Nuffnang

Rabu, 3 Oktober 2012

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Isu Beri Nama Anak &#39;Cleopatra&#39; Dicemuh: <b>Que Haidar</b> Bersuara

Posted: 27 Aug 2012 07:55 PM PDT

..

Siapa tak sayang anak! Begitu juga perasaan pelakon, Que Haidar apabila baru-baru ini nama cahaya mata keduanya yang dilahirkan tiga bulan lalu menjadi pertikaian banyak pihak.

Ada yang mendakwa nama Tengku Cleopatra Haidar sangat kebaratan dan tidak sesuai diberikan untuk seorang yang beragama Islam, malah ramai yang menyarankan dia memilih nama yang lebih mencerminkan nilai Melayu dan Islam.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 33, yang juga memiliki dua orang anak bersama guru tarian, Linda Jasmine iaitu Qalif Khan (anak hasil perkahwinan pertama Linda) dan Tengku Ratu Haidar, 4,

Bercakap kepada Kosmo!, Que berkata sebelum beliau dan isterinya memilih nama itu, mereka sudah memikirkan baik buruk dan sudah memahami maksud di sebalik nama itu. Ertinya kekuatan bapa atau glory of father daripada bahasa Greek.

"Sebelum pilih nama itu, kami sudah memikirkan baik buruk dan memahami maksud di sebalik nama itu. Jadi apa masalahnya? Saya rasa tidak perlu timbul isu sesuai atau tidak sesuai nama yang saya beri kepada anak saya. Apakah nama yang sesuai dan melambangkan orang Johor atau orang Malaysia?",
 
"Tidak ada kena-mengena nama seseorang dan personaliti. Jika dibentuk dengan cara yang baik, maka akan jadi baiklah seseorang itu. Nama itu pun bukan membawa maksud sesuatu yang buruk. Contohnya nama bapa saya iaitu Tengku Haidar yang bermaksud singa, tapi bagi saya dia lelaki paling mulia dan baik yang pernah saya kenali dalam hidup. Jadi bukan nama orang yang menilai personaliti", tegasnya.

Meskipun banyak komen-komen negatif di internet berkenaan pilihan nama Cleopatra, namun Que tetap dengan pendiriannya dan tidak anggap perkara itu besar. Sebaliknya menganggap orang yang memberikan komen di internet, sebagai kurang bijak

"Saya tidak anggap perkara itu besar dan saya rasa orang yang memberikan komen di internet tidak berapa pandai. Anak saya seorang Islam dan saya sendiri yang qamat Tengku Cleopatra Haidar. Saya rasa tidak menjadi masalah,
 
"Saya menghiburkan masyarakat sejak usia 16 tahun lagi dan sekarang sudah tiba waktu untuk saya berasa gembira dengan keputusan dan kehidupan saya. Saya gembira memilih nama Tengku Cleopatra Haidar untuk anak saya dan keluarga saya juga gembira. Ini masa saya dan inilah saya sekarang! Saya gembira untuk memanggilnya dengan nama itu.

Pun begitu, Que mengakui berasa sedih dan terkejut apabila kebanyakan yang memberikan komen terdiri daripada kaum Melayu dan menganggap mereka berfikiran sempit. Namun segala tanggapan negatif itu tidak langsung memberi kesan kepada mereka sekeluarga.

Dalam perkembangan lain, Que yang agak lama tidak tampil berlakon baik di kaca TV mahupun di layar perak, berkata dia masih menunggu skrip dan karakter, pengarah dan pelakon lain menepati kriteria yang diinginkan. Bagaimanapun dia masih menantikan tayangan filem Rock 2 pada bulan Mac tahun depan dan ada terfikir untuk berlakon dalam beberapa buah teater lain, tapi belum diputuskan buat masa sekarang.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Gambar <b>Elly Mazlein</b> Pakai Tudung | melvister.com

Posted: 13 Jul 2012 07:08 PM PDT

Berikut adalah gambar Elly Mazlein yang ayu pakai tudung. Sebenarnya Elly Mazlein hanya tampil bertudung untuk lakonan drama Bazar Al-Mubarak sempena dengan bulan ramadhan nanti. Menurutnya, dia masih tiada niat lagi untuk bertudung namun suatu hari nanti dia akan mengenakan tudung sepenuhnya bila sudah bersedia. Apapun, Elly memang sangat comel apabila bertudung.

Wawancara Bersama Dengan Elly Mazlein

Apakah perkembangan kerjaya anda sekarang?

Ketika ini saya sedang sibuk menjalani beberapa penggambaran drama dan telefilem. Yang terbaharu, saya kini menjalani penggambaran drama sitkom berjudul Bazar Al-Mubarak yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini.

