Nuffnang

Isnin, 17 September 2012

Nur Fazura - Google Blog Search

Nur Fazura - Google Blog Search


<b>Nur Fazura</b> Teruja Jadi Hantu Langsuir » Wassupz!

Posted: 11 Sep 2012 01:18 AM PDT

Kejam. Cukup kejam. Itulah yang diluahkan oleh rakan blogger kami di Wassupz! apabila dia mendapat tahu pelakon kegemarannya iaitu Nur Fazura bakal berlakon menjadi hantu Langsuir. #LOL

Menurut portal hiburan, MediaHiburan pelakon itu bakal berlakon dalam filem komedi "Kami Histeria Glamor Sampai Nak Mati". Dalam temubual tersebut, Fazura akui tidak sabar untuk tampil dengan buah tangan terbarunya itu memandangkan dia sendiri sudah lama tidak beraksi di layar perak.

"Menerusi filem berkenaan saya memegang peranan sebagai hantu langsuir dan kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa untuk menonton filem tersebut tidak lama lagi,"

Nampaknya jika Nur Fazura menjadi hantu pastinya antara hantu yang paling cun di Malaysia. Betul tak?

Incoming search terms:
  • drama fazura 2012
  • haiza mengandung
  • penyanyi ainan tasneem
  • shila amzah asian wave hebat
  • shila amzah in asean wave youtube

   

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


Iqram Dinzly , <b>Zahiril Adzim</b> Bantu Jayakan #siswamerdeka <b>...</b>

Posted:

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55, dua pelakon hebat, Iqram Dinzly dan Zahiril Adzim telah membantu Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Erama TV bagi menjayakan pertandingan secara ...

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


Serius Comel: Gambar <b>Mia Sara</b> Di Majlis Iftar Bersama Dominos <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2012 11:07 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Serius comel adik Mia Sara di majlis Iftar bersama Dominos Pizza baru - baru ini. Kebetulan selain Mia Sara, pelakon Elfira Loy.

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


<b>Rosyam Nor</b> Terima Ijazah Kehormat | Rindok Blog

Posted: 17 Sep 2012 06:49 PM PDT

Rosyam Nor Terima Ijazah Kehormat

KUALA LUMPUR – Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21, Rosyam Nor, 45, telah menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Sarjana Seni (Keusahawanan Industri Kreatif) daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Sabtu lalu.

Penganugerahan ini membuktikan kerja kerasnya selama 26 tahun dalam bidang seni diiktiraf oleh ahli akademik.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohd Noor Shamsuddin berkata, dia berharap pengiktirafan itu akan menjadi iktibar kepada khalayak umum terutamanya generasi muda agar rajin berusaha dalam apa jua lapangan kerja walaupun tanpa kelulusan yang tinggi.

"Saya masih terkejut dan tersentuh dengan penganugerahan ini. Saya tidak sangka usaha saya pada cabang seni selama 26 tahun dihargai dan mendapat perhatian ahli akademik.

"Kalau diikutkan kelulusan, siapalah saya tetapi apabila lebih 30 ahli senat UMK memberikan pengiktirafan ini, saya berbesar hati menerimanya," katanya ketika dipetik dari Star Online, di sini, hari ini.

Ijazah tersebut disampaikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Kota Bharu, Kelantan bersempena Majlis Konvokesyen kali kedua UMK.

Rosyam berkata, penganugerahan itu juga membawa perubahan besar pada landskap dunia seni tanah air yang selama ini dianggap sinis dan tidak mempunyai masa depan oleh segelintir pihak.

"Jika dulu, dunia seni tanah air kita kecil dan dipandang remeh tetapi pada hari ini ia semakin berkembang dan mendapat pengiktirafan golongan profesional dan akademik.

"Ia adalah perkembangan yang baik untuk anak-anak seni kerana cabang industri ini. Yang penting, kita pelu bekerja keras dan tidak kenal erti mengalah," katanya.

Credit to Mstar

Blog Widget by LinkWithin

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Gambar <b>Rosyam Nor</b> Terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni

Posted: 16 Sep 2012 10:52 AM PDT

Gambar Rosyam Nor Terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni : Gambar Rosyam Nor terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni (Keusahawanan Industri Kreatif) daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Gambar Rosyam Nor Terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni

Ijazah tersebut disampaikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Kota Bharu, Kelantan bersempena Majlis Konvokesyen kali kedua UMK, pada Sabtu lalu.

