbit akan menjadi kenyataan.

Menurut Intan, sebagai permulaan dia bakal menerbitkan sebuah telefilem dan bakal menjalani penggambaran hujung bulan ini.

"Saya ada projek istimewa ketika bulan puasa ini, yang terpaksa saya jalani penggambaran hujung bulan ini, kerana saya berharap ia akan ditayangkan selepas Aidilfitri nanti.

"Memandangkan ini projek pertama dan 'first baby' saya, saya sendiri akan berlakon dan ini pula projek kecil-kecilan. Ini merupakan projek kerjasama dengan rakan saya dan kami juga sudah beberapa bulan merancang tentang projek ini," ujarnya yang ditemui baru-baru ini.

Menurut Intan, dia sudah lama memasang impian untuk menjadi penerbit dan setelah segala perancangan dilakukan, barulah dia bersedia berkongsi berita gembira ini.

"Saya memang dah lama mengimpikan untuk menjadi penerbit dan apabila saya dah dapat slot dari stesen TV, pelakon juga sudah ada dan hanya tinggal beberapa 20 ke 30 peratus yang perlu disiapkan, barulah saya berani berkongsi.

"Risau juga jika beritahu awal-awal dan perkara ini tak jadi, orang akan kata saya ini cakap tak serupa bikin pula," katanya.

Intan berkata, selain akan memasuki set penggambaran, dia juga lebih menumpukan majlis-majlis berbuka puasa kali ini, kerana dengan cara ini dia dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

"Alhamdulillah, jadual saya hampir penuh dengan undangan berbuka dan pada bulan puasa inilah kita berpeluang mendekati anak yatim, golongan kurang bernasib baik dan memberi sumbangan kepada mereka," katanya yang akan muncul dengan filem Adnan Sempit 3 pada hari raya Aidilfitri nanti.

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


MalayOLGA : <b>Ramlah Ram</b> - Zapin Yang Tinggal

Posted: 15 Jul 2013 09:00 AM PDT

Rating: 0/5 (0 votes cast) Please 'log in' to cast vote.

#Capo on 3rd fret           Am       Dm                    E  Masih ada lagi, rumah lama tinggalan ayahanda           Am        Dm                    Am  Bila aku pulang, masih lagi terbayang lagumu  Am            E    Rasa wangi lagi, haruman mu ibu               F      E         Am  Keringat ayah, di kamar yang tinggal      #Chorus    E7                    Am  Ibu... aku telah dimiliki    E7                       Am  Jauh... kutinggalkan desa ini    Am             Dm       E            Am  Pusaramu kusiram, kurasakan aku direstui    Am             Dm       E                Am  Apa yang kau berikan, aku kini rasa disayangi              E  Pulang abang, pulang saudaraku     F          E          Am  Masih hijau, di desamu ini            E  Bayu masih, seperti dahulu             F      E        Am  Hujan rintik, dihias pelangi      #Solo :  G  Dm  Am (2x)             E  Pulang abang, pulang saudaraku     F          E          Am  Masih hijau, di desamu ini           E  Bayu masih, seperti dahulu     F         E             Am  Hujan rintik, dihias pelangi    (Repeat  #Chorus)    Am              Dm                     Am  Ku mohon ampunmu, pinta ibu tidak kutunaikan    (break)   Am     Dm                 Am  Kutinggalkan jua, desa ibu yang sangat kucinta                E  Harus ku ikuti, tempat ku berpayung    F             E                    Am  Selepas kau pergi, kami yang tertinggal          E  Saudaraku, dengar nyanyianku    F           E            Am  Kalau boleh, ulanglah selalu    #End

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


Amarra Sofea Rose, anak perempuan <b>Eira Syazira</b> & Azad Jazmin <b>...</b>

Posted: 23 Jul 2013 04:30 PM PDT

Archives

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Ibu Saran <b>Fizz Fairuz</b> Balik Semula Pada Almy Nadia

Posted: 24 Jul 2013 05:15 PM PDT

Pelakon Fizz Fairuz sebelum ni pernah memberitahu ibunya meletakkan syarat yang dia hanya dibenarkan berkahwin dua tahun lagi dan bertunang dua jam sebelum diijabkabulkan.

Bertemu Fizz di rakaman Melodi Raya di PWTC, malam kelmarin, aktor itu memberitahu sejak kebelakangan ini ibunya pula menyarankan agar dia cepat-cepat berkahwin. Malah kata Fizz ibunya juga pernah mahu memperkenalkan dia dengan beberapa wanita untuk dijadikan calon isteri. Selain, menyebut-nyebut supaya dia kembali semula kepada kekasihnya Almy Nadia. 

"Mak saya, sejak dia tak berapa sihat ni dia asyik selalu tanya, bila nak kahwin? Sebagai anak, saya iyakan saja dan saya kata pada dia, InsyaAllah kalau ada jodoh. Lepas tu dia mula lah buka topik nak kenalkan saya dengan beberapa gadis. Ada yang bekerja sebagai doktor. 

"Dia juga ada sebut-sebut nama Almy. Dia ada suruh saya balik (bercinta) semula pada Almy", kata Fizz Fairuz. 

Pun begitu, insiden putus tunang dengan Azlyn sehingga mencetuskan kontroversi hangat beberapa bulan lalu benar-benar memberi pengajaran buat pelakon Nur Kasih ini. Tidak mahu pisang berbuah empat kali (bak kata Fizz sendiri), menjadikan dia kini lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk memilih teman hidup. 

Pada masa sama Fizz mendedahkan sejak bergelar solo, dia sering di dekati ramai wanita. Ada di antaranya dari golongan berada juga golongan kerabat diraja. 

"Ada juga yang mendekati saya. Datang pada saya dengan kereta BMW. Ada juga golongan kerabat yang nak serius dengan saya. 

"Tapi saya belajar dari kesilapan. Saya tak mahu pisang berbuah empat kali. Kalau dua kali tu, boleh tahan lagi. Jadi saya tak terlalu rapat dengan mereka dan hanya anggap mereka sebagai kawan biasa" katanya yang turut mengakui dirinya seorang yang mudah cepat mesra dengan sesiapa saja.  

Sementara ditanya hubungannya bersama Almy Nadia juga cadangan ibunya, ini jawab Fizz, 

"Sekarang ni saya memang ada berhubung dengan dia (Almy). Bezanya dulu, kami sangat rapat.  Sekarang ni kami dah jarang - hanya kawan biasa. Saya pun tak mengharap sangat. Tapi jodoh semua tu di tangan Allah, kita tak tahu lagi. 

"Kami profesional dan boleh bekerjasama. Saya baru habis shooting dengan dia drama Seiring Sejalan Raya untuk RTM sebanyak 13 episod", ujarnya.

Bercerita mengenai persiapan raya, seperti kebiasaan tahun-tahun sudah, Fizz akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya kedua. Lebih menyeronokkan raya tahun ni Fizz sekeluarga beraya di rumah baru. 

"Saya baru renovate rumah mak saya di Raub, Pahang. InsyaAllah memang tipa-tiap tahun saya buat rumah terbuka. Saya akan mula bercuti raya pada 5 Ogos ni dan kembali semula ke KL pada 15 Ogos", katanya yang bakal muncul menerusi telemovie raya berjudul Sampai Air Mata Darah.

- mD

Wan Sharmila - Google Blog Search

Wan Sharmila - Google Blog Search


<b>Wan Sharmila</b> Sudah Temui Buah Hati | Katak Comel - Gosip Artis <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2013 06:32 PM PDT

Posted by katak on July 25th, 2013

Pelakon popular, Wan Sharmila amat jarang dikaitkan dengan mana-mana lelaki selepas bercerai dengan bekas suaminya, Fazli Baharom yang juga seorang penerbit drama pada Oktober 2009.

Sejak kebelakangan ini, pelakon itu sering berkongsi gambar pada laman Instagram miliknya yang menggambarkan seolah-olah dia sedang dilamun cinta.

Yang terkini, Wan Sharmila telah memuatnaik sekeping gambar seorang lelaki ketika masih kecil yang menimbulkan desas-desus mengatakan lelaki itu kekasih barunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


Sorok Identiti Bakal Suami, <b>Farawahida</b> Terus Nikah

Posted: 23 Jul 2013 07:21 PM PDT

Tidak seperti kebanyakan pasangan, yang memilih melalui acara merisik juga ikatan pertunangan sebelum mereka benar-benar akan diijabkabulkan. Bagi penyanyi Farawahida, 28, dia memilih untuk terus saja bernikah pada Disember ini.

"Saya dengan dia pun dah lama bercinta, 8 tahun. Jadi kami ambil keputusan untuk terus saja bernikah. Tak payah nak merisik dan bertunang. InsyaAllah majlis akan diadakan di Taiping, Perak. Majlis nikah pada sebelah siang dan malam pula bersanding" kata ketika ditemui pada rakaman Melodi Raya bertempat di PWTC, malam tadi.

Sebelum ini Farawahida menerusi laman Facebook miliknya, berkongsi bersama peminat mengenai percintaannya bersama seorang jejaka yang ingin dikenali sebagai A.

Bagaimanapun tatkala diajak berkongsi mengenai pemuda yang bakal dikahwininya itu, pelantun lagu Hilangkan Segalanya ini enggan mendedahkan nama sebenar lelaki tersebut. Kata Farawahida, belum masanya untuk dia bercerita lebih lanjut tentang bakal suaminya itu.

"Dia berusia 29 tahun. Seorang yang simple. Bukan orang dalam industri. Sekarang dia bekerja dengan pakar jantung dan baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan hartanah. Bukan suami orang tapi masih bujang", guraunya. 

Mengimpikan sebuah majlis yang berkonsep ala kampung, beritahu Farawahida, setakat ini persiapan untuk majlisnya sedang diatur. 

"Persiapan tu dah ada. Saya pun akan pergi kursus kahwin. InsyaAllah masa raya nanti kedua-dua keluarga akan mengadakan perbincangan yang lebih serius. 

"Sebenarnya saya tunggu kakak saya yang kedua balik ke sini. Dia sekarang menetap di Jepun, ikut suami dia bekerja di sana. Jadi kebiasaannya dia boleh balik hujung tahun. Sebab tu saya pilih untuk melangsungkan perkahwinan semasa kepulangan kakak saya nanti", katanya.

Dalam pada itu Farawahida turut berkata berita perkahwinannya ini sekaligus memadamkan spekulasi mengenai gosip percintaanya dengan komposer Julfekar, yang sikit masa dulu hangat diperkatakan.

"Terbukti selama ni gosip itu tidak benar. Hubungan kami hanya sekadar bekerja. Sejujurnya ketika heboh tentang gosip itu, saya rasa down. Alhamdulillah teman lelaki saya sangat memahami keadaan saya. Gosip itu langsung tidak memberi kesan terhadap hubungan cinta kami", katanya.  

Mengenai perkembangan karier, selepas mereleasekan single Jangan Tanya Aku Lagi, Farawahida kini sedang mencari material untuk single terbarunya. 

- mD

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> Mohon Maaf, Tak Hasrat Untuk &#39;Banned&#39; Media | ROTIKAYA

Posted: 14 Jul 2013 01:47 PM PDT

Penyanyi yang popular dengan lagu berjudul 'Kisah Hati' dan 'Tak Mungkin Kerana Sayang' sekali lagi dihimpit kontroversi apabila isunya yang sebelum ini dikatakan berkahwin secara senyap masih lagi tidak reda, timbul pula spekulasi yang mengatakan bahawa dia begitu berkecil hati dengan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu ini, kami telah bertemu secara eksklusif bersama Alyah semasa proses rakaman Stailista Unplugged TV9 dan ditemani pengurusnya untuk mendapatkan kisah sebenar di sebalik kontroversi ini.

"Alyah sebenarnya tidaklah sampai hendak banned mana-mana media mengenai hal yang telah berlaku ini. Cuma Alyah sedikit kecewa dan terkilan kenapa kenyataan itu dikeluarkan sedangkan Alyah tidak pernah memberikan komen apa-apa kepadanya. Alyah sedar mungkin Alyah juga salah tetapi janganlah menghukum Alyah sebegini kerana ini merupakan benda yang agak berat Alyah perlu tempuhi sepanjang bulan yang mulia ini. Sebelum ini, isu baju dan pereka fesyen, dan tahun ini kisah lain pula, Alyah sebenarnya penat untuk bercakap mengenai benda-benda yang sebegini."

"Apabila kejadian ini berlaku, Alyah benar-benar terpinga kerana Alyah rasa tidak ada masalah dengan mana-mana media, dan di kesempatan ini juga Alyah tidak ada masalah untuk meminta maaf sekiranya benar kesalahan itu datang dari diri sendiri."

"Siapalah Alyah untuk banned mana-mana media kerana sepanjang bergelar artis dan sehingga dikenali sekarang disebabkan media banyak membantu, oleh itu tiada sebab untuk saya banned mana-mana media," katanya sayu.

Dia yang begitu terkejut apabila artikel mengenai dirinya yang dikatakan di 'banned' media benar-benar membuatkan dirinya berkecil hati dan berkemungkinan boleh menjejaskan kerjaya dan periuk nasinya sebagai penyanyi.

"Agak terkejut dan memeranjatkan, bukan apa benda yang saya sendiri pun tidak tahu punca dan asalnya. Memanglah Alyah tidak nafikan bahawa artikel itu mempunyai tanda soal (?) tetapi secara tidak langsung apabila seseorang itu membaca artikel tersebut ianya boleh memberikan impak yang negatif terhadap Alyah dan ini juga boleh menjejaskan kerjaya saya. Alyah agak berkecil hati kerana seolah-olah penulisan itu seperti dia bercakap tentang Alyah dan itu seperti satu tuduhan dan yang menulis itu menulis dengan perasaan dan bukan dalam keadaan dia bekerja," ujarnya dengan penuh syahdu.

Justeru itu, Alyah dan pihak pengurusannya tidak mahu mengambil sebarang tindakan kerana baginya ini akan lebih mengeruhkan lagi suasana pada bulan yang mulia ini. Ucapan maaf dipinta dari Alyah serta pengurusannya di atas apa yang telah berlaku.

"Saya dengan berbesar hati beserta pihak pengurusan saya memohon maaf kepada pihak-pihak yang berkenaan sekiranya sebelum ini saya terkasar bahasa atau apa-apa sahaja yang mengguris hati anda. Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan kerana bagi saya benda ini boleh diselesaikan dengan cara yang lebih efektif," katanya.

Sementara itu, mengenai hubungannya dengan komposer terkenal tanah air, Datuk Ramli M.S, dia enggan mengulas mengenai hal itu kerana biarlah pihak sebelah sana pula memberikan kenyataan.

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


<b>Faezah Elai</b> Tolak Watak Jahat Selepas Bergelar Ibu – Perak Today

Posted: 25 May 2013 08:27 PM PDT

Pelakon Faezah Elai mengakui selepas bergelar ibu pada Februari lalu, dia lebih memilih watak yang ditawarkan.

Pelakon berusia 31 tahun ini berkata, dia tidak mahu melakonkan watak-watak antagonis dan jahat bagi menjaga status sebagai seorang ibu dan menjaga perasaan anak-anaknya.

"Kalau boleh saya tidak mahu watak-watak yang jahat, sebarang tawaran yang datang saya akan rujuk dulu kepada suami dan minta pandangan dia.

"Saya tidak mahula nanti anak-anak saya akan bertanya tentang watak itu, sekarang anak-anak tiri saya turut tinggal bersama kami," katanya.

Tambahnya, selain watak, Faezah turut mengambil berat soal waktu penggambaran yang akan dilakukan tidak terlalu lewat.

"Saya beritahu pengarah awal-awal bahawa saya perlu pulang sebelum pukul 11 malam.

"Sekarang bukan macam dulu, banyak tanggungjawab dirumah untuk tengok keperluan anak-anak," katanya.

Faezah Elai berkahwin dengan Heykal Hanifah, 39, di kediaman keluarganya di Gelugor, Pulau Pinang pada 9 September tahun lalu.

Ditanya tentang perancangan menambah cahaya mata, kata pelakon Tanda Putera ini, buat masa ini dia mahu menumpukan perhatian kepada anak pertamanya yang diberi nama Dealova Heyrinna, berusia tiga bulan.

"Buat masa ini belum lagi, tunggu dia besar dulu baru fikir untuk yang seterusnya," katanya.

Kata Faezah, hidupnya lebih bahagia selepas kelahiran Dealova, biarpun agak kelam-kabut dalam membahagikan masa dan urusan kerjaya.

-mStar

Along Eyzendy - Google Blog Search

Along Eyzendy - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 di parit jawa - Google Blog Search

Posted:

INFO PENGARAH: Razif Rashid PELAKON: Shah Rempit, Fadzil Zahari, Along Cham, Mon Ryanti dan Along Eyzendy GENRE: Komedi TAYANGAN:... INFO Release Year: 2012 Genre: Drama Format: Mp4 File Size: 720MB ...