Asyik sibuk dengan dunia lakonan, bagaimana pula dengan karier sebagai penyanyi?

Karier nyanyian saya masih lagi diteruskan dan banyak terlibat dengan beberapa projek seperti merakamkan lagu runut filem iaitu Awan Dania The Movie dan Aku, Kau Dan Dia.

Pada bulan puasa ini saya akan berehat sebentar daripada dunia lakonan kerana akan masuk studio untuk menghasilkan single terbaharu. Cuma, saya tidak dapat menceritakan lebih lanjut mengenainya, tetapi lagu sudah ada dan kini tinggal masa untuk merakamkannya sahaja.

Anda dilihat bertudung. Adakah ini penampilan terkini anda?

Ketika ini saya masih lagi belum bertudung dan penampilan saya sekarang ini kerana menjalani penggambaran drama yang sedang saya lakonkan sekarang. Dalam drama ini saya membawakan watak sebagai Milah, seorang janda yang berniaga kuih-muih di bazar semasa bulan Ramadan.

Incoming search terms:

  • drama masih adakah ramadhan
  • pelakon masih adakah ramadhan
  • pelakon drama masih adakah ramadhan
  • amirul pelakon masih adakah ramadhan
  • drama masih adakah ramadan
  • pelakon masih adakah ramadhan kemalangan
  • pelakon masih adakah ramadhan meninggal
  • foto pelakon masih adakah ramadhan
  • pelakon masih adakah ramadhan meninggal dunia
  • pelakon drama masih adakah ramadhan meninggal

Teruskan Membaca:

  1. Gambar Yana Samsudin Comel Pakai Tudung
  2. Elly Suriati Keguguran Anak Ke 4 Dilokasi Filem Penanggal
  3. Gambar Nuremy Ramli Kini Pakai Tudung
  4. Gambar Fasha Sandha Pakai Tudung
  5. Gambar Elyana Pakai Tudung Memang Manis
  6. Gambar Fara Fauzana Pakai Tudung

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


LizOthman Kidswear: Happy 7th Birthday <b>Mia Sara</b>

Posted: 30 Sep 2012 12:00 AM PDT


On the 30th Sept 12, Mia Sara Nasuha is officially 7 years old. This is a wish from her biggest fan and the maker of her dresses that day, as recorded on URTV 1-15 Oct 2012 edition no 823. For Mia, Aunty wish you will shining bright like you always are and let the lights be the guide of the others, insyallah..
All the gowns featured during Mia Sara's birthday are now available at LizOthman
's store.

Lisa Surihani - Google Blog Search

Lisa Surihani - Google Blog Search


<b>Lisa Surihani</b> Berdebar Jayakan Watak Tun Siti Hasmah - Gua.com.my

Posted: 05 Sep 2012 07:07 PM PDT

Aktres jelita, Lisa Surihani mengakui rasa berdebar apabila dipertanggungjawabkan untuk menggalas watak sebagai tokoh wanita negara, Tun Dr Siti Hasmah dalam pementasan teater 'Tun Siti Hasmah' yang bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB) tidak lama lagi.

"Bila pihak IB menghubungi saya untuk menawarkan watak tersebut, saya tergamam seperti tidak percaya. Namun, pada masa yang sama saya berasa teruja untuk terlibat dalam naskhah hebat seperti ini apatah lagi ia merupakan penglibatan pertama saya dalam bidang teater.

"Dalam pementasan ini, saya akan membawa watak Tun untuk sesi pertama saja iaitu ketika Tun masih muda dan baru berkahwin. Saya akan berlakon dalam empat ke lima babak dan saya akan cuba buat yang sebaik mungkin untuk menjayakan watak ini," ujar Lisa ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Filem-Filem 2012 Grand Brilliance, di Sri Pentas, petang semalam.

Menerima tawaran dalam masa yang agak singkat, Lisa yang kini sedang sibuk menjalani latihan sejak beberapa hari lalu mengakui rasa agak berdebar dan sedikit tertekan untuk menjayakan watak isteri kepada Perdana Menteri Malaysia keempat itu.

"Ini kali pertama Lisa terlibat dengan teater jadi banyak perkara yang perlu Lisa belajar. Lisa dah biasa berlakon belakang kamera dan bila kena berlakon dalam skala yang berbeza ini, Lisa rasa lebih segan. Namun, pengarah dan penolong pengarah banyak membantu saya. Mereka ajar saya cara untuk biasakan dengan teknik pernafasan, lontaran suara dan juga sebutan setiap kata.

