Nuffnang

Jumaat, 9 Ogos 2013

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


Gambar Bayi Lelaki <b>Zahiril Adzim</b> Dan Shera Aiyob - bulanpurnama

Posted:

Shera Aiyob Selamat Lahirkan Anak Lelaki. Umum sudah mengetahui mengenai kelahiran anak sulung pasangan pelakon Zahiril Adzim dan isterinya, Shera Aiyob yang diwarwarkan oleh Zahiril menerusi laman Twitternya, ...

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


WOW! - Lagu <b>Najwa Latif</b> Dinyanyikan Oleh Pelajar Di Amerika <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2013 06:15 AM PDT

TAOTAUAJER - Penyanyi Najwa Latif terharu selepas menonton menerusi YouTube sekumpulan pelajar sekolah di American high school Chorus group dari Chariho Regional High School, Rhode Island menyanyikan lagunya dalam Bahasa Malaysia.
Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 18, berkata, dia mendapat tahu perkara itu selepas peminat-peminatnya memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman sosial Twitter. Sekumpulan pelajar sekolah di Amerika Syarikat (AS) menyanyikan "SAHABAT" dalam Bahasa Malaysia.

"Saya terharu dan sebak apabila menonton video tersebut di YouTube. "Tidak sangka pelajar-pelajar di sana (Amerika) begitu senang membawakan lagu Sahabat. Rasa macam tidak percaya. "Ini menunjukkan lagu tersebut mudah diterima oleh sesiapa sahaja, Alhamdulillah," katanya.

Pelajar-pelajar tersebut menyanyikan lagu berkenaan dengan lancar sehingga membuatkan guru muzik yang mengajar mereka menitiskan air mata. Klip video lagu tersebut telah pun dimuat naik di YouTube dan dalam tempoh seminggu, ia berjaya meraih sebanyak 180,000 jumlah tontonan.

Kalau korang nak tau video ini telah di upload oleh orang malaysia iaitu Ana Najia dimana dia seorang exchange student yang pergi kesana.

Dimana, guru Chorus Ana, Cik Dowding bertanya kepada dia jika mempunyai sebarang lagu dari Malaysia yang saya boleh mengajar kepada pelajar. Lagu yang paling mudah dan bermakna yang dia boleh dapati adalah Sahabat oleh Najwa Latif. Jadi, Ana mengambil keputusan untuk mengajar mereka lagu ini! Ia adalah sukar bagi mereka untuk belajar lagu ini, tetapi kemudian mereka membiasakan diri dengan bahasa dan segala-galanya menjadi lebih mudah.

Berikut adalah video lagu Sahabat nyanyian pelajar di Amerika.
TAOTAUAJER : Kagum jugak la , cos orang putih boleh menyanyikan lagi dalam bahasa malaysia.. buat pengatahuan korang, kalau korang search kat dalam Youtube sebenarnya ada banyak lagi video-video orang putih yang menyanyikan lagu orang melayu. Siap ade sekolah yang mengajar bahasa melayu lagi kat sana. 

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Remy Ishak</b> Dedah Ditipu - Gua.com.my

Posted: 12 Jun 2013 09:00 AM PDT

Dalam industri hiburan tanah air ini, pelbagai ranjau dan duri perlu ditempuhi oleh seseorang artis itu sebelum mereka dikenali ramai. Perkara-perkara seperti ditipu dan tidak mendapat bayaran selepas membuat persembahan telah menjadi lumrah dalam kehidupan penuh glamor ini.

Pelakon kacak Remy Ishak juga pernah berhadapan dengan situasi di mana dia tidak mendapat sebarang bayaran selepas terbabit dengan sebuah penerbitan.

"Biasalah bagi saya benda itu normal. Buat masa sekarang tidak ada lagi perkara itu timbul dan saya kini lebih dewasa dan sudah bersedia sekiranya perkara sebegini berlaku lagi. Sekarang ini saya tidak lagi berhadapan dengan masalah tidak dibayar tetapi ada yang lewat membuat bayaran. Biasalah orang bisnes, ada yang naik dan ada yang turun. Apa yang penting kita mestilah berfikiran positif," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran filem CEO.