"Saya masih terkejut dan tersentuh dengan penganugerahan (ijazah kehormat) ini. Saya tidak sangka usaha saya pada cabang seni selama 26 tahun dihargai dan mendapat perhatian ahli akademik.

"Kalau diikutkan kelulusan, siapalah saya tetapi apabila lebih 30 ahli senat UMK memberikan pengiktirafan ini, saya berbesar hati menerimanya. Saya harap ia menjadi iktibar kepada golongan muda untuk bekerja keras," tambahnya lagi.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohd Noor Shamsuddin, 45, berkata, dia berharap pengiktirafan itu akan menjadi iktibar kepada khalayak umum terutamanya generasi muda agar rajin berusaha dalam apa jua lapangan kerja walaupun tanpa kelulusan yang tinggi.

Pelakon yang kini turut bergelar usahawan itu berkata, dia berharap penganugerahan tersebut akan mengukuhkan kepercayaan badan profesional dan kerajaan dalam memberikan peluang untuk dia menyampaikan ceramah berkaitan bidang keusahawan.

Info Artis @ forblogger

Connect Facebook

5.0

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


<b>Aqasha</b> - Butterfly Lirik

Posted: 15 Sep 2012 11:15 AM PDT

  Aqasha - Butterfly (Dejavu Di Kinabalu) Chord    Intro: C Bsus Am G F G Am G F G    Am Dm  Ketika waktu mendatangkan cinta  G C  Aku putuskan memilih dirimu  F Dm E  Setitik rasa itu menitis dan semakin parah    Am Dm  Bisa ku rasa getar jantungmu  G C  Mencintaiku apa lagi aku  F Dm E  Carikanlah diriku pilihan terakhir hatimu    Dm G  Buttefly terbanglah tinggi  C F  Setinggi anganku untuk meraihmu  Bsus  Memeluk batinmu  E Am A  Yang semat kacau kerna merindu    Dm G  Butterfly fly away so high  C  As high as hopes I pray  F  To come and reach for you  Bsus  Rescuing ur soul  E F  The precious messed up thoughts of me and you    Am Dm G C F Dm E    Am  Jalan ini jauh  Dm  Namun kita tempuh  G C  Bagai bumi ini hanya milik berdua  F Dm  Biar ku berlebihan mendekatimu  E  Namun ku tulus      

Lisa Surihani - Google Blog Search

Lisa Surihani - Google Blog Search


Erra Fazira Tarik Diri & <b>Lisa Surihani</b> Bakal Bawa Watak Tun Siti <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2012 01:17 AM PDT

Erra Fazira Tarik Diri & Lisa Surihani Bakal Bawa Watak Tun Siti Hasmah

Maaf jika kami bersikap perlahan tetapi kami baru sahaja mendapat tahu yang Erra Fazira telah pun sah menarik diri dari pementasan Teater Tun Siti Hasmah di Istana Budaya.

Alasan Erra Fazira tidak dapat meneruskan tugas membawa watak utama iaitu Tun Dr. Siti Hasmah adalah kerana jadual kerja yang bercanggah selepas pementasan tertangguh.

Teater Tun Siti Hasmah di'jadualkan bermula pada 30 Ogos 2012 ini namun khabar terbaru mengatakan tarikh baru sudah di'anjak ke 14 September 2012 sebagai tarikh mula.

Menariknya, Media Hiburan hari ini melaporkan yang tugas Erra Fazira bakal di'galas oleh Lisa Surihani yang sebelum ini di'ura urakan sebagai pilihan kedua produksi.

Pementasan teater kali ini kembali menampilkan Esma Daniel sebagai Tun Mahathir & Nazim Othman di'beri cabaran membawa watak Tun Mahathir ketika muda.

Related Posts
Categories
Tag

<b>Lisa Surihani</b> Berdebar Jayakan Watak Tun Siti Hasmah - Gua.com.my

Posted: 05 Sep 2012 07:07 PM PDT

Aktres jelita, Lisa Surihani mengakui rasa berdebar apabila dipertanggungjawabkan untuk menggalas watak sebagai tokoh wanita negara, Tun Dr Siti Hasmah dalam pementasan teater 'Tun Siti Hasmah' yang bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB) tidak lama lagi.