"Mereka juga minta saya meneroka watak ini supaya saya tidak terikat sangat dengan watak tersebut. Tidak dinafikan mesti ada debaran, tetapi saya anggap ini satu cabaran. Saya ambil tekanan ini sebagai satu benda yang positif dan membina diri. Apa saja watak yang saya terima, baik dalam televisyen mahupun layar perak, saya selalu amalkan di mana kita perlu lakukannya dengan sebaik yang mungkin."

Ditanya mengenai perasaannya menggantikan Primadona Filem, Erra Fazira bagi watak tersebut, Lisa memberitahu, "Bagi saya individu yang paling sesuai untuk bawa watak Tun ialah Kak Erra sendiri.

"Namun nak buat macam mana, keadaan tidak mengizinkan beliau untuk terlibat dalam pementasan kali ini. Baru-baru ini, Lisa ada juga terbaca satu artikel di mana Kak Erra juga suka jika Lisa yang buat watak ini. Bagi Lisa, apa saja yang berlaku, minda kita perlu terbuka."

Diusik sama ada Lisa tidak mahu berjumpa dengan Erra bagi mendapatkan tips dan pendapat bagi wataknya memandangkan aktres tersebut sudah berjumpa sendiri dengan Tun sebelum ini, Lisa memberitahu, "Kalau boleh Lisa elakkan sebarang rujukan. Kita teroka watak itu dulu supaya kita dapat melihat warna dalam watak tersebut."

Sebelum mengakhiri perbualan, Lisa turut berkongsi keterujaannya melakonkan watak sebagai Tun Dr Siti Hasmah apatah lagi beliau memang mengagumi ikon wanita Malaysia itu.

"Saya teruja terlibat dalam pementasan ini kerana saya dah lama mengagumi Tun. Beliau seorang wanita yang rendah diri, bijak dan menakjubkan. Saya sangat menghormati beliau dan bila baca skrip, saya lebih sukakan karakter beliau yang penuh warna-warni. Kalau boleh, saya teringin sangat nak bertemu dengan beliau."

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Video: Parodi MC 5 Hari – Versi <b>Nora Danish</b> Dan Adi Putra <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2012 05:23 AM PDT

Ingat lagi kisah budak MC 5 hari yang pernah diletakan di laman Mynewshub tidak lama dahulu?

Selepas itu ada banyak pula parodi mengutuk gaya budak itu.

Rupanya belum berakhir lagi parodi berkenaan.

Paling baru…melibatkan dua artis tanahair iaitu Nora Danish dan Adi Putra.

Kalau kita menonton klip berkenaan, kita boleh agak Nora Danish pernah menonton klip Mc 5 hari itu itu.

Namun, Adi Putra pula sama ada tidak pernah menonton atau mungkin ingin menjaga hati budak dalam klip asal kerana budak itu dari Singapura, seperti dirinya.

Tapi cara Adi Putra melakon parodi tu macam pembantu hospital nak bersara bagi ceramah kesihatan….kah kah kah…lawak gila siot!

Apa pun…sila layan….

Kalau ada yang tak tahu atau tak perasan entri-entri sebelum ni, klik link-link selepas klip video berkenaan untuk membaca.

Oleh: AK-47

Ini klip Nora Danish dan Adi Putra

Ini klip yang asal;

Berita sebelum ini;

VIDEO: Sakit Mata, MC Dapat 5 Hari…Dan Itu Pun Nak Masuk Youtube?

Video-video Mengutuk Budak MC 5 Hari Pasal Sakit Mata

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

iamNeeta Band YouTube Semakin Menyerlah!

Video Aksi 'Wheelie' Motor: Gelak Atau Nangis?

Video Wanita Ragut Dibiarkan Merana Di Pulau Pinang

Filem Pendek Raya Petronas Menyentuh Jiwa

Video: Bila Orang Jepun Kawad Kaki

VIDEO: Wanita China Merapu, Cuba Amalkan Peraturan China Di Malaysia

VIDEO: Kucing Lebih Berani Dari Buaya?

Mana Hilang Nilai Menolong Dalam Masyarakat Malaysia?

VIDEO: Lagu Akon Dalam Versi Kelantan

VIDEO: Misteri Lelaki 'Dirasuk' Di Pasaraya

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


Bekas Kekasih Mamat (Sepah), <b>Fida Ibrahim</b> Nafi Nikah Dengan VIP <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 11:25 AM PDT

Kepada para peminat Mamat dari kumpulan Sepah yang hanya tinggal nama saja, anda pasti mengenali siapa Fida atau Rafidah Ibrahim ini. Untuk yang masih belum tahu, Fida adalah juara Bintang Pantene 2007 dan juga sepupu kepada diva tanahair, Dato' Siti Nurhaliza.