Dalam filem terbaru arahan Razaisyam Rashid, Remy diberikan peranan sebagai Adam yang merupakan seorang CEO dalam sebuah empayar korporat yang berjaya. Jelas Remy, dia bersetuju untuk terlibat dengan CEO kerana berpendapat watak dan skrip filem tersebut  agak unik.

"Semasa mula-mula ditawarkan watak ini, saya membaca terlebih dahulu skrip yang diberikan dan saya dapati skrip dan jalan cerita filem ini sangat berbeza daripada filem-filem yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Lagipun, berlakon bersama-sama dengan Beto, dan Deanna Yusof membuatkan saya begitu teruja untuk memasuki lokasi penggambaran yang dijangkakan pada minggu hadapan," katanya kepada GUA.

Bekerja dengan pengarah baru merupakan sesuatu yang agak janggal sekiranya mereka tidak tahu bagaimana untuk mengarah dan mengambil hati setiap krew mahupun pelakon yang terlibat. Ternyata tanggapan itu berbeza apabila Remy Ishak dengan sejujurnya memberikan komen positif terhadap pengarah baru itu.

"Sudah lapan tahun saya bekerja dengan bermacam-macam pengarah, dan pelbagai ragam yang saya tempuhi. Tetapi apabila dengan pengarah ini, saya telah melakukan latihan, bacaan skrip, dan ternyata dengan cara sebegitu membuatkan saya lebih berkeyakinan untuk bekerjasama dengannya," tambah Remy lagi.

Berkongsi tentang perancangannya pada masa hadapan, Remy memberitahu dia tidak pernah terfikir untuk memulakan perniagaan, kerana baginya rezeki ada di mana-mana dan berlakon adalah sumber rezekinya.

"Saya tidak pernah terfikir untuk membuka bisnes kerana bagi saya sumber pendapatan saya adalah daripada lakonan. Semuanya bergantung pada niat, sekiranya niat kita untuk berada di industri hanyalah untuk mencari glamor dan suka-suka maka sekejap sahajalah kita di industri ini. Tetapi apabila niat untuk mencari rezeki, InsyaAllah kita akan berada lama dalam industri ini. Bagi saya biarlah kita fokus terhadap sesuatu kerja kita terlebih dahulu. Kalau buat dua perkara dalam satu-satu masa, saya takut sekiranya tidak mampu untuk melakukannya. Terpulang kepada individu untuk menilai,"ujarnya mengakhiri perbualan.

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Ana Dahlia Anak Emas <b>Rosyam Nor</b>? - Gua.com.my

Posted: 03 Jul 2013 09:23 AM PDT

Ana Dahlia, salah seorang aktres yang meningkat naik dan merupakan bekas peserta rancangan realiti lakonan yang pernah diterajui oleh Rosyam Nor, 'Pilih Kasih' dikatakan menjadi anak emas Rosyam Nor kerana dia telah membintangi kedua-dua drama bersiri terbitan Suhan Movies yang bakal disiarkan sempena bulan Ramadan ini.

Menemui aktor berbakat besar, Rosyam Nor di majlis pratonton drama bersiri 'Cinta Yang Satu' dan 'Dia Tetap Ayah' terbitan Suhan Movies, dia menjelaskan yang semua ini hanya kebetulan sahaja. 

"Perkara ini hanya kebetulan sahaja. Penggambaran drama bersiri 'Cinta Yang Satu' telah dilakukan pada tahun lalu manakala drama bersiri 'Dia Tetap Ayah' baru sahaja habis menjalani penggambaran. Secara kebetulan, drama bersiri 'Cinta Yang Satu' dan drama bersiri 'Dia Tetap Ayah' disiarkan pada bulan Ramadan tahun ini dan saya akui yang kedua-dua watak ini sangat bersesuaian dengan Ana sendiri," jelas Rosyam yang merupakan pemilik syarikat produksi Suhan Movies.