"Bila pihak IB menghubungi saya untuk menawarkan watak tersebut, saya tergamam seperti tidak percaya. Namun, pada masa yang sama saya berasa teruja untuk terlibat dalam naskhah hebat seperti ini apatah lagi ia merupakan penglibatan pertama saya dalam bidang teater.

"Dalam pementasan ini, saya akan membawa watak Tun untuk sesi pertama saja iaitu ketika Tun masih muda dan baru berkahwin. Saya akan berlakon dalam empat ke lima babak dan saya akan cuba buat yang sebaik mungkin untuk menjayakan watak ini," ujar Lisa ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Filem-Filem 2012 Grand Brilliance, di Sri Pentas, petang semalam.

Menerima tawaran dalam masa yang agak singkat, Lisa yang kini sedang sibuk menjalani latihan sejak beberapa hari lalu mengakui rasa agak berdebar dan sedikit tertekan untuk menjayakan watak isteri kepada Perdana Menteri Malaysia keempat itu.

"Ini kali pertama Lisa terlibat dengan teater jadi banyak perkara yang perlu Lisa belajar. Lisa dah biasa berlakon belakang kamera dan bila kena berlakon dalam skala yang berbeza ini, Lisa rasa lebih segan. Namun, pengarah dan penolong pengarah banyak membantu saya. Mereka ajar saya cara untuk biasakan dengan teknik pernafasan, lontaran suara dan juga sebutan setiap kata.

"Mereka juga minta saya meneroka watak ini supaya saya tidak terikat sangat dengan watak tersebut. Tidak dinafikan mesti ada debaran, tetapi saya anggap ini satu cabaran. Saya ambil tekanan ini sebagai satu benda yang positif dan membina diri. Apa saja watak yang saya terima, baik dalam televisyen mahupun layar perak, saya selalu amalkan di mana kita perlu lakukannya dengan sebaik yang mungkin."

Ditanya mengenai perasaannya menggantikan Primadona Filem, Erra Fazira bagi watak tersebut, Lisa memberitahu, "Bagi saya individu yang paling sesuai untuk bawa watak Tun ialah Kak Erra sendiri.

"Namun nak buat macam mana, keadaan tidak mengizinkan beliau untuk terlibat dalam pementasan kali ini. Baru-baru ini, Lisa ada juga terbaca satu artikel di mana Kak Erra juga suka jika Lisa yang buat watak ini. Bagi Lisa, apa saja yang berlaku, minda kita perlu terbuka."

Diusik sama ada Lisa tidak mahu berjumpa dengan Erra bagi mendapatkan tips dan pendapat bagi wataknya memandangkan aktres tersebut sudah berjumpa sendiri dengan Tun sebelum ini, Lisa memberitahu, "Kalau boleh Lisa elakkan sebarang rujukan. Kita teroka watak itu dulu supaya kita dapat melihat warna dalam watak tersebut."

Sebelum mengakhiri perbualan, Lisa turut berkongsi keterujaannya melakonkan watak sebagai Tun Dr Siti Hasmah apatah lagi beliau memang mengagumi ikon wanita Malaysia itu.

"Saya teruja terlibat dalam pementasan ini kerana saya dah lama mengagumi Tun. Beliau seorang wanita yang rendah diri, bijak dan menakjubkan. Saya sangat menghormati beliau dan bila baca skrip, saya lebih sukakan karakter beliau yang penuh warna-warni. Kalau boleh, saya teringin sangat nak bertemu dengan beliau."

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


CARA GAYA TUDUNG <b>NAJWA LATIF</b> | PANAS GILER!!

Posted: 08 Aug 2012 08:45 AM PDT

Cara gaya tudung najwa latif , cara pakai tudung bawal stail najwa latif tutorial.

Sekarang ini ramai yang cuba bertukar fesyen tudung mengikut trend dan selebriti terkini. Dulu ramai yang suka pakai tudung fesyen ala-ala waheeda, bienda, turban dan lain-lain.

Tetapi sekarang ramai yang mula mengikuti cara gaya pakai tudung style yuna, hana tajima dan najwa latif.

Buat masa ini belum ada lagi tutorial gaya tudung najwa latif tetapi cara pakai nya seperti seakan cara pakai tudung bawal.

Disini ada beberapa gambar gaya dan mungkin anda dapat detect cara pakai tudung najwa latif ni sbg rujukan.





Judul: CARA GAYA TUDUNG NAJWA LATIF
Rating: 100% based on 100 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh ash

Video & Lirik : AdaMu – <b>Najwa Latif</b> | JEJAKTREND

Posted: 22 Jul 2012 04:58 PM PDT

Published on Youtube on 20 July, Video & Lirik : AdaMu – Najwa Latif.

'AdaMU', Najwa's latest single, which uploaded by her own youtube channel recently goes viral on social media Malaysia.

The lirik said was written by his sister, Ika. Najwa hope this song could satisfy her fans because after this he may need to prepare for her SPM exam.

Let's sing~

Lirik : AdaMu – Najwa Latif

Merenung ke luar jendela

Melihat kebesaranNya

Mensyukuri segala nikmat

Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan

Untuk berpegang pada jalan

Walau penuh dengan cabaran

Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu

Yang setia bersamaku

Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu

Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu

Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu

Ku adaMu selalu

Video AdaMu – Najwa Latif

adaMu Najwa

Najwa's quoted on youtube :

I hope everyone can relate to this song, and always know that Allah will always be there for us, no matter what. I miss you guys. Happy Ramadhan :) much LOVE!!

LIKE to share, Lirik AdaMu – Najwa Latif!!

Incoming search terms:

  • najwa latif adamu
  • lirik adamu
  • ada mu najwa latif lirik
  • latest pictures najwa latif
  • gambar najwa latif

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


<b>Erra Fazira</b> Ralat, Tarik Diri Sebagai Tun Siti Hasmah

Posted: 29 Aug 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2012: Pementasan teater Tun Siti Hasmah yang sepatutnya dijadualkan bermula pada 30 Ogos 2012 lalu mencetuskan tanda tanya di kalangan pihak media dan khalayak penonton. Apakah statusnya kerana setakat ini tiada sebarang promosi dilakukan pihak penganjur terhadap teater tersebut.

Malah, tunggak utamanya iaitu , Erra Fazira yang memegang watak sebagai Tun Dr Siti Hasmah pula telah mengumumkan untuk menarik diri daripada terlibat dalam pementasan tersebut. Ketika dihubungi portal murai.co.my, Erra Fazira nyata ralat serta turut menjelaskan situasi sebenar yang telah berlaku.

"Ya memang benar saya telah menarik diri daripada menjayakan teater Tun Siti Hasmah dan saya telah berbincang dengan produksi mengenai hal ini dan mereka maklum dengan situasi dan keadaan saya.

"Walaupun di hati saya terasa begitu ralat kerana tidak dapat membawakan watak salah seorang daripada idola yang saya sangat kagumi namun saya akur dengan situasi yang menuntut saya untuk menarik diri.

"Perkara ini disebabkan jadual saya yang telah disusun pada awalnya untuk memberi ruang kepada sesi latihan dan pementasan yang sepatutnya berakhir sehingga 10 September. Namun sehingga akhir ramadan tiada sebarang perkembangan mengenai latihan dan skrip untuk teater tersebut.

"Jadi saya sudah berbincang dengan Datin Paduka Umie Aida selaku penganjur dan dia juga sudah jelas mengenai komitmen saya yang lain kerana mengikut jadual sesi latihan sepatutnya sudah bermula dan tarikh pementasan pula sepatutnya akan bermula pada 30 Ogos ini,"jelasnya panjang lebar.

Ditanyakan mengenai hal penarikan dirinya ini seolah-olah mengikuti jejak langkah Adlin Aman Ramlie dan Zizan Nin, Erra menegaskan bahawa situasinya berbeza kerana dia memang menunggu saat untuk tampil sebagai Tun Dr Siti Hasmah.

"Kalau saya dapat menukar tarikh untuk disamakan dengan tarikh baru pementasan teater itu, mungkin saya akan mampu menjayakan watak tersebut, tetapi selepas 10 September saya akan berada di Singapura atas urusan lain.

"Semua orang juga sudah sedia maklum bahawa lokasi di Istana Budaya mempunyai protokol sendiri dan slot-slot yang telah ditetapkan tidak sewenang-wenangnya boleh ditukar untuk mengikut jadual para pelakon dan saya hormati perkara tersebut,"tambah aktres cantik ini lagi.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh wakil penganjur yang juga teman rapat Erra sendiri iaitu Umie Aida yang telah tampil membuat kenyataan.

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


<b>Ramlah Ram</b> Tidak Mahu Ambil Anak Angkat

Posted: 23 Jun 2012 03:32 AM PDT

Ramlah Ram Tidak Mahu Ambil Anak Angkat : Ramlah Ram, 47, masih lagi selesa hidup sendirian. Selepas perkahwinannya dengan Kamal Roslim berakhir dua tahun yang lalu, tiada sebarang desas-desus mengatakan penyanyi ini akan menamatkan zaman solonya.


"Buat masa ini saya tidak pernah terfikir untuk mengambil anak angkat. Rasanya saya tidak mampu jaga kerana kesibukan. Tapi, tak tahulah pada masa akan datang. Soal jodoh pula, terus-terang saya katakan pada usia sekarang ini, perkahwinan bukanlah satu keutamaan. Saya lebih fokus pada karier nyanyian.

Pada masa yang sama, Ramlah juga menyatakan pihak keluarga tidak pernah mendesak untuk dia berkahwin lagi. Apatah lagi memintanya mengambil anak angkat. Jelas penyanyi kelahiran Muar, Johor ini keluarganya sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan dalam setiap perkara yang dilakukan beliau.

Dalam perkembangan lain, Ramlah juga bakal muncul dengan single terbaru berjudul Seandainya hasil ciptaan ID Mifzal dan Zie Syafruddin yang pernah menghasilkan lagi 'Sesaat Kau Datang'.

"Single terbaru ini adalah hasil usaha kelab peminat saya iaitu Ramlah Ram Group (RRG). Mereka yang berusaha keras mencari bajet bagi menghasilkan lagu ini. Tanpa sokongan mereka, mungkin lagu ini tidak dapat dirakamkan lagi kerana untuk menghasilkan sesebuah single, ia juga menelan belanja yang agak besar. Saya cukup terharu dengan sokongan RRG kerana  mereka bukan bagi sokongan yang biasa-biasa, sebaliknya menolong saya secara langsung. Jika semuanya berjalan lancar, berkemungkinan besar RRG akan menerbitkan album saya pula selepas ini. Setakat ini, saya sudah mempunyai  lima buat lagu iaitu Cinta Gila, Benar Mencintai, Sesaat Kau Datang, Seandainya dan Sejadah Cinta," jelas Ramlah Ram. – Forblogger | Hiburan

Connect Facebook

5.0

<b>Ramlah Ram</b> feat SleeQ - Sesaat Kau Datang ( Malay Version )

Posted: 23 Jul 2012 09:14 AM PDT

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>Faizal Tahir</b> &#39;berehat&#39; sertai AJL

Posted: 05 Sep 2012 12:12 AM PDT

Faizal Tahir 'berehat' sertai AJL

Faizal Tahir

Menerusi rancangan Muzik-Muzik 27 pada 1 September lalu di TV3, penyanyi popular, Faizal Tahir menyatakan dia mahu berehat seketika dari menyertai acara berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).

"Saya mengambil keputusan untuk tidak mempertandingkan atau mencalonkan lagu saya di Muzik-Muzik tahun ini kerana mahu berehat dahulu.

"Saya sudah lama fikirkan keputusan ini sejak tahun lalu lagi iaitu selepas di AJL 26," ujarnya menerusi program tersebut.

Apabila ditanya sampai bilakah dia akan berehat, jawabnya;

"Saya tak tahu lagi sampai bila, tapi buat masa ini memang saya mahu berehat dahulu."

Sebelum ini, Faizal Tahir pernah mempertaruhkan lagu 'Karma', 'Sampai Syurga' dan 'Selamat Malam' di pentas AJL. Namun, rezeki belum berpihak kepadanya apabila dia gagal bergelar Juara Lagu. – Hiburan @ forblogger.net

Connect Facebook

5.0

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


JALAN - <b>Awan Band</b> Seronok Bercuti Dengan GUA - Gua.com.my

Posted: 14 Sep 2012 08:55 PM PDT

Sempena meraikan ulangtahun GUA yang kelima, baru-baru ini GUA telah membawa beberapa pembaca GUA bercuti ke Tanah Aina, Raub, Pahang bersama kumpulan muzik yang popular dengan lagu "Lintasan Bintang", Awan Band.

            

Percutian yang ditaja oleh pengurusan Tanah Aina ini cukup menyeronokkan kerana sepanjang dua hari satu malam itu kami berpeluang mengikuti beberapa aktiviti menarik. Paling penting, percutian singkat ini memberi ruang untuk kami berehat serta mendekatkan diri dengan kehijauan alam. Lupa segala masalah di tempat kerja.

            

Hendak tahu apa aktiviti yang sempat kami lakukan? Jom ikuti catatan GUA ini. Kalau berkenan, bolehlah merancang percutian ke Tanah Aina nanti. Seronok! Lebih-lebih lagi kalau bercuti bersama sekumpulan rakan-rakan yang 'sporting'.

            

Perjalanan ke Tanah Aina dari  Kuala Lumpur tidak mengambil masa yang terlalu lama. Kira-kira satu jam setengah masa pemanduan sahaja. Bagaimanapun, untuk sampai ke sini anda tidak boleh membawa kenderaan sendiri, kerana laluannya tidak mengizinkan. Hanya kenderaan pacuan empat roda dan lori kecil sahaja yang boleh melalui laluan ke lokasi percutian ini.

            

Baiklah, GUA tidak mahu bercerita secara terperinci tentang tempat ini kerana mahu menyimpan sedikit informasi untuk ulasan selanjutnya. GUA mahu dapatkan komen Awan Band serta pembaca terpilih tentang percutian julung-julung kali ini.

            

Menurut Ully, Ijan, Boboi dan Jay mereka berasa cukup bertuah kerana dapat mengikuti percutian ini. Jelas mereka, ia satu pengalaman yang cukup berharga dan di luar ekspektasi mereka.

            

"Kami memang suka percutian berkonsepkan alam semulajadi. Tetapi Tanah Aina memberi satu pengalaman baru. Tak sangka ada lokasi percutian sebegini dan paling penting ia melangkaui ekspektasi kami. Segalanya sempurna. Bilik tidur cukup selesa sehingga rasa malas hendak meninggalkan katil.

            

"Bilik mandi juga sangat memuaskan. Macam penginapan bertaraf lima bintang. Tidak seperti kebanyakan hotel atau resort yang mengetengahkan konsep yang sama. Satu lagi kelainan Tanah Aina ialah ia turut menyelitkan sesi pendidikan untuk menyedarkan pengunjung tentang pencemaran alam yang semakin berleluasa. Kami rasa, Tanah Aina unik dan punya tarikan tersendiri. Tak mustahil kami akan kembali ke sini" ujar Ully mewakili rakan-rakan lain.

            

Sementara itu,  Ijan turut memberitahu dia dan rakan-rakan sangat seronok dengan aktiviti perkelahan di air terjun berhampiran.

            

"Walaupun perjalanan ke lokasi perkelahan itu memakan sedikit masa, tetapi ia berbaloi. Dengan airnya yang sejuk dan jernih, ia membuatkan sesiapa sahaja tidak sabar hendak mandi-manda di sana. Bukan itu sahaja, kami juga dapat menguji keberanian kami dengan terjun daripada pelantar setinggi 15 kaki. Mula-mula memang rasa berdebar-debar, tetapi setelah lakukannya sekali, terasa ingin lakukannya sekali lagi," ujar Ijan.

            

Dalam masa yang sama, Awan Band juga gembira dapat menghabiskan masa bersama-sama pembaca GUA. Mereka menganggap ia  peluang untuk memperkenalkan kumpulan mereka secara lebih dekat kepada peminat.

            

            

Apa pula komen pembaca GUA yang bertuah? Adakah mereka seronok dengan percutian ini? Menurut Rosnani Md. Dan, 21, dia berasa sangat bertuah dan bangga kerana dapat menghabiskan masa bersama Awan Band dan juga team GUA. Baginya, pengalaman itu cukup berharga dan dia tidak mungkin akan melupakannya.

            

            

Bagi Norimy Mat Salleh, 21, pula, dia sukakan konsep percutian yang mendekatkannya dekat alam semulajadi. Malah, turut mengakui mendapat pelbagai pengalaman menarik yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang tidak dapat turut serta.

            

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tanah Aina, jangan lupa membaca ulasan mengenai tempat ini dalam artikel seterusnya.

            

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


Bekas Kekasih Mamat (Sepah), <b>Fida Ibrahim</b> Nafi Nikah Dengan VIP <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 11:25 AM PDT

Kepada para peminat Mamat dari kumpulan Sepah yang hanya tinggal nama saja, anda pasti mengenali siapa Fida atau Rafidah Ibrahim ini. Untuk yang masih belum tahu, Fida adalah juara Bintang Pantene 2007 dan juga sepupu kepada diva tanahair, Dato' Siti Nurhaliza.

Terbaru, khabar angin yang bertiup secara tiba-tiba telah menyebabkan nama Fida kembali menghiasi tabloid-tabloid dan laman gosip tempatan apabila Fida dipercayai telah berkahwin dengan seorang VIP secara diam-diam. Dikhabarkan, VIP tersebut adalah seorang usahawan dan yang paling mengejutkan ialah Fida dituduh menjadi isteri kedua VIP tersebut.

"Tuduhan saya bernikah secara senyap-senyap adalah tidak betul sama sekali. Ini adalah fitnah kerana pada waktu yang dikatakan saya melangsungkan pernikahan itu, saya berada di lokasi penggambaran. Jujurnya, saya pun tidak tahu mengenai perkara sehingga ia kecoh diperkatakan di laman Twitter pada baru-baru ini tetapi ia (pernikahan) memang tidak berlaku." – dipetik dari mStar Online.

Sebelum ini, Fida pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan seorang VIP yang telah dikenalinya lebih 2 tahun lalu dan pengakuan ini dibuat selepas Fida memutuskan hubungannya bersama Mamat (Sepah) melalui laman gosip tempatan.

Apa yang pasti, OHBULAN! sudah beberapa kali berjumpa dengan Fida dan daripada keperibadian yang ditunjukkan oleh Fida, OHBULAN! percaya Fida bukannya seorang yang tahu membohong. Kami percaya, Fida ini lurus orangnya. Anda rasa?

Sumber : mStar Online

Erul af - Google Blog Search

Erul af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2012 09:16 PM PDT


DIELA CREATIVE: Bersama <b>Erul AF9</b>

Posted: 02 Sep 2012 12:51 AM PDT

            Assalamualaikum wrh wbr.....

Salam sejahtera kepada anda semua dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Semoga negara kita akan sentiasa dalam keadaan aman 
dan sentosa. 
           Entri kali ini mengenai selebriti AF 9. Ini secara kebetulan sahaja berjumpa dengan Erul AF9. Sebenarnya Erul ni datang di majlis tahlil di rumah emak saudara suami. Sewaktu hendak pulang terserempak dgnnya. So apa lagi, sempatlah bergambar dengan dia.


Gambar kenang-kenangan bersama selebriti Erul AF9.


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2012 12:00 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2012 12:00 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2012 09:27 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2012 09:37 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Apr 2012 09:24 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Mar 2012 02:30 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Mar 2012 09:08 PM PST


Diary Of Somaii

Posted: 09 Mar 2012 02:36 PM PST

make-up tutorial for Malaysian (Korean Style)

Friday, 9 March 2012 @ 14:36

Annyeong haseyo ! Hehe . I'm not a fan of Erul AF tuu yerr . His pronunciation pun salah . setiap kali dia sebut tuu "annyeong haseyo" , tak pernah sampai kat telinga aku . yang sampai is "ani jual sayorr" . Kepada peminat Erul tuu sorry laa ehh , semua pun ada pendapat masing-masing kan . So do I .

Back to the topic , now imma teach you all cara-cara untuk wear make up style ala-ala Korean. First of all , this is not hundred percently from me .. Secondly , as i said "ala-ala" . so yeah , we are Malaysian . Kulit orang Malaysia ni berbeza dengan kulit orang Korea . Get what I mean ? Good .

I purposely buat ni tutorial bersebab tau . nak tau kenapa ? sebab zaman sekarang ni makin hari makin ramai gadis-gadis comel yang suka guna make up tebal sampai sepuluh inci . rupa  pun dah macam mama orang . =.="

So tutorial ni sangat sesuai bagi gadis belasan tahun yang comeyyy macam korang . kembang leteww . hehehe ~

 Korang kenal tak kat dua orang unnies kat atas tuu ? dua-dua pun pernah jadi girlfriend Lee Min Ho , kan ? haha . yang atas tuu dah jadi bekas girlfriend LMH . Yang bawah tuu , hanya dalam lakonan je lah . haha . Cantik tak dorang ? Neway ...

so , what will you all NEED :

  • Compact Powder *sebaik-baiknya pilih laa yang OIL CONTROL dan yang mirip dengan warna kulit korang ( how to choose ? try tepek kat BELAKANG tapak tangan korang tuu ) :)
  • Blusher *pilihlah yang bersesuaian , yang warna dekat-dekat dengan warna kulit korang macam mocha colour or milky chocolate punya tona . kalau yang nak guna warna pink tuu , pilih laa yang sweet-sweet colour . taknak yang terlebih deep pink ekk . noo ~ i repeat , NO .
  • Eyebrow Pencil *korang carilah yang korang rasa sesuai . cari mengikut warna rambut korang , to make it look more natural .
  • Eyeliner & Mascara *pilihlah yang warna brown or black . and yes , kalau boleh pilih yang WATERPROOF supaya makeup tak comot .
  • Lipstick *warning! pilih yang LIGHT COLOUR dan bersesuaian dengan anda . and NO MATTE . itu akan menyebabkan bibir korang kering , kalau korang nak juga guna jenis matte sila guna LIPBALM sebelum apply matte . :) pilihlaa yang moist .

now let's START:

  1. Apply  Compact Powder rata kat muka korang , jangan laa tebal-tebal sangat . Apply more kat kelopak mata , baby hair , and sekitar leher korang . Kalau korang nak guna foundation pun boleh jugak , tapi sebaiknya untuk kulit teenage macam korang sebaiknya tak payah laa... 
  2. Apply  Eyebrow Pencil kat kening korang . JANGAN tekan pensel tuu , just condongkan pensel tu and apply macam korang sketching selalu tuu . and if korang apply terlalu tebal , korang akan end up kelihatan macam orang tengah marah . so the tips is korang apply tebal sikit kat bahagian dalam and apply nipis sikit kat luar , as I said , SKETCH .
  3. Sapukan Blusher kat tulang pipi korang a.k.a cheekbone korang tuu . How ? try to apply dari bawah ke atas . then apply jugak kat batang hidung korang tuu , dari atas ke bawah supaya nampak mancung gitu . and bahagian dahi korang dari kiri ke kanan . 
  4. Guna Eyeliner korang tuu . lepas tu baru guna Maskara dengan cara memandang ke atas . :)
  5. Lastly , pandai-pandai lah korang guna Lipstick korang tuu yer . hehe .and again , not to much :) 

Sudah baca harap komen lah ehh . teehee . tapi sini tak dapat komen lah , korang just type kat my cbox lah ehh . lagi pun saya belum ada mood nak buat kotak komen tuu . so kalau ada yang tak puas hati pasal Erul tuu or anything pasal tutorial ni ke , hehe , tell-tell laa kat cbox . 

p/s : IF YOU ALL HAVE ANY REQUEST FOR HAIR AND BEAUTY TUTORIALS JUST LEAVE YOU MESSAGES KAT CBOX . I REALLY REALLY REALLY ENJOY TO HELP YOU ALL .

thanks for sticking around , till then , annyeong ! xoxo's

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Pengurus Nafi <b>Alyah</b> Bakal Lumpuh

Posted: 15 Sep 2012 07:44 PM PDT

Pengurus Nafi Alyah Bakal Lumpuh : Pengurus Alyah, Syuib Ismail menafikan desas desus penyanyi Alyah yang ditimpa lampu sportlight kelmarin bakal lumpuh.

Pengurus Nafi Alyah Bakal Lumpuh

Pengurus Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menafikan desas-desus kononnya penyanyi itu bakal lumpuh akibat ditimpa lampu tumpu kelmarin.

Syuib Ismail berkata, ini kerana ujian X-ray ke atas penyanyi itu semasa menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini mendapati tulang belakang penyanyi berusia 31 tahun itu tidak cedera.

"Jadual nyanyian Alyah juga tidak terganggu kerana doktor mengesahkan keadaannya semakin pulih dan dia dibenarkan keluar dari hospital dalam masa beberapa hari lagi," jelas Syuib kepada para wartawan di hospital berkenaan semalam.

Alyah ditimpa lampu sportlight kelmarin ketika menghadiri satu majlis rumah terbuka anjuran Hot FM di Sri Pentas. Lampu tersebut terjatuh setelah dilanggar secara tidak sengaja oleh seorang tetamu lalu menghempap belakang tubuh Alyah.

Alyah kini dilaporkan menjalani latihan fisioterapi di KPJ Damansara akibat kecederaan tersebut.

"Keadaan saya semakin baik dan stabil, juga beransur pulih walaupun terasa sedikit lemah" jelas Alyah.

INFO ATIS @ forblogger.net

Connect Facebook

5.0