Terbaru, khabar angin yang bertiup secara tiba-tiba telah menyebabkan nama Fida kembali menghiasi tabloid-tabloid dan laman gosip tempatan apabila Fida dipercayai telah berkahwin dengan seorang VIP secara diam-diam. Dikhabarkan, VIP tersebut adalah seorang usahawan dan yang paling mengejutkan ialah Fida dituduh menjadi isteri kedua VIP tersebut.

"Tuduhan saya bernikah secara senyap-senyap adalah tidak betul sama sekali. Ini adalah fitnah kerana pada waktu yang dikatakan saya melangsungkan pernikahan itu, saya berada di lokasi penggambaran. Jujurnya, saya pun tidak tahu mengenai perkara sehingga ia kecoh diperkatakan di laman Twitter pada baru-baru ini tetapi ia (pernikahan) memang tidak berlaku." – dipetik dari mStar Online.

Sebelum ini, Fida pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan seorang VIP yang telah dikenalinya lebih 2 tahun lalu dan pengakuan ini dibuat selepas Fida memutuskan hubungannya bersama Mamat (Sepah) melalui laman gosip tempatan.

Apa yang pasti, OHBULAN! sudah beberapa kali berjumpa dengan Fida dan daripada keperibadian yang ditunjukkan oleh Fida, OHBULAN! percaya Fida bukannya seorang yang tahu membohong. Kami percaya, Fida ini lurus orangnya. Anda rasa?

Sumber : mStar Online

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


Takdir Cinta - <b>Ramlah Ram</b> ft. Ana Syuhada @Lagubestbest Lyrics

Posted: 03 Oct 2012 11:31 AM PDT

Tajuk Lagu: Takdir Cinta
Album: Aspirasi Hati
Artis: Ramlah Ram ft. Ana Syuhada

Muzik Video: Takdir Cinta - Ramlah Ram ft. Ana Syuhada

Lirik Lagu: Takdir Cinta - Ramlah Ram ft. Ana Syuhada

Verse 1:
Bukankah kau yang telah memilihku
Mengapa kau juga yang menyakiti aku
Dihati kaulah satu-satunya
Yang kucinta

Verse 2:
Menanti diriku disini menanti
Dan kau hancurkan semua harapanku
Kau bersamanya dan aku korbannya
Tinggallah aku sendiri

Pre Chorus:
Kau cipta kenangan indah
Kau berikan aku cinta
Kini kau hancurkan dengan tingkahmu

Chorus 1:
Mungkin ini memang takdirku
Kerna mencintai dirimu
Biarlah Ku simpan rasa ini
Di dalam lara

Chorus 2:
Walau Susah untukku melupakan
Detik-Detik Gelisah Perpisahan
Kerna itulah akhir Cerita Cinta
Kau dan aku

Interlude

Chorus 3:
Tidak sesekali kuingin memilikki
Cinta Dusta yang telah kau berikan
Jika aku tahu tak mungkin ku mahu
Kau bersamaku.. Ohh.. Ohh.. Ohh

[Ulang Chorus 2]

Kini ku biarkan berlalu pergi

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b> Mengaku Kini Punyai Kekasih Bakal Bergelar Doktor <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2012 10:32 PM PDT

Fizo Omar Mengaku Kini Punyai Kekasih Bakal Bergelar Doktor?

Lama kita tidak mendengar gossip kisah cinta pelakon lelaki popular ini & kali terakhir adalah ketika beliau di'gossipkan bercinta dengan kakak kepada Anzalna Nasir.

Namun, laporan Malaysian Digest hari ini menyebut yang Fizo Omar ada memberikan kenyataan tentang status terkini beliau & juga teman istimewa beliau ketika ini.

Fizo Omar di'khabarkan mengakui yang beliau kini mempunyai seorang teman istimewa & gadis tersebut sedang belajar di luar negara dalam jurusan kedoktoran.

"Ada tu ada. Tapi dia sekarang tak ada di Malaysia. Dia masih belajar di luar negara. Saya tak mahu cakap tentang perkara ini lebih-lebih sebab kami belum betul-betul ada ikatan lagi"

"Lagipun buat masa saya masih belum memikirkan soal cinta. Fokus saya adalah pada kerjaya seni, perniagaan & keluarga. Kalau ada jodoh, InsyaAllah," ujar Fizo Omar.

Fizo Omar yang di'temui media ketika pelancaran Terbaik Raya TV3 berkata beliau berhasrat untuk menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun.

Related Posts
Categories
Tag

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Serik Bicara Soal Kahwin.

Posted: 12 Sep 2012 09:41 PM PDT

alt

 

Spekulasi hubungan dingin pasangan Fizz Fairuz dan Almy Nadia dilihat senyap seketika setelah perang mulut kedua-dua pihak yang membuat kenyataan bercanggah berkaitan status perkahwinan mereka.

 

Baru-baru ini Fizz Fairuz telah menjelaskan hubungan beliau bersama Almy Nadia masih baik dan tiada sebarang isu mahupun masalah berbangkit berlaku.

 

"Saya dengan Almy masih lagi berkawan dan tiada apa-apa masalah dengan dia. Kami masih lagi berhubung dan bertanya khabar antara satu sama lain" ujar Fizz Fairuz ketika disoal beberapa media Hiburan baru-baru ini.

 

Walaubagaimanapun Pelakon Drama Paling Popular (Kategori Lelaki) Anugerah Bintang Popular 2011 itu berkata beliau sudah serik untuk menjelaskan isu berkaitan perkahwinan. Isu tersebut telah mengganggu dirinya untuk fokus pada kerjaya dan beliau hanya berserah kepada jodoh yang ditentukan Ilahi.

 


alt

 

Beliau menambah, dalam usia yang baru sahaja 32 tahun, beliau tidak mahu terlalu fokus memikirkan soal rumah tangga yang dirancang bersama Almy  malah beliau sudah bersedia menerima sebarang takdir berkaitan status hubungannya bersama Almy Nadia.

 

"Saya tak nak pening-pening kepala, ada rezeki, ada jodoh kahwin, tak ada saya terima," ujarnya lagi.

 

Dalam pada itu, Fizz Fairuz bersama 2 pelakon terkenal Zizan Razak dan Remy Ishak bakal muncul dalam sebuah filem terbaru berjudul 'Hantu Kapcai' yang bakal ditayangkan pada 27 September 2012.

 

Fizz yang teruja dengan kemunculan filem tersebut mengakui sangat serasi berlakon bersama barisan aktor terkenal terutamanya pemegang watak utama kelahiran Raja Lawak musim Pertama Zizan Razak. [VIDEO DI SINI]

 

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Lirik Lagu Kau Yang Terindah : <b>Alyah</b> | Lirik

Posted: 18 Sep 2012 08:12 AM PDT

Lirik Lagu Kau Yang Terindah – Alyah

Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah
Aku Disini Memuja Bayangmu
setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu
Cinta Membara Jiwa Gelora

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang
Bagai Semalam Semuanya Hilang

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Kau Yang Terindah : Alyah @ Lirikami

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


<b>Yuna</b> Performs &#39;Island&#39; For Guitar Center Podcast: Exclusive Video <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2012 02:35 PM PDT

The Juice highlighted the rising career of Malaysian-born folk singer Yuna this April, with a feature on her career start and her debut album, which features production from Pharrell Williams. This week, we are pleased to exclusively premiere video of Yuna performing of her bubbly tune "Island" during a live session for the podcast series Guitar Center with Nic Harcourt.

"This next song 'Island' is a song that I wrote about trying to help someone get out of a dark place in his life," says Yuna, "and do something fun together so he doesn't have to be sad all the time."

Performing in a traditional Muslim hijab head covering, the budding talent sings, "You're an island / I'm just a little boat… Come with me and you'll never be alone."

Yuna also performed "Live Your Life" and "Paradise" during the stripped-down set. Click here to check out the full three-song performance and full interview. Yuna's self-titled album featuring "Island" was released earlier this year.

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


Debaran <b>Faezah Elai</b> bergelar ibu – Perak Today

Posted: 30 Sep 2012 08:40 AM PDT

CERITA pembuangan bayi yang dilaporkan di akhbar meruntun naluri keibuan wanita ini. Hatinya pilu dengan perangai manusia yang tegar membunuh darah daging sendiri.

Pelakon yang sedang hamil lima bulan hasil perkongsian hidup bersama pengarah drama Mohamad Heykal Mohd. Hanifah, 38, ini bertambah rengsa tatkala mengenang perangai segelintir wanita hari ini yang ambil mudah soal pergaulan sehingga melahirkan anak luar nikah.

"Apa yang ada di kepala si ibu bila buang hidup-hidup anak mereka. Kenapa tak fikir masak-masak sebelum buat benda terkutuk itu? Bukan saja saya, semua wanita yang pernah mengandung di luar sana akan terasa apabila membaca berita pembuangan bayi.

"Saya memang cukup marah dengan ibu yang sanggup buat perangai macam itu. Tak ada akal. Anak orang kita sayang, apatah lagi anak sendiri," kata Faezah Elai, 29, beremosi pada pertemuan baru-baru ini.

Sayang anakPelakon ini mendirikan rumah tangga pada 9 September tahun lalu dan mempunyai tiga anak tiri iaitu Luqman Haqeem, 12, Sarah Heyrissa, 10, dan Luq Adam Heydhani, 3 tahun. Bagaimanapun prinsip hidup Faezah iaitu tidak suka mengasingkan kasih sayang anak-anak Heykal berjaya mengharmonikan rumah tangganya.

"Saya memang suka budak-budak. Pernah juga berangan nak bagi penjagaan dan pendidikan terbaik kalau ada anak sendiri. Jadi bila dapat tahu saya hamil awal Jun lalu, perasaan saya berdebar tiba-tiba.

"Mampukah saya jaga anak-anak dengan baik sehingga mereka dah besar nanti? Macam mana kehidupan mereka nanti dan macam-macam yang saya fikirkan.

"Sebab itu, sebagai bakal ibu, saya kena rancang secara teliti. Saya nak beri yang terbaik untuk anak saya nanti meski pun saya tahu tanggungjawab untuk jaga anak itu bukan satu kerja mudah," janjinya.

Ditanya apakah yang lebih membimbangkan sewaktu sedang hamil hari ini? Pelakon filem Tanda Putera yang sedang berehat sementara dari dunia lakonan ini berkata: "Saya tak suka menyusahkan orang sebab itu saya perlahankan aktiviti seni. Jadi baik tak payah ambil job, duduk saja di rumah. Lagi pun, doktor mahu saya beri perhatian sepenuhnya pada kandungan dan tak boleh aktif".

Mengulas tentang alasan mengapa Faezah sengaja menyembunyikan kehamilan pada awal usia kandungannya, wanita ini memberitahu dia tak mahu menghebohkan. Ringkasnya: "Tak ada peliknya bila wanita yang sudah berkahwin itu hamil. Itu perkara normal.

- UTUSAN

saleem iklim - Google Blog Search

saleem iklim - Google Blog Search


<b>SALEEM IKLIM</b> - SALEEM UNPLUGGED - 1994 - MP3 - My Opera

Posted: 11 Aug 2012 09:43 AM PDT

  • Detik.Com >>

    - News · Sport · Sepakbola · Finance · Hot · Inet · Food · Oto · Health · Bandung · Surabaya · Foto · Iklan Baris · ACI · Lalu Lintas

  • Inilah.Com >>

    - Inovasi Portal Berita Online: Ekonomi, Politik, Gaya Hidup, dan artikel lainnya.

  • SuaraMedia.Com >>

    - Portal Berita Dunia Islam & Indonesia Terbaru & Terkini Hari Ini

  • BBC Indonesia >>

    - Berita Indonesia

  • Liputan6.Com >>

    - Aktual Tajam dan Terpercaya

  • EraMuslim.Com >>

    - Media Islam Rujukan

  • Kompas.Com >>

    - KOMPAS.com: Merupakan situs berita terpercaya di indonesia.

  • OkeZone.Com >>

    - Berita Politik Dan Peristiwa Internasional Terkini

  • MonexNews.Com >>

    - Berita Ekonomi dan Pasar Keuangan Dunia: Forex news, Berita Saham, CFD, Harga Emas & Komoditi, Dilengkapi Analisa Keuangan dan Analisa Pasar.

  • Goal.Com >>

    - Soccer News - Results - Tables - Stats - Teams & Players.

  • OktaVita.Com >>

    - Gosip Artis Indonesia Hari Ini » Berita Selebritis Terbaru, Terkini dan Kisah Paling Panas!

  • Lintas.Me >>

    - Dari Situs Kesitus: All of our content are the result of what our blogger communities and members have posted or submitted on Lintas.Me

  • Yaiyalah.Com >>

    - Blog berbagi kesayangan kita yang menyajikan : Berita, Foto, Video, Info Unik Indonesia dan Dunia Terkini hari ini.

  • DNABerita.Com >>

    - DNAberita.com :: Berita online terkini :: Info terbaru :: Aktual Cepat,Tepat Dan Terpercaya.

  • AmbraNews.Com >>

    - BERITA PATANI: Berita Tempatan - English - Kejadian Hangat - Sastra Melayu - Umum

  • Maya Karin - Google Blog Search

    Maya Karin - Google Blog Search


    :: MYARTIS.COM ::: 4 GAMBAR - <b>MAYA KARIN</b> YANG HUMBLE

    Posted: 04 Sep 2012 12:00 AM PDT


    Gambar Maya Karin yang dilantik menjadi model bagi kereta Ford Focus terbaru di pasaran. Nampaknya, rezeki Maya makin melimpah ruah kebelakangan ini meskipun dia sering mengembara ke luar negara.

    Sememangnya, Maya seorang artis lain daripada yang lain. Dia pandai berdikari, merendah diri dan tidak gemar mencari publisiti murahan. Malah dengar kata, rumahnya di Damansara Perdana pun sedang dalam proses untuk dijual... mungkin kerana Maya mahu membeli rumah baru agaknya. Allahualam.

    Klik untuk imej besar...

    Mawi af - Google Blog Search

    Mawi af - Google Blog Search


    BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Mawi af</b> - Google Blog Search

    Posted: 18 Sep 2012 09:38 AM PDT


    BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Mawi af</b> - Google Blog Search

    Posted: 17 Sep 2012 09:25 AM PDT


    Rumah <b>Mawi AF</b> Dirompak.. ~ GUA JAMBU

    Posted: 26 Mar 2012 03:27 AM PDT

    KUALA LUMPUR: Kediaman juara Akademi Fantasia musim ke-3, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi dirompak, awal pagi tadi.

    Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya.

    Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari
    lalu.

    Dalam insiden itu, Mawi dan ahli keluarganya diikat sebelum perompak berjaya melarikan barangan bernilai lebih RM10,000.

    Dina nazir - Google Blog Search

    Dina nazir - Google Blog Search


    Mia Sara Berehat Berlakon Untuk Fokus Pada Peperiksaan

    Posted: 03 Oct 2012 07:20 AM PDT

    Mia Sara Berehat Berlakon Untuk Fokus Pada Peperiksaan | MENJADI pelajar paling popular di sekolah, Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 7, tidak pernah melahirkan rasa benci selalu dikelilingi oleh rakan-rakan di sekolahnya.
    Malah, barang-barang Mia turut diambil oleh rakan-rakannya kerana terlalu menyukai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-24 menerusi filem "Sekali Lagi" itu.
    "Pernah satu tahap dia dikelilingi ramai rakan sekolahnya ketika waktu rehat, tetapi dia tidak kisah dan boleh makan seperti biasa," ujar bapa Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Salleh ketika ditemui pada majlis sambutan hari ulang tahun Mia yang ketujuh di restoran pizza dan pasta Italiannies, pusat beli-belah Paradigm, Kelana Jaya, Selangor Ahad lepas.
    Mia yang berada di samping bapanya itu hanya mengangguk dan memberitahu, antara barang-barang yang diambil terdiri daripada pensel dan pemadam miliknya.
    Ditanya berapakah belanja yang dibekalkan bapanya setiap kali pergi ke sekolah, kata Mia, dia akan memperoleh sebanyak RM10 atau RM20 sehari, tetapi menasihatinya agar menggunakan hanya RM2 sahaja untuk berbelanja.

    "Walaupun saya pesan belanja hanya RM2, tetapi dia tetap menghabiskan wang yang saya beri. Saya beri dia belanja yang banyak bukan untuk bermewah, tetapi untuk mengajar dia supaya pandai pegang dan uruskan duit sendiri," luah Ridhuan.

    Bercerita mengenai jadual seni Mia, ungkap Ridhuan, buat masa ini Mia terpaksa berehat daripada berlakon kerana ingin fokus pada peperiksaan penggal akhir yang akan bermula pada 8 Oktober ini.

    "Mia sudah berehat daripada berlakon sejak bulan Ramadan lalu. Sepanjang tempoh berehat, Mia tidak mengambil sebarang tawaran berlakon drama, filem atau iklan. Kecuali jika ada sesi fotografi atau majlis yang memerlukan Mia menghadirkan diri, dia akan menyertainya. Mia perlu juga menonjolkan diri pada majlis-majlis media supaya nama dia tidak dilupakan," jelas Ridhuan.

    Tidak mengabaikan pelajaran anaknya, menurut Ridhuan, dia akan memastikan Mia turut berjaya dalam pelajaran selain berjaya dalam bidang lakonan.

    "Sekarang ini pelajar-pelajar sangat kompetitif. Saya tidak mahu dia buat sambil lewa, tetapi dalam masa yang sama saya juga tidak mahu paksa dia untuk buat yang terbaik," jelasnya lagi.

    Tidak hanya memantau pelajaran anaknya, Ridhuan juga akan mengupah tutor untuk datang ke rumah mengajar Mia bagi mata pelajaran yang lemah.
    Ditanya apakah mata pelajaran yang paling Mia suka, kata Ridhuan, Mia paling menyukai Matematik.
    Ridhuan turut ditanya mengenai pembabitan Mia yang kini dilihat kurang muncul dalam iklan komersial. Ulas Ridhuan, dia terpaksa selektif memilih kerana kebanyakan iklan memerlukan Mia pergi melakukan uji bakat.

    "Bukan saya sombong tidak mahu Mia melakukan uji bakat untuk iklan, tetapi saya kena selektif untuk kebaikan dirinya," ujarnya lagi.

    Gembira menyambut hari ulang tahun yang ketujuh, pelakon dan juga model iklan itu mengakui ingin meraikannya dalam keadaan meriah setiap tahun.
    Sempena sambutan hari ulang tahunnya pada hari itu, Mia juga berkesempatan membuat pizzanya sendiri.

    "Mia suka ramai orang. Kalau boleh Mia mahu sambut hari jadi macam ini tiap-tiap tahun. Kawan-kawan juga ramai yang datang. Mia juga dapat buat piza sendiri. Biasanya, kita makan sahaja tetapi kali ini Mia boleh pilih sendiri bahan-bahan untuk hias di atas piza," ceritanya teruja.

    Mengakui gembira ramai rakannya hadir pada majlis sambutan hari ulang tahunnya, Mia juga berasa teruja kerana artis kesayangannya iaitu Lisa Surihani dan suaminya, Yusry KRU turut hadir.
    Malah, pelakon cilik yang memang kerap berganding dengan Lisa dalam banyak filem dan drama itu turut menerima hadiah berupa barangan Zara daripada Lisa.
    Selain Lisa, Iqram Dinzly, Fouziah Gous, Melissa Saila, Shaheizy Sam dan juga Dina Nazir Nadzir hadir pada sambutan hari lahir Mia.
    Ditanya apakah hadiah yang paling disukai Mia selain daripada hadiah Lisa, ujarnya, dia sangat menyukai hadiah daripada Iqram dan Fouziah yang memberinya seutas rantai emas putih. Begitu juga hadiah pemberian Dina iaitu iPod..
    Ditebak soalan mengenai kelakuan Mia yang kini dikhabarkan semakin sombong dan lebih selektif melayan orang yang ingin menemubualnya, ujar Ridhuan, Mia bukan sombong, cuma sebagai seorang kanak-kanak dia tidak diam setempat dan mungkin tidak selesa jika dipanggil tanpa ahli keluarganya berada bersamanya.
    "Memang sikap dia macam itu (lari-lari ketika dipanggil). Dia hanya dengar bila saya atau ahli keluarga yang lain panggil," bidas Ridhuan mengenai sikap Mia yang dikatakan sudah berubah.
    Mengulas mengenai masa depan Mia, tutur Ridhuan, dia tidak terfikir Mia akan berlakon selama-lamanya dan sudah membuat perancangan untuk anaknya itu.
    Berkesempatan menemu bual ibu Mia, Rafidah Abd. Hamid, dia memberitahu, memanggil Mia dengan panggilan manja iaitu Pupon kerana sejak lahir lagi wajah Mia seperti anak Jepun.
    Mempunyai darah campuran Cina pada sebelah bekas suami dan juga dirinya, jelas Rafidah, walaupun Mia kini berada di bawah jagaan bapanya selepas mereka bercerai, tetapi dia akan memastikan untuk menghubungi Mia setiap hari selain bertemu anaknya sebulan sekali.

    "Saya tinggal di Johor tetapi dalam sebulan, sekali atau dua kali saya akan ke Kuala Lumpur bertemu Mia," ujar Rafidah.

    Berkongsi rahsia ketika mengandungkan Mia, Rafidah memberitahu, dia sangat suka minum susu dan makan ikan. Selain itu, dia juga selalu berbual dengan Mia dan memberinya mendengar muzik menggunakan fon kepala.
    Ditanya apakah perubahan terbesar Mia selepas menjadi artis, ungkap Rafidah, Mia tidak menunjukkan perubahan ketara kerana sebelum menjadi artis dia juga sering mendapat perhatian setiap kali keluar daripada rumah.
    Ditanya adakah anaknya pernah mengadu penat berlakon, cerita Rafidah, pernah juga Mia mengadu kepadanya penat berlakon, tetapi dia juga mengakui sangat seronok menceburi bidang tersebut.
    Mengulas mengenai pembabitan Mia dalam bidang seni, ujar Rafidah, kalau ikutkan dia tidak berapa suka Mia berlakon kerana kasihan dengan anaknya yang sering kelihatan penat, tetapi dia juga tidak menjangkakan peluang yang anaknya peroleh dalam bidang seni begitu mudah.