"Watak wanita cacat penglihatan yang Ana lakonkan dalam drama 'Cinta Yang Satu' mencabar kewibawaannya sebagai seorang pelakon dan watak antagonis yang diterajuinya dalam drama 'Dia Tetap Ayah' memberikan warna yang berbeza dalam lakonannya. Dia boleh membawa kedua-dua watak tersebut, jadi saya memberikan dia peluang ini. Lagipun Ana merupakan anak didik saya dalam program Pilih Kasih dahulu," tutur Rosyam gembira apabila anak-anak didiknya dalam 'Pilih Kasih' dahulu kini semakin mendapat tempat dalam industri hiburan tanah air. 

"Saya amat gembira apabila mereka makin dikenali dalam industri ini. Dahulu saya ada berpesan kepada mereka, jika mereka ingin berjaya dalam bidang ini, mereka kena kuat dan bermula dari bawah. Kini, bakat-bakat mereka semakin menjadi pilihan penggemar industri hiburan seperti Cristina Suzanne, Ana Dahlia, Bella Dally, Bil Azali, Ku Hariz dan ramai lagi," cerita pelakon yang pernah membintangi filem 'KL Menjerit' ini.

Bercakap mengenai perkembangan terbarunya, dua filem terbaru lakonan Rosyam bakal menjengah pawagam. Filem 'KL Gangster 2' bakal menemui penonton pada bulan Oktober ini dan filem 'Balistik' bakal ditayangkan pada Januari tahun hadapan. 

"Setelah sekian lama saya tidak keluar dengan filem terbaru, dua filem ini bakal menemui penonton. Saya menaruh harapan kepada dua filem ini. Kedua-dua filem ini merupakan filem aksi dan saya punyai matlamat untuk membuktikan kepada khalayak ramai bahawa umur bukan faktor bagi seseorang pelakon itu untuk membintangi filem bercorak aksi," ulas Rosyam lagi.

"Saya juga menaruh keyakinan kepada dua naskah filem ini. Bukan pelakon sahaja yang membuat filem bagus, malah semua orang yang terlibat, terutamanya kru produksi filem itu sendiri," cerita Rosyam yang bakal menjalani penggambaran sebuah filem bercorak aksi dan drama arahan Silver Chang selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


<b>Erra Fazira</b>, Engku Alessya Berbaju Kebaya - Gossip Artis Malaysia

Posted: 05 Aug 2013 08:00 PM PDT

Pada: Selasa, 6 Ogos 2013 Dengan kesempatan beberapa hari lagi mahu Beraya, Erra Fazira dan anaknya, Engku Alessya sempat bergambar bersama dengan kedua-duanya berpakain kebaya tradisional.

Dalam sesi bergambar itu, Erra sempat edit gambar berkenaan dengan memberikan ucapan Raya yang ringkas dan padat kepada peminat dan pengikutnya di laman Instagram.

Namun kemana kelibat Engku Emran? kenapa tidak bergambar bersama? Adakah kali ini mereka akan beraya bersama?

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

<b>Erra Fazira</b> Terbayang Maut Ketika Kemalangan - Gua.com.my

Posted: 23 Jul 2013 09:19 AM PDT

Pelakon serta penyanyi popular, Erra Fazira mengakui hanya terbayangkan maut sewaktu berhadapan dengan detik cemas ketika terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Bandar Utama, 6 Julai lalu.

Dalam kejadian berhampiran Sri Pentas TV3 itu, motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi Erra ketika mengikuti konvoi ke Port Dickson dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta sehingga motosikalnya terperosok di bawah lori.

"Saat jatuh, hati saya terdetik, adakah ini pengakhiran hidup saya. Namun, syukur Alhamdulillah, tiada yang teruk berlaku. Saya hanya mengalami kecederaan ringan dan bengkak di kaki kiri. Saya ralat kerana ketika itu saya hanya bawa perlahan tapi tiba-tiba motosikal saya dilanggar sebuah kereta dari belakang. Ini merupakan kali kedua saya terlibat dalam kemalangan sejak terlibat dengan motor berkuasa tinggi ini," ujar Erra ketika ditemui baru-baru ini.

Berkongsi mengenai aktiviti bulan Ramadan, pengacara program bual bicara 'Primadona' ini memberitahu dia mengurangkan aktiviti lakonan kerana mahu fokus dengan perniagaan hamper yang diusahakannya.

"Seperti biasa, apabila Ramadan saya akan kurangkan aktiviti lakonan. Perniagaan hamper saya juga masih berjalan dan Alhamdulillah, tempahan yang diterima mendapat sambutan baik. Walau bagaimanapun, saya hanya ambil mana yang mampu saja.

Mengenai persiapan raya pula, saya buat secara sederhana kerana persiapan lebih kepada keluarga. Saya dah mula cari apa yang patut kerana tak mahu buat persiapan di saat-saat akhir. Kalau boleh, seminggu sebelum raya saya nak buat kuih atau kek sendiri," ujar Erra yang akan beraya di Kuala Lumpur tahun ini.

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


<b>Tiz Zaqyah</b> Mula Dedah Kekasih Hati Kepada Media | Oh! Artis

Posted: 29 Jul 2013 09:31 PM PDT

ohartis-tiz-zaqyah-kekasih-daniel-haziq

Percintaan pelakon cantik Tiz Zaqyah dan seorang pemuda yang juga bekas teman persekolahannya yang dikenali sebagai Daniel Haziq bukan lagi rahsia. Dari awal lagi Tiz memang bersikap terbuka dengan memuatnaik gambar mesra mereka berdua di laman sosial Instagram miliknya.

Kali ini, Tiz sudah mula berani memperkenalkan kekasih hatinya kepada pihak media. Kedatangan Tiz ke majlis sidang media drama bersiri lakonannya, Jodoh Itu Milik Kita ditemani oleh kekasih hati nya itu dan tidak keberatan untuk ditemubual bersama.

"Saya ajak dia dan kebetulan dia kata nak ikut, jadi saya bawalah. Secara tak langsung ini juga sikit sebanyak pendedahan bagi dia tentang dunia kerjaya saya sebagai seorang selebriti.

"Tapi sebenarnya dia sangat okay. Dia lelaki paling releks yang pernah saya kenal. Dari segi soal lakonan saya terutama kalau membabitkan babak romantik, dia okay. Ini kali kedua saya bawa di majlis sebegini", kata Tiz Zaqyah sambil tersenyum.

Hubungan yang sudah hampir setahun, Tiz mengakui dia dan Daniel ada berbindang soal masa depan perhubungan mereka, namun menyifatkan terlalu awal untuk membawa hubungan itu ke fasa seterusnya iaitu bertunang ataupun berkahwin.

"Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami. Ya, kami ada berbincang tapi tak ada apa-apa perancangan lagi. Kami ada sasaran tapi tak tahu lagi bila", ujarnya ringkas.

OHARTIS: JANGAN BERCINTA LAMA-LAMA TIZ OI. CEPAT-CEPAT NAIK PELAMIN.

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>Fida Ibrahim</b> Dipilih Peserta Akademi Fantasia - Gossip Artis Malaysia

Posted: 01 Jul 2013 09:41 PM PDT

Pada: Selasa, 2 Julai 2013 Seperti sedia maklum, Akademi Fantasia (AF) kini sudah bermula. Pencarian bakat baru telah dilakukan di seluruh negara. Tidak ketinggalan Fida Ibrahim bekas kekasih Mamat Sepah telah dipilih untuk menjadi peserta di AF kali ini

Antara juri yang memberi peluang kepada Fida adalah Cikgu Syafi, menurut laman Murai, dia memberikan peluang kepada Fida walaupun memberikan markah rendah kepada Fida namun dua juri lain memberikan markah yang tinggi buat Fida. Bagi Syafi, vokal Fida biasa-biasa saja.

Tambahan lagi, Cikgu Syafi tidak menggalakkan golongan artis untuk menyertai Akademi Fantasia kerana merasakan mereka sudah punya peminat tersendiri dan tidak adil untuk peserta yang baru dalam indusrti.

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


<b>Sara Ali</b> Khan Biography - Short Biography

Posted: 14 Jun 2013 10:55 AM PDT

Full Name: Sara Ali Khan
Nick Name: Sara, Sarah
Born: September 1993
Height: 5 feet 4 inches (approx)
Education: Columbia University
Country: India
About: Sara Ali Khan is first child of bollywood actor Saif Ali Khan and Amrita Singh. Sara is also the grand-daughter of Bollywood actress, Sharmila Tagore, and Indian cricketer, Mansoor Ali Khan. Her grandmother, Sharmila Tagore, an actress within her own rights, is the grand-niece of renowned Rabindranath Tagore, who converted to Islam after marrying Saif's father, and changed her name to Begum Ayesha Sultana. Her mother, Amrita Singh, the most attractive actresses of her time, and perhaps the only one who had a lead role with both Dharmendra and his son, Sunny Deol, and has proved to an actress who is not afraid of doing negative roles. In October 1991, Saif Ali Khan married actress Amrita Singh and they have two children Sara and Ibrahim. After thirteen years of marriage, in 2004 the couple divorced, Now Sara & Ibrahim live with their mother. Although Sara's Bollywood entry is not finalized yet, she was seen as part of a Marathi Nrutya-Naatika (Dance-Play). In an exclusive interview with Stardust magazine, Bollywood star Saif Ali Khan got talking about his daughter that Sara Ali Khan likes the idea of joining films. Her father married to Kareena Kapoor in 16 October 2012.
More Information: Wiki | IMDb

Google Search Trends:

Sara Ali Khan

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


mimin adam: Keek : <b>Elfira Loy</b> Bonceng Zain Naik Motor

Posted: 18 Jul 2013 03:26 AM PDT


Jom tengok Keek Elfira Loy Bonceng Zain Naik Motor

Kredit Video : Keek Elfira Loy

HAAA ! MEYH SINI NASIHAT MIMIN JAP ;)

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Labur RM750,000 Promosi &#39;Lemak Kampung Santan <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2013 09:20 PM PDT

mitc

Kekurangan penonton untuk menonton filem Melayu membuatkan Hans Isaac sanggup mengeluarkan kos yang tinggi iaitu RM750,00 bagi mempromosikan filem Lemak Kampung Santan terbitan syarikat produksi miliknya, Tall Order Production.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 42, berkata, dia telah mengumpulkan beberapa petugas untuk memberi fokus pada bahagian pemasaran mempromosikan filem berkenaan dengan lebih dekat.

"Saya mahu berkongsi kualiti filem ini dengan semua penggemar filem Melayu. Hampir RM750,000 dilaburkan untuk tujuan promosi filem ini kerana saya lihat masyarakat semakin kurang ke pawagam untuk menonton filem Melayu.

"Sebab itu saya promosikan filem ini sebaik mungkin. Malah pihak Tall Order juga menganjurkan pertandingan di mana pemenangnya dapat bercuti bersama para pelakon-pelakonnya.

"Malah kami turut menjelajah ke seluruh negara memperkenalkan filem ini kepada orang ramai," katanya.

Tambah Hans, pihaknya juga membuat iklan secara besar-besaran menerusi media cetak dan elektronik termasuklah medium sosial Internet.

Lemak Kampung Santan mengisahkan Ridzuan (Hans Isaac) yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Tiqa (Neelofa).

Filem ini turut dibintangi antaranya Natasha Hudson, Nadia Mustapha, Nadia Heng, Adlin Aman Ramli, Mat Over, Ridzuan Hashim, Datuk Jalaludin Hassan dan Harith Iskandar.

Beritahu Hans, filem ini mungkin sangat klise, sama seperti dengan filem cinta yang ada namun, selepas 16 kali skrip diolah, plot penceritaannya dipadatkan sehingga mengandungi pelbagai mesej yang sarat.

"Apa-apa pun, filem ini terdapat banyak plot yang mengejutkan penonton dan mereka akan sedar ia bukan sebuah filem cinta sebenarnya.

"Bagi saya, permulaan dan nadi sebuah cerita adalah skrip. Apabila penonton datang ke panggung, apa yang mereka ingin tengok adalah kandungan dan penceritaan.

"Pada permulaannya, saya ingin memasukkan dua atau tiga cerita dalam satu filem. Namun setelah berbincang dan melakukan rombakan hampir 16 kali terhadap skrip, maka terhasillah Lemak Kampung Santan yang padat dengan komedi bermesej.

"Kemudian, saya juga turut menyelit suasana cinta ala Bollywood. Konsep lelaki kaya jatuh cinta dengan gadis miskin sering kali menjadi pengisian dalam filem Bollywood tetapi satu dunia menyukainya. Jadi tidak salah saya menggunakan sedikit elemen itu di dalam filem ini," ujarnya.

Lemak Kampung Santan bakal ditayangkan pada Hari Raya pertama iaitu Khamis.

Selain itu, penonton juga berpeluang untuk memenangi peraduan bercuti bersama Neelofa dan barisan pelakon yang lain ke Langkawi selama lima hari dengan cara mendapatkan sebanyak lima tiket wayang.

Dan kemudian, tiket tersebut dimasukkan ke dalam sampul surat bersama borang peraduan. Sampul tersebut boleh diberikan kepada kaunter mana-mana pawagam yang menayangkan filem tersebut.

- mStar

Gambar Neelofa, <b>Hans Isaac</b> Edisi Raya - Gossip Artis Malaysia

Posted: 06 Aug 2013 08:09 PM PDT

Pada: Rabu, 7 Ogos 2013 Pasangan dua merpati sejoli ni tak tahu lah apa kesudahan hubungan mereka, Neelofa dengan Hans Isaac. Mereka dikatakan nampak bercinta tetapi Neelofa akui hanya berkawan rapat jew. Baru-baru ni mereka bergambar bersama memakai baju raya untuk sisipan di portal Kosmo!.

Menurut intipati daripada portal itu, filem gandingan mereka berdua, Lemak Kampung Santan bakal ditayangkan esok yakni bersamaan di Hari Raya AidilFitri. Namun akan menjadi saingan kepada filem, Adnan Sempit 3 yang akan ditayangkan pada hari yang sama esok, jadi pilihan anda yang mana satu? Selain itu juga, Neelofa tidak seperti kebanyakkan artis lain dengan membeli banyak baju Raya, cukup 3 pasang baju Raya yang sempat dibelinya untuk Hari Raya nanti.

Neelofa akan beraya selama 5 hari sahaja, dimana 2 hari di Alor Setar dan 3 hari di Pasir Mas. Disebabkan aktiviti promosi filem yang harus dilakukan di Kuala Lumpur. Tambahan lagi, Neelofa bakal membuat rumah terbuka di Kuala Lumpur khas untuk korang semua tapi tunggu pengumuman dari dia nanti.


Tag : , , , , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


Gambar Majlis Perkahwinan <b>Pierre Andre</b> dan Siti Nur Hidayah (15 <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2013 06:30 PM PDT


Pierre Andre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Bin Nazrul Andre, 28 tahun telah sah bergelar suami kepada pasangannya, Siti Nur Hidayah dengan sekali lafaz di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang, Selangor pad jam 2.00 petang tadi.

Majlis diadakan serba sederhana dihadiri lebih kurang 200 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat, rakan taulan, beberapa rakan artis dan rakan media.

Pihak perempuan menerima 7 dulang berbalas 9 dulang yang terdiri daripada beg tangan jenama Guess, satu set barangan kemas jenama Habib Jewel, iPhone5, kasut jenama New Balance dan satu set minyak wangi.

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


Download: <b>Yuna</b>, &#39;Coffee&#39; — Buzzbands.LA

Posted: 24 Oct 2011 02:26 PM PDT

Yuna first picked up at guitar at the age of 14, but it wasn't until she was in the midst of studying law that she began to hone her songwriting craft with performances in the public eye. Now, the 24-year-old Malaysian singer is making herself at home in L.A. while she brings some of those intimate performances to the States in support of her debut EP, "Decorate" (out now via Fader Label). It's a humble collection of songs that nod to Feist and Sia influences, but like them Yuna's delicate vocals in sweeping soul-infused pop arrangements reveal a balance between minimalism and melody. Simple tunes such as "Coffee" are initially innocent and coy but build to a lush maturity by the finish. (In fact, the track could easily be mistaken for an Inara George and Van Dyke Parks collaboration.) Oh, and that Nirvana cover (see below)? That's impressive, too.

||| Download: "Coffee"

||| Live: Yuna plays tonight at Bardot as part of It's a School Night with Bleeding Knees Club and Clubfeet.

||| Watch:
After the jump, check out the video for "Come As You Are":

||| Also: Check out her music video for the title track, "Decorate."


“Gold” by Adventure Club & <b>Yuna</b> - Pump The Beat

Posted: 09 Aug 2013 05:20 PM PDT

lips-everything-to-me-adventure-club-remix

After hearing "Lullabies" with the Adventure Club touch on it, I barely had to listen to this to realize that it would be good and should post it for you guys. Very similar to "Crave You" also so if you like that song than this is a must have. Have a listen and have a good friday night.

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

"Gold" by Adventure Club & Yuna

Rating: +2 (from 2 votes)

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


pecah berita! <b>azhar sulaiman</b> buat report di mahkamah syariah kata <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2013 10:13 AM PDT

pecah berita! azhar sulaiman buat report di mahkamah syariah kata facebooknya di rogol!

Posted by era pasca Wednesday, May 1, 2013


Kuala Lumpur - by @tiewnama
Pencacai Barisan Nasional, artis Azhar Sulaiman menunjukkan tweet yang diterima di twitternya semasa sidang media mengenai facebooknya yang didakwa di mahkamah syariah telah dirogol oleh kumpulan hackers parti pembangkang, 

hari ini dia telah membuat laporan polis di balai polis taman tun Dr ismail 3 petang tadi serta laporan hospital bagi mendapatkan semula rawatan susulan akan facebooknya itu., 

mengikut ajensi berita fakap EP, melalui sumber sumber rapat artis, tujuan beliau menghack facebooknya sendiri adalah kerana beliau takut di panah petir setelah rumahnya sejak kebelakangan ini selalu di lalui kilat yang sambung menyambung, beliau juga takut menjadi hitam legam di panah atau di sambar petir akibat dari sumpah LAHANATnya itu. - AFEP

Kah Kah Kah..

Takut dgn petir terus buat report ye? Sape nak Hack dia ntah..boooo!!! Nama pn PELAKON!


SEBELUM NI BUKAN MAIN HEBAT SANGAT, KATA TAK TAKUT DIPANAH PETIR LA....TAPI BILA AKAUN KENA HACK SIKIT DAH KECUT.....KAHKAHKAHKAH......


ARTIS YANG TIDAK TAKUT DIPANAH PETIR AKHIRNYA BUAT REPOT POLIS SEBAB DIRINYA DALAM KETAKUTAN!!!!!!! -Serambi Politk FB

KUALA LUMPUR, 30 April -- Pelakon, Azhar Sulaiman menunjukkan laporan polis yang telah dibuat oleh beliau mengenai akaun facebook yang didakwa telah digodam oleh kumpulan cyber troopers parti pembangkang semasa sidang media di sini, hari ini. Beliau membuat laporan polis kerana khuatir tentang keselamatan dirinya yang diugut dan dicemuh melalui akaun Facebook.

--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 30 April -- Pelakon, Azhar Sulaiman menunjukkan 'tweet' yang diterima di akaun twitter beliau semasa sidang media mengenai akaun facebook beliau yang didakwa telah digodam oleh kumpulan cyber troopers parti pembangkang di sini, hari ini. Beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail 3 petang tadi. 

--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA


Along Cham - Google Blog Search

Along Cham - Google Blog Search


Gambar Terkini <b>Along Cham</b>, Zila dan Anak - Gossip Artis Malaysia

Posted: 04 Aug 2013 06:32 PM PDT

Pada: Isnin, 5 Ogos 2013 Setelah mendirikan rumahtangga selama 3 tahun lebih, Along Cham dan Zila Saeron kini cukup bahagia dengan dikurnikan seorang anak lelaki yang berusia 2 tahun, Ahmad Danial.

Namun setelah melihat mereka berdua kahwin, Zila banyak mainkan peranan di belakang tadbir keluarga sebagai surirumah dan jarang mendapat apa-apa lakonan drama/filem melainkan Along Cham yang sering kelihatan.

Tak mengapalah, mungkin dah kemahuan keluarga yang mereka bina sebegitu, semoga berbahagia sahaja lah kan.


Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> Buat Lawak Bodoh Dalam Keek - UtaraNews - The News <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2013 06:30 AM PDT

Jika dahulu artis terpaksa akur media cetak berkuasa penuh untuk memberi publisiti kepada mereka, kini tidak lagi. Banyak ruang media sosial boleh digunakan untuk artis 'mengiklan' sendiri diri di samping melontarkan pendapat peribadi masing-masing terus kepada masyarakat.
Semalam (17 Jun), pelawak yang selesa tampil dengan imej pelik lagi tersendiri, Didie Alias membuat keek yang dirakam pengarah dan peserta program Masterchef Selebriti, Michael Ang.
Walaupun merujuk keek yang dibuat sebagai 'bodoh', Didie sempat mengeluarkan kata-kata berbaur perli bahawa artis mesti maju ke hadapan kerana bakat bukan kerana gosip dan kontroversi. Hmm, kata-kata Didie itu terbaik untuk dijadikan azimat bukan sahaja oleh Didie sendiri malah rakan-rakan artisnya yang lain!

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


<b>Farawahida</b> Cerita Tentang Raya & Kahwin - Gua.com.my

Posted: 05 Aug 2013 09:00 AM PDT

Penyanyi yang pernah mencetuskan kontroversi, Farawahida Razali memberitahu GUA tahun ini merupakan tahun terakhir dia menyambut Ramadan dan Syawal sebagai orang bujang.  Ini kerana pada Disember ini dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya.

"Persiapan saya untuk menyambut Syawal ini sederhana sahaja. Saya lebih fokus dalam menyediakan kelengkapan raya untuk adik-adik saya. Tapi tahun ini saya menikmati sebaik-baiknya sambutan raya bersama keluarga. Sebab tahun depan, insyaAllah saya sudah menyambut raya berdua. Jadi untuk lebaran kali ini, seperti biasa saya berhari raya di kampung halaman di Taiping, Perak," ujar Farawahida yang ditemui baru-baru ini.

"Saya juga akan mengunjungi rumah bakal suami saya di Pulau Pinang. Semenjak kami menjalinkan hubungan, tiap-tiap tahun kami akan ke rumah keluarga masing-masing untuk berhari raya. Saya rasakan itu adalah permulaan untuk saya mengenal keluarganya dan dia mengenal keluarga saya," jelas Farawahida lagi.

Bercerita mengenai juadah dan kuih raya yang digemari olehnya, Farawahida menceritakan yang dia sangat gemarkan masakan jiran sebelah rumahnya.

"Seperti tahun-tahun lepas di malam raya, saya ditugaskan untuk memasak rendang ayam. Tetapi apa yang peliknya, saya kurang gemar makan hidangan yang saya masak sendiri. Saya amat menggemari Rendang Ayam Pencen yang dimasak oleh jiran sebelah rumah. Setiap kali selepas habis Solat Sunat Aidilfitri, saya akan singgah ke rumah jiran saya untuk merasai kelazatan rendang itu. Selain itu, saya juga gemarkan kuih tart nenas untuk dimakan di pagi raya," cerita pelantun lagu 'Tanpamu' ini.

Serah tugas pada perunding perkahwinan

Mengulas mengenai persiapan perkahwinan, Farawahida menjelaskan yang dia menyerahkan 90% tanggungjawab mengenai persiapan hari bahagianya bersama jejaka idaman kepada perunding perkahwinan mereka, Chedet. 

"Untuk hari bahagia saya pada Disember nanti, hampir 90% persiapan saya serahkan kepada perunding perkahwinan kami, Chedet. Selepas sambutan Aidilfitri tahun ini, baru saya akan betul-betul memberikan fokus kepada persiapan perkahwinan . Masing-masing agak sibuk, bahkan kursus perkahwinan pun belum sempat kami hadiri. InsyaAllah, semuanya akan dilakukan selepas sambutan Syawal nanti," tambah Farah.

Mengenai perkembangan terbarunya, Farawahida kini sedangmencari material terbaru untuk dijadikan 'single' keduanya selepas lagu 'Jangan Tanya Aku Lagi'. Farawahida menjelaskan yang lagu keduanya bakal berentak 'moderate', santai dan juga relaks di halwa telinga pendengar.