najwa latif - Google Blog Search |
<b>Najwa Latif</b> Tidak Kalah Dengan Kontroversi - Gua.com.my Posted: 18 Feb 2013 08:00 AM PST "Mengenai kontroversi yang berlaku kepada saya baru-baru ini, ia sedikit pun tidak menjejaskan kredibiliti saya sebagai seorang artis. Malah, kontroversi tersebut mematangkan diri saya kerana secara tidak langsung ia mengajar saya cara untuk berkomunikasi dengan lebih baik. Saya anggap semua yang berlaku adalah dugaan daripada Allah S.W.T," ujar Najwa mengulas mengenai pelbagai kontroversi yang membabitkan dirinya, termasuklah kemelut di antaranya dengan ayah kandungnya sendiri. Ditanya adakah dia akan terus melupakan karier nyanyiannya selepas dilanda kontroversi itu, Najwa memberitahu bahawa dia tidak akan sesekali berhenti atau terus meninggalkan dunia nyanyian kerana baginya nyanyian merupakan punca rezeki. "Saya belum rasa hendak mengalah. Seperti yang saya katakan tadi, kontroversi ini membuatkan saya lebih matang dan kuat dalam menghadapi hari-hari dalam industri ini. Peluang hanya datang sekali dalam hidup, jadi saya tidak akan mengalah," ujar Najwa. Dalam masa yang sama, Najwa juga mempunyai pendapat sendiri mengenai kontroversi yang melanda seseorang artis. Jelas penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu 'Cinta Muka Buku' ini, jika sesebuah kontroversi itu boleh menaikkan nama seseorang artis, tidak salah baginya untuk menerima kontroversi tersebut, begitu juga sebaliknya. "Saya tidak menolak dan tidak juga menerima kontroversi. Apa yang saya faham, kontroversi ini ada yang baik dan ada yang buruk. Sekiranya seseorang artis itu ingin mencetuskan kontroversi biarlah kontroversi itu dapat menaikkan namanya, bukanlah mencetuskan kontroversi yang boleh merosakkan atau menjejaskan reputasi diri sendiri," ujar Najwa lagi. Nafi letak harga tinggi Sebelum ini ada pihak mendakwa Najwa seakan-akan 'demand' dengan mengenakan bayaran yang cukup tinggi apabila terlibat dengan sesebuah persembahan. Mengulas tentang dakwaan ini, Najwa memberitahu ianya tidak benar sama sekali kerana dia pernah mengadakan persembahan tanpa sebarang bayaran. "Macam mana isu ini boleh timbul? Sedangkan saya sendiri tidak tahu dan tidak pernah meletakkan sebarang bayaran tinggi untuk buat persembahan. Malah, saya pernah membuat persembahan secara percuma. Mereka yang pernah berkerjasama dengan saya pasti tahu perkara ini tidak pernah terjadi. Bayaran untuk membuat persembahan dikira berdasarkan jarak dan masa yang sesuai untuk saya bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain," ujar Najwa mengakhiri perbualan. |
You are subscribed to email updates from najwa latif - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |