Nuffnang

Selasa, 25 Disember 2012

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


Sahabat - <b>Najwa Latif</b> #Lirik @lagubestbest

Posted: 14 Mar 2012 08:00 AM PDT

Tajuk Lagu: Sahabat
Album: Kosong Mini Album
Artis: Najwa Latif ft. SleeQ

Muzik Video: Sahabat - Najwa Latif ft. SleeQ

Lirik Lagu: Sahabat - Najwa Latif ft. SleeQ

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Howoo.. howoo.. howoo

Kau ada dikala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu

Kau ada di setiap tawa
Dikala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku [ho]
Kau lah yang satu [hahah yeah]
Menjadi sahabatku [hahah yeah]

Rap:
Yeah sahabatku
Tetap bersamamu jika kau perlukanku
Dan ku tak kaku tak kekok kalau sampai kita buntu belok yok [yok]

Berjangkit sesama seperti mengisi sisi melata
Kau kau jangan kau melampau
Dan kalau siapa mengusik Najwa
Tolong bagitau aku tapau

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi!

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku [yeaa sahabatku]

Sahabtku.. [Huu..] yea.. [howoo..] sahabatku [howoo..]

Menjadi sahabatku

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Maya Karin Mengaku Keluar Makan Dengan <b>Remy Ishak</b> | Sensasi <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2012 10:00 PM PST

Semasa Majlis Tayangan Filem Lagenda Budak Setan 2 Katerina anjuran Vono pada 7 Disember lalu di TGV Wangsa Walk, Budiey sempat bertanyakan pelakon Maya Karin yang memegang watak Katerina berkenaan dengan gosip yang mengatakan Maya Karin kini kembali rapat dengan Remy Ishak.

Menurut Maya Karin, beliau akui dia ada berjumpa dengan Remy ishak tapi atas hubungan mereka atas dasar kawan biasa. Tidak lebih dari itu. Kebetulan Remy Ishak ada merancang membeli rumah, jadi Maya Karin ada memberikan tips untuk memilih perabut dan juga susun atur rumah pelakon lelaki yang kacak itu.

Selebihnya, hubungan mereka setakat ini hanya sekadar kawan.

TONTON VIDEO PENGAKUAN MAYA KARIN:

Komen Remy:

Semasa Budiey bertemu dengan Remy Ishak sehari selepas itu di perlawanan persahabatan media dan Star Dashing, Remy Ishak tidak mahu mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Maya Karin.

Apa-apa pun, semoga hubungan mereka ini kekal sebagai kawan. Ramai peminat yang mendoakan yang terbaik untuk kalian.

Menyentuh tentang karier, Maya akui dirinya sangat kesuntukan masa untuk diri sendiri gara-gara terlampau sibuk dengan dunia lakonan dan tawaran menghadiri pertunjukan makan malam (dinner show).

Dalam perkembangan lain, Maya Karin mengkhabarkan kepada Budiey, pada bulan Mac 2013, dia ditemani adik perempuan akan ke Finland dan Berlin untuk travel dan di Berlin, Maya akan mengunjungi keluarganya di sana.

Temubual Eksklusif Budiey Bersama Maya Karin Karier 2013

Video Maya Karin di Makan Malam bersama Peminat anjuran Tilam VONO

Gambar semasa Maya Karin di Makan Malam Bersama Peminat sementara menanti tayangan filem Lagenda Budak Setan 2 Katerina.

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Komen via Facebook

Komen

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


<b>Rosyam Nor</b> Tiada Niat Persendakan TV Al-Hijrah | MyNewsHub

Posted: 12 Nov 2012 07:57 PM PST

KUALA LUMPUR – Susulan lawaknya yang tidak kena tempat sewaktu berlangsungnya majlis Anugerah Skrin 2012 minggu lalu, pelakon dan pengarah lelaki, Rosyam Nor mengakui lawaknya itu bukanlah dengan niat untuk mempersendakan stesen TV Al-Hijrah.

Sebaliknya, dia mahu menyampaikan mesej sesuatu mengenai dunia penyiaran kepada orang ramai khususnya kepada pengarah dunia drama dan perfileman.

Justeru, Rosyam enggan orang ramai menyalah anggap kenyataannya walhal mesej yang disampaikan adalah terang.

"Bukan niat saya mahu mempersenda mana-mana stesen televisyen tapi menyampaikan maksud jelas mengenai peraturan stesen TV dan mengangkat Gagasan 1Malaysia.

"Ketika saya menyebut stesen TV Alhijrah, maksud saya ialah stesen itu mengangkat lakonan mengikut landasan Islam," kata Rosyam yang dipetik dari akhbar Metro Ahad.

Menceritakan sewaktu dia mengeluarkan kenyataan tersebut, Rosyam memberitahu kenyataan itu ada kena-mengena dengan adegan dia mahu mencium Snow White.

Kata Rosyam, di situlah dia mahu orang ramai membuka mata di mana setiap stesen televisyen itu mempunyai peraturan yang tersendiri yang harus diikuti.

"Begitu juga sepatutnya Snow White dicium sebelum saya tersedar dan katakan ini Malaysia bukan Amerika. Mesej saya untuk karyawan seni tempatan supaya memahami peraturan stesen TV itu sendiri.

"Begitu juga saya menyelitkan mesej antara saya dengan orang kerdil iaitu jika saya sumpah kami menjadi tinggi, orang kerdil itu menjawap, saya takut lupa diri," katanya lagi.

Pada malam Jumaat lalu, Rosyam dikatakan telah mengeluarkan kenyataan telah menimbulkan kontroversi panas dalam dunia seni hiburan.

Rosyam telah berlakon bersama dengan Erra Fazira sebagai Kapten Hook yang telah dijadualkan memberikan anugerah kepada pemenang.

Kenyataan Rosyam itu dikatakan menyindir stesen TV Al-Hijrah serta tidak peka dengan sensitiviti umat Islam.

Antara kenyataan Rosyam ialah, "Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh".

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Nashrin - Google Blog Search

Nashrin - Google Blog Search


`: alya (love) <b>nashrin</b> :D

Posted: 03 Nov 2012 07:06 AM PDT


kite punye muka buku . hihi 

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


<b>Juliana Evans</b> Bersama Jejaka Amerika

Posted: 04 Nov 2012 08:30 PM PST

cik izyan | 11/05/2012 | 1 Komen

Juliana Evans yang pernah dikaitkan dengan pelawak Zizan Razak kini telah belajar di USA. Namun ada satu gosip yang mula timbul apabila dirinya berada di sana.

Beberapa keping gambar Juliana bersama seorang lelaki tempatan Amerika bernama Nate Miller (mengikut sumber) telah tersebar, malah mereka dikatakan sedang dibuai cinta.

Namun sangkaan itu didakwa oleh Juliana melalui laman sosial Twitternya dengan menafikan dirinya sedang bercinta dan mengakui dia masih single.

Twitter:
"Teman lelaki? Saya tak punya masa untuk itu!"

"Saya seronok dengan kehidupan 'single'!

x

Tag: , , , , , , , ,

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


MentariSenja: Alhamdulillah Penghijrahan <b>Pierre Andre</b>

Posted: 19 Dec 2012 11:12 PM PST

UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'
"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.
Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:
"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.
Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.
"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.
"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.
Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.
Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?
Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.
Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?
Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.
Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?
Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.
Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?
Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.
Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?
Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.
Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.
Apa rancangan Pierre dalam tabligh?
Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.
Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?
Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.

Erul af - Google Blog Search

Erul af - Google Blog Search


WONDERFUL LIFE OF GIRANG

Posted: 23 Dec 2012 03:04 AM PST

Golden Tweet 2012

Sunday, 23 December 2012 19:04 | Written by Girang Daniel Batisah

Ahnyonghaseyo~ kebanyakan remaja arini suke Twitter dr FB. itu dr pandangan kasar Girang la. bg Girang, Twitter ke FB adalah sama. x lari dr nk bersosial cuma kaedahnya lain. dlm FB klau kite slalu update status smpai dekat 100 kali dlm masa 15 mins dikatakan batak nk buat status. tp, klau Twitter x, org x kesah pon. lantak la nk update status brapa juta kali pon. org buat dont know je.

Girang pasti korg un ada akaun Twitter kan? biar la x brapa aktif pun asalkan ada. kiranya mengikut arus org berjiwa moden dan kontemporari. cewahh! HaHa. Girang lak nk dikatakan aktif tu x juga. tp tgk keadaan la. Girang ni jenis x suke update status sgt. Girang just RT tweet yg best dan reply je. untung gak ada Twitter ni, bole la tweet dgn member utk betanya sal assignment, duk kat mana dan sewaktu dgnnya. HaHa.

lam Twitter ni, Girang suke follow tweet Aiman Hakim Redza. x tau la knp. maybe dia rajin reply tweet Girang kot. HaHa. tp yg kerap berbalas tweet ialah Dhia dr Hero Remaja tu. x dilupakan juga Erul AF. dorg ni walaupun bz jaga juga la peminat dia. friendly. lau x reply, dorg RT je. oh ya! korg nk follow Girang kat Twitter, bole je. taip @girangB92. korg jgn risau, Girang akan follow korg balik. //wink! wink!\\

byk gile merapu ni. HaHa. sbnarnya Girang nk bgtau korg sal Golden Tweet sepanjang 2012 ni. korg mesti nk tahu kan tweet sape yg agak femes amous sepnjg tahun ni. Girang hanya bg 3 yg terbaik je. klau nk tahu, tgk la kt bwh ni. here we go~ wee~


ofcz la Presiden Amerika, Barack Obama. tweet dia "Four more years" pd 6 Nov 2012 tlah di RT sbyk 810,000+ kali dan 300,000+ favourite-kan tweet dia. dia dahulu memberitahu di Twitter bhw dia telah memenangi pilihanraya pd aritu dan tweet ini tlah RT oleh org di lebih 200 buah negara di seluruh dunia. wow! memang gempak tweet. teringin nk RT sebyk ni. HaHa. mati idup smula pun x akan jd. HaHa. biasa la kite bukan retis. Hikss~ :P
seterusnya tweet dr Justin Bieber yg mengucapkan selamat tinggal kpd salah seorg Beliebers-nya iaitu "RIP Avallana. i love you" tlah di RT sbyk 220,000+ kali dan di-favourite-kan sebyk 100,000+ kali. Avallana Routh merupaka peminat JB yg berusia 6 tahun dan mati akibat kanser otak. ramai kot Beliebers yg len memberi respon terhadap tweet ni. umm~
tweet dr artis Jepun, Kouichi Yamadera telah di RT sbyk 68,000 kali dan di-favourite sby 6,000. tweet ini bermaksud "…I would like to announce here: I, Koichi Yamadera, have married Ms. Rie Tanaka … I am really happy to have met such a great partner and have our lives come together. We made up our minds to respect each other, help each other and build a home full of smiles…" dia adalah salah seorg artis lakon suara di Jepun yg byk menyumbang suara utk anime disana. dia tlah membuat pengumuman akan berkahwin dgn Rie Tanaka juga pelakon suara anime. dia dpt RT byk pun sbb artis suara. lau x, x RT sebyk tu. HuHu.

itu lah antara 3 tweet yg menjd Golden Tweet 2012. bila dh byk RT, byk juga la org yg akan ambil perhatian. x salah la klau org Twitter batak RT skrg ni. HuHu. klau nk femes, slain di Youtube, Twitter pun bole. buat je tweet yg memang bajet HOT, biar sume tahu. klau nk tahu caranya, tnya la tokoh2 Twitter kite ok. oh ya! video Gangnam Style dh cecah 1 Billion viewers di Youtube. perghh! Girang yakin video utk Untuk Dia pon bole cecah 1 Billion views. HuHu :3 ok la korg, itu je. lepas ni rajin2 la tweet status yg HOT2 mana tahu bole jd tokoh Twitter yg seterusnya. HuHu. take care. bye.


Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


Kartita - <b>Awan Band</b> #Lirik @lagubestbest

Posted: 10 Nov 2011 10:10 AM PST

Tajuk Lagu: Kartita 
Album: - 
Penyanyi: Awan Band

Video Muzik: Kartita - Awan Band

Lirik Lagu: Kartita - Awan Band

Walaupun hanya di ruangan maya
Kita bersua
Membuatkan ku tertanya-tanya
Bagaimanakah
Rupa si gadis misteri yang
Menemani di hati ini
Di kala sunyi

Tawa riang mu
Membuatkan aku
Merasa bahagia
Tidak terkata
Apakah aku
Sudah jatuh cinta
Ohh pada dirinya
Atau ku hanya

Bermain dengan perasaan yang tak bisakan
Menjadi kenyataan pada akhirnya
Namun ku tetap
Kan setia menyimpan cinta

Apakah aku sudah jatuh cinta padanya
Atau ku hanya bermain dengan perasaan
Yang tak bisakan menjadi kenyataan
Pada akhirnya

Apakah aku sudah jatuh cinta padanya
Atau ku hanya bermain dengan perasaan
Yang tak bisakan menjadi kenyataan
Pada akhirnya

Kartita oh Kartita
Ohh kartita
Na na na na na na

Kartita oh Kartita
Ohh Kartita
Na na na na na na
Kartita

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Saya Tak Layak Diperbandingkan – <b>Fizo Omar</b> - Gua.com.my

Posted: 24 Dec 2012 08:00 AM PST

Memegang watak Ali Baba dalam 'Muzikal Ali Baba', Fizo Omar meminta penonton yang hadir menyaksikan pementasan itu supaya tidak membuat perbandingan dengan pelakon asal watak tersebut, Datuk Aziz Satar. Jelas Fizo, sebagai pelakon baru dirinya tidak layak diperbandingkan dengan pelakon veteran itu.

          

"Tak boleh buat perbandingan antara saya dengan Pak Aziz. Saya tidak layak diperbandingkan dengan dia. Namun, sebagai pelakon saya sudah cuba melakukan yang terbaik untuk sampaikan jalan cerita ini. Harap penonton boleh faham bahawa saya bukan seorang pelawak macam Pak Aziz," ujar Fizo mengulas penampilannya dalam 'Muzikal Ali Baba' yang sedang dipentaskan di Istana Budaya sehingga 29 Disember ini.

         

Walaupun tidak mahu dibandingkan dengan Datuk Aziz Satar tetapi Fizo mengakui bahawa dia ada meminjam sedikit idea lakonan yang ditampilkan oleh pelakon asal Ali Baba itu.

         

"Apabila saya mendapat watak ini, saya terus merujuk kepada lakonan yang ditampilkan oleh Pak Aziz. Mula-mula memang saya dibayangi dengan lakonan Pak Aziz. Tetapi lama-kelamaan saya mendapat idea sendiri untuk watak ini.

          

"Saya tidak boleh tiru lakonan dia seratus peratus kerana saya bukan pelawak macam dia. Bagaimanapun, saya ada meminjam sedikit idea lakonan Pak Aziz bagi menggamit kembali nostalgia penonton kepada filem lakonannya itu," jelas Fizo.

                            

Berkongsi cerita tentang cabaran melakonkan watak Ali Baba, Fizo memberitahu dia berasa cukup sukar untuk melakukan gerakan tarian. Malah, mengakui mengambil masa yang agak lama untuk menghafal langkah tarian yang ditunjuk-ajar.

          

"Menari adalah bahagian yang paling susah. Saya bukan seorang yang pandai menari sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk hafal langkah tarian. Selain daripada itu tidak ada masalah. Cuma saya perlu lebih peka apabila bergandingan dengan pelakon-pelakon senior seperti Aznil Nawawi dan Ebby Yus sebab mereka sering tidak mengikut skrip. Kalau saya lalai, bimbang berlaku kesilapan yang boleh menjejaskan pementasan," tambah Fizo.

         

Selain Fizo, Aznil Nawawi dan Ebby Yus, 'Muzikal Ali Baba' turut dibintangi oleh Elfira Loy, Najua P.Ramlee, Aziz M. Osman dan Zarina Raja Lawak. Pementasan ini diarahkan oleh Lokman Ghani yang pernah mengarahkan 'Teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa' sebelum ini.

          

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


Syukur - <b>Altimet</b> #Lirik @lagubestbest

Posted: 30 Sep 2012 11:59 PM PDT

Tajuk Lagu: Syukur
Album: -
Artis: Altimet

Muzik Video: Syukur - Altimet

Lirik Lagu: Syukur - Altimet

Pukul 6 pagi
Masa untuk ku bangkit lagi
Sebelum mencari sesuap nasi
Perutku dialas sesuap nasi
Subuhku tertinggal lagi
Terus diganti
Terus keluar dan berlari
Bersama warga kota lain sekali
Kita semua selari
Motor kereta bas LRT
Yang berbasikal pejalan kaki
Dari tauke besar hingga kerani
Semua punya niat sama di hati
Biar usaha dan rezeki serasi
Walau mendung saujana yang dihadapi
http://lirik-lagu-best.blogspot.com
Masih ada mentari, jadi

Chorus
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Bil datang lagi
Seakan sebulan dua kali
Harap dibayar dalam tujuh hari
Sebelum bekalannya di mati
Terngiang rintihan ibu dan bini
Kata mereka perlu itu dan ini
Anakku mahu ke sana sini
Mlihat tempat indah dikaca TV
Di otakku hanya periuk nasi
Bil kereta rumah air dan api
Aliran pitisku dijaga rapi
Ditabung yang lebih di dalam laci
Hasil usaha keringat di dahi
Kerjaku halal jangan dicaci
Ku kerah semua tangan dan kaki
Sehingga ku jumpa apa yang dicari jadi

Ulang Chorus

Murahkan rezeki
Jadikan aku lebih seperti
Antara mereka yang mempercayai
Walau usahaku kurang memadai
Fardhuku lewat beberapa kali
Bila bisikan dia mencuit hati
Aku tercandu pada duniawi
Tapi aku tetap kembali, jadi

Ulang Chorus

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


Alyah Harap Adi <b>6ixth Sense</b> Tidak Berkecil Hati | MyNewsHub

Posted: 18 Dec 2012 10:49 PM PST

KUALA LUMPUR – Penyanyi bersuara tinggi, Noor Hasliah Abu Hasan atau Alyah berharap komposer lagu Kisah Hati iaitu Adi (6ixth Sense) tidak berkecil hati dengan dirinya.

Alyah juga memohon maaf kepada Adi kerana tidak menyebut nama komposer itu setelah lagu itu diumumkan menang untuk anugerah Lagu Terbaik pada Anugerah Planet Muzik (APM2012) di Singapura, Sabtu lalu.

Gosip yang mengatakan Adi terasa hati kerana Alyah tidak merakamkan penghargaan kepada Adi sedang bertiup kencang dalam dunia seni suara ketika ini.

Namun, Alyah ikhlas memohon maaf kerana situasi yang berlaku pada malam itu telah membuatkan fikirannya serabut kerana masalah selisih faham dengan dua pereka fesyen tempatan.

"Saya ingin memohon maaf kepada Adi kerana tidak menyebut namanya ketika memenangi anugerah tersebut. Saya harap dia tidak terkilan.

"Waktu itu fikiran saya berserabut dengan masalah baju dan pada masa sama terkejut kerana memenangi anugerah yang tidak disangka itu. Bukan sengaja enggan menyebut namanya," kata Alyah yang dipetik dari laporan mStar Online.

Ekoran dari itu, Alyah berharap agar Adi memahami situasinya pada malam itu yang tidak berniat melupakan jasa komposer yang bernama Manusia Putih itu.

"Apa-apa pun, maafkan saya sekali lagi andai kata Adi terasa. Jujurnya saya tidak pernah melupakan jasanya yang mencipta lagu yang sangat menakjubkan itu sehingga menerima penghargaan seperti ini," katanya.

Sementara itu, dalam laporan di portal OhBulan!, Adi memaklumkan dia tidak berkecil hati dengan tindakan Alyah yang tidak mengucapkan terima kasih kepada dirinya atas pentas anugerah itu.

Bagi Adi, kemenangan Alyah malam itu sudah cukup bermakna buat dirinya.

"Bagi saya, asalkan lagu itu dah menang lagu terbaik kira bagus untuk saya sebenarnya. Kalau Alyah tak 'wish' dekat saya, saya tak kisah pun," kata Adi.

Beberapa hari lalu, Alyah dan pereka fesyen, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini telah bercakaran di alam Twitter kerana pereka fesyen tersebut marah dengan tindakan Alyah yang tidak memakai baju hasil tangan mereka.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


<b>eira syazira</b> tertekan sebab suami, azad jazmin? - ammboi dot com

Posted: 23 Dec 2012 09:00 PM PST

Eira Syazira Tertekan Sebab Suami, Azad Jazmin? | Baru-baru ini ada laporan mengatakan Azad Jazmin telah didakwa membelasah orang. Namun Azad menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan sebenarnya dia yang diserang terlebih dahulu. Dia hanya mempertahankan diri sahaja. Dek kerana serangan itu, Azad kena lima jahit di kepala.

eira syazira dan azad jazmin

Mengikut beberapa laporan pula, Azad sememangnya jadi sasaran di Penang. Jadi, tidak hairanlah kalau isterinya Eira Syazira yang sarat mengandung tertekan dengan suaminya itu. Kesian jugak kan, tengah sarat mengandung asyik fikirkan masalah suami pula. Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya dan semoga kesihatan Eira dan baby dalam kandungan itu ok. Semoga selamat segalanya.

CARIAN BERKAITAN

  • EIRA SYAZIRA (3)
  • /eira-tertekan-sebab-suami (1)
  • azad suami eira (1)
  • eira syazira sarat (1)
  • eira syazira stresskeranaazad (1)

Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Zul Huzaimy - Google Blog Search

Zul Huzaimy - Google Blog Search


Drama Salji Untuk Mabel Lakonan <b>Zul Huzaimy</b> | Sensasi Selebriti

Posted: 24 Dec 2012 08:36 AM PST

Salji Untuk Mabel, drama sempena hari Krismas berbahasa Melayu arahan pelakon Zul Huzaimiy akan disiarkan di TV1 RTM, Selasa, 25 Disember jam 3 petang ini.

Pada siapa yang merindui pelakon Janet Khoo dan Kenji Sawahi jangan lepaskan peluang menonton mereka sebagai ibu bapa gadis cacat bernama Mabel.

Kisah mengenai kegigihan Mabel mahu belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-citanya mahu bermain salji di negara empat musim.

Dia juga berhasrat menyatukan abangnya yang berselisih faham dengan bapanya di hari Krismas. Saksikan lakonan hebat Ixora Chern dan Eva Emmanyna sebagai dua remaja bersahabat baik yang cuba menggapai impian. Drama Aquila Emas ini diterbitkan oleh Syarizan Md Isa disamping Penerbit Eksekutifnya Zizan Nin. Cerita asal olehSyrizan dan Areed Razman manakala penulis skrip oleh Marini Mat Zain.

Jangan lupa temujanji anda di TV1.

zulhuzaimi

sum

janet khoo

poster sum

Komen via Facebook

Komen

Along Eyzendy - Google Blog Search

Along Eyzendy - Google Blog Search


(Video) Riang Ria Modenas &amp; Strawberi Cinta |

Posted:

Hehe. So Yana Samsudin, Along Cham, Along Eyzendy & Epy Kodiang sama-sama turun padang untuk meluangkan masa dengan peminat dan mempromosikan filem terbaru Yana & Along Eyzendy iaitu Strawberi Cinta.

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


<b>Fauzi Nawawi</b> Ke Mekah, Mahu Jadi Muslim Terbaik | MyNewsHub

Posted: 12 Jul 2012 07:14 PM PDT

PETALING JAYA – Pelakon Fauzi Nawawi berazam untuk menjadi umat Islam yang baik sempena kunjungannya ke Mekah bagi menunaikan umrah.

Fauzi yang akan berangkat ke Tanah Suci itu pada malam Jumaat (malam ini) juga meminta semua pihak yang mungkin pernah berkecil hati dengannya agar dapat memaafkan segala kesilapan yang berlaku tanpa disedari.

"Ini merupakan pemergian saya buat kali kedua bersama isteri, Lisdawati dan ibu. Jadi, sebelum berangkat, saya ingin memohon maaf daripada semua pihak sekiranya ada yang tergores hati dengan kelakuan saya sebelum ini.

"Niat saya ke sana adalah untuk menjadi umat Islam yang lebih baik daripada sebelum ini dan moga pemergian ini diberkati.

"Doakan juga kami selamat pergi dan pulang ke tanah air ," katanya yang dihubungi mStar Online di sini petang Khamis.

Tambah Fauzi, selain mengerjakan umrah, dia juga tidak sabar untuk merasai pengalaman berpuasa bersama-sama dengan umat Islam lain di Mekah.

"Pada tahun lalu, kami menunaikan umrah pada bulan puasa dan pengalaman di sana sangat menyeronokkan terutamanya ketika tiba waktu berbuka.

"Tambah pula umat Islam di Masjidil Haram begitu mesra dan saling berkongsi makanan, terasa macam berbuka dengan sebuah keluarga yang sangat besar. Apa-apa pun, semoga perancangan kami berjalan dengan lancar," ujarnya.

Sementara itu, Fauzi turut berdebar menantikan kemunculan filem arahan sulungnya berjudul Pak Pung yang masih lagi dalam pasca produksi.

Malah, Fauzi turut menunjukkan kehebatan vokalnya dengan menyanyikan sebuah lagu runut bunyi filem tersebut berjudul Adam dan Hawa, berduet dengan penyanyi Marsha.

"Adam dan Hawa merupakan lagu kedua saya selepas Kau Aku yang pernah dirakamkan beberapa tahun lalu.

"Rasanya, inilah peluang untuk menunjukkan sisi bakat saya yang lain selain pengarahan dan lakonan.

"Apabila diberi respons positif selepas memberi teman-teman menyaksikan suntingan awal Pak Pung, ia membuat saya lebih semangat untuk menyanyikan sendiri lagu Adam dan Hawa," tuturnya. – mStar Online